Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 23, 2009

Salute pada orang Shah Alam

video

Tak sabar menanti ke penamaan calon di PENANTI. Tabik spring pada orang Shah Alam.

Penting Pilihanraya DUN Penanti

Apa pentingnya pilihanraya kecil di DUN Penanti adalah kerana inilah masanya kita menerangkan kepada rakyat, kebobrokan dan hodohnya perangai umno di Perak.


Implikasinya amat penting dalam sesi menerangkan keadaan sebenar politik semasa yang memperlihatkan umno semakin rakus dan zalim dengan menggunakan polis dan badan kehakiman sebagai tunggangan dalam usaha berpaut pada sedikit sia-sisa kuasa yang masih tinggal.


Ya betul....umno bacul tidak bertanding tapi PR harus menerangkan kepada rakyat tindakan jahat mereka kepada rakyat. Maklum kepada rakyat perkembangan isu semasa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Contohnya, apabila najib menerangkan isu-isu kuota bumiputera, isu liberisasi atau isu-isu yang berkaitan dengan orang melayu, hampir tidak ada di dalam media arus perdana berbahasa melayu, cuma dipaparkan di dalam akhbar berbahasa inggeris supaya melayu terus ditipu.


Seperkara lagi mengenai semua calon bebas yang bertanding, apa ertinya mereka bertanding, tidak dapat tidak, mungkin semuanya yang bertanding dipercayai dibiayai oleh pihak-pihak tertentu dan ini tidak mustahil. Apa pun kita harapkan supaya Penanti akan menjadi medan untuk kita dedahkan watak-watak huduh di dalam BN yang menafikan hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, kaum keluarga dan kroni.

Apa pun kita berharap kemenangan berada pada pihak yang benar dan kepada semua penyokong PR bekerjalah dengan lebih keras supaya putrajaya dapat kita tawan.

wallahualam.

Jumaat, Mei 22, 2009

Penjimatan ala Bee End

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Tiga alasan najib tak nak bertanding di Penanti tapi kenapa tiba-tiba di Manik Urai tiba-tiba bertukar menjadi lain pulak nadanya.

Muhyiddin dengan pusingan 360 darjah mengatakan akan bertanding di sana sambil disahkan oleh ketuanya dari seberang tambak johor.

Cakap tak serupa bikin. Memang kalau umno tu, umno lah jugak....tak boleh nak diubah dah.

kenyataan muhyiddin dan najib yang kluk-klek

Breaking news:Nizar vs Zambery

Zambery mamak menang dalam kes rayuan di mahkamah dan diisytiharkan MB yang sah haram. Haram tu tetap haram. Memang betul la tak berubah.
DULU KINI DAN SELAMANYA tetap haram.
klik di sini

byelection...amacam?

Betul punya malanglah PM baru kita ni, mengelak di utara, di timur pulak dah, macam mana nak elak da.....ini kuasa tuhan yang maha esa.

Belum pun reda di Perak....Pulau Pinang Penanti menanti....baru sempat elak....tup-tup di kelantan pulak menyahut...

Manik urai menanti kedatangan atau alasan? apa lagi alasan daaaaa.....semua buah dah habis guna di Perak dan di Penanti....mungkin alasan lepas ni, kita nak tumpukan isu semasa...tak nak membazir....tak nak...rakyat tak nak umno BN....so menang lagi tanpa bertanding...alhamdulillah.

Mungkin panjang lagi ni hikayat ceritera pilihanraya ni kerana di terengganu pun 'time bom' jugak tu, tunggu masa nak meletup....pilihanraya lagi....lepas tu di utara semenanjung, di Perlis pun sama juga keadaan situasi semasa.

Tidor tak lena, mandi tak basah larrr pm kita yang dok ada ni. Kesian...kak ros tak boleh gi shopping sebab laki tengah pening kepala memikirkan pilihanraya marathon.

Apa nak buat.....nasib badan....menjawab aje la

bukan soal menang atau kalah pada jam 3.30 nanti

Pada rakyat, bukan soal menang atau kalah tapi soal keyakinan dan persepsi rakyat.
Angkara siapa berlakunya kekacauan dan caca marba di Perak, siapa yang menjadi samseng politik dan menafikan hak rakyat. siapa yang menganggu gugat kestabilan dan mengheret istana ke dalam permainan politik kotor mereka.
Pada rakyat, Nizar adalah mangsa permainan politik kotor pihak-pihak yang tak bertanggung jawab. Mengapa tidak berani dengan pembubaran DUN. Kenapa mahu bertaut lagi pada dahan yang rapuh. Mengapa mahu menafikan hak rakyat. Persoalan ini yang bermain-main di benak setiap orang tak kira dari PAS, PKR, DAP, UMNO dan lain-lain parti politik di Malaysia ini.
Pada segi moralnya, Nizar sudah memenangi hati rakyat, mana tidaknya, masakan rakyat mahu menyokong tindakan zalim yang dilakukan satu demi satu. Bermulanya kudeta pada bulan februari, kemudiannya persidangan haram pada mei dan diikuti dengan perlantikan speaker haram.
Pungutan suara secara rambang menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat malaysia bersetuju dengan cadangan pembubaran DUN, langkah penyelesaian terbaik untuk kekalutan politik di sana. Tidak dapat tidak, mandat hendaklah diberi kepada rakyat untuk menentukannya.
Umno secara zalim dan angkuh bertindak di luar batasan kemanusiaan dan jika masih lagi dengan cara politik kain batik dan kain pelekatnya, nescaya rakyat akan menolak mereka secara total. PRU12 telah memberi pengajaran kepada mereka tapi sayangnya masih lagi dengan sikap dan perangai lama sesuai dengan slogan yang mereka laungkan 'dulu, kini dan selamanya' haprak.
Apa pentingnya jikalau hanya dua atau tiga manusia yang menentukan keputusannya sedangkan sebilangan besar rakyat malaysia malahan dunia sudah memberikan jawapan yang pastinya menyebelahi Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai MENTERI BESAR yang SAH lagi SAHIH.

Khamis, Mei 21, 2009

'Dok rok cetong', betul-betul 'kluk-klek'

Apa ceritalah negeri di pantai timur yang satu ni, betul-betul punya dok rok cetong ni.
Sekejap kata ok sekejap tak ok sekejap ni kang ok baliklah ni lepas tu tak ok balik.
Ni silap haribulan, dua negeri pulak bakal ada pilihanraya kecil. Alhamdullillah...murah rezeki rakyat dua negeri ni nanti.
Muhyiddin kata dah berdamai....dah boleh duduk semeja, hari ni kata dah lain pulak, bila Hishamuddin gi jumpa, lain pulak ceritanya....berda'ah sungguh la.
Parti siapa dialah yang 'kluk-klek' sungguh ni. Hmmm tak kan berebut telur penyu di rantau abang kot. Apa lagi Mat Said, kasi ajar je diorang ni. 'Aku tak dapat, Jangan harap mung boleh merase'.
Harap orang-orang sebelah pantai timur, kalaulah ada bubar DUN di sana, mintak-mintaklah gantikan dengan PR kali ini. Dapat pemimpin gila kuasa macam ni, akhirnya sekali siapa yang susah......rakyat jugak.
Di sana Penanti, Di sini menunggu (tunggu bubar DUN Perak).
Mudah-mudahan..................

Penyelaras BN akhirnya berkata benar.....

Nampaknya di dalam rancangan astro awani sebentar tadi, Dr. Chua Soi Lek akhirnya dengan ikhlas dan jujurnya berkata benar.
Apa yang diucap dengan hati yang tulus ikhlas. Manakan tidak, kununnya berjiwa rakyat bila naik monorel bersama rakyat, berjalan-jalan di Jalan TAR dikira berjiwa rakyat juga, sedangkan semuanya telah dirancang dan diatur oleh orang-orangnya sendiri.
Semuanya seperti drama swasta di RTM!, semuanya dirancang, dari arah mana nak jalan, kedai mana nak disinggah, berceramah pada penyokong-penyokong sendiri ibarat pak dogol di dalam ceritera wayang kulit. Kununnya untuk mengetahui dan mendekati rakyat dengan lebih dekat lagi lagaknya.
Tak payah nak kelentonglah kalau nak ke kedai nasi kandar makan bersama rakyat tapi bawa pinggan dan gelas sendiri. Takut kuman atau penyakit kalau guna pinggan dan gelas yang rakyat pakai.
Bak kata Dr.Chua, kalau berani, buatlah dialog secara sepontan dan mengejut dan bukannya dengan mencanang ke seluruh negara yang 'PM rakyat' nak turun bersama dengan rakyat.
Kalau betul faham dan akur masalah rakyat, tak kan ada pengumuman minyak naik september ini.
kalau betul faham masalah rakyat, segera semak harga tol PLUS yang mahal melampau tu, tolong masyarakat bandar yang sekarang ala-ala cukup makan sahaja. Kaji balik harga tarif air, kaji tarif elektrik, bantu pemandu-pemandu teksi dengan subsidi atau rebat bukannya dengan cara naikkan tambang. Tolong pekerja-pekerja kilang yang sekarang ni makan gaji 'basic' sahaja, yang dah kahwin nak menyara keluarga, yang bujang nak berumahtangga. Bantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan banyak lagi cara nak bantu rakyat dalam keadaan ekonomi merudum seluruh dunia.
Setiap kali bertukar PM itulah skripnya...sama dari dulu, kini dan selamanya kosmetik, wayang kulit arahan tok dalang dan tukang karut. Yang cuma berubah orangnya sahaja....perangai tetap sama seperti biasa bak kata pepatah orang putih,'business as usual' hinggalah parti dacing karat ni pupus seperti mana pupusnya dinasour di zaman purbakala.

