Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Oktober 23, 2009

Mak ooii, besarnya U-turn.........


Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Khamis, Oktober 22, 2009

video yang bakal hit....




Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Kat mana yang kata Tian Chua gigit pun entah larr..Memang keadilan harus ditegakkan...

Tapi celah mana yang kata Tian halang dirinya ditangkap,kalau dah berpuluh polis berkerumun kat situ, yang nampak kena humban dalam kereta polis adalah.

Tapi yang pelik bin ajaibnya pasal gigit pun nak kecoh 1 Malaysia, kalau gigit hilang kaki ke, hilang tangan ke, hilang telinga ke kalau report boleh gak tahan.

Ni tak...orang luar negara baca berita ni, diorang tahan gelaklah sebab kes gigit ni pun nak kecoh 1 Malaysia 1 Dunia.

Apa da....gi cari penculik adik Nurin tu pun lagi baik dari dok cerita kena gigit kat 1 dunia.

Buat malu rakyat Malaysia ajelah....Adios

Rabu, Oktober 21, 2009

Realiti umno sebenarnya...

Berita yang tak akan keluar dalam media arus perdana



Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor
SHAH ALAM, 21 Oktober - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

“Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,”katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

“Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.

katak nak melompat lagi...toksahlah


PKR Perak tidak letak harapan pada Jamaluddin dan Osman

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita.

"Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh




(Harakah Daily) - Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

baik bandingkan dengan zimbabwe aje...rais oh rais


50 Peratus Capaian Internet Jalur Lebar Perlu Dicapai Lebih Awal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu sasaran 50 peratus pencapaian internet jalur lebar di kalangan isi rumah dicapai segera awal tahun depan.

Beliau berkata pencapaian itu penting untuk membolehkan Malaysia terus selari dengan perkembangan internet di seluruh dunia.

"Saya di Kementerian berasakan tahap 50 peratus itu, harus kita capai dengan cepat dan sebahagian ini bergantung kepada talian tetap yang disediakan oleh Telekom dan kaedah tanpa wayar termasuk Wi Max dan Wi-Fi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (Karisma) di sini Selasa.

Mengenai kritikan yang dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Australia Michael Halpin mengenai tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, Rais berkata tidak semua yang diperkatakan itu benar.

Katanya kenyataan yang dibuat oleh Halpin seolah-olah meletakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara membangun sedangkan perkhidmatan jalur lebar dalam negara sudah mencapai 27 peratus hampir menyamai Hungary yang berada di tahap 30 peratus tahun ini.

-- BERNAMA

bijaksana bijaksini...harga pokok bunga pun jadi mahal yang amat!!!




Sekolah beli pokok 880% lebih mahal

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Sumber :malaysiakini.com

Video Lucah Gadis Melayu Semakin Kronik!!







Kadang-kadang hairan juga, mereka ini tidak pernah ker terlintas kesan yang bakal mereka terima di kemudian hari akibat terbuai dengan desakan hawa nafsu dan seks bebas di usia muda. Pernah tak rasanya mereka terfikir dialog yang sebegini untuk tempoh 10-15 tahun akan datang setelah mereka berkeluarga:

Mak, tadi kawan Ayu(bukan nama sebenar) ada tunjuk satu video lucah sebijak macam muka mak masa muda-muda dulu. Tapi………………. video tu tunjuk mak tengah bogel dengan seorang lelaki lain dalam satu bilik. Tapi yang pastinya bukan ayah. Siapa lelaki tu mak?

Sekarang ini bukan lagi berita harian yang mengejutkan apabila kita mengatakan kes peningkatan kelahiran anak haram, malah rumah yang menjaga gadis mengandung anak luar nikah juga bertukar daripada mengurus atas dasar kebajikan kepada mengikut permintaan.

Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Rubiah Hamzah, berkata senario yang berlaku dalam negara ketika ini apabila kebanyakan remaja hilang rasa malu apabila melakukan aktiviti seks bebas. Kes anak luar nikah diburukkan lagi dengan laporan yang terbaru mengenai amalan seks bebas remaja hari ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 hingga September.

Kita tidak sepatutnya menyalahkan masalah gejala sosial seperti terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah, kepada golongan ibubapa semata. Kenapa saya katakan begitu. Cuba kita lihat pula, situasi yang dialami oleh anak-anak yatim piatu, boleh pula mereka menjaga kehormatan diri. Bagaimana pula pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara yang berada jauh dari pemantauan keluarga yang kita tahu negara Barat terdedah dengan pub, clubbing, seks bebasnya? Pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri juga. Pendirian mestilah kena teguh dan kuat.

“Pompuan macam kueh, itu pasal kena bungkus, jikalau hendak mengelakkan dihinggap lalat”

Kebanyakan gadis-gadis Melayu berhati lembut. Dahla lembut, sekarang ini pula “gadis-gadis Melayu semakin lemah”. Perempuan ini juga kasih sayangnya dan setianya cukup tinggi apabila mengenali seseorang. Lebih-lebih lagi gadis-gadis yang baru kenal erti percintaan. Nak-nak lagi gadis-gadis melayu yang bertudung dan jenis tidak mahu melepaskan pasangannya. Sebab tidak mahu kehilanganlah, mereka gadis melayu yang bertudung terpaksa ikut kehendak pasangannya yang kononnya hendak tunjuk kasih sayang. Dah terlanjur anak luar nikah barulah sedar tapi sudah terlambat sehingga ada yang “membuang diri mereka dari keluarga”.

Sebab tu Islam, menyuruh supaya perempuan berada di rumah, kalau tiada sebab-sebab yang penting untuk keluar. Sebabnya perempuan itu “lemah”. Yang pandai menjaga diri itu, saya ucapkan tahniah. Bukannya untuk menghina atau mengurung mereka(kamum hawa), tetapi kerana hendak menjaga kemuliaan mereka. Pilihan sudah diberikan, terpulang. Situasinya sama juga apabila kita membeli telefon bimbit baru dan mahal, housing cantik, pegang pun sopan dan elok sahaja menjaga. Orang lain nak pinjam, pun kita tak kasi. Kalau dah lama, telefon bimbit pun dah calar, main lempar-lempar je. Begitu juga perempuan, disimpan, dijaga elok-elok, dipakai dengan pakaian menutup aurat, kerana Islam ingin menjaga kemuliaan mereka. Kita taknak gadis melayu terutamanya hilang harga diri mereka di kemudian hari.

Dirgahayu pada Tengku Faris Petra, Pemangku sultan Kelantan


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa, akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan, sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

PR sahkan kehadiran sidang Dun Perak 28 Oktober



MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH
LAWAN TETAP LAWAN

Selasa, Oktober 20, 2009

tak payahlah nak damping...bagi dulu royalti minyak kelantan


Dampingi anak bekerja luar strategi UMNO Kelantan

MACHANG 20 Okt. — Gerakan mendampingi anak Kelantan yang bekerja di luar negeri itu adalah satu daripada tiga strategi penting Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, kira-kira 15 peratus pengundi di Kelantan berada di luar negeri itu untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan peluang pekerjaan di negeri sendiri.

"Dua lagi agenda iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam akan turut diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Aidilfitri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, malam tadi.

Pada pilihan raya umum lepas isu pengundi luar dikatakan satu daripada sebab kegagalan Barisan Nasional (BN) menguasai semula Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri berkata, semua ketua bahagian di Kelantan diarah menjayakan tiga misi itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sendiri akan mengetuai gerakan mendekati pengundi luar itu dari semasa ke semasa dengan bantuan tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kelantan,” katanya. - Bernama

Isnin, Oktober 19, 2009

MPV terbaru saingan exora bakal di pasaran...









CUBA TEKA....

lagi menteri MCA buat hal....



Hadiah pada isteri menteri kesihatan, polis digesa siasat

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan 'hadiah' kereta dari syarikat binaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan dalam lamaweb Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.

Artikel tersebut- 'To The Health Minister YB Dato Liow' - mendakwa isteri Liow - Lee Su Loo - dikatakan menerima sebuah Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

ACSB juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta berkenaan dengan mendepositkan kira-kira RM5,000 setiap bulan ke dalam satu akaun simpanan di Public Bank (nombor akaun 4487469902).

Artikel tersebut mendakwa Axis Construction merupakan firma binaan yang tersenarai dalam senarai penerima kontrak dari kementerian kesihatan.

Ahad, Oktober 18, 2009

Hehehe...umno pun meluat dengan katak nie...padan muka ko


Buat Penilaian Sebelum Terima Semula Ibrahim

KUALA KRAI, 18 Okt (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.

BERNAMA

Orang kito