Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, September 12, 2009

ayoyo samy menang, BN bakal kalah PRU13

SAMY DAN ORANGNYA MENANG TAPI BN BAKAL KALAH PRU 13

Palani Kekal Jawatan Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama)-- Penyandang Datuk G.Palanivel mengekalkan jawatan Timbalan Presiden MIC dengan menewaskan bekas Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden Datuk S. Sothinathan pada pemilihan MIC di sini hari Sabtu.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden, orang-orang kuat Presiden Parti, Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravan dipilih menduduki jawatan itu.

-- BERNAMA

Orang samy menang semua kerusi dalam MIC, Che Det kata kalau Samy menang BN bakal kalah kerana pilih pemimpin macam samy vellu.
Bukan PR kata, Bukan Anwar kata tapi UMNO yang kata...............

che det hentam samy lagi...pedih hati samy isk isk isk

Siapa Isa pendek???


Bekas naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan bahawa pemilihannya sebagai calon di Bagan Pinang akan menyusahkan BN.

“Dalam pembangkang, bekas banduan pun boleh bertanding,” kata Isa , jelas merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah dipenjara 6 tahun.

“Saya bukan seorang penjenayah,” katanya.

Tapi Isa jangan lupa, rakyat tetap beraganggapan bahawa pemenjaraan Anwar itu adalah satu penganiayaan hasil komplot jahat dan kotor Mahathir untuk menyingkirnya dan membunuh karier politik Anwar.Kini Anwar telah kembali ke persada politik negara dan sangat menggerunkan Umno/BN.

Sebaliknya Isa telah didapati bersalah kerana rasuah politik (bagi duit untuk mendapatkan undi) dan telah di gantung keahlian selama enam (6) tahun.Isa bernasib baik kerana hukumannya dikurangkan kepada tiga (3) tahun sahaja selepas merayu.

Isa, besar kemungkinanya terpaksa merengkok dalam penjara entah berapa tahun lamanya kalau kes rasuahnya itu di bawa ke BPR (sekarang SPRM).

Walaupun Isa kini sudah bebas hukuman penggantungan tersebut dan tidak dikenakan penjara, namun rakyat tetap beranggapan bahawa Isa sebenarnya adalah seorang penjenayah licik yang sepatutnya dipenjarakan cuma masih belum menerima hukuman tersebut kerana ianya seorang penjenayah yang licin macam belut!

Umno bahagian Teluk Kemang diketuai oleh Isa, akan menghantar satu nama sahaja iaitu Mohd Isa Abdul Samad.

Lantaran itu, rakyat di Bagan Pinang mesti menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Isa Abdul Samad dalam pilihan raya kecil yang akan datang nanti.

Terdapat kira-kira 14,000 pengundi di kawasan tersebut dengan bilangan pengundi Melayu 66 peratus , Cina 10.5 peratus dan India 19.9 peratus.


http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/09/isa-penjenayah-licin-macam-belut.html

TUN memang pakar....


Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”.

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

“Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim… orang yang amat dipujinya?”

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang ‘rasis’ yang berlagak sebagai “abang-besar”.

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

sumber:malaysiakini

penat tunggu...barulah keluar

Kucing nak beranak pun lama macam ni...macam buang air besar sembelit pulak rasanya...payah betul nak keluar

Jumaat, September 11, 2009

Najib terkantoi....


Jual 10 peratus ekuiti Sime Darby kepada China? Hanya spekulasi, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menafikan laporan bahawa Malaysia menawarkan ekuiti 10 peratus Sime Darby Berhad kepada China dengan menyifatkannya sebagai spekulasi media semata-mata.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, buat masa sekarang ia masih satu spekulasi dan pengumuman mengenainya akan dibuat jika ada sebarang keputusan kelak.

"Apabila ada keputusan dibuat nanti, kita akan membuat pengumuman," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini petang tadi.

Presiden Umno itu ditanya sama ada Malaysia ada membuat sebarang tawaran mengenai perkara itu kepada China baru-baru ini. "Buat masa sekarang ia hanya spekulasi semata-mata.

"Jangan membuat andaian mengenai keputusan yang kita buat, syarikat awam tidak membuat kenyataan terlebih dahulu atau hanya berdasarkan spekulasi," katanya.

Laporan portal berita baru-baru ini menyebut bahawa Najib ada membincangkan rancangan untuk menawarkan ekuiti 10 peratus kepada China pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Difahamkan idea itu mendapat sokongan kuat Kabinet.
Sumber:mstar.com.my
Najib terkantoi....tak sempat jual rakyat dah tahu dulu...buat pusingan u-turn nafikan berita aset negara hendak dijual pada china

Yam Seng.........


Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.

“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Mirzan Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya.

Siasat lembu tapi tolong jangan jadi lembuuuu......




Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat Malaysiakini berhubung dua videonya mengenai demonstrasi mengarakkan kepala lembu hujung bulan lalu.

"SKMM bertindak dalam batasan undang-undang," kata timbalan menterinya Datuk Joseph Salang Gandum.

"Isu itu panas. Saya tidak fikir mana-mana wajar memburukkan lagi keadaan."

"SKMM sebagai badan yang mengawal.

"Orang ramai tidak senang jika mereka (SKMM) tidak mengambil sebarang tindakan," katanya (foto) lagi sebelum majlis akhir pertandingan menulis lagu anjuran Celcom di Petaling Jaya malam tadi.

Tambahnya, siasatan SKMM terhadap akhbar web itu - selepas keengganannya membuang dua video tersebut - tidak mengekang kebebasan media.

Suruhanjaya itu menjalankan siasatan terperinci dan secara intensif terhadap Malaysiakini sejak Sabtu lalu - bermula dengan mengambil keterangan ketua pengarang kumpulannya Steven Gan.

Hari ini sekumpulan pengawai penyiasat SKMM menyiasat pelayan web akhbar ini, juga pembekal khidmat internet, Jaring di Taman Teknologi Malaysia di Sungai Besi (foto bawah).

Mereka kemudian mengambil keterangan lanjut mengenai pelayan web itu di pejabat Malaysiakini di di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.


Semalam mereka menghabiskan masa beberapa jam cuba mendapatkan jejak digital penerbitan video itu dan mengambil keterangan seorang jurukamera Mohd Kamal Ishak di pejabat Malaysiakini.

Kelmarin, sekumpulan lapan pegawai SKMM menyiasat 12 pegawai kanan, editor, wartawan dan kakitangan teknikal dalam usahanya menyiasat klip video 'Temple demo: Residents march with cow's head' dan 'Hisham: Don't blame cow-head protesters'.

Video pertama memaparkan demonstrasi kira-kira 50 penduduk dan pemimpin NGO Melayu yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, 28 Ogos lalu.

Sementara video kedua berkaitan liputan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu, selepas pertemuannya dengan 10 pemimpin yang terlibat dengan perhimpunan tersebut.

PKFZ: Bagaimana RM10juta rasuah bertukar tangan

Adakah Presiden MCA, Ong Tee Keat, menerima RM10 juta seperti yang didakwa Pengerusi Kuala Dimensi Tiong King Sing? Ong mengatakan Tidak dan Tiong berkata Ya. Makananya kita memerlukan orang ketiga untuk memberitahu kita siapa antara 2 watak utama ini berkata benar. Orang ketiga itu haruslah seseorang yang menguruskan wang tersebut dan bertindak sebagai penghantar.








Sumber:anwaribrahimclub

JANGAN GANGGU HAK ASASI MAHATHIR MUHAMAD

Tukar Tiub menyokong hak Mahathir Muhamad untuk memberi komennya terhadap krisis yang sedang berlaku didalam parti MIC.

Kelmarin Mahathir Muhamad telah di temu bual oleh sebuah akhbar Tamil – Makkal Osai – di mana Mahathir telah memberi pandangannya terhadap pimpinan Samy Vellu.

Mahathir telah mengkritik pimpinan Samy Vellu yang dianggap oleh Mahathir telah bagitu lama duduk di kerusi presiden MIC.

Kritikan Mahathir Muhamad ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan banyak pemimpian India dalam MIC dan juga pemimpin Tamil dari parti lain. Mereka melihat ini sebagai campur tangan Mahathir dalam pemilihan pucuk pimpinan MIC yang akan dijalankan pada Sabtu ini.

T. Mohan ketua Pemuda MIC telah menyelar Mahathir Muhamad dan menganggap Mahathir Muhamad celupar dalam temu bualnya dengan Makkal Osai.

Tukar Tiub menegaskan sekali lagi di sini bahawa adalah hak mutlak Mahathir Muhamad untuk memberi pandangan kerana Mahathir sendiri ketika di temui bual oleh Riz Khan dalam Al-Jazeera telah mengakui bahawa dia juga orang India.

Sebagai seorang India Mahathir memiliki hak untuk memberi komen tentang MIC kah kah kah.

Sumber:tukartiub

Jalur Gemilang dibakar, protes di Indonesia

Isa doraemon kembali daaa....rasuah lagi laaaa


Bagan Pinang: Umno bahagian calon Isa

Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir

Timbalan pengarah pilihanraya kecil BN bagi DUN tersebut, Mohd Faizal Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa tiada nama lain dicadangkan malam tadi.

Sebaliknya, Faizal yang juga ketua Pemuda bahagian berkata, Isa merupakan calon tunggal yang dipersetujui sebulat suara malam tadi.

Katanya, menurut prosedurnya, perkara itu akan dimaklumkan kepada Umno negeri yang seterusnya akan dimajukan ke peringkat pusat.

Sebelum ini, pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan berkata, pihaknya akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh Umno bahagian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu diadakan.

Bagaimanapun, menurut peraturan, pilihanraya kecil itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongannya.

Mengenai persiapan menghadapi pilihanraya kecil tersebut, Faizal berkata, Umno bahagian sedia bersedia.

"Kita telah tubuhkan bilik gerakan. Kita akan bergerak mengikut keadaan semasa," katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohamad Noor.

Azman yang juga bekas naib ketua bahagian itu, meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Samy 'bom hidrogen', Subra 'bom Nuklear', 1Malaysia 'bom C4'


Samy Vellu sedia ‘bom hidrogen’

santhy.muthalu@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.

Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup.

‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Subramaniam adalah salah seorang calon yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti Sabtu ini.

Sementara itu, Samy Vellu turut membidas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti itu dengan mengeluarkan kenyataan yang didakwanya menjejaskan maruahnya.

Beliau menegaskan, Dr. Mahathir atau mana-mana pemimpin selain daripada MIC tidak berhak mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti tersebut.

Menurut beliau, sekiranya bekas Perdana Menteri itu mempunyai masalah peribadi dengannya, ia harus diselesaikan secara baik.

‘‘Saya sangat menghormati beliau tetapi berasa sedih dengan tindakannya yang sengaja memberikan gambaran buruk terhadap diri saya.

‘‘Ini (mencampuri urusan pemilihan MIC) bukan tindakan baik yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin yang kini disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat di negara ini,’’ katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir dalam akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang berbunyi ‘Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk golongan kaum India di negara ini’.

Dr. Mahathir juga berkata, kaum India tidak wajar menyokong Samy Vellu lagi dan harus memilih calon yang berkaliber seperti Datuk S. Subramaniam yang bakal bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Samy Vellu menjelaskan, beliau telah melakