Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Disember 22, 2009

sian dia...dihalau teman sebantal isk isk isk


UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini.

By Anak Sungai Derhaka

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.

“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

“Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.

Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.

“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.

“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.

“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito