Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 18, 2009

Diumumkan Calon DUN Penanti

Calon yang paling Umno BN paling takut dan mungkin tidak akan ada pertandingan, maknanya kalah tanpa bertanding, kita letak aje Dato Seri Anwar bertanding kat DUN Penanti tu, gerenti confirm kecut perut dan confirm 110 percent menang.
Gerenti awal-awal lagi ameno BN angkat bendera putih punya..................

Alahai SPR.............

Apa cerita ni SPR.....sebabkan hari ini dan akan datang dah tak ada sapa lagi nak menyokong BN, penamaan calon pun penyokong tak boleh datang, dah la hari mengundi buat hari selasa, hari bekerja, isk isk isk makin lama makin jahanam la negara ni. Semakin hari semakin katun jadinya.
Macam-macam lagi la peraturan bodoh lagi lepas ni. Ingatkan ganti yang baru pengerusinya lagi tersusun dan baik la jadinya sepatutnya, ni makin hancur, punah ranah dibuatnya. kesimpulannya kalau dulu pengerusinya ibarat lembu, sekarang ni kerbau la pulak.
Apa nak buat....nasib badan.

Jumaat, April 17, 2009

Ceria bersama petugas meraikan kemenangan 2 bukit di rumah YB Yaakob Sapari

Sedapnya makan kambing golek........alhamdullilah. Semoga bertambah makmur negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Khamis, April 16, 2009

Majlis Kesyukuran PRK 2 Bukit

Majlis Kesyukuran petugas-petugas PRK Bukit Selambau/Gantang diraikan di rumah YB Yaakob Sapari bertempat di :-
Alamat: No.8 Jln Rambutan,
4/6A, Seksyen 4,Shah Alam
Tarikh/Masa: 16 April 2009 /8.00 mlm
Jemputan pimpinan JDM, AMK, Wanita dan PKR Bahagian Shah Alam. Di jangka hadir dalam majlis, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Tan Sri Khalid dan isteri, exco-exco kerajaan negeri, ADUN-ADUN PKR Selangor, ketua-ketua bahagian PKR Selangor.

Rabu, April 15, 2009

Blues trengganu kite........

Apa sudah jadi dengan Sidang Dewan undangan negeri Terengganu, nampaknye Derih & geng cuba menderhaka pada Sultan dan DYMM agong.
Kalau Dato Seri Nizar mengadap Sultan dan pohon sembah derhaka dikatakan menderhaka, maka molek sangatlah Derih & geng bolehlah dikatakan pengkhianat angkara wang ehsan, hamlau-hamlau ini sanggup menderhaka pada titah Sultan hingga sanggup memulaukan sidang yang diperkenankan pemangku sultan.
Hmmm...indah khabar dari rupa, di Perak dikatakan menderhaka tapi di terengganu apa cerita, media arus perdana ibarat tak tahu dan tak nampak dengan apa yang sedang berlaku di Terengganu. Tatkala Pakatan Rakyat dikatakan menderhaka, Umno BN lebih teruk lagi, inilah jadi kalau dah wang dan kuasa menjadi tuhan.
Ceritera Hikayat Mat Said VS Derih baru saja bermula...nampaknye gelombang biru yang diwar-warkan akan memakan diri sendiri. Siapa yang akan lemas dalam gelombang biru itu? sama-samalah kita nantikan kesudahannya....

Selasa, April 14, 2009

Banjir kilat di Kampung Sg.Rasah, Klang


Pada 5.30 ptg ahad (12/04/2009) hujan lebat turun tanpa henti menyebabkan beberapa kawasan di sekitar sg.rasau berlaku banjir kilat.
Kawasan yang terlibat ialah taman rashna,klang, jln batu tiga lama, batu 2 1/2 kg.sungai rasau.
Pasukan Unit bencana MBSA turut membantu melancarkan lalu lintas yang tersekat.
Turut turun padang membantu, YB Khalid Samad (MP Shah Alam). YB Rodziah ismail pada kejadian tersebut tidak dapat melawat kerana terpaksa menziarahi saudaranya yang meninggal dunia di Seremban.
Hujan mula berhenti lebih kurang 10.30 mlm dan air dari longkang utama mula surut dalam pukul 11.00 mlm, dan lalu lintas beroperasi seperti biasa.

Orang kito