kalau mahkamah nak menghalalkan yang haram

Kalaulah mahkamah nak bersetuju dan menolak rayuan Dato Seri Nizar dan mengisytiharkan mamak pangkor menjadi mb halal yang haram.

Selain daripada keputusan nombor ekor yang haram, keputusan mahkamah rayuan ni pun lebih kurang sama tarafnya nanti.

Mananya yang kata nak membersihkan badan kehakiman dan perundangan. Kalau zambery, tiga jam...dah boleh buat keputusan, kalau Nizar, berhari-hari dan berminggu-minggu.

Berat sebelah....itulah kalau timbang kati zaman dulu macam ni lah....memalukan dan mengaibkan. Justifikasi mahkamah yang tidak jelas dan tidak mengikut pada perlembagaan tubuh negeri Perak.

Bersabarlah aje pada penyokong pakatan rakyat. Kita tunggu ajelah mahkamah di padang masyar, lagipun golongan tok hakim ni pun dalam quran pun ada sebut....iaitu golongan yang paling ramai yang akan menghuni neraka nanti. innallah ha ma'a sobbirin.

Allah bersama orang-orang yang sabar. Takbir!!!!

Bezanya pemimpin umno dan pas

Pemimpin UMNO
  1. gila jawatan
  2. politik wang
  3. kaki samseng pukul orang
  4. sanggup bermatian-matian untuk jawatan
  5. politik cantas mencantas dan cah keting
  6. Tak ingat mati dan takut mati

Pemimpin PAS

  1. jawatan dianggap amanah Allah maka tidak ada perebutan (hanyalah sebilangan kecil)
  2. tiada politik wang kerana orang umno aje yang bertuhankan wang
  3. tidak ada pergaduhan kerana takut disoal di akhirat kelak
  4. tidak ada cantas mencantas....siapa yang layak dialah berhak
  5. Sayangkan mati kerana dunia sementara...akhirat kekal abadi

Kesimpulannya....umno kerana dunia yang dikejar macam nak mati tapi pas inginkan akhirat kerana di sanalah yang kekal abadi. Wassalam.

Rabu, Mei 20, 2009

Kekuatan Hang Tuah t'letak pada huruf 'T' kalau Pakatan

Kalau Pakatan kekuatannya pada huruf 'R' kerana bermaksud RAKYAT.

Tanpa rakyat tiadalah pakatan dan tanpa rakyat siapalah Dato Seri Anwar, siapalah Dato Seri Nizar. Kenapa BN tumbang kerana apa? kerana alpa, kerana mabuk kuasa, kerana lupa pada rakyat. Terlalu sibuk dengan APnya, kontrak bilion-bilionnya hingga terlupa rakyat di felda, di kampung, di pendalaman, di kota yang merintih pembelaan nasib mereka.

Rakyat adalah kuncinya dan tanpa sokongan rakyat siapa wakil rakyat....nama pun wakil kepada rakyat bukan wakil kepada tawkey-tawkey besar, kroni ataupun kontraktor.
Melihat perkembangan semasa, nampaknya pemimpin-pemimpin besar umno dan BN baru tersedar akan kekuatannya suara rakyat suara keramat.

Ya....betul, sekarang ini masih boleh menyorok di belakang polis dan mahkamah tetapi ingatlah semua itu semua pun rakyat biasa juga. Ingatlah....Yang Muda pasti Tua dan Yang Hidup pasti Mati. Tidak ada satu pun kekal di dunia yang fana ini cuma akhirat kekal dan abadi.
Rakyat pemangkin negara dan tanpa rakyat siapalah pemimpin. Malaysia bukan milik individu bahkan milik setiap warganegara malaysia, tidak kira melayu, cina, india, iban dan kadazan. Jangan diperkecilkan kekuatan rakyat....tumbangnya BN disebabkan rakyat benci dan muak dengan perlakuan umno dan bn. Parti cumalah sebagai wadah tetapi rakyatlah punca kekuatannya.

Dalam keadaan isu dan agenda nasional dan negara, Kembalikan segera kepada rakyat menentukan dan jangan terlalu bongkak dengan kuasa sementara yang ada. Kembalikan kegemilangan semula Malaysia sebagai sebuah negara yang disanjungi dan dihormati dunia.
Rakyat menjana kekuatan Negara. Hidup rakyat!!!!Hidup Pakatan!!!

Selasa, Mei 19, 2009

Biaq betui....Biaq betui betui

Biar betul Najib kata tak nak bertanding di Penanti....dengar kata khemah untuk anggota polis dan FRU dah 'ready' di sana. Patern khemah serupa macam di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Sungguh ke tidak ni, kata tak nak bertanding atau nak main cikucak dengan Pakatan Rakyat. Biar betul-betul Pak Najib....jangan pulak cakap tak serupa bikin....ke takut PR datang ramai-ramai masa penamaan calon nanti lalu di buat helah di media.
Biar betul apa yang rakyat dengar, bunyi-bunyi masa dalam mesyuarat BN semalam kata parti komponennya kebanyakannya menyokong membubarkan DUN. Nampaknya najib dan zambery sahajalah yang mempertahankan kerajaan haram yang dok ada sekarang ni. kata dunia tanpa sempadan, kata mulimedia super corridor. Tak payah nak auta dan tak payah sorok seluruh dunia dah tengok. Biar betul-betul....jangan sampai pulak orang di batang ai tahu, nanti tinggallah orang utan di sepilok aje yang tinggal menyokong umno nanti. Biarkan.....................
Biar betul di Kangar, Perlis....hampir 1000 orang umno meninggalkan parti tua gayut ni. Nampaknya sibuk mengata ke pas....rumah sendiri pun macam nak roboh, itu pun tinggal tiang seri sebatang, kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa pun tumbang. Biar betul-betul...dengar kata lagi orang umno di sana dah tak sibuk berebut pangkat, dah tak ada lobi-melobi..hmmm mungkin dah insaf atau tak berkenan pada ketua yang satu itu. Baik bubarkan ajelah umno di perlis, ramai-ramai kita join PAS atau PKR, sekurangnya rumah PR baru bina jadi masih ada ruang lagi untuk bersama.
Salam........................

Mengulas tentang YB PR bukan islam di Perak

Alhamdullilah....kata-kata yang memberikan kepuasanhati pada penyokong pakatan rakyat.
Semalam ceramah di Taman Medan memberikan tanda amat jelas bahawasanya pemerintahan di bawah MB, Dato Seri Nizar memberikan syafaat dan membuka hati orang-orang bukan islam untuk tidak takut pada islam malah menjadi pegangan dan ikutan di kalangan yang bukan islam.
Menyentuh isu perak, YB Kesavan dan YB Lee Kang mengupas hadis-hadis dan menyentuh sirah islam mengenai hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah.
Sesungguhnya selama ini apa yang umno lakukan cuma memecahbelahkan masyarakat majmuk di malaysia dan menakutkan bukan islam terhadap PAS.
Walaupun BN berjaya merampas secara samseng kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat tetapi harga hasil perjuangan pakatan rakyat berbaloi. Seluruh rakyat malah seluruh dunia tahu betapa rakusnya kerajaan BN pimpinan najib dalam merampas kerajaan negeri Perak.
Perkembangan yang positif itu menunjukkan jika ada pilihanraya di Perak, kemungkinan kerusi PR akan bertambah dari 31 kepada 45 atau lebih lagi. Ditambah lagi dengan pengumuman Najib untuk tidak bertanding di Penanti memberi alamat bahawa BN tidak mampu untuk menangkis persoalan yang mungkin di tanya oleh para pengundi nanti di Penanti.
Kesimpulannya, hadirnya PR di Perak, walaupun setahun lebih menunjukkan sikap keterbukaan dan toleransi antara PKR, PAS dan DAP memberikan lebaran baru hubungan mesra antara islam dan bukan islam dan keadilan sejagat pada semua kaum tanpa mengira agama atau bangsa asalkan yang dibantu itu golongan daif dan miskin dan bukannya
'YANG KAYA SEMAKIN KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANA'
ISLAM ITU SYUMUL
TAKBIR!!!!

Isnin, Mei 18, 2009

mungkinkah berubah...

Nampaknya mungkin sokongan sudah beralih arah. Gaya ceritanya mungkin ada sesuatu yang tersurat dan tersirat hasil pertemuan Husam dan Chua Soi Lek. Akhir-akhir ini kebanyakan peristiwa tidak memihak kepada BN, dari pilihanraya kecil hingga ke krisis di Perak. Walau apa pun alasannya, MCA tidak berupaya untuk mempertahankan tindakan Najib serta memperjelaskan isu rampasan kuasa di Perak. Adakah akan ada perubahan dalam keadaan yang sekarang ini semakin tidak menentu hasil permainan politik kotor BN.
Dalam hasil pertemuan mesyuarat BN petang tadi pula, Najib cuba memujuk dengan cara melantik Dr Chua sebagai ketua penyelaras bagi merampas negeri pakatan. Akan tetapi satu halnya, Dr. Chua tidak dilantik memegang apa-apa jawatan di dalam kabinet. Rasanya tawaran itu mungkin tidak berbaloi memandangkan BN dalam keadaan tenat dalam isu kemelut di Perak dan ditambah lagi skandal dan isu-isu berkaitan najib tidak lagi dijawab di media-media antarabangsa serta penjelasan mengenai kebanyakan perlaksanaan agenda 1 Malaysia yang masih agak kabur dan tidak memenuhi aspirasi rakyat Malaysia umumnya.

berita anti klimaks!!!



Kalah sebelum bertarung....baru umno nak letak calon orang yang alim, kealimannya disebabkan belajar kat UIA dan bersekolah di sekolah menengah agama, tiba-tiba najib umum tak nak bertanding. Apa ke halnya....ke takut bayang-bayang altantunya bertanding di penanti.

Shah Alam baru nak hantar orang gegarkan Penanti untuk penamaan calon....semua kecewa, frust sesangat, camne ni....iskkkkk

Hebahan:Dialog Akta Kebebasan Maklumat

Jemput hadir beramai-ramai ke 'Dialog Umum Akta Kebebasan Maklumat' anjuran Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh/Masa : 19 Mei 2009 / 10.00 Pagi
Bertempat : Dewan Sivik Petaling Jaya
Ahli Panel : 1. Tan Sri Khalid Ibrahim
2. YB Elizebeth Wong
3. Lim Teck Ghee & wakil NGO

Ahad, Mei 17, 2009

Harapan untuk esok adalah tiada harapan

Diberitakan mengikut sumber dari peguam-peguam Dato Seri Nizar alasan penghakiman rayuan zambery mapley adalah tiada alasan tetapi rayuan diterima tanpa sebab.
Pada penyokong Pakatan Rakyat berdoalah banyak-banyak kepada Allah kerana doa orang-orang yang dizalimi amatlah mustajab dan diterima oleh Allah.

artikel berkaitan, baca di bawah:-

MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS KES RAYUAN ZAMBRY

Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.

Update & Latest : CERAMAH PERDANA

Ceramah Perdana Pelancaran Kempen Penerangan PKR "Krisis Perak: Kembali kepada Rakyat"

Tarikh : 18 Mei 2009 (Isnin)
Tempat: Taman Medan
Petaling Jaya Selatan
(Dataran Pasar Malam)
PJS 2D/7
(Markas PAS PJS)

Penceramah : Dato Seri Anwar Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
ADUN-ADUN PERAK
YB Chang Li Kang (PKR)
YB Kesavan (PKR)
Ustaz Idris Ahmad (PAS)

Sila hadir beramai-ramai untuk mendengar amanat dari pemimpin dan ketua pembangkang pakatan rakyat

Sekitar ceramah Nizar Shah Alam

Jangan Pilih Jalan Hitam

Apa cerita lah mamat ni sorang, asyik-asyik bila 'time' pilihanraya jer muncul. Pelik bin hairan, yang menuduh diliwat pulak beria-ria nak berjumpa dengan dituduh meliwat.Kononnya takut DSAI lari dari menghadiri perbicaraan.
Tapi kalau difikirkan secara psikologi, contohnya macam kes rogol, mana ada yang dirogol sanggup bersemuka dengan yang merogol mestilah jadi fobia waima boleh jadi histeria walaupun di mahkamah.Berlainan pulak dengan budak yang sorang ni, beria-ria sungguh nak berjumpa dengan yang dituduhnya.Tatkala adanya pilihanraya kecil muncul kembali si badut ini di dada-dada akhbar. Macam bermusim pulak ala-ala cerita Spa Q.
Mungkin hasil lakonan tak dapat lagi jadi terpaksalah melacurkan kembali maruahnya setiap kali pilihanraya.Orang pun dah tak percaya dengan cerita dogeng khayalan purbakala.Sudah-sudahlah.....JANGAN PILIH JALAN HITAM.

Orang kito