Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 22, 2009

Ini baru betul pengkhianat negara....2007 hilang hujung 2009 baru sedar, bukan lima sen tapi SERATUS JUTA


Sebetulnya menteri pertahanan dan pihak bertanggungjawab wajar meletakkan jawatan dengan segera kerana kecurian dua enjin pesawat pejuang F5E membabitkan keselamatan dan pertahanan negara.

Bukan satu tetapi dua, bukan lima puluh juta bahkan seratus juta ringgit wang pembayar cukai dikebas begitu sahaja.

Pihak yang bertanggungjawab telah dengan jelas dan nyata telah mengkhianati dan menderhaka terhadap Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong kerana mencuri dan menjual aset pertahanan negara kepada syarikat negara asing.

Ini yang baru rakyat dan umum tahu, disebaliknya mungkin bermacam-macam lagi, wallahualam....
Seperti juga nasib pesawat skyhawk yang tersadai di gurun Arizona, Amerika Syarikat.

Terbaru, pesawat tempur Sukhoi MiG-29N, mengikut berita, berkemungkinan akan ditamatkan juga perkhidmatan atas dasar kos peyelengaraan yang sangat mahal.

Apakah kemampuan menteri yang sepatutnya menjaga kepentingan dan kedaulatan negara ini tidak menggunakan akal dan fikiran apabila membuat satu-satu keputusan.

Dan terbaru dan terhangat adalah kapal selam  yang dibelikan dengan harga yang terlalu mahal tidak dapat digunakan di perairan selat melaka atas disebabkan keadaan selat yang cetek dan tidak sesuai untuk kapal selam seperti scorpene ini menjalankan tugas atau misi di selat melaka.

Selamatkah negara kita selagi yang memegang tampuk kuasa cuma mementingkan keuntungan dari keselamatan negara.


berita dua enjin pesawat pejuang F5E dikebas, lagi disini

2 ulasan:

  1. wey mana SPERM@SPRM..KAU TAK BACA SURATKABAU KE..ATAU PADA KORANG YG BERITA NI TIDAK SAHIH..WOI MANGKUK HAYUN SPERM@SPRM CEPAT SIASAT..MACAM YANG KAU BUAT KERJA KEJAU MB SELANGOR MASA KORBAN LEMBU...

    BalasPadam
  2. SPRM...MEMANG LAHABAUUUUUUU....SIALLLLLLLLLL

    BalasPadam

Orang kito