Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Januari 09, 2010

Dok heboh kalimah 'ALLAH' tapi yang ni tak sapa pun bising....



5 isi penting:

1) 5 buah kelab malam TERKEMUKA sekitar Kuala Lumpur
2) diizinkan perbaharui semula lesen hiburan setelah dibatalkan sebelum ini
3) diumumkan oleh menteri WPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
4) berlaku setelah Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen melakukan pertemuan dgn Nong Chik - melahirkan kekesalan menutup premis kelab malam
5) Raja Nong Chik bersetuju dgn Ng Yen Yen bahawa 'penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam'

Berita penuh...

Lima Kelab Di Jalan P.Ramlee Dibenarkan Perbaharui Lesen

KUALA LUMPUR: Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

"Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusahapengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

"Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan. - BERNAMA

komen : Yang dok terkinja-kinja cucuk langit kebanyakkannya melayu...tak sapa dok heboh...PERKASA ke, ABIM ke...PKPIM semuanya buat pekak aje...inilah kalau islam suku suku....

Jumaat, Januari 08, 2010

Gambar demo di hadapan kedutaan Mesir...ni baru betul demo

Ni baru betul demo...membantah tindakan Hosni Mubarak halang konvoi Viva Palestine






Gambar ehsan : Shamsul Iskandar

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pimtu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Antara yang berucap Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih toleran dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Dikesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andaikata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.

sumber : harakahdaily

gambar sekitar masjid negara...PASAL kalimah 'ALLAH' atau apa ni??? Nak tipu orang buta bolehlah

PASAL kalimah 'ALLAH' atau apa ni??? Nak tipu orang buta bolehlah



ehsan najwanhalimi

Beberapa ratus menyertai demonstrasi di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan perkataan Allah di penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.


Perhimpunan dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Demonstrasi membantah isu yang sama turut diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.

Perhimpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di tengah ibu kota itu dihadiri kira-kira 50 orang. Ia berlangsung hampir 20 minit.

Di Shah Alam, beberapa orang kelihatan melepaskan kemarahannya terhadap ahli parlimen PAS bagi Shah Alam, Khalid Samad, yang bersetuju istilah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

Orang ramai turut menurunkan tandatangan pada petisyen bantahan di Masjid Negara dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 31 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya.

Keputusan itu mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam dalam tempoh seminggu ini.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menangguhkan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

sumber : malaysiakini

Islam tak tak seru umatnya supaya melakukan keganasan...sila tangkap sang provokator, tak kiralah dari pihak mana pun

PAS kutuk keras tindakan serang gereja

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.

sumber:harakahdaily

Komen : kerja orang gila, menggangu ketenteraman awam dan sewajarnya dihukum...

tak lain dan tak bukan mesti datang dari spesis geng kepala lembu...


Gereja di Desa Melawati telah diletupkan

Sebuah gereja di Desa Melawati telah diletupkan pada tengah malam tadi seiringan dengan amaran polis kepada kumpulan masyarakat Islam supaya tidak mengadakan demonstrasi membantah Catholic Herald menggunakan kalimah “Allah” di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Serangan ke atas Metro Tabernacle A/G, sebuah gereja di Jalan 4/4C Desa Melawati, telah memusnahkan pejabat pentadbiran di tingkat bawah. Tiada kecederaan dilaporkan akibat serangan tengah malam itu.

Polis masih cuba mengenalpasti penyerang berkenaan dan belum ada yang tampil bertanggunggungjawab terhadap insiden yang berkumngkinan boleh dikaitkan dengan kemarahan sesetengah pihak terhadap keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu. Penghakiman berkenaan telah ditangguhkan perlaksanaannya denga rayuan di pihak kerajaan.

Menurut saksi yangbaru selesai minum kopi di kedai berdepanan dengan gereja berkenaan, tiga atau empat orang dengan dua motosikal telah berhenti di hadapan gereja itu.

"Mereka memecahkan panel kaca di tingkat bawah sebelum mencurahkan cecair pembakar dan kemudian membakarnya," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak gereja.

Gereja itu ditempatkan di bagunan rumah-kedai tiga tingkat dengan menjadikan pejabat di tingkat bawah. Kakitangan gereja telah membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.

Sebelum itu, lamanweb kehakiman telah diceroboh dan kemudian tidak boleh diakses.

Gereja Metro Tabernacle tidak ada hubungan dengan Gereja Katolik Roman yang telah mencabar penghakiman 2007 untuk menghentikan penggunaan kalimat “Allah” bagi menampilkan Tuhan Kristian di dalam majalah Herald.

Majalah Herald diedarkan secara ketat di dalam negara ini kepada anggaran 850,000 Katolik yang melakukan ibadat mereka di dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Bahasa Malaysia.

Gereja Katholik Roman telah bersetuju untuk tidak membantah penangguhan penghakiman untuk tujuan "keselamatan negara" kerana terdapat bantahan dari kalangan umat Islam terhadap keputusan mahkamah tinggi dan mengugut untuk berdemo.

Kumpulan itu telah dikatakan akan menganjurkan demo selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur hari ini sekalipun pihak polis telah mengeluarkan amaran supaya tidak berdemo.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein telah mempertahankan hak para pendemo untuk berdemo di kawasan masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Sabtu Osman berkata terlalu awal untuk mengkaitkan serangan ke atas gereja itu dengan protest terhadap kalimah Allah.

"Kami masih menyiasat," katanya kepada Associated Press. Beliau juga meminta umat Islam Muslims tidak menyertai demo yang dirancangkan, dan menambah bahawa polis akan di hantar ke masjid-masjid untuk memantau keadaan.

Polis menghadkan perkumpulan tidak melebihi lima orang dan lazimnya akan mengambil tindakan, termasuk menggunakan gas pemedih mata dan air berasid untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

sumber : greenboc

komen: Setakat ni kalau pembangkang yang berdemo tak dengar lagi kedai terbakar, bangunan meletup, mati atau cedera dipukul.Rasanya dah boleh agak kutu mana yang buat pekerjaan tak bertamadun macam ni.

Khamis, Januari 07, 2010

apa benda yang nak didemokan puak-puak umno hamlau, mahkamah pun dah tangguh keputusan


kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semakin celaru mengenai isu kalimah Allah.

Untuk mendapatkan sokongn orang Melayu terhadap partinya, Najib dilaporkan berkata, Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah'.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.

Najib berkata semua pihak perlu menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi bagi menyelesaikan isu semasa.

“Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik.. kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negara ini.

“Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius... moga-moga ia hanya tunjuk perasaan yang minimum,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau yang memantau secara serius perkara itu berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

“Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif,” kata beliau selepas merasmikan Seminar Pengurusan Inovasi dan Kualiti PDRM di sini hari ini.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijangka berhimpun secara aman bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat, esok.

Beliau berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonanuntuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Beliau berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katolik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah itu ditangguh sementara menunggu rayuan.

Laporan sebelum ini menyebut selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara esok Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

sumber : greenboc

poket rakyat bakal rabak lagi...petrol naik 30 sen...gula naik 20 sen, jumlah 50 sen, inflasi tak tahu lagi


Harga petrol naik lagi 1Mei ini, memandangkan harga gula naik, tidak dapat tidak inflasi juga bakal mencanak lagi.

Di masa ekonomi masih lagi belum pulih, umno/BN masih lagi memeras peluh rakyat marhaen dengan pelbagai kenaikan.

Benar mekanismenya bunyi menarik, bergantung kepada kapasiti enjin, tetapi sedar atau tidak garis kemiskinan manakah yang diguna pakai.

Perbezaan pendapatan bandar dan luar bandar, kos sara hidup di bandar dan luar bandar, jumlah isi rumah, saiz keluarga juga perlu diambilkira.

Harga minyak mentah di pasaran masih lagi di bawah paras 80 dollar setong, apa hisabnya yang rakyat terpaksa menanggung harga lebih tinggi sedangkan mutu minyak RON95 juga diragui,

Apa sebenar yang diutamakan....mengurangkan atau menambah duit dalam poket rakyat sebenarnya

FAKTA:-

RON95...subsidi kerajaan sebanyak 30 sen perliter.

Harga sekarang = RM1.80

Harga selepas 1 Mei 2010 = RM2.10

Perlaksanaan, mekanisme dan kesan akibat kenaikan = ???

Disibukkan rakyat dengan kalimah 'ALLAH', tapi sebenar umno/bn tak nak rakyat marah pasal kenaikan harga petrol dan harga gula. Impak kepada inflasi...??? Rakyat Didahulukan kunun

sejak bila demonstrasi boleh? Najib dan Hishammudin yang hipokrit

kalau pembangkang yang buat semuanya perhimpunan haram...kalau umno semua tak apa belaka......hipokonkrit betul...


HARAM



HARAM




HARAM

Ini pula Si topi merah yang membelasah rakyat






Jika benar-benar pemimpin umno sayangkan ALLAH


Gubal undang-undang cegah murtad jika benar Umno sayang Allah

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.

"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi itu boleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga.

sumber : harakahdaily

gambar kereta DS Nizar yang kemalangan



Keadaan kereta Nizar yang kemalangan dan terbalik..Dato Seri dalam keadaan baik di hospital...

ternyata Pemuda PAS lebih rasional dan profesional daripada UMNO...

Pemuda PAS jumpa Paderi, tidak berdemo

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.

Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad.



Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku menjadi lebih serius.

"DPPWP melihat pertemuan sebegini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya.

Menurutnya, ruang diplomasi masih ada dan pihaknya menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

"DPPWP menyokong keputusan PAS Pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga bercadang untuk menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan ini.

"Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam.

sumber : harakahdaily.net

Terkini : DS Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

sumber :idhamlim

umno yang hipokrit...islam tak ajar benda khurafat macam ni


Fatwa telah dikeluarkan TAPI MEREKA MASIH DEGIL!..MENGAPA?

Dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah Herald..PUAK-PUAK UMNO MEMANG NAMPAK JAGUH MEMPERTAHANKAN ISLAM TAPI PADA MASA YG SAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA MASEH TIDAK TERIMA FATWA YG TELAH DIKELUARKAN DAN TELAH PUN DIGAZET...

