Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 30, 2009

PKFZ-Gajah putih yang nazak

Hari ini di dalam akhbar sinar harian, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat melaporkan tidak mahu terlibat di dalam skandal PKFZ dan Lembaga Pelabuhan Klang sedangkan semua ini adalah di bawah portfolio beliau.

Apakah kerana terlibatnya BN Selangor di dalam isu ini maka tidak berhak beliau untuk mengambil tindakan. Mana mungkin tidak terlibat sedangkan Abdul Rahman Palil (ADUN Sementa) telah dilantik menjadi pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) iaitu pemilik tapak projek PKFZ.
Alasan-alasan dungu Khir Toyo ini mana mungkin boleh diterima awam sedangkan kita tahu projek gajah putih ini terletak di dalam negeri selangor dan mana mungkin kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan PKFZ.
Kalaulah alasan-alasan ini diterimapakai amatlah rugi rakyat dan negara kerana dana-dana awam ini digunapakai dengan secara tidak telus dan pembaziran berlaku melibatkan jumlah atau kos yang amat besar dan tindakan sewajarnya tidak diambil bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Skandal PKFZ yang melibatkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit ini seharusnya didedahkan dan diumumkan kepada orang ramai. Tindakan melindungi pihak-pihak tertentu ini adalah tindakan tidak tepat dalam memulihkan ekonomi negara dan seterusnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara dalam sistem birokrasi dan sistem perundangan negara.
Seharusnya pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan dan seterusnya pendakwaan dilakukan terhadap pelaku-pelaku kesalahan itu.
Nampaknya SPRM lembap dalam perkara melibatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya umno amnya.
Berbanding dengan Penanti, SPRM bertindak begitu cekap sedangkan tidak ada satu sen pun wang yang terlibat sedangkan skandal PKFZ sudah membazirkan ribuan jutaan ringgit dan masih tidak ada tindakan susulan yang pantas sedangkan laporan audit PrinceWaterHouseCoopers menunjukan secara jelas butir-butir transaksi yang melibatkan ribuan jutaan ringgit diselewengkan.
Maka benarlah kata Dato Seri Anwar Ibrahim. kalau dua tiga ringgit dikatakan rasuah dan kalau melibatkan ribuan atau jutaan ringgit dikatakan komisen.
Walaupun Perdana Menteri bertukar ganti tetapi keadaan tetap serupa, almaklumlah Bapak Borek, Anak Rintik. Dulu,Kini dan Selamanya umno tetap sama.
Wallahuaalam.
UNDILAH KEADILAN!!!
UNDILAH DR.MANSOR!!!
KEADILAN UNTUK SEMUA..............

Amanat Tok Guru untuk pengundi di Penanti

Menjelang hari mengundi yang tinggal beberapa jam sahaja lagi di Penanti.
Pada semua pengundi di DUN Penanti, keluarlah beramai-ramai tunaikanlah kewajipan anda sebagai seorang rakyat malaysia yang cintakan amalan demokrasi.
Persetankan hasutan-hasutan jahat dari puak-puak yang memang tidak berkehendakan demokrasi terlaksana secara adi dan saksama.
Tok guru Nik Aziz datang jauh dari rumahnya Kota Bharu untuk berkempen bagi pakatan rakyat. Pada para pengundi di Penanti, hormatilah dan patuhilah rayuan Tok Guru itu.
Pada pengundi di Penanti, sekurang-kurangnya hormati kehendak tok guru yang jelasnya menolak ameno selagi tidak kembali ke ajaran islam yang sebenar. Satu undi anda penting untuk kita semua di pakatan rakyat.
Seperkara lagi, tok guru tidak mahu bersengkokol dengan parti tupperware umno yang cuma cantik luaran sekadar kosmetik cuma.
Tok guru juga berpesan, tidak akan ada lagi perbincangan selagi ameno tidak mahu kembali ke ajaran dan carahidup Islam yang sebenar.

Ranking katak-katak di malaya

Senarai katak yang lebih glamour selain katak kodok, katak puru dan katak dibawah tempurung
  1. Ibrahim Ali - Katak Pasir Mas, Kelantan
  2. Jamaludin Md radzi - Katak Behrang, Perak
  3. Osman Jailu - Katak Changkat Jering, Perak
  4. Hee Yit Foong - Katak Jelapang, Perak
  5. Nasarudin Hashim - Katak Bota, Perak

Senarai katak baru bakal masuk carta:-

  1. Aminah Abdullah -Katak Penanti, Pulau Pinang (spesis tidak diketahui lagi), masih dalam peringkat percubaan melompat, tersalah lompat nanti jadilah katak di bawah tempurung gamaknya.

Moga berbahagialah dengan cara hidup baru yang penuh dengan tipu daya dan melompat ni biar betul-betul lompat, kalau salah lompat nanti jawabnya kes naya pulak.

Jumaat, Mei 29, 2009

Semakin hari semakin benci

Apalah nak jadi dengan parti tua ni....semakin hari semakin benci dan meluat rakyat dengan kelakuan ahli parti tua ini.
Sudah-sudahlah tu....krisis di Perak pun tergantung-gantung di awangan dan sekarang dipanjangkan pula ke penanti. Janganlah mengadu domba pulak kalau sendiri pun bacul, duduk diam-diam sudah.
SPRM ni pun satu ngok jugak....setahu akulah kalau rasuah ni bukan senang-senang nak dibuat pertuduhannya, mestilah ada buktinya, setakat dengar suara kata nak offer itu dan ini sedangkan bendanya pun tak ada lagi.
Ini tidak....belum apa-apa, dah nak batalkan kemenangan PKR kalau PKR menang, ni apa jenis suruhanjaya pun tak tahulah. Mahkamah pun tak pergi dah boleh buat andaian macam-macam.
Sebijik macam bomoh nombor ramalan 4 digit.
Sudah-sudahlah....jangan bersengkokol lagi dengan puak-puak ni....jadilah pihak yang neutral dan janganlah bermuka-muka kerana kita dunia tak lama....akhiratlah dunia yang kekal abadi.
Undilah PKR...undi Dr.Mansor....hidup rakyat....hidup pakatan rakyat....takbir

Khamis, Mei 28, 2009

Antara yang menarik di Penanti

Antara siri sitkom jangan ketawa di Penanti-

  1. Ameno sama sibuk berceramah di Penanti
  2. Ameno sama sibuk naikkan bendera dacing buruknya walaupun tak bertanding
  3. Ameno buat rombongan ke Padang Besar pada hari mengundi
  4. Ketua pemuda Ameno menasihatkan rakyat supaya jangan keluar pada hari mengundi nanti
  5. makcik minah kalau menang nanti nak join mana? join Sarkis jinak Ameno jugak kot

So kesimpulannya, makcik minah dan ameno sama aje....kedua-dua pun gila meroyan, tak pun gila talak. Pada sapa-sapa nak offer makcik ni...ambillah, PKR bagi free of charge. Terkenang ke aminah binti abdullah yang tinggal kat puncak alam tu, apalah ceritanya dia sekarang ni.

Rabu, Mei 27, 2009

Parah yang menjadi semakin parah



Ini Pandangan mahathir



KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut.

Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi.

Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.

Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global
"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," kata bekas Perdana Menteri.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.

Najib juga, katanya, lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Apa yang berlaku keadaan sekarang
Ekonomi merosot bawah -6 peratus
May 27, 09 5:35pm

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.

Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju.



Jadi kesimpulannya, apa yang diramalkan oleh che det adalah apa yang berlaku sekarang di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Nampaknya tiada jalan keluar atau tindakan drastik dari kerajaan pusat.

Apa yang ada cumalah menutup ruang demokrasi, melaksanakan undang-undang rimba dan akta drakonian dan menindas pembangkang dan bukannya memikirkan cara-cara untuk memulihkan ekonomi negara yang semakin parah dan mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk datang melabur ke sini.

Amat jelas ekonomi malaysia semakin parah apabila peralihan kuasa pucuk pimpinan dari Pak Lah ke Najib.

duit habis tapi masalah tetap serupa

Cakap banyak tapi hakikatnya sama sahaja, pengangkutan awam yang diwar-warkan akan dinaiktaraf tapi apa dah jadi? saban hari saban tahun, masalah tetap sama, walaupun berbillion-billion dana digunakan dan dibelanjakan untuk pengangkutan awam.
Kebanyakan projek menjurus kepada lebuhraya yang akhirnya caj tol terpaksa dibayar oleh rakyat. Apakah inisiatif kementerian untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang akhirnya beban kos terpaksa ditanggung oleh rakyat jugak.
Kebanyakan projek-projek mega yang kebanyakkan hanya untuk menguntungkan para kapitalis dan kroni tertentu dan bukannya projek mesra rakyat tapi beban yang terpaksa digalas oleh rakyat bawahan.
Persoalannya di sini, kemana perginya dana berbilion ringgit yang di salurkan dalam Rancangan Malaysia ke-8, apakah pencapaiannya hasil dari kutipan cukai dari rakyat dan korporat.
Tindakan yang efisien harus dilakukan demi menjaga keperluan rakyat yang semakin hari semakin mencabar ini. Tanggungjawab sosial hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bukannya mementingkan keuntungan para kapitalis semata-semata.
Tindakan yang 'affermative' hendaklah dilakukan kerana telah banyak wang rakyat yang mengalir dan permasalahan tentang pengangkutan tetap wujud dan tetap sama walaupun menterinya bertukar ganti.
untuk berita, sila klik disini.

Selasa, Mei 26, 2009

bila radio buruk kembali berkumandang

Sumbang betul bila mat ezam kotak ni bersuara....tak kan la Prof. Agus tanya terkulat-kulat nak jawab. Ada ke patut taichi balik ke Anwar.
Apa nak jadi la dengan radio buruk yang satu ni, bila time pilihanraya aje, berbunyi....kalau sedap tak apa...ni tak, shumbang sungguh, menyakitkan telinga, jadi pekak dibuatnya.
Dulu kata berpuluh-puluh dan laporan polis dan dan laporan BPR dibuat. Mana perginya semua laporan tu.
Ibarat cerita pengembala kambing dengan serigala...sekali dua kali orang percayalah....tapi dah berpuluh-puluh kali....mati balik hidup pun orang tak percaya dah.
Kesimpulannya, kau duduklah dalam kotak kau tu diam-diam dan jangan buat kacau jadi semua orang senang hati, happily ever after. TQ

Seram :Jelmaan altantunya mengilai di Penanti

Jangan tersampuk dengan jelmaan altantunya di Penanti. Aiii makcik minah jangan ler meroyan sesangat sampai macam-macam tuduhan dilemparkan kepada PKR. Janganlah kerana jawatan sampai melalut mengaban tak tentu pasal.

Tahulah teruja dengan pilihanraya kecil di Penanti ni. Kalaulah macam ni nak jadi pemimpin,awal-awal lagi rakyat dah tolak, sebab apa? sebab gila jawatan, gila pangkat, gila kuasa dan belum pun pegang apa-apa jawatan dah macam-macam masalah ditimbulkan.

RM80,000 dan jawatan TKM1 dijanjikan...angan-angan mat jenin sungguh makcik sorang ni. Agak-agaklah kalau nak bercakap tu....malulah kat jiran sekampung tu. Orang di luar kawasan bolehlah makcik kelentong tapi benda-benda macam ni makcik susah orang nak percaya.

Pada calon keadilan, Dr.Mansor, usahlah dilayan orang-orang macam ni. Baru sekarang ni lah nak tuduh macam-macam, sedangkan sebulan dulu...satu bunyi suara pun tak keluar. Tumpukan pada rakyat, fahami kehendak rakyat setempat, dekatilah masyarakat setempat. Dengar keluh kesah rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Jangan dok tirulah gaya makcik sorang ni...langsung tak profesional dan tidak matang langsung cara berpolitik. Gaya sebijik orang umno yang gila kuasa.

Pada makcik minah.....lu pikirlah sendiri!!!

RM180 juta subsidi tapi apa dah jadi

RM180 juta untuk subsidi beras ST15 (beras paling murah untuk rakyat malaysia makan) nampaknya tak kesampaian. Apa dah jadi? seperti yang dilaporkan di akhbar malay mail.

kebanyakan hypermarket dan kedai-kedai runcit tidak mempunyai bekalan beras ST15 walaupun subsidi telah diberikan kepada pembekal....katanyalah.

Nampaknya....satu lagi kejayaan 1malaysia. Tahniahlah diucapkan.

Musykil jugak ni??? kemana subsidi ni pergi agaknya....dibayar ke katak-katak yang melompat atau disalurkan ke projek-projek mee segera.

untuk link berita. Sila klik disini.

Isnin, Mei 25, 2009

Proton latest model





Dengar kata, bawah harga RM55,000. Segak jugak macam mitsubishi lancer gayanya.
Syabaslah kalau design macam ni. Memang bergaya.

Update: Pejuang keadilan Shah Alam di Penanti

Bersemangat dari mula hingga titisan peluh terakhir....respek dengan pejuang yang tinggal singlet di saat-saat akhir penamaan calon sabtu lalu....tahniah diucapkan kepada semua.


video

Kenduri Kesyukuran sempena kemenangan Piala FA

video

TAHNIAH DARI ANAK MUDA SHAH ALAM.

SEMOGA KEJAYAAN BERTERUSAN UNTUK PASUKAN 'THE RED GIANTS'

Ahad, Mei 24, 2009

aman dan tenteram tanpa umno....

Paling aman dan paling tenteram, itulah yang boleh diulas semasa penamaan calon di Penanti semalam. Catatan semalam menunjukkan bahawasanya yang selalu membuat kecoh dan onar ialah umno sendiri dan bukan pakatan rakyat.
Kerana takutkan aspirasi rakyat lalu buat pertama kali dalam sejarah selepas penubuhan malaysia, BN tidak bertanding dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.
Pilihanraya DUN Penanti adalah pentas untuk pakatan rakyat menyingkap salah laku umno selama ini walaupun si bacul itu tidak bertanding.
Pada pendapat umum, adalah baik untuk calon kita, Dr.Mansur mendekati rakyat di DUN penanti, berdialog bersama penduduk, memahami kehendak dan kemahuan masyarakt tempatan dan memberikan informasi-informasi terkini berkaitan polisi-polisi baru kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bagi kepimpinan peringkat parlimen, mungkin isu-isu berkaitan PPSMI, MECD, ISA dan berbagai lagi kelaku hodoh umno bn di peringkat pusat.
Secara keseluruhannya, pakatan rakyat harus turun ke bawah ke segenap lapisan masyarakat dalam menerangkan dan melihat serta membantu rakyat di dun Penanti dalam menepis dan mengelak isu-isu sensitif yang cuba dimainkan oleh umno nanti kerana seperti diketahui umno suka bermain dengan api.

Orang kito