Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Disember 12, 2009

umno membazirkan hasil kekayaan minyak selama tiga dekad kata Ku Li...


Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

sumber:malaysiakini

Husam: Siapakah Nazri mahu nafi hak Kelantan


KOTA BARU, Dis 11 — Kerajaan negeri akan menggunakan percaturan politik terlebih dahulu sebelum membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah meskipun dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah hak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?” soal Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bulan lalu Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti, sebaliknya boleh menerima wang ihsan.

Bagaimanapun baru-baru ini beliau mencabar Kelantan membawa isu itu ke mahkamah.

Husam berpendapat hujah di luar mahkamah akan memberi satu impak lebih besar yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menghukum tindakan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

“Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu,” kata Husam.

Selain itu, bagi Husam, sekurang-kurangnya subjudice tidak menjadi benteng memagari gerakannya daripada terus bercakap tentang penganiyaan kerajaan persekutuan dalam isu ini setelah ia menjadi kes mahkamah.

Kelmarin Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjawab cabaran Nazri berkata, kerajaan PAS Kelantan bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya gagal melalui rundingan.

Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata usaha ke arah itu semakin mantap dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak antaranya penubuhan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Gegas ditubuhkan oleh Gabungan Badan Bukan Kerajaan Kelantan dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Negeri Terengganu.

Ia sudah pun menyusun pelbagai program siri penerangan kepada rakyat berhubung isu tuntutan berkenaan.

Difahamkan, bekas pengerusi Petronas Tengku Razaliegh Hamzah dijangka akan turut serta dalam sesi tersebut.

Kerajaan negeri membuat tuntutan royalti minyak pada awal tahun ini selepas menerima laporan Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu.

Sehubungan itu kerajaan negeri telah mengirim surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi tujuan tersebut sebanyak dua kali namun tiada sebarang jawapan sehingga pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk memberi wang ihsan.

Bagaimanapun kerajaan negeri mepertikaikan keputusan Najib.

sumber: themalaysianinsider

Bila tang pakatan, siasatan dakwaan macam ribut, tang umno/BN macam siput sedut


PKFZ: Bila Pula Giliran Pemimpin Kanan Kuala Dimensi?

Selepas tiga pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, ramai pihak tertanya-tanya apakah sampai di situ sahaja atau ada lagi pendakwaan kepada pihak lain akan dibuat.

Ini kerana, sehingga kini hanya pegawai kanan sahaja yang didakwa manakala pemimpin yang terlibat dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) masih bebas.
Mereka yang masih bebas adalah pemimpin kanan Kuala Dimensi Sdn Bhd yang menjadi penjual tanah kepada PKFZ dan kemudiannya menjadi pemaju kepada projek yang menelan wang rakyat sekurang-kurangnya RM4.6 bilion ini.

Pengerusi Kuala Dimensi adalah Bendahari Umno, Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan BN, Datuk Seri Tiong King Sing dan timbalannya adalah Ketua Pemuda Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O. C. Phang petang semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85juta antara Oktober 2004 dan Januari 2005.

(Carta bagaimana skandal PKFZ berlaku…dari akhbar Siasah)

Beliau bersama dua yang lain, Bernard Tan dan Stephen Abok merupakan tiga individu pertama yang didakwa atas kesalahan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan sejak dua tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Phang dibebaskan dengan ikat jamin RM350,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasportnya pada 12 Januari depan ketika kes disebut sekali lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swe juga mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41juta.

Bernard turut didakwa atas 24 lagi pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM112.3juta kepada lembaga tersebut.

Mahkamah membenarkan Stephen dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 manakala Bernard diarah membayar ikat jamin RM250,000 dan kes disebut pada 4 Februari tahun depan.

Ketiga-tiga mereka pagi semalam ditahan dalam satu operasi bersama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rausah Malaysia (SPRM).

Tangkapan ini merupakan tangkapan pertama dalam skandal PKFZ yang menelan belanja sehingga RM12.5 bilion.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup berkata, dakwaan dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat Pengerusi LPK, Lee Hwa Beng dan siasatan SPRM.

sumber : Harakahdaily

P/S- Bila tang pemimpin pakatan, siasat laju macam ribut, bila tang umno/BN
siasatan macam siput sedut pun ada dia punya slow motion. Tukar ketua tukar dah, tapi pi mai pi mai tang tu jugak...

Jumaat, Disember 11, 2009

Sama ada buta atau pun tak pandai membaca tak pun bodoh...


Pemuda Umno Minta Pas Jelaskan Di Mana Silapnya Modul BTN

KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno meminta Dewan Pemuda Pas menjelaskan di mana silapnya modul pendidikan Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan bertentangan dengan syariah Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian berkata perkara itu perlu memandangkan pengharaman dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan setelah memerintah negeri ini hampir 20 tahun.

"Saya mahu pemuda Pas menyertai sendiri dan melihat di mana silapnya modul yang diajar oleh BTN itu, sehingga terikut-ikut sama menolak kursus berkenaan," katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mengharamkan kakitangan kerajaan negeri menyertai kursus BTN.

Semalam Mursyidul Am Pas itu mengarahkan kakitangan Kerajaan negeri itu tidak menyertai kursus anjuran BTN berikutan pengharaman oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.

--BERNAMA

Pak Lah pun nak tumpang semangkuk...


BTN Tidak Bersifat Perkauman : Tun Abdullah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri tidak bersifat perkauman.

"Tapi kalau ada mana-mana individu yang bersifat perkauman, itu saya tak tahu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kerja dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) 2009 di sini hari ini.

Abdullah berkata BTN bertujuan memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara dalam kalangan warga negara.

Isu mengenai BTN timbul apabila kerajaan Selangor yang diterajui pakatan PKR, DAP dan Pas, melarang kakitangan kerajaan negeri dan pelajar daripada institusi pengajian milik kerajaan negeri daripada menghadiri kursus anjuran biro itu dengan mendakwa ianya bersifat perkauman dan cuba mempengaruhi peserta untuk menyokong Barisan Nasional.

"Tak usah kita riuh pasal perkara ini. Kita mahukan sesebuah institusi itu dapat diteruskan dengan niat yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai programnya," kata Abdullah yang pernah menjadi menteri bertanggungjawab bagi BTN pada tahun 1981.

Bagaimanapun Abdullah menyambut baik rombakan kurikulum BTN yang dicadangkan kabinet minggu lepas agar selaras dengan konsep 1Malaysia. BERNAMA

Daulat Tuanku....Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah


Tuanku Muhriz Dahului Senarai Penerima Darjah Dan Bintang Kebesaran Selangor

SHAH ALAM, 11 Dis (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengetuai senarai 106 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Tuanku Muhriz menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sementara adinda Sultan, Tengku Ahmad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima Darjah Kelas Pertama -- Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Turut menerima darjah kebesaran S.P.M.S. ialah Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Arshad Ayub.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu.

Anakanda baginda, Tengku Zatashah dan Pengerusi Ranhill Bhd Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran "Datuk Setia" bagi lelaki dan "Datin Paduka Setia" bagi wanita.

Seramai 14 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita, pula dibarisi oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali;

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; dan Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Nurmala Abd.Rahim.

Turut disenaraikan sebagai penerima D.P.M.S ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abu Bakar Salleh; Profesor Kanan, Pengarah Pusat Bio-IT Selangor, Universiti Industri Selangor (UNISEL) Profesor Emeritus Dr Abdul Latip Ibrahim; Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam Mazalan Md Noor; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor Mohd Jaafar Mohd Atan;

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) Abdul Rahman Ahmad, Naib Presiden Eksekutif Sime Darby Berhad Mohamed Ishak Abdul Hamid, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd Ramly Mokni, Pengasas Yayasan Paru-paru Malaysia Dr Zainudin Md Zin dan Consultant Obstetrician and Gynaecologist, Pantai Hospital Kuala Lumpur Dr Sundraledchimy Maheswaran.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita, penerimanya ialah Datuk Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor Mohamad Yaacob Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Luar Negeri Zainol Abidin Omar;

Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Datuk Nordin Rahok; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Anuwar Mad Said, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Jabatan Perdana Menteri Datuk Sabtu Awam@Awap, Pengarah Audit Selangor Ungku Arfah Ungku Md.Tahir, Ahli Majlis Agama Islam Selangor Profesor Dr Sidek Baba dan Pengarah Public Bank Berhad yang juga Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Datuk Mohamed Ishak Mohamed Ariff.

Turut tersenarai ialah, Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi, pengarah kumpulan muzik baroque klasik "Charivari Agreable" Dr Ng Kah Ming, pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Profesor Madya Hajeedar Abdul Majid, Presiden Persatuan Alumni Brinsford Malaysia Anthony Reynolds Peter, Naib Presiden Eksekutif 1, Permodalan Nasional Berhad (PNB) Jamiah Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia Khatijah Sulaiman@Sulieman, Pemerintah Negeri St-John Ambulans Malaysia, Selangor Yeo Kim Thong dan pengarah urusan Kembang Serantau Sdn Bhd (Kumpulan Zikay) Iszhar Ibrahim.

Seramai 13 orang pula menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) iaitu Ketua Pembangunan Hartanah, Sime Darby Property Berhad Tengku Ab.Aziz Tengku Mahmud, Ketua Program dan Timbalan Pengarah INTAN, Kampus Bukit Kiara Dr Alauddin Sidal, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM Profesor Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Profesor Dr Ibrahim Hussein, Dekan Fakulti Komunikasi dan Media UNISEL Profesor Dr Mohamad Ali Sekak dan Asisten Ketua Staf-Tadbir, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Kapten Wah Yuen Mei.

Turut tersenarai ialah Kapten Mohd Zaman Ibrahim dari Cawangan Rancang dan Operasi (RANOP), Kementerian Pertahanan; Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Jamaluddin Abd.Majid; Pengurus Besar Jabatan Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Masut Martu; Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Selangor Mohd Daruddin Taib@Hasan; Timbalan Pendaftar UiTM Karim Kasnan dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S), 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S), 19 menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh dianugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

Sementara itu, baginda Sultan turut berkenan mengumumkan pelantikan lima Jaksa Pendamai dan seorang Pelukis DiRaja Selangor yang akan berkuatkuasa pada 1 Jan depan.

Bagaimanapun istiadat mengangkat sumpah jawatan serta pengurniaan surat tauliah pelantikan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

-- BERNAMA

Petronas diratah, ekonomi negara semakin merudum


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

sumber: harakahdaily

Khamis, Disember 10, 2009

ini iklan punggung atau iklan potong???



Baru baru ini Dato Azhar ,Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang mengemparkan negara dengan kelakuan'lucah' menunjukkan punggung dan di gantung dari menghadiri DUN. Iklan terbaru dari Firefly mengambarkan perangai 'kurang Ajar'' yang mewarisi UMNO.

Iklan ni telah berada di pasaran sejak beberapa minggu yang lalu , dan ia seperti terlepas pandang pihak berwajib . ataupon publisiti murahan FireFly.

Kita bukan hairan ''punggung'' paramugari Firefly di pertontonkan. yang kita hairan kenapa pilih ''punggung'' yang macam tong dram di jadikan tatapan umum yang memalukan Firefly dan 1Malaysia.

Prihatin kebajikan rakyat, kerajaan negeri tetap membuka pusat khidmat rakyat di Dun Pelabuhan Klang


SHAH ALAM, 10 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selengor tetap membuka sebuah Pejabat Khidmat Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang biarpun Dun itu kini diwakili Adun bebas Badrul Hisham Abdullah.

Bagaimanapun ianya akan dipertanggungjawabkan kepada setiausaha politik menteri besar, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad yang ditugaskan sebagai Adun penyelaras bagi Dun tersebut dengan dibantu dua petugas lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, sekriteriat akhbar kerajaan negeri Selangor memberitahu ianya sebagai rasa prihatin dan tanggungjawab kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat ekoran tindakan Badrul yang mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi Adun bebas yang ‘mesra’ BN Oktober lalu.

"Kerajaan Negeri Selangor terus komited menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dengan membuka Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di 104-A, Solok Pendamar Indah 1, 42000 Pelabuhan Klang dan YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penyelaras bagi DUN Pelabuhan Klang," kenyataan itu dipetik.

Pejabat khidmat rakyat itu akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu dan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Manakala hari bertemu pelanggan di pejabat tersebut akan diadakan setiap hari Jumaat selama dua jam iaitu dari pukul 9 hingga 11 malam.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di talian 019-2276641, 012-6776736 (Encik Kamal Ariffin) dan 013-3711808 (Encik Abdul Hadi) untuk sebarang urusan berkaitan.

Badrul mengumumkan keluar PKR dan menjadi Adun bebas selepas beberapa desakan termasuk cadangan dari Menteri Besar yang juga Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri supaya beliau meletak jawatan.

Desakan dan cadangan itu dibuat selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Kerajaan Selangor juga sebelum ini mendakwa sering menerima aduan dari penduduk penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Sumber: Harakahdaily

Kes naya...orang lain yang kenyang, bilis juga yang kena


Skandal PKFZ: Bekas Pengurus LPK Bakal DIdakwa Hari Ini

SHAH ALAM, 10 Disember - Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan berhubung skandal membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selain OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

NST dalam laporannya memetik sumber berkata, ia adalah siri penahanan pertama membabitkan skandal PKFZ dan sekurang-kurangnya lima lagi akan ditahan polis dan SPRM.

sumber: selangorkini

lagi mau sokong 1malaysia ka??? lidah umno persenda orang india


Lagi artikel Utusan diadu kepada polis

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro Integrasi Kaum parti itu membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.


Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

sumber : malaysiakini

Baik untuk umno, jahanam untuk BN, MCA dan Gerakan


UMNO P.Pinang Sambut Baik Keputusan MT Tarik Balik Penggantungan Ahmad

PULAU PINANG, 9 Dis (Bernama) -- Umno Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menarik balik penggantungan Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun dari September kerana mengeluarkan kenyataan sensitif semasa berkempen.

Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau menyambut baik keputusan penarikan balik penggantungan Ahmad kerana beliau (Ahmad) masih merupakan orang penting bagi Umno.

"Saya percaya Majlis Tertinggi parti telah menimbangkan perkara itu secara serius sebelum membuat keputusan itu dan Umno Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan kepulangan Ahmad," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Rabu dilaporkan berkata Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada Jumaat memutuskan untuk menarik balik penggantungan Ahmad.

Ahmad, bekas Ketua Umno Bukit Bendera, semasa dihubungi berkata beliau bersyukur kerana perjuangan parti kembali ke landasan dan mengucapkan terima kasih kepada presiden dan timbalan presiden parti atas pertimbangan mereka.

Beliau digantung daripada parti selama tiga tahun dari September berikutan kritikan orang ramai selepas beliau menganggap bukan Melayu sebagai "pendatang" semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

-- BERNAMA

P/S- apa kata presiden gerakan dan mca....hmmm ada berani keluar atau masih bacul seperti biasa

Harapkan pagar...pagar makan padi...integriti kunun


Tugas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai Ketua Pengarah SPRM(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah pun berlalu. Kini hanya tinggal sejarah. SPRM pun sudah mendapat Ketua Pesuruhjaya yang baru iaitu Datuk Abu Kassim Mohamed yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tetapi hasrat Datuk Seri Ahmad Said untuk berehat dan menumpu sepenuhnya kepada urusan keluarga setelah berhenti secara mengejut “mungkin agak terganggu” dengan pendedahan terbaru daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Said terlibat dalam salah laku dengan mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta. Wow!!

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mencabar Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwanya sebagai palsu. Beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said, bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan diri beliau sendiri sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.

Yang memeranjatkan sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh S Manikavasagam ini, di mana tali leher yang dibekalkan berharga sehingga RM1,000. Katanya lagi, projek membekalkan uniform dan cenderamata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak.

sumber: beritasemasa.com

Rabu, Disember 09, 2009

Orang melayu selangor melopong kena main dek umno dan khir toyo


Selangor Dedah Projek Perhutanan Khir Toyo Untungkan Syarikat Kroni

Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dokumen yang menunjukkan mantan Menteri Besar Khir Toyo (Gambar) meluluskan projek perhutanan semula yang gagal mendatangkan pulangan kepada negeri itu tetapi memberi keuntungan lumayan kepada syarikat yang menerima tender berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mengikat perjanjian berat sebelah membabitkan 11,000 hektar tanah dengan syarikat yang mempunyai beberapa tokoh Umno sebagai pengarah.

Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian Sanusi Junid, dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Pahlil.


Khalid menggunakan peruntukan sekysen 2C untuk mendedahkan dokumen berkenaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku bersabitt Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.

Seluas 11,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula berkenaan ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).

Khir Toyo telah mewar-warkan bahawa projek itu aakan membawa pulangan RM800 juta untuk kerajaan negeri dalam tempoh 20 tahun.

Bagaimanapun, hasil keuntungan yang diraih kerajaan negeri hanya RM500,000.

“Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini,” .

Beliau berkata projek perhutanan itu berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.

Empat lagi projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.

Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan farmasi manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.

“Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada kajian ini, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit”, katanya lagi.

Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.

Antara tujuh syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.

Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd

"Cina Kaum Pendatang" – MCA, GERAKAN macam mana???


MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan pembatalan penggantungan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengeluar kenyataan “Cina adalah kaum pendatang.”

Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran (gambar) menganggap MCA dan Gerakan sebagai parti tidak berprinsip jika kekal dalam BN walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa pendirian Gerakan dan MCA dalam hal ini? Adakah mereka berani membuat keputusan meninggalkan BN. Itu yang patut dibuat jika mereka ada prinsip.

“Saya tidak hairan dengan keputusan Umno. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan Gerakan dan MCA dulu yang mahu menghukum Ahmad.

“Kini semuanya kabur,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, sambil mendesak Umno membuat pengumuman rasmi mengenai isu itu.

September tahun lalu, Ahmad digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun kerana menyentuh sensitiviti kaum, tapi dibatal Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) manakala Ahmad sudah dimaklumkan perkembangan itu tetapi tiada pengumuman rasmi setakat ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula berkata, pembatalan itu meningkat imej rasis Umno dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Beliau tertanya-tanya pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang terlibat secara langsung dalam pertelagahan dengan Ahmad Ismail.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, apa pendirian Tsu Koon? Dan, apa sebenarnya mesej yang mahu disampai melalui keputusan itu?” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan penggantungan itu ditarik balik bagi mengukuhkan konsep Ketuanan Melayu.

Menyifatkan keputusan itu mengecewakan banyak pihak, beliau mendapati Umno cuba memulihkan individu yang didapati bersalah dalam kelakuan mereka semata-mata atas dasar kepentingan politik. -FMT

Video Nazri hentam Che Det...hentam jangan tak hentam

Nak gi mana tu?...hmmm malu la nak jawab, minta tolong menteri wilayah jawabkanlah


Taxi Driver: Nak ke mana cik?



Penumpang : Saya nak ke bandar Sunway. Dekat jer, rumah saya kat Jalan Puki Mak U Lah...



Taxi Driver : Cik, kita ni orang Melayu. Tak boleh ke gunakan bahasa yang lebih sopan?



Penumpang : Nak sopan macam mana lagi bang? Dah memang itu nama jalannya.



Taxi Driver :!@#%^&*(

Bahasa menunjukkan bangsa....ada menteri pun tidur

Rakyat diutamakan...Hospital awam tidak selamat?


KUALA LUMPUR, 9 Dis: Beberapa hospital awam di Malaysia dikatakan berbahaya untuk menempatkan pesakit.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa demikian setalah melihat beberapa tragedi di beberapa hospital awam.

Katanya, pada tahun 2008 menyaksikan tiga blok Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dikenal pasti dalam keadaan berbahaya oleh jurunilai bangunan.

Pada Jun 2007 menyaksikan beberapa keping siling bangunan Hospital Daerah Pekan, Pahang runtuh.

April tahun yang sama turut menyaksikan Hospital Sultan Ismail, Johor yang bernilai RM550 juta terpaksa ditutup selama 17 bulan disebabkan masalah pembiakan kulat.

Hospital Ampang, Kuala Lumpur turut mengalami masalah pembiakan kulat yang berbahaya kepada pesakit, seperti di Hospital Sultan Ismail.

Mac tahun yang sama menyaksikan Hospital Sultanah Bahiyyah, Kedah yang bernilai RM550 juta terpaksa dibuka empat tahun lewat dari masa yang dijadualkan kerana masalah kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai.

Februari 2007 pula menyaksikan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM550 juta mengalami pelbagai masalah prasarana fizikal seperti siling runtuh, paip yang bermasalah dan ketirisan di bahagian cafetaria.

Dipercayai beberapa masalah prasarana di hospital-hospital awam terbabit disebabkan sikap kerajaan melantik kontraktor-kontraktor bermasalah atas dasar kronisme.

Pun begitu, tidak kedengaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa kes berkaitan hospital awam terbabit.

Pengurusan tidak cekap perbendaharaan negara sekaligus tidak menggambarkan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sumber: harakahdaily

sah sahih confirm UMNO parti perkauman...



KUALA LUMPUR, 9 Disember - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai ‘bapa segala perkauman’.

Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik.

Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan.

“Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun.

“Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik.

“Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa?

“Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya.

Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr Mahathir perlu redha bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan.

“Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya.

“Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan Perdana Menteri dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.”katanya.

sumber : selangorkini

Ini baru dinamakan rakyat diutamakan, tak payah retorik buat terus


Kerajaan Kedah Beri Potongan 25 Peratus Peminjam Yang Langsaikan Hutang


ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap penerima pinjaman pelajaran yang gagal menjelaskan hutang, sebaliknya diskaun 25 peratus diberi mulai Januari ini kepada mereka yang melangsaikan hutang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sehingga semalam terdapat seramai 3,096 peminjam tidak aktif yang berhutang berjumlah RM18,373 juta dengan Lembaga Biasiswa Kedah dan cuma 1,088 sahaja yang aktif.

"Tindakan ini termasuk mendaftarkan nama peminjam dan penjamin dengan CTOS (Credit Tip Off Service) supaya mereka susah apabila hendak membuat pinjaman," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.

Menurut Azizan, Lembaga Biasiswa Kedah cuma dapat mengutip balik pinjaman sebanyak RM1.376 juta tahun ini sehingga Nov lepas manakala RM1.692 juta pada tahun lepas.

"Sebagai insentif, kita akan beri diskaun potongan 25 peratus kepada peminjam yang menjelaskan baki pinjaman mereka mulai Januari ini. Kita juga akan mencari mereka sehingga di rumah dan tempat kerja.

"Kita akan berbincang dengan majikan mereka. Setakat ini Jabatan Pendidikan Kedah memberi kerjasama untuk memotong gaji kakitangannya," kata Azizan.

Beliau menambah peminjam yang meninggal dunia, penjamin dilepaskan daripada tanggungjawab sebaliknya waris peminjam yang akan membayar balik baki hutang.

Katanya Lembaga Biasiswa akan melantik panel peguam untuk mengambil tindakan terhadap peminjam engkar dan mereka (peminjam) akan menanggung segala kos guaman.

-- BERNAMA

Rakyat diutamakan...Tarif elektrik bakal naik januari 2010


Tarif Baru Elektrik Tunggu Kelulusan Kabinet

PUTRAJAYA: Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

"Tarif ini dikaji semula setipa enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi peringkat kementerian di sini hari ini.

Chin berkata kabinet akan mengambil kira semua perkara sebelum meluluskan sebarang tarif baru.

"Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik oleh kerana kenaikan kos dan sebagainya tapi kabinet akan melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar," katanya.

Chin berkata antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu yang telah ditetapkan adalah untuk mengurangkan indeks gangguan bekalan elektrik di Sabah, yang pada masa ini jauh lebih tinggi dari di Semenanjung dan di Sarawak.

Untuk itu, kementerian akan bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membolehkan perkara itu dicapai dalam tempoh setahun, dengan memastikan kapasiti tenaga yang dibekalkan mencukupi untuk kegunaan rakyat di sana.

Antara KPI lain yang ditetapkan ialah meningkatkan kawasan liputan bekalan air terawat, meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, serta mewujudkan lebih banyak sistem pembetungan serantau, katanya.

Chin sebelum itu turut melancarkan laman blog beliau yang boleh dicapai melalui alamat http://peterchin.my.

Beliau berkata ia merupakan satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan rakyat, dan setiap aduan dan pandangan yang diterima akan diberi perhatian dan langkah segera diambil untuk menanganinya.

Chin berkata sempena sambutan Hari Inovasi kementerian tahun depan, beliau akan menyediakan hadiah peribadi kepada kakitangan kementerian yang memperkenalkan langkah inovatif yang boleh menambah baik sistem penyampaian. BERNAMA

Perak Darul Kartun..........


Kartunis kontroversi Majalah Gedung Kartun - Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar - hari ini mengumumkan pengedaran karya terbaru 'Perak Darul Kartun'.

ercakap satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini, Zunar berkata, karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Buku setebal 80 muka surat itu merupakan hasil usaha enam kartunis yang diketuainya.

Topik utamanya ialah karya kartun satira mengenai krisis politik di Perak serta sumbangan penulis dan kartunis yang lain.

Antara mereka yang turut menyumbang ialah Sasterawan Negera A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish Noor dan juga kolumnis Malaysiakini, Hishammuddin Rais.

Selain itu, buku ini juga mengutarakan karya kartun mengenai nostalgia era Reformasi tahun 1998.

sumber: malaysiakini

Mahathir habiskan RM100 bilion dalam skandal kewangan di zamannya


KUALA LUMPUR, 9 Dis: Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Barry, yang merupakan bekas editor Asian Wall Street Journal, berkata sebahagian besar daripada penipuan adalah melalui usaha kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara melalui pasaran mata wang global, yang berlaku pada 1980-an.

'Malaysia Maverick' adalah buku bebas pertama yang lengkap dengan kajian panjang tentang Mahathir, yang bersara pada tahun 2003 setelah lebih dari dua dekad sebagai Perdana Menteri. Buku ini akan diterbitkan secara global minggu depan oleh Palgrave Macmillan.

Wain menulis, pemerintahan Mahathir, yang mula berkhidmat pada tahun 1981 dengan slogan, "bersih, cekap dan amanah", secara langsung terlibat dalam skandal kewangan yang "meletup dengan mengejutkan".

Pada awal 1990-an, secara sinis beliau menulis, itu adalah "dekad yang baik untuk perilaku buruk, atau dekad buruk bagi tingkah laku yang baik".

sumber : harakahdaily

rakyat diutamakan...kali ini ambulan pulak


Jangan swastakan perkhidmatan ambulan

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli petang tadi meminta kerajaan tidak menswastakan perkhidmatan ambulan demi kepentingan rakyat.

Permintaan tersebut sebagai respon pada penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan bercadang menambahkan lebih seribu lagi unit ambulans demi menaik taraf perkhidmatan kesihatan negara.

"Penambahan lebih 1000 ambulan difahamkan akan diuruskan oleh suatu syarikat swasta.

"Soalan saya, adakah perkhidmatan ambulan ini akan diswastakan atau tidak," soal Dr. Hatta.

Beliau yang juga Bendahari PAS menegaskan bahawa langkah penswastaan tersebut akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

"Sebenarnya penswastaan ini tidak semestinya akan meningkatkan kualiti, tetapi selalunya meningkatkan kos, ini yang selalu kita dengar, akhirnya merugikan (rakyat)," jelas Dr. Mohd Hatta sewaktu membahaskan isu berbangkit berhubung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Liow mengakui bahawa kementeriannya ada menerima cadangan penswastaan tersebut.

"Memang ada beberapa cadangan seperti ini (penswastaan ambulan) tetapi kami (Kementerian) masih belum membuat apa-apa keputusan," kata Liow.

Pun begitu, Liow memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan dibebankan, sekiranya polisi itu dilakukan.

"Sekiranya ada penswastaan (perkhidmatan ambulan) ini, kita (kerajaan dan Kementerian) memberi jaminan untuk kebaikan rakyat dan tidak akan membebankan rakyat," jelasnya.

Respon pada penjelasan Liow, Dr. Mohd Hatta meminta kerajaan mengkaji semua janji-janji politiknya sebelum ini.

"Memanglah dalam penswastaan (yang dilakukan kerajaan) sebelum ini, kerajaan akan janji jimatkan kos dan tidak membebankan rakyat, tapi apabila diswastakan, kita (rakyat) dapati sebaliknya," katanya.

sumber: harakadaily

P/S- lepas ni kalau dah nak mati atau nak bersalin, kalau takda duit toksah mimpilah nak naik ambulan

mat yeh ini akan dilantik timbalan menteri???


Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

PETALING JAYA, Dis 9 — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang “kehilangan peluang” untuk menyertai jemaah menteri April lalu disebut-sebut berkemungkinan akan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil yang bakal dilakukan.

Utusan Malaysia yang memetik portal Malaysia-instinct.com berkata pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima Perdana Menteri.

Laporan itu menyebut Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukannya di Kementerian Pelancongan.

"Dan, tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur," laporan Utusan Malaysia hari ini.

April lalu Khairy tidak diberikan sebarang jawatan dalam Kabinet sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada Umno.

Beliau dikatakan sudah mula mencatat kejayaan dalam usaha itu.

Khairy kini berada di Mekah untuk menunaikan haji.

Buat masa sekarang timbalan Khairy di Pemuda Umno merupakan antara timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan April lalu.

Datuk Mukhriz Mahathir yang menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

sumber :themalaysianinsider

Ruang maya pilihan rakyat malaysia, ruang media pakatan rakyat


Rakyat Malaysia Luang Lebih Banyak Masa Dalam Talian, Kata Google

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakyat Malaysia meluangkan lebih masa bagi melayari internet dan menjadi semakin arif tentang laman-laman di internet seperti Facebook, Tagged, Twitter, permainan Dragonica manakala berkongsi fail secara online dan laman storan '4shared' menjadi lima carian terunggul mereka dalam Internet tahun ini.

Mengumumkan Zeitgeist tahunannya bagi Malaysia hari ini, Google berkata rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua media tradisional dan baru untuk mendapatkan berita terkini dan gosip tentang selebriti, manakala Raja Pop, Michael Jackson dan ahli politik Elizabeth Wong meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai tahun ini.

Alat Google Zeitgeist memberikan sedikit kefahaman tentang apa yang orang ingin tahu di Malaysia dan tentang topik bagaimanakah yang menarik minat orang di seluruh dunia, berdasarkan carian unggul.

Sementara itu, kata enjin carian online itu, Formula 1 mengatasi bola sepak dan badminton sebagai sukan terhangat tahun ini, dengan tiga daripada lima sukan terunggul mempunyai kaitan dengan F1, manakala pasukan F1 1Malaysia mengungguli carian sukan yang terpantas peningkatannya.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, ia berkata kelembapan ekonomi juga menyaksikan rakyat Malaysia mencari pekerjaan secara online melalui laman web pekerjaan kendalian kerajaan, jobsmalaysia.gov.my.

Malaysia menyaksikan lonjakan besar carian iaitu sebanyak 49 peratus bagi 'jawatan kosong' pada 2009 berbanding 2008.

Google berkata rakyat Malaysia juga mencari barangan murah melalui internet dan mencari tawaran terbaik mungkin, dari barangan isi rumah dan harta hinggalah kepada perjalanan dan elektronik.

Contohnya, perkataan 'sale' meningkat cariannya sebanyak 21 peratus pada 2009 berbanding tahun lepas.

Google yang diasaskan pada 1998 oleh pelajar Ph.D. Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, hari ini merupakan harta laman web terunggul dalam semua pasaran utama global.

Google beribu pejabat di Lembah Silicon dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

sumber: bernama

aksi lembu umno kencing tepi jalan...kalau dah lembu, lembulah jugak



Lembu-lembu yang tak pernah serik...............bawak-bawaklah mengucap

sumber :minaq-jinggo

Selasa, Disember 08, 2009

Awas...lakonan biawak


Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit Agak Mengecewakan, Kata CIMB Group

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- CIMB Group berkata ia agak kecewa dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 ke atas kad kredit.

"Kami agak kecewa kerana kami mengharapkan cukai perkhidmatan itu tidak perlu berikutan cadangan untuk mengurangkan pegangan tunai dan meningkatkan cara pembayaran yang lain," kata ketua eksekutif kumpulan Datuk Seri Nazir Razak.

"Ini adalah sesuatu yang mengecewakan kami tetapi kami harus mematuhinya," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kemudahan pinjaman berjangka bernilai RM50 juta daripada CIMB Bank Bhd dan UBS AG kepada JCY HDD Technology Sdn Bhd.

Untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kredit kad utama dan kad caj dan cukai perkhimatan RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari depan.

Ditanya jika CIMB Bank boleh menyerap cukai perkhidmatan itu, Nazir berkata "ianya hanya berkaitan ekonomi."

Bank itu menjangka mencapai sejumlah 1.2 juta pemegang kad kredit menjelang akhir tahun berbanding 1.1 juta pelanggan sekarang.

Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) baru-baru ini berkata cukai perkhidmatan itu tidak akan memberi kesan kepada nilai urus niaga keseluruhan oleh pemegang kad dalam jangka masa sederhana.

Pemegang kad mungkin hanya akan membatalkan kad-kad lebihan untuk mengurangkan beban cukai kerana cukai itu dicadangkan untuk dikenakan setiap tahun ke atas setiap satu kad, katanya.

MARC juga percaya cukai yang dicadangkan itu akan menyebabkan penghindaran daripada permohonan banyak kad bagi pemohon baharu dan oleh itu, kadar pertumbuhan bagi kad kredit yang dikeluarkan akan kehilangan momentum daripada pertumbuhan tahunan sebanyak 13.2 peratus yang direkodkan sepanjang 2004-2008.

Bagi pengeluar kad, iaitu 21 bank dan tiga institusi kewangan bukan bank, cukai ini akan memberikan kesan bercampur bergantung kepada penguasaan pasaran sekarang dan penjenamaan mereka, tambahnya.

-- BERNAMA

P/S- Tak kan  adik kata abang punya polisi tak betul kot....rakyat didahulukan kunun

Contoh kerajaan penyayang..rakyat diutamakan...

KUALA LUMPUR: Permintaan Cuepacs untuk pengecualian bayaran pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan kurang upaya untuk kredit perumahan yang diluluskan sebelum tahun 1995, tidak akan dilayan, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan di sini, katanya syarikat insurans tidak dapat melayan permintaan sebagai polis insurans yang diambil tidak merangkumi cacat kekal.

"Cacat kekal Dasar ini hanya ditawarkan oleh syarikat insurans yang efektif 1 Ogos 1995, dan dengan demikian, hanya perumahan pinjaman yang diluluskan selepas tarikh tersebut berhak untuk mendapat perlindungan," katanya.

Pada 22 November lalu, Cuepacs telah meminta kerajaan untuk menghapuskan pinjaman perumahan diambil oleh pegawai kerajaan yang mengalami kecacatan kekal semasa dalam tugas.
Cuepacs setiausaha agung Mohd Zin Ahmad Shah mengatakan bahawa saat ini, hanya mereka yang telah mengambil pinjaman selepas 1 Ogos 1995, tidak perlu membayar semula keseimbangan jika mereka yang tidak berpadanan untuk terus bekerja.

Mereka yang mengambil pinjaman dahulu harus tetap membayar kerana mereka hanya dilindungi insurans kematian dan api, tetapi tidak cacat kekal.

Treasury edaran No 6 / 95 menghendaki setiap peminjam pinjaman perumahan untuk melindungi dari kebakaran dan MRTA. insurans untuk melindungi kepentingan kerajaan dan membolehkan pemulihan pinjaman yang diberikan, dalam hal kematian atau kebakaran.

Cacat kekal adalah perlindungan tambahan yang ditawarkan oleh syarikat insurans sebagai akibat daripada persaingan di antara mereka sendiri.

Ingat kalau anda cacat pun masih juga anda kena langsaikan hutang anda kecuali anda mati....hmmm rakyat diutamakan

lagi berita pecah tembelang........


BN pula disaman RM546 juta kes kontrak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan sebuah syarikat papan iklan dan BN memfailkan tujuh dokumen termasuk senarai isu yang akan dibicarakan berkaitan kes saman RM546 juta syarikat itu terhadap BN.

Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.

Timbalan Pendaftar, Nur Yusliana Yusoff membuat arahan itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya bagi pengurusan kes.

Peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memberitahu pemberita bahawa Nur Yusliana menetapkan 26 Jan untuk pengurusan kes akhir saman itu bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Pada 7 Dis 2007, PPSB menfailkan saman terhadap BN kerana menamatkan perjanjian bertarikh 5 Jan 2006, untuk membekalkan dan mendirikan papan iklan luaran bagi BN untuk mempromosikan BN semasa pilihan raya umum.

Syarikat itu yang dilantik sebagai ejen untuk mendirikan papan iklan bagi BN, menamakan BN melalui pegawai amnya Datuk Yaakob Mohammad, sebagai defendan.

PPSB, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa mengikut perjanjian, BN berhak menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada perjanjian itu ditandatangani tetapi BN telah mengeluarkan notis itu selepas enam bulan perjanjian ditandatangani.

Akibat itu, syarikat itu mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua dan jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.

Syarikat itu mendakwa BN juga gagal untuk bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan luaran itu.

Syarikat itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

BN dalam pernyataan pembelaan mendakwa penamatan perjanjian itu adalah sah kerana PPSB gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan mengikut perjanjian itu.

BN mendakwa syarikat itu tidak pernah memintanya bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan luaran itu dan BN juga tidak bertanggungjawab untuk memperoleh lokasi strategik bagi membina papan luaran itu.

Ia berkata tindakan syarikat itu memfailkan saman terhadap BN adalah salah kerana yang sepatutnya disaman adalah pegawai amnya. BERNAMA

Orang kito