BUKANKAH HIPOKRIT AL-MUNAFIK NAMANYA....

FATWA NEGERI PAHANG:-

Kategori : Akidah

Tajuk:Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Isu: Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :


ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)


FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36


Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Rabu, Januari 06, 2010

Dari Ulan Bator ke Kuala Lumpur, kini ke Kota Paris....


Polis Perancis Bakal Panggil Najib Untuk Siasatan?

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

freemalaysiatoday

wajah kambing-kambing hitam a.k.a bilis yang berjaya ditangkap...


Gambar ehsan thestar online

F-5E: Sarjan, pengarah syarikat didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

N Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Komen : boleh masuk world guiness book of record sebab cuma 2 ekor kambing diperlukan untuk mencuri 2 buah enjin pesawat yang sebesar gajah........

sumber:berita harian

Pencapaian Diutamakan ala umno...tiduri lebih 10 wanita

Bekas Madu Noraniza Idris Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris semalam mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya semalam ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah melakukan hubungan seks luar tabii setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada hari ini, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

sumber:mstar

Siapa datuk ni?
Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Tasek Gelugor, Datuk Muhammad Mustaffa Idrus

Mana tahu?

movie baru bakal box office...


Enjin Jet: Anggota Tentera Dan Pengarah Syarikat Didakwa


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rabu berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan ke atas anggota TUDM itu dibuat atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan curi dalam bangunan manakala pengarah syarikat tersebut akan didakwa atas kesalahan menolong menghapuskan harta curi.

"Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan anggota tentera berpangkat Sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa malam.

Katanya berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat berkenaan.

Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan anggota tentera itu boleh dihukum bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 109 Kanun yang sama manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan.


Akhbar baru-baru ini mendedahkan kehilangan dua enjin itu pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.

-- BERNAMA

Komen: Hebat betul sarjan tu buat kerja sorang-sorang, macam cerita rambo pun ada, 2 buah enjin RM100 juta, seorang sarjan buat kerja...macam ni mission imposible pun kalah, rambo lagi lah...yang peliknya takkan sarjan boleh approve benda ni untuk dilupuskan...ragu dan meragukan......

Selasa, Januari 05, 2010

runtuh...tak siap...gagal, dimana SPRM dan dimana laporan audit

Hospital di Terengganu gagal berfungsi...MB Terengganu


Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mendakwa hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

Menurutnya hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap) termasuk Dewan Bedah Hospital Besut setelah hampir enam tahun dibina, Hospital Kemaman (tiga-empat tahun), dewan bedah Hospital Setiu (tujuh tahun).

Beliau mendakwa bukan sahaja kerugian daripada segi kos terpaksa ditanggung tetapi juga melibatkan soal nyawa.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh dewan bedah hospital di negeri ini hampir sama iaitu masalah hama dan kebocoran.

Saya menggesa satu siasatan menyeluruh mesti dilakukan untuk mengetahui punca mengapa ianya lewat siap dan juga tidak menepati spesifikasi. Jika terdapat penyelewengan dan salah laku serta unsur rasuah pihak yang terbabit mesti dihadapkan ke mahkamah.

Menteri yang terlibat iaitu Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini yang jelas membuktikan kerajaan dan agensinya lemah dan gagal menguruskan pembinaan dewan bedah ini dengan sistematik dan menepati spesifikasi dan serta masa yang ditetapkan.

Kedua-dua menteri terbabit mesti tampil memberikan jawapan dan bertanggungjawab kepada masalah ini. Rakyat menagih jawapan dan penjelasan dengan segera jika benar dakwaan Menteri Besar Terengganu ini.

Skyhawk terperosok di dalam semak...F5E pulak enjin hilang...Ketua Audit Negara, boleh tolong komen

Semuanya dah jadi besi buruk, alangkah sedihnya, Pada pihak berkenaan silalah bagi penjelasan...tak boleh terbang ke tidak...wallahualam



Tegakkan syariat islam bukan syariat melayu...toksah politik isu nama ALLAH

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.

Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.

Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH

Soalan Pertama:

Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)

SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)

Soalan Kedua:

Malaikat : Siapakah NABI mu ?

SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)

Soalan Ketiga:

Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.

Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).

Soalan Keempat:

Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$

Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)

Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?

Soalan Kelima:

Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?

SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)

Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.

Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!

Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.

LEGA RASANYA

AZHARI(S)
280400

SOP (standard operating procedure) mana??? tak kan diorang ni pikul masa curi enjin ni


Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet F-5E TUDM - Peguam Negara

PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) -- Hanya pegawai pangkat rendah dan bukannya pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat "dalam waktu terdekat".

Beliau juga berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

"Kami sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu," katanya kepada pemberita Isnin.

Abdul Gani berkata polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu, yang mendedahkan ia telah dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Dis, 2007 dan 1 Jan tahun lepas.

"Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei, 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

"Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay," katanya.

Abdul Gani berkata Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, Abdul Gani berkata beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Ditanya harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975.

-- BERNAMA

Orang kito