Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Februari 02, 2010

Hari ini Anwar menjadi tumpuan dunia...

Anwar tiba di mahkamah

Terkini Perbicaraan kes liwat kedua mantan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pagi ini.

Perbicaraan yang menarik perhatian pelbagai pihak itu dijangkakan berlangsung sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

8.51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

846 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

842 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8.33: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumahn mereka di Segambut.

sumber:malaysiakini

Untuk rekod, Laporan World Economic Forum’s Global Competitiveness Report menunjukkan Kebebasan Kehakiman Malaysia di mata dunia merudum dari tempat ke 47 dalam tahun 2008 kepada tempat ke 53 dalam tahun 2009

1 ulasan:

  1. Anwar belum terbukti bersalah atau tidak. Beliau memang berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah.

    Akan tetapi, ini tidak bermaksud beliau boleh memburukkan nama Malaysia di media-media antarabangsa. Yang malu bukan saja kerajaan, malah rakyat Malaysia sendiri.

    Sebagai seoarang bekas pemimpin nombor 2 negara, beliau sepatutnya faham dan jelas dengan soal ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya turut malu dengan tuduhan Anwar kepada Malaysia di media antarabangsa.

    BalasPadam

Orang kito