Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Disember 23, 2009

kronologi dua enjin...


Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

•26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar

•1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar

•Mei 2008 - enjin disedari hilang

•4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat

•13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara

•25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

•18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.

Yang menghairankan kenapa dua tiga hari lepas rakyat baru diberitahu malahan ketua audit negara turut tidak mendedahkan kepada umum sedangkan perbelanjaan yang menggunakan dana awam dan duit rakyat sepatutnya diumumkan.

Hampir dua tahun lebih disembunyikan dari pengetahuan umum. Mungkin boleh berikan jawapan yang konkrit menunding jari ke pihak yang lain.

Ketua audit negara ada apa-apa komen...

SPRM macam mana pulak?  tak kan senyap tanpa berita.....

lagi berita disini

Lagi berita Lost N Found...


KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Selain itu, sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai kira-kira RM1 juta turut dilaporkan hilang awal tahun ini.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Bagaimanapun, sebuah daripada Proton Perdana V6 itu serta jengkaut berkenaan berjaya ditemui semula selepas laporan polis dibuat.
Wakil rakyat pembangkang, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mempertikaikan kehilangan berkenaan yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Mengenai kehilangan jengkaut milik MBKT, Mohd. Abdul Wahid berkata, kenderaan milik agensi itu dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan dekat sini selepas dilaporkan hilang.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang.

dipetik dari tranungkite.....

Istana Pak Lah dari keringat rakyat marhaen...


DBKL kata rumah 'Pak Lah' tapi jabatan perdana menteri kata tak tahu...kau tipu aku, aku tipu kau agaknya kot.....



MP pertikai peruntukan rumah bekas PM RM12 juta

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.

"Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau turut mempersoal berhubung undang-undang atau peruntukan yang didakwa tidak pernah ada itu.

"Memang ada satu peruntukankah yang membolehkan kerajaan menghadiahkan sebuah rumah kepada seseorang Perdana Menteri selepas beliau bersara? Setakat yang saya tahu tidak ada peruntukan itu" katanya.

Turut dipersoal motif kerajaan memberikan peruntukan tersebut kepada bekas perdana menteri itu.

"Apakah tujuan Kerajaan beri sebuah rumah kepada bekas Perdana Menteri yang sudah pun mempunyai rumah.


"Kalau rumah itu diberikan atas sebab beliau telah banyak berjasa kepada negara, saya percaya ramai lagi orang yang berjasa kepada negara," tegasnya.

Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi.

"Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta.Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai
RM400 juta lebih," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang disembunyikan kerajaan.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat," tegasnya.

Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.

Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, dekat sini.

Projek berkenaan sedang daam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.

sumber:Harakahdaily

kalau dah pemimpin Sunnah Wal Jamaah tegas Anwar tidak bersalah, siapalah najib...


PUTRAJAYA, 22 Disember - Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.


Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.

Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.

Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.

“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.

Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.

“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.

Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB

Selasa, Disember 22, 2009

Dicuri atau Dijual???


Enjin kapal terbang bukan dicuri tapi dijual dengan restu

Oleh Abdullah Ngah

mungkin ramai yang percaya bahawa enjin kapal terbang dicuri. Sebenarnya enjin itu tidak dicuri. Jika anda pernah bekerjs sebagai pegawai kanan kerajaan anda sedia maklum dengan apa yang berlaku pada kementerian pertahanan dan kementerian kewangan itu.

Saya pernah jadi pegawai kerajaan dan saya boleh buat permohonan untuk baiki kenderaan dibawah pengelolaaan saya.

Demikian juga dengan pegawai kanan tentera mereka boleh buat permohonan untuk engin kapala terbang yang rosak itu dibaiki diluar Negara dengan lasan yang lojik.
Kalau permohonan itu tidak diluluskan oleh kementerian pertahanan dan kementerian kewangan sudah tentu engin itu tidak boleh dibawa keluar, kerana engin tidak boleh keluar dari dari bengkel bukan macam tayar kereta yang disimpan dalam stor kerajaan.

