Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 16, 2009

Pemikir la pulak...

Tahniah dan syabas pada anak Toyo yang satu ni. Elok sangatlah tu dilantik sebagai pemikir kerana banyak benda nak kena fikir di Selangor ni. Duit Balkis apa cerita....ini pun kena fikir juga ni. PKNS punya duit yang ghaib tu pun kenalah fikirkan jugak . Macam mana duit peruntukan dun boleh habis masa sebelum PRU12. Isu tanah-tanah yang di Selangor pun kena fikir.
Tapi fikir fikir jugak. SELCAT panggil untuk sesi soal jawab janganlah sampai tak datang , nanti kalau tak datang, digantung dewan janganlah marah speaker pulak.
Mungkin rasanya Najib rasa Khir Toyo dia tak gunakan akal masa memerintah lalu dilantik untuk berfikir.
Fikirlah Khir jangan tak fikir......tengah fikir bala apa yang datang pula lepas ni...

Boleh ke UMNO ubati hati orang melayu?

Antara isu-isu hangat bakal mengisi dan menanti calon umno di PENANTI

1.Isu krisis politik Perak yang meruncing

2.Isu PPSMI yang hingga kini belum ada kata putus

3.Penghapusan MECD yang membantu industri kecil orang melayu

4.Dasar liberisasi bank tempatan yang bakal menghancurkan institusi bank tempatan

5.Isu ekuiti dan pemberian kontrak perkhidmatan pada bumiputera 30 peratus dihapuskan

6.Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang wajar dihapuskan

7.Kebebasan akhbar dan media

8.Isu krisis MB di Terengganu yang juga menanti jawapannya.

Kebanyakan isu-isu diatas masih lagi belum selesai oleh UBN dan bakal menanti di PENANTI.

krisis kepimpinan

Belum pun 100 hari Dato Seri Najib memerintah dan rasanya masih seperti masih baru ditabalkan sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6 telah pun dibebani dengan berbagai-bagai masalah. Bak kata pepatah 'Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul'.
Dan jikalau dahulu Pak Lah dan kini dikenali Tun Abdullah dihentam diasak oleh barisan kepimpinannya sendiri dari dalam parti dan komponen parti dan sekarang dipulaukan dan dimalukan oleh orang-orang dalam partinya sendiri dan kini giliran Najib untuk merasai keperitan dan betapa siksanya apabila barisan kepimpinan yang dipilih, tiada seorang pun tampil untuk mempertahankan beliau, malahan parti komponen tidak langsung bersetuju dengan cara Najib menguruskan masalah yang timbul dari krisis politik di Perak.
Najib tahu, timbalannya pun tahu, pemimpin tertinggi di kalangan parti komponen pun tahu bahawasanya apa yang berlaku di Perak, sedikit sebanyak mengakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya dan juga Barisan Nasional. Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik balik sokongan rakyat tetapi permasalahan yang berlaku di Perak menyebabkan rakyat menjadi sangsi terhadap kewibawaannya.
Kesangsian rakyat itu ada asasnya, bermula adegan lompat-melompat dan kemudian membawa kepada terjadinya perlantikan MB haram dan rentetan peristiwa akhir memaksa Nizar terpaksa membawa kesnya ke mahkamah tinggi. Seterus setelah disahkan sebagai MB yang sah dan kemudiannya ditangguhkan penghakiman oleh mahkamah rayuan dan terbaru didapati hakim yang mengendalikan rayuan itu adalah hakim yang terlibat dalam video VK Lingam. Bagaimanakah untuk mengakis prasangka buruk rakyat itu sekiranya perkara seperti ini tidak ditangani dengan adil dan sewajarnya.
Lambat-laun rakyat akan mula merasa muak terhadap BN dengan apa yang telah dilakukan.
Sebelum ini Che Det sudah berpesan kepada Najib supaya tidak menerima katak-katak tersebut ke dalam parti kapal layar ini tetapi Najib tetap bertegas untuk menerima mereka yang masih lagi di dalam perbicaraan kes rasuah wang dan rasuah seks.
Nampaknya sekarang ini, apa yang Najib lakukan ini seperti serba tidak menjadi. Dalam hal seperti ini tidak dapatlah BN menyalahkan PR seratus peratus dengan segala apa yang berlaku.
Nizar sebagi MB yang sah hanyalah meminta untuk membubarkan DUN dan perkenan sultan PErak dengan matlamat agar sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat tetapi apa yang dilakukan oleh Zambery pula adalah sebaliknya.
Harapan rakyat Perak hanyalah satu supaya sebuah kerajaan negeri yang stabil dapat dibentuk demi untuk menjaga keharmonian, kebajikan dan kesejahteraan khususnya rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan.

Jumaat, Mei 15, 2009

terkejut...jadi macam mana?

gambar ehsan : anilnetto.com

Ni bukan Nizar atau Anwar atau parti pembangkang kata tapi 99 peratus rakyat malaysia kat wajib pilihanraya semula di negeri Perak.
Jadi....fikir-fikirkanlah

betul ke tun yang cakap ni

KOMEN TUN MAHATHIR

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa
kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan
raya?


"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa kajian... ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya.
Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak. Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa... ini macam permainan musical chair... ia tak baik," katanya.

Sumber:mstar online

tuan kepada rakyat

Sorotan sepanjang minggu penuh dengan debaran menyaksikan mahkamah mengesahkan Dato Seri Nizar sebagai MB yang sah dan kemudiannya keputusan itu ditangguhkan oleh Mahkamah Rayuan. Peristiwa yang berlaku di Perak pastinya akan tertulis dalam lipatan sejarah dimana Dato Seri Nizar hanya sempat di Meja MB selama 6 jam sahaja. Tentunya ini akan diingati dan mungkin ditulis dalam buku sejarah malaysia untuk anak cucu kita nanti.

Kekalutan yang berlaku di Perak ini adalah berpunca dari tidak kestabilan dalam kerajaan negeri Perak yang sekarang ini terdiri daripada 28 PR, 28 BN, 3 Bebas. Penyelesaian dan jalan terbaik adalah memberikan mandat kepada rakyat marhain untuk menentukan kerajaan negeri yang lebih stabil dan dinamik.

Mungkin bukan 100 peratus puncanya dari BN tetapi dalam keadaan politik yang kian serabut dan berserabai ini, kita mengharapkan Perdana Menteri kita dalam memberikan jalan yang terbaik untuk meredakan keadaan dan mengurai keadaan yang semakin kusut ini. Dalam pada itu ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim juga dalam mesyuarat PR semalam bersetuju untuk mencari jalan dan kaedah terbaik untuk kedua-dua pihak.

Sebagaimana yang kita lihat sekarang ini, kemungkinan untuk PR dan BN untuk berbincang, duduk semeja, bermuzakarah atau bermuqabalah adalah masa yang terbaik demi mencari jalan tengah demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Pada semua kepimpinan, tak kira pihak BN ataupun PR, anda semua dipilih sebagai wakil rakyat maka berbakti dan berjasalah kepada rakyat. Anda bukan tuan kepada rakyat tetapi rakyat adalah tuan kepada anda-anda semua. wallahu'alam.

Khamis, Mei 14, 2009

Raja lawak dari Putrajaya...

Ha ha ha.....Najib buat lawak, macam nabil la pulak, tak takut pilihanraya konon, apa punya ngok la PM 1malaysia kita ni. Kalau tak takut, kenapa buat rayuan di mahkamah semalam, baik tunggu aje Dato Seri Nizar dapat perkenan sultan Perak untuk bubar DUN. Pelik bin ajaibnya, pagi merayu tengahari dah tahu keputusan. Apa punya turrrrrrrr.
Sudah-sudahlah tu buat lawak, sakit perut la ketawa dengar kau punya lawak. Macam ni punya lawak, nabil pun kalah, ni kalau P.Ramlee dengar pun surrender, tak pun tentu ambik Najib jadi pelakon keluarga 69. Najib Nabil Najib Nabil Najib Nabil Nabil Najib....ok lah, serupalah tu sudah.

dalam kenangan....

video

Kembalilah kepada perjuangan sebenar..........

Tribut kepada semua pejuang jalanan

Salam Reformasi

mahkamah kanggaroo

Tak berubah dan tak mahu berubah itulah andaian rakyat terhadap kewibawaan mahkamah,
dari zaman DSAI mata lebam hinggalah sekarang masih lagi tetap sama.
Bagaimana dengan janji untuk meneutralkan institusi kehakiman. Semalam mahkamah rayuan boleh dengan pantas dan cekap sekali membuat keputusan tetapi bila Dato Seri Nizar membuat rayuan, dengan lembap dan 'slow' sekali memberi kata putus.
Betul la kata wak raden, bukan double standard lagi dah, langsung dah tak ada standard. Malulah dengan anak cucu cicit bila nanti diorang tau ayah atau tok diorang ni bersekongkol dengan orang-orang yang gila kuasa, tanpa rasa malu dan gahnya membuat keputusan yang paling berat sebelah dalam dunia. Apa nak jadi nasib rakyat malaysia berhakimkan orang-orang yang macam ni. Harap-harap mereka ni dibukakan hati untuk lebih adil pada orang-orang yang dizalimi.
Mungkin sekarang kita tak nampak kesannya tetapi akan datang apa akan jadi dengan nasib anak cucu kita........ tak tahulah. wallahua'alam

Rabu, Mei 13, 2009

protes tetap protes



Apa ni? angin takde...ribut takde tiba-tiba naik, setahu kita minyak dunia masih lagi di bawah paras 60 Dollar Setong, ni nak banding negara mana pulak ni....zimbabwe...uganda atau kerajaan negeri passola. Apa punya bengonglah diorang ni, tolonglah buat benda-benda berfaedah sikit. Ini tak asyik nak mencekik duit rakyat aje. 1 malaysia kunun.

Ceramah Perdana di Shah Alam





Poster ehsan: Muslimeen United

Perihal PM 1Malaysia

Terlalu banyak masalah dan isu yang timbul selepas perlantikan PM 1Malaysia, terlalu banyak isu skandal yang tidak terjawab. Tidak dapat tidak, imej negara sekarang di mata dunia sudah tercalar.
Demokrasi dirobek, mahkamah, polis, SPR, SPRM habis semua diperkudakan. Kebebasan media meluncur ke tangga ke bawah. Bagaimanakah boleh untuk bekerjasama dalam keadaan PR tidak boleh meletak apa-apa syarat untuk berunding. Konsep berunding adalah 'win win situation' bukannya menang satu pihak sahaja. Tidak ada cara lain selain dari membubarkan dewan dan pilihanraya semula untuk menentukan kerajaan yang sah.
Kalau sebelum ini, Najib mengatakan untuk bersama PR bekerjasama nampaknya jalan itu semakin samar dan kelam. Apakah dengan peristiwa yang sedang dan akan berlaku akan membolehkan apa-apa perundingan antara BN dan Pakatan. Persoalannya apakah BN keseluruhannya menyokong tindakan najib itu?
Nampaknya polemik politik di Perak semakin menemui jalan buntu dan di samping memperlekehkan kehendak dan aspirasi rakyat. Jikalau PM 1Malaysia ingin kembali menebus maruah dan jatidirinya, cara yang yang paling mudah ialah membubarkan sahaja DUN Perak dengan segera dan tanpa sebarang syarat. Wassalam.

Selasa, Mei 12, 2009

kenapa, tak percaya ke???

Apa pasalnya yang takut sangat ni nak bubarkan DUN, kalau berani lawanlah secara anak jantanlah, masuk gelanggang, biar menang atau kalah rakyat yang tentukan.
Yang betul-betul nampak sangat beria-ria mempertahankan kerajaan haram ni cuma mamak zambery, isteri rosmah dan suami najib. Ku li pun kata bubar, SUHAKAM pun kata bubar, semalam dalam astro awani pun ramai kata cara yang paling mudah ialah kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat perak sendiri yang menentukan.
Rata-rata tak kedengaran pun para pimpinan MCA, MIC bah kan orang UMNO sendiri menentang tindakan mamak zambery mempertahankan kerajaan haramnya dengan cara memperkudakan mahkamah rayuan pula. Mananya laungan 1malaysia yang heboh memperkata dasar liberisasi lah, mananya kata nak berkompromi dengan pakatan rakyat dalam isu negeri Perak. itu pasal la bak kata pepatah omputeh, 'Once a thief, Always a thief'.
Cetttt tak boleh pakai punya, cakap banyak belit, sini kau auta...sana pun kau auta. Toksah peganglah jawatan yang tinggi-tinggi, hidup tu kerjanya asyik menyusahkan orang aje.
Pi balik jual ubat tepi jalanlah lagi baik. Hati busuk punya orang, cetttttttttttt.

latest update

Terkini...MB Dato Seri Nizar dan exco PR di'escort' keluar dari bangunan SUK dan sedang memberikan press conference. Puas hati konon...Pembohong!!!
Kalau macam ni keputusannya kita minta istana BUBARKAN DUN Negeri PERAK dengan seberapa segera tanpa tangguh-tangguh lagi. Janganlah dipanjang-panjangkan lagi kemelut politik di perak. Serahkan mandat sekali lagi untuk rakyat membuat pilihan. Sampai hati gunakan mahkamah rayuan yg begitu cepat tanpa tangguh-tangguh memberikan keputusan yang paling tidak adil dalam dunia.

terkini...panas

Mahkamah membenarkan permohonan mamak zambery untuk merayu...tak guna langsung...macam ni tak habis lar
Kalau macam ni mintak Sultan Perak atau Pemangku sultan bubarkanlah DUN PERAK dengan
kadar segera

Sumber:TheStar
1:15pm The Court of Appeal grants Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir his application for a stay of execution on the KL High Court ruling yesterday that declared Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin the righful mentri besar of Perak. Essentially, it might mean Dr Zambry is mentri besar until his appeal is heard.

berita terperanjat

Zambery kata dia sama macam nelson mandela dan mahatma ghandi. Alamak mamak ni poyo betul la, sedarlah diri sikit....kau tu dah la MB haram, macam pendatang haram yang kerja kat gerai nasi kandar tak payahlah nak berlakon. Gi la balik nuuuu...orang kampung tu dok rindu kat kau tu. Cukup-cukuplah tu makan gaji haram, duduk rumah haram, pakai kereta haram.
Nelson mandela dengan Mahatma Ghandi memperjuangkan nasib rakyat diorang, sayangkan negara diorang, yang kau bersama gerombolon puak-puak haram ni pulak sayangkan perut dan tembolok aje. Diorang menentang kezaliman bukan membuat kezaliman, diorang membantu yang ditindas dan bukannya menindas. Setakat buat kerajaan haram lepas itu buat cerita sedih tak payahlah...hentikanlah....rakyat pun tak percaya dah....cukup-cukuplah tu.

semua rakyat 1 malaysia faham tapi...

masih ada yang tidak faham undang-undang, masih lagi jumud dan jahil.
Apa lagi yang nak dirayu, terang-terang mahkamah mengatakan Dato Seri Nizar adalah MB yang sah kerana tidak ada undi tidak percaya di dalam dewan untuk memecat Dato Seri Nizar,
dan ramai lagi yang tak faham terutama penjawat-penjawat awam terutamanya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kewangan Negeri, Dato' Jamalludin Al Amini Ahmad dan Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid. Mereka ini sepatutnya menjalankan amanah kepada kerajaan yang dipilih rakyat dan bukannya mengikut telunjuk Zambery, MB HARAM.
Tolonglah jangan menghalalkan yang haram. Kalau ikut hati, patutnya dibuang sahaja daripada digantung, tidak ada hasilnya kita membela pengkhianat yang seperti ini. Syahdu hati, terguris perasaan perasaan sebelum ini semasa Dato Seri Nizar dihalau dari pejabatnya, dihambat dari kediaman rasminya sehinggakan pintu masuk SUK pun dikuncinya.
Janganlah ditekan dan dihina rakyat sebegitu kerana sabar itu ada tahapnya kerana makin ditekan makin dilawan. Kita lihat bagaimana polis digunakan, FRU digunakan, media digunakan dan bermacam-macam alat propaganda mereka sehinggakan speaker pun dihina, diseret dan dikurung untuk menjustifikasikan tindakan terkutuk mereka tetapi mujurlah masih lagi ada lagi manusia-manusia yang mempunyai prinsip dan maruah diri dalam memastikan keadilan itu dapat ditegakkan.
Pesanan pada semua kerajaan negeri pakatan rakyat agar pastikan semua penjawat awam, tak kira pangkat kecil atau besar di setiap SUK adalah neutral dan tidak berat sebelah kerana apa yang berlaku di Perak seharusnya diambil iktibar agar tidak berlaku lagi perkara hina ini di negeri pakatan rakyat.
Takbir......

Sekitar ceramah di Tmn Melewar semalam











Isnin, Mei 11, 2009

anak kunci hilang.....

Pada sesiapa ada terjumpa anak kunci ini tolonglah pulangkan kepada pemiliknya. Sekarang ni pihak berkuasa sedang dikerah beramai-ramai untuk mencari anak kunci tersebut.
Perhatian kepada penghuni haram bangunan tersebut, sila keluar segera dan angkut segera kain baju anda dan kalau tidak, tindakan undang-undang akan dikenakan pada sesiapa yang engkar.

sila klik disini untuk berita selanjutnya.





ramalanku salah tapi satu malaya gumbira!!!!

Mahkamah menetapkan Dato Seri Nizar sebagai MB yang sah lagi soheh dan yang satu lagi memang haram kerana tidak ada undi tidak percaya. Mahkamah turut memutuskan 6 exco juga haram dan diminta mengosongkan pejabat mereka dengan kadar segera!!!.
Pertama kali dalam sejarah, semua orang gembira kerana salah ramalan tapi aku bangga masih ada lagi tok hakim yang masih sayangkan keadilan terlaksana.
Minta MB sah kita membubarkan kerajaan negeri Perak dan kita adakan pilihanraya semula supaya kerajaan baru dapat dibentuk. Manakala MB haram bolehlah balik kampung dan meneruskan restoran mamaknya, tebarlah temberang kau di pangkor tu.
Alhamdullilah syukur....terlaksana juga keadilan di bumi Perak.
Takbirrrrrr

kerjasama atau kerjakan bersama-sama

Ntah lar....rasa nak percaya tu tak ada sebab yang bercakap tu Pie Yem baru kita, sedangkan bermulanya kisah di Perak pun Pie Yem punya angkara, ada empat ekor katak yang dua diculik dibawa ke Pekan, yang satu ni lompat lepas tu lompat balik...betul betul katak la, yang satu lagi katak berlainan jantina, gila camry dan keempat-empat ekor katak ni bersama-sama pak najib masuk tv buat announcement, terbalikkan dan memporak-perandakan kerajaan negeri Perak pinpinan PR.
Isu perlantikan speaker haram pun masih panas-panas lagi belum pun suam, lepas tu pakat ramai kerjakan pemimpin, penyokong, adun PR dan paling hebat sekali sampai speaker pun dikerjakan jugak, dikurung dalam stor tingkat 2 di dewan negeri demi untuk melantik speaker haram yang baru.
Kalau benar-benar ikhlas nak kerjasama, bubarkan sahaja dan lepas tu buat pilihanraya, tak payah kita nak tunggu keputusan mahkamah. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Mulut kata ya, hati kata tidak. Kalau andai kata rakyat pilih BN dalam pilihanraya bersih dan adil,
rasanya PR pun boleh terima keputusan rakyat kerana itu pun dah ketentuan-NYA.
Kesimpulannya kalau benar-benar ikhlas....bubarkan ajelah tak payah tunggu keputusan mahkamah. Semua orang senang hati dan tidak ada isu berbangkit lagi lepas ini.
Sekian. Wassalam.

Ahad, Mei 10, 2009

firasatku esok

Keputusan Nizar VS Zambry di mahkahmah tinggi esok, hmm.....macam soalan bocor aje.

Rasanya kalau panggil bookie atau kaki judi pun tak mahu bertaruh esok. Ibarat kalau main bolasepak, referee pun orang dia, linesmen pun orang dia, tiang gol dia jugak, bola yang disepak tu pun dikawal dia jugak waima kalau garisan padang tu pun dia nak buat senget sebelah untuk menangkan dia.

So pada sesapa yang masih berharap tu berdoa sahajalah moga-moga tok hakim tu tersasul atau tersilap sebut nama tapi kalau nak harapkan keadilan terlaksana, dinasihatkan janganlah dok mimpilah.

Kalau speaker pun ditukar secara tak bertamadun apa lagi nak diharapkan pada mahkahmah yang sekarang ni pun berat sebelah. Patutlah dalam hadis ada sebut, golongan yang paling ramai dan paling senang masuk neraka adalah di kalangan tok-tok hakim jugak.

Apa-apa pun
Dey mamak zam!$#&%, teh tarik satu...roti tulur satu...kasi cepat sikit

double standard

Dahulu di dewan rakyat...YB Karpal Singh diserang oleh beberapa individu yang tak dikenali (pemuda umno ler tu), polis kata tak boleh masuk campur urusan perjalanan di dalam di dalam dewan.
Sekarang dan terkini, polis dikerahkan hingga masuk ke dalam SUK Perak, jadinya terbalik pulak sekarang, bila kata untuk mempertahankan kerajaan haram, bolehlah pulak. Kalau dihayati prinsip RUKUN NEGARA. Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan, tak mungkin isu di atas timbul. Akan tetapi dan amat malang tindakannya 'flip-flop'..bak kata orang terengganu, 'kluk klek'....kejap kata tak boleh campur urusan dewan kejap kata boleh.
kalau pembangkang confirm kena punya..kalau UBN, 'untuk mu dinda....lautan api pun sanggup direnangi'.Minta jasa baik pihak berkenaan supaya tidak 'bias' dan bersikap neutral pada mana-mana pihak kerana yang paling penting adalah menjaga ketenteraman dan keamanan awam bagi menjamin kestabilan negara dan bukannya menjaga kepentingan dua tiga kerat individu yang bergayut pada kuasa kerana akhir sekali rakyat yang membayar cukai atas semua itu dan pada rakyatlah harus bakti ditabur.

Orang kito