Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Februari 05, 2010

Realiti sebenarnya umno....

Sutradara UMNO selangor...

Belang umno itu sebenarnya...
Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.

Rangkuman perjalanan perbicaraan fitnah 2.0

Perbicaraan masih lagi berkisar pada keterangan Saiful Bukhari selaku saksi pendakwaan pertama.

1. Terdahulu, Karpal Singh memohon Mahkamah untuk mensabitkan Utusan Malaysia atas kesalahan menghina mahkamah berikutan penggunaan tajuk “Saya tidak rela diliwat lagi”, di mana perkataan “lagi” itu sama sekali tidak berbangkit dalam perbicaraan semalam.

2. Hakim Zabidin terpaksa mengambil masa 5 minit (menelefon seseorang mungkin?) untuk membuat keputusan.Sebagaimana dijangka, keputusan kurang cerdik telah diputuskan, dimana Utusan tidak melakukan kesalahan tersebut di dalam kamar mahkamah, justeru ia bukan satu bentuk penghinaan.

3. Mahkamah telah dipertontonkan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan pergerakan seorang individu menaiki lif ke aras 5 dan menaiki lif yang sama meninggalkan aras tersebut.Saiful mengakui individu tersebut adalah beliau.

4. Saiful ditunjukkan dengan beberapa keping gambar, dan Saiful mengesahkan itulah beliau yang sedang bergerak keluar daripada kondominium berkenaan.
Pertikaian: gambar ini antara bukti yang tidak dibenarkan mahkamah untuk diberi kepada DSAI dan pasukan pembelaannya. Justeru potensi bahawa gambar ini dimanipulasi sangat besar kerana kesahihannya hanya diketahui oleh pasukan pendakwa.

5. Saiful sewaktu ditanya Yusuf mengapa beliau menemui doktor, menjawab yang dia menemui doktor berkenaan dia telah diliwat. Saiful mengaku bahawa dua hari selepas kejadian berkenaan barulah dia mengambil keputusan untuk menemui doktor.
Pertikaian: dalam ilmu Biologi, air mani hanya boleh bertahan selama 24jam sahaja.

6. Doktor Mohamed Osman masuk ke dalam kamar mahkamah, dan Saiful menyatakan bahawa dia mengenai doktor tersebut sebagai ‘Doktor Pusrawi’.

7. Saiful mendedahkan, sewaktu pemeriksaan dibuat, doktor tersebut telah memasukkan sesuatu ke dalam dubur beliau. Dan pada ketika itu dia memaklumkan yang dia telah diliwat.Doktor berkenaan telah memberhentikan pemeriksaan serta merta.
Pertikaian: Laporan Doktor Mohamed Osman yang telah tersebar luas di internet jelas menunjukkan bahawa dubur Saiful adalah suci daripada sebarang tusukan.

8. Doktor tersebut telah menasihatkan Saiful untuk membuat pemeriksaan tersebut di hospital kerajaan, dan Saiful menuruti nasihat doktor tersebut.

9. Saiful kemudian beralih ke Hospital Besar KL (HKL). Di sana beliau bertemu dengan seorang ‘doktor India’.

10. Saiful mendakwa beliau telah membuat laporan polis di Pondok Polis HKL. polis membawakan borang repot kepada dia selepas dia memaklumkan yang dia telah diliwat. Saiful memaklumkan bahawa DSAP Jude Perriera adalah Pegawai Penyiasat bagi kes beliau.

11. Apabila memaklumkan kepada doktor di HKP bahawa dia telah diliwat,Saiful terus dibawa ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Selepas sejam, seorang doktor datang untuk membuat pemeriksaan tekanan darahnya. Selepas setengah jam, seorang doktor datang dan memaklumkan yang Saiful perlu membuat laporan polis sekiranya dia mahu diperiksa atas kes liwat.

12. Selepas setengah jam, dua orang pegawai polis telah datang dan membawakan dokumen berkaitan untuk membuat laporan polis. Polis berkenaan menyoal siasat beliau dan selepas waktu Isyak, dua ke tiga orang doktor melakukan pemeriksaan ke atas badannya.
Pertikaian: dalam laporan perubatan kedua, juga konsisten menyatakan bahawa tiada sebarang tusukan ke dalam dubur saiful. Juga tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan yang mengesahkan beliau diliwat.

13. Sewaktu pemeriksaan, Saiful menyatakan yang doktor telah menggunakan putik kapas (cotton bud) untuk memeriksa leher, badan dan dubur beliau.

14. Mahkamah ditangguhkan ke 9.30 pagi esok, Jumaat (5/2/2010).

Pejabat Ketua AMK

sumber:shamsuliskandar.wordpress.com

Khamis, Februari 04, 2010

Flashback sumpah sayfool...



Permatang Pauh, 25 Ogos (SK): IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.

Rabu, Februari 03, 2010

1Malaysia....Ibarat kata MIC Pengemis, MCA pula jual tubuh...macam tu la gamaknya kot

Cerita tahyul khayalan dogeng hari ini sapa baca pun nak muntah....

5.15pm:Court adjourns to 9.30am tomorrow, proceedings will be in-camera due to sensitivity of the testimony. Earlier in his testimony, Mohd Saiful Bukhari says he was instructed to go to the Desa Damansara condominium at 2.30pm on the day in question to discuss working arrangements with Anwar. He claims that when he handed some documents to Anwar, the latter said, “Can I f--- you?”

4.34pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim’s daughter and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar leaves the court complex.

PKR strategic director Tian Chua briefs and gives pep talk to PKR supporters about the trial.

4.25pm: More than 20 PKR supporters carrying banners and signs protest against the trial outside the KL Court Complex. Two of them are wearing masks of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor.

3.46pm: Mohd Saiful Bukhari takes the stand.

sumber:thestar

komen : Macam manalah rakyat nak percaya...ekonomi merudum...kehakiman merudum, nak dijadikan cerita Pegawai Khas Perdana Menteri kata kaum India datang ke sini sebagai pengemis dan orang cina pula banyak yang datang dan terutama perempuan menjual tubuh mereka. Macam ni kalau MCA dan MIC menyokong lagi ke ibarat apa yang Pegawai Khas PM, Nasir Safar kata tu betul lah...

Siapa Nasir Safar?
Pegawai Penerangan Kepada Timbalan Perdana Menteri
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tg Piai

Profesor kangkong umno disaman...

ALOR SETAR, Feb 3 — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi hari ini dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini, Julai lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Dr Nordin, atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

Pada 8 Julai lepas, sebuah syarikat penganjur program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UUM, memperoleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang universiti itu meneruskan program berkenaan.

Peguam C V Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM bagaimanapun gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfail waran komital pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat itu memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat berkenaan untuk mengendalikan program itu, berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Azahar berkata mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak itu mesti memberikan notis secara bertulis selama enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka.

Sementara itu peguam Datuk Hashim Jahaya yang mewakili Dr Nordin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu keputusan itu atau tidak. — Bernama

Pegawai Khas Najib keluar kenyataan berbaur perkauman, hancur luluh gagasan 1Malaysia

2 Feb- Pegawai khas kepada PM , Nasir Safar telah membuat kenyataan yang bersikap perkauman di satu majlis di Melaka yang bertempat di Malacca International Trade Centre.Kenyataan lain adalah untuk menarik balik kewarganegaraan masyarakat India dan Cina.Beliau merupakan pegawai khas bahagian komunikasi di JPM.

Nasir menyifatkan kaum India dan Cina merupakan pendatang dan dalam salah satu kenyataannya , dia mengatakan yang " kaum India datang ke sini sebagai pengemis dan orang cina pula banyak yang datang dan terutama perempuan menjual tubuh mereka ".

Kenyataan yang jelas menunjukkan tahap pemikiran seseorang yang menjawat jawatan tertinggi di JPM menunjukkan 1Malaysia Najib hanyalah satu penipuan terhadap rakyat.Turut hadir ialah wakil dari MIC dan MCA , mereka lantas menunjuk tanda protes dan keluar beramai-ramai dari majlis itu meninggalkan Nasir Safar dan beberapa kerat pemimpin yang perkauman di dalam majlis itu.

Salah seorang ahli MIC Melaka akan membuat laporan polis terhadapa tindakan Nasir Safar kerana dengan jelas menyinggung perasaan mereka.Seorang pemuda MIC yang hadir turut memberitahu pihak TawanMalaysia bahawa Nasir mengeluarkan kenyataan " orang India ini dah lebih , mereka memaksa kerajaan untuk 12 subjek di dalam SPM , kita pada bila-bila masa sahaja boleh menarik kerakyatan orang India ini " .

Thiran 32 , seorang wakil MIC Melaka mengatakan bahawa " Nama saja pegawai khas PM , tetapi cakap macam sampah , anda bayangkan bagaimana seseorang yang bekerja at the highest office boleh panggil orang India dan Cina pendatang ?"

Banyak wakil MIC yang berbual di luar dewan sewaktu majlis itu berlangsung dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.Laporan polis akan dibuat berhubung kenyataan yang bersikap perkauman dan hasutan itu.

Kesemua parti komponen BN memohon agar Nasir Safar memohon maaf dia atas kenyataan yang nyata berbaur hasutan dan perkauman itu.Ini juga sudah menunjukkan perpecahan yang ketara di kalangan parti komponen BN.

sumber:tawanmalaysia.

Komen : Gagasan 1Malaysia lebur, hancur bak kata pepatah 'Kerana santan, Pulut binasa, Kerana Mulut, 1Malaysia Binasa'

Selasa, Februari 02, 2010

terkini...Anwar sapena najib dan rosmah jadi saksi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.


"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

sumber:malaysiakini

Hari ini Anwar menjadi tumpuan dunia...

Anwar tiba di mahkamah

Terkini Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pagi ini.

Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

8.51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

846 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

842 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8.33: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumahn mereka di Segambut.

sumber:malaysiakini

Untuk rekod, Laporan World Economic Forum’s Global Competitiveness Report menunjukkan Kebebasan Kehakiman Malaysia di mata dunia merudum dari tempat ke 47 dalam tahun 2008 kepada tempat ke 53 dalam tahun 2009

Seluruh Rakyat Malaysia dijemput hadir....

Saudara-saudari semua,

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah.

Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahanmeluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. 

Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembelinghasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008.

Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut:

Tarikh: Hari Selasa, 2hb Februari 2010.

Masa: 8.30am.

Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Diharap saudara-saudari dapat hadir memberi sokongan.
Terima kasih.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
###

Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Isnin, Februari 01, 2010

sombong bodoh...

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.

Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.

“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.

“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.

Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.

Sumber :HarakahDaily

YBK terlambat bayar cukai LAPAN TAHUN!!!

'Sudah terlambat, Ali Rustam'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata sudah terlewat untuk Yayasan Melaka membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu melunaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta tersebut.

Ini kerana katanya cukai itu telah tertunggak selama lapan tahun.

"Satu tahun tak apa, ini lapan tahun terlalu lama. Sekarang kita ada ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita kena telus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat pelupusan sampah Worldwide Holdings Bhd di Bukit Kerayong, Jeram di Kuala Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada Sabtu lepas bahawa Yayasan Melaka bersedia membantu YBK Selangor melunaskan cukai tertunggak itu jika kerajaan negeri Selangor setuju melanjutkan tempoh bayaran sehingga 1 Feb.

Sebelum itu, Pengerusi YBK negeri Datuk Zainal Abidin Sakom dilapor media sebagai berkata yayasan perlu menjelaskan cukai tanah seluas 526 hektar di Serendah, Rawang pada 30 Jan lepas.

Khalid juga menyarankan agar Yayasan Melaka membeli tanah itu pada harga pasaran sekiranya benar-benar mahu membantu YBK membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara itu di sana.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan merampas tanah itu, Khalid berkata:"Ia akan dilakukan mengikut proses."

Ada orang kampung yang tanah mereka dirampas kerana lewat membayar cukai tanah, katanya.

- Bernama

sumber: malaysiakini

Rampasan kuasa di Selangor oleh UMNO sebelum tahun baru cina...

Taktik Kotor Umno-BN Cuba Rampas Selangor

Haaa...ini pula berita yang kami terima petang tadi. Nampaknya Umno-BN makin terdesak dan sesak sehinggakan mereka merancang plot-plot kotor dan keji dalam usaha mereka untuk merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber kami, Najib dan kuncu-kuncunya merancang untuk merampas Selangor secara paksa dan hina dengan cara mengaitkan pertuduhan mahkamah terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum sambutan Tahun Baru Cina ini.

Memang kotor sekali perancangan jahat mereka itu. Seolah-olah menidakkan hak rakyat dalam mengeluarkan suara dan memilih pemimpin mereka. Kalau pemerintahan boleh sesuka hati dirampas begitu sahaja, lebih baik tak payah ada pilihanraya. Isytiharkan saja Malaysia nih bukan negara demokrasi lagi. Pilihlah sistem-sistem lain di luar sana tu yang sesuai dengan agenda hina mereka.

Walau bagaimana pun, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat bersama semua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat petang tadi telah mengeluarkan satu resolusi di mana kesemua kepimpinan berikrar akan terus memperkukuhkan parti dan akan menentang perancangan kotor Najib dan kuncu-kuncunya di Selangor.

sumber: tawanmalaysia

Ahad, Januari 31, 2010

UMNO Selangor bergolak...Khir Toyo dan orang-orangnya bakal telungkup

Perang besar yang sedang berlaku dalam umno selangor sekarang sudah sampai ke kemuncaknya apabila beberapa ketua bahagian telah mengadakan pertemuan yang tak berapa nak rahsia untuk menentukan siapa yang bakal memimpin selangor dalam pilihanraya akan datang.

Umum tahu yang Shukor adalah orang yang di'favour' PM. khir toyo makin tersepit.ada cerita tengah mengintai peluang dengan pakatan ? wallahualam.

"khir toyo ke pakatan ?" aku tak pernah dengar cerita lagi ajaib dari tu.tapi kesediaan khir toyo untuk datang ke pejabat tvselangor hari tu memungkinkan sesuatu yang pelik akan berlaku.apa pun political survival la.

Kawan-kawan dekat kampung dua belas pon macam tak tahan jek lagi.ni semua survival bang.nak menongkah arus buat apa.panjang lagi perjalanan politik brader.

sumber:tawanmahligai.blogspot.com

Disebalik berita perpecahan PKR...perpecahan PEMUDA UMNO lagi dasyat!!!

Exco Pemuda UMNO desak KJ letak jawatan

Haaa...ni apa cerita pulak ni? Nampaknya mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung malam kelmarin kecoh berikutan desakan dan tuntutan hampir dua pertiga daripada keseluruhan barisan Exco yang menginginkan ketuanya Khairy Jamaluddin (KJ) meletakkan jawatan.

Difahamkan tuntutan ini berlaku akibat kelemahan dan kekurangan daya kepimpinan KJ dalam menerajui Pemuda Umno. Ini dibuktikan apabila KJ gagal menterjemahkan apa yang dinginkan oleh Presiden Umno Najib Razak dan tidak berupaya menyelesaikan banyak kemelut dalam Pergerakan Pemuda Umno negeri.

Situasi bertambah buruk apabila tidak sampai separuh daripada Ketua-ketua Pemuda Bahagian yang hadir ke Kursus Kepimpinan di Janda Baik hujung tahun lalu. Ini merupakan satu isyarat yang sangat kuat kepada KJ supaya berjaga-jaga kerana beliau berkemungkinan akan digulingkan dalam masa terdekat ini. Hampir keseluruhan barisan Exco dan juga kepimpinan peringkat akar umbi yang mahukan Datuk Razali Ibrahim mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno daripada KJ.

*p/s: KJ ni seorang budak yang sangat cerdik. Dia bercita-cita nak jadi PM suatu masa nanti. Agaknya kalau satu Umno tak suka dah pada dia. Nescaya dia sanggup melompat ke Pakatan Rakyat untuk terus mengejar impiannya. Percaya atau tidak??? Percayalah...hahaha

Sumber: tawanmalaysia.com

Orang kito