Jadi apa yang berlaku ianya mendapat kelulusan kementerian pertahanan dan kementerian kewangan.

Jadi jual menjual engin kapal terbang boleh berlaku dengan mudah, kerana sudah dapat lampau hijau dari dua kementerian.

Kalau tidak macam mana hendak bawa engin itu keluar Negara kerana prosedurnya ketat dan perlu belanja yang besar.

Bercakap pasal curi barangan yang dikawal dengan begitu ketat tidak berlaku, kecuali maklumat yang walaupun dikawal ketat akan bocor juga akhir nya sepertimana berlakunya penjualan engin yang dikatakan berharga RM 50 juta itu.Munasabah atau tidak harga itu bukan isunya.

Bocornya kes ini ada kemungkinan wang hasil penjualan tidak dibahagi dengan adil. Atau dengan kata ada pihak yang baham wang itu lebih banyak berbanding diberi kepada yang berusaha keras menjualnya.

Saya hendak beri contoh, bahawa sebuah kereta mewah dan pajero milik kerajaan Terengganu hilang entah kemana.

Inilah yang berlaku. Hilang kereta dan pajero bukan kerana dicuri tetapi dijual oleh pegawai kanan yang berkhidmat di Kuala Lumpur.

Demikian juga dengan engin kapal terbang yang dikatakan dicuri dan dijual. sebenarnya ia bukan dicuri tetapi dijual dengan satu sendikit yang amat licik oleh pegawai kanan dengan restu dua kemenenterian terbabit.

Yang harus bertanggungjawab ialah menteri pertahanan dan menteri kewangan. Siapa menteri kewangan ketika itu dan siapa pula menteri pertahanan yang meluluskan engin itu dibawa keluar untuk dibaiki diluar negara.

sumber:tranungkite

akibat dicuri, terpaksa guna manual hehehe



Tahniah...Malaysia Boleh
Masa SPRM....tido lagi atau tergamam sebab mantan menteri pertahanan sekarang dok duduk di kerusi PM....
Jawab jangan tak jawab....lagi senyap lagi rakyat sangsi...1 malaysia 2 enjin dikebas penyamun tarbus
Malu dan memalukan.............

Ini baru betul pengkhianat negara....2007 hilang hujung 2009 baru sedar, bukan lima sen tapi SERATUS JUTA


Sebetulnya menteri pertahanan dan pihak bertanggungjawab wajar meletakkan jawatan dengan segera kerana kecurian dua enjin pesawat pejuang F5E membabitkan keselamatan dan pertahanan negara.

Bukan satu tetapi dua, bukan lima puluh juta bahkan seratus juta ringgit wang pembayar cukai dikebas begitu sahaja.

Pihak yang bertanggungjawab telah dengan jelas dan nyata telah mengkhianati dan menderhaka terhadap Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong kerana mencuri dan menjual aset pertahanan negara kepada syarikat negara asing.

Ini yang baru rakyat dan umum tahu, disebaliknya mungkin bermacam-macam lagi, wallahualam....
Seperti juga nasib pesawat skyhawk yang tersadai di gurun Arizona, Amerika Syarikat.

Terbaru, pesawat tempur Sukhoi MiG-29N, mengikut berita, berkemungkinan akan ditamatkan juga perkhidmatan atas dasar kos peyelengaraan yang sangat mahal.

Apakah kemampuan menteri yang sepatutnya menjaga kepentingan dan kedaulatan negara ini tidak menggunakan akal dan fikiran apabila membuat satu-satu keputusan.

Dan terbaru dan terhangat adalah kapal selam  yang dibelikan dengan harga yang terlalu mahal tidak dapat digunakan di perairan selat melaka atas disebabkan keadaan selat yang cetek dan tidak sesuai untuk kapal selam seperti scorpene ini menjalankan tugas atau misi di selat melaka.

Selamatkah negara kita selagi yang memegang tampuk kuasa cuma mementingkan keuntungan dari keselamatan negara.


berita dua enjin pesawat pejuang F5E dikebas, lagi disini

sian dia...dihalau teman sebantal isk isk isk


UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini.

By Anak Sungai Derhaka

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.

“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

“Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.

Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.

“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.

“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.

“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.

Terengganu Darul runtuh.....


Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh

HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)

Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".
Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.


Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.


sumber:harakahdaily

penyu menangis lagi...


Sidang DUN Terengganu: Penyokong Kerajaan Bergasak Sesama Sendiri

KUALA TERENGGANU:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak lesu, hari ini bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara tersebut," kata Din.

Ahmad kemudian membalas, kerajaan Terengganu bercadang untuk membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Ketika ditemui di luar dewan, Ahmad berkata beliau melihat perubahan pada persidangan kali ini sebagai satu petanda baik.

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan... seolah-olah sebagai parti pembangkang... tapi kita tidak kisah.

"Kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja di kalangan wakil rakyat tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan. Saya tidak ada masalah," katanya.

DUN Terengganu mempunyai 24 anggota BN dan lapan daripada Pas. - BERNAMA

Isnin, Disember 21, 2009

Disebalik pelbagai tuduhan dan fitnah, Anwar terus diiktiraf dunia


Anwar dapat anugerah 'pingat demokrasi' antarabangsa

SHAH ALAM, 21 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan 'pingat demokrasi' oleh Persatuan Antarabangsa Konsultan Politik (IAPC) dalam satu majlis di Shah Alam Convention Centre, dekat sini petang ini.

IAPC ditubuhkan pada tahun 1968. Ia adalah organisasi global yang profesional politik dan penasihat urusan awam yang didedikasikan untuk menggalakkan demokrasi di seluruh dunia.

Ia dianggotai oleh ahli daripada lebih 20 negara di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Australia.

Menurut satu kenyataan IAPC, setiap tahun, IAPC akan menganugerahkan pingat penghargaan kepada individu atau pertubuhan yang melambangkan komitmen untuk demokrasi melalui ucapan dan tindakan mereka.

Sebelum ini, antara penerima pingat ini adalah Morgan Tsvangerai dari Afrika Selatan dan Martin Lee dari Hong Kong.

Pada tahun 2009 Anwar Ibrahim dipilih sebagai penerima pingat ini kerana keberanian dan usaha yang tak henti-henti beliau untuk memulihkan kerajaan demokratik di Malaysia, kata kenyataan itu.

Setelah menghabiskan satu dekad berpolitik, tsunami politik berlaku di Malaysia iaitu pilihanraya umum Mac 2008. Ia telah selamanya mengubah lanskap politik Malaysia.

"Ada akauntabiliti yang lebih besar dalam kerajaan dan sudah ada kebangkitan umum dalam masyarakat Malaysia dan menemukan kembali kekuatan suara mereka," kata kenyataan itu.

Selepas ditangkap, Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen apabila beliau menang dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada Ogos 2008. Dia kemudiannya dilantik sebagai ketua pembangkang di parlimen Malaysia.

"Dia terus menjadi suara terkemuka untuk pembaharuan dan perubahan di negara ini," kata kenyataan itu.

Foreign Policy Magazine menamakan beliau salah seorang 100 pemikir global dan Royal Institute of Strategic Studies memasukkan beliau dalam senarai daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.

Tokoh yang akan menyampaikan penghargaan untuk Anwar Ibrahim petang ini adalah Ahli Majlis IAPC, Robert Murdoch.

sumber: harakahdaily

gerakan diherdik umno...koh tsu koon menikus...gerakan lebur


Gerakan Tidak Berhak Tolak Permintaan Umno Negeri

PULAU PINANG, 20 Dis -- Parti Gerakan tidak berhak menolak permintaan pemimpin Umno negeri untuk jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana segalanya terpulang kepada Presiden BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon seharusnya melihat permintaan Umno negeri itu secara positif kerana cadangan itu dibuat demi kepentingan BN di negeri ini dan mempunyai rasionalnya.

Beliau mengulas kenyataan Tsu Koon yang juga penyandang jawatan tersebut semalam yang menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi BN yang kini dipegang oleh Gerakan selama lebih 35 tahun, diserahkan kepada parti berkenaan.

"Jawatan tersebut bukannya hak turun-temurun atau hak seumur hidup kepada mana-mana individu mahu pun parti, maka adalah tidak salah permintaan yang dibuat Umno Pulau Pinang itu dipertimbangkan sebaik-baiknya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata sejak dua tahun kebelakangan ini, Tsu Koon selaku Pengerusi BN negeri ini telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau terutama dalam menggerakkan parti komponen BN bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan rakyat negeri ini terutama di peringkat akar umbi.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyokong cadangan tersebut demi mengembalikan keyakinan rakyat negeri itu terhadap kerajaan pimpinan BN.

"Ini bukan bererti bahawa Umno hendak monopoli BN Pulau Pinang, tetapi hakikatnya Umno ada 11 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan dua Parlimen di sana. BN Pulau Pinang perlukan parti yang ada kekuatan.

"Beliau tidak lagi boleh sentimental dan perlu melihat kepada realiti. Kita nak merampas Pulau Pinang balik pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jadi kita perlulah sepakat. Ini bukan soal parti tetapi perjuangan, bagaimana kita nak yakinkan rakyat kepada BN," katanya.

Ditanya adakah nanti akan wujud pergeseran dalam BN Pulau Pinang ekoran kenyataan itu, Reezal berkata perbezaan pendapat di kalangan komponen parti bukanlah sesuatu yang baru dan berharap perkara itu dibincangkan di peringkat tertinggi BN.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno turut mencadangkan jawatan Pemuda BN Pulau Pinang diberikan kepada Umno.

-- BERNAMA

gila kuasa, gila harta semua gila....


Umno-Gerakan berebut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang?

KUALA LUMPUR, 20 Dis: BN PULAU PINANG semalam dilaporkan bergolak apabila Umno negeri menuntut jawatan Pengerusi BN yang disandang Gerakan sejak 35 tahun dahulu.

Menurut Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tuntutan itu sesuatu yang wajar memandangkan Umno mempunyai Adun terbanyak di peringkat BN negeri, iaitu 11 orang dan tiada wakil dari kompenen BN yang lain.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan menegaskan bahawa Umno layak mempengerusikan BN kerana hanya Adun Umno sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Ekoran itu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempersoal permintaan Zahid yang didakwanya sudah jelas dipersetujui bersama.

"Mengapa kita perlu membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," soal Koh sebelum merasmikan Kem Kepimpinan Remaja di Pulau Pinang.

Jelas Koh lagi, aturan mempengerusikan BN bukan sahaja kehendak Gerakan, malah diakui sendiri oleh Majlis Tertinggi BN pada pertengahan tahun ini.

Koh turut menasihatkan Ahad supaya tidak membangkitkan soal perjawatan itu lagi.

Mendengar nasihat Koh, Ahmad kemudiannya turut menasihatkan para pemimpin Umno semua peringkat supaya tidak membangkitkan isu tuntutan Umno mempengerusikan BN Pulau Pinang menggantikan Gerakan lagi.

Menurut Ahmad, pergelokan dalaman itu bukan sahaja merugikan parti-parti komponen dalam BN, malah mampu merosakkan imej BN di mata masyarakat Pulau Pinang sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, dipercayai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ahmad dan Koh tidak membangkitkan isu tersebut dalam media massa.

Najib yang juga Pengerusi BN Nasional dikhabarkan akan membincangkan konflik Ahmad-Koh dalam suatu mesyuarat bersama dalam masa terdekat.

Pun begitu, sumber tersebut menafikan bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri.

Pergolakan tersebut dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' di peringkat nasional kelak.

sumber:harakahdaily

Ahad, Disember 20, 2009

Hilang dua tahun lepas, dua hari lepas baru tahu....musykil???


Enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM (Bernilai RM50 juta) DICURI pada tahun 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan ATM merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas" kata Menteri Pertahanan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hmmm...masa tu siapa menteri pertahanan???? jawab jangan tak jawab

Orang kito