Cakap banyak tapi hakikatnya sama sahaja, pengangkutan awam yang diwar-warkan akan dinaiktaraf tapi apa dah jadi? saban hari saban tahun, masalah tetap sama, walaupun berbillion-billion dana digunakan dan dibelanjakan untuk pengangkutan awam.
Kebanyakan projek menjurus kepada lebuhraya yang akhirnya caj tol terpaksa dibayar oleh rakyat. Apakah inisiatif kementerian untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang akhirnya beban kos terpaksa ditanggung oleh rakyat jugak.
Kebanyakan projek-projek mega yang kebanyakkan hanya untuk menguntungkan para kapitalis dan kroni tertentu dan bukannya projek mesra rakyat tapi beban yang terpaksa digalas oleh rakyat bawahan.
Persoalannya di sini, kemana perginya dana berbilion ringgit yang di salurkan dalam Rancangan Malaysia ke-8, apakah pencapaiannya hasil dari kutipan cukai dari rakyat dan korporat.
Tindakan yang efisien harus dilakukan demi menjaga keperluan rakyat yang semakin hari semakin mencabar ini. Tanggungjawab sosial hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bukannya mementingkan keuntungan para kapitalis semata-semata.
Tindakan yang 'affermative' hendaklah dilakukan kerana telah banyak wang rakyat yang mengalir dan permasalahan tentang pengangkutan tetap wujud dan tetap sama walaupun menterinya bertukar ganti.
untuk berita, sila klik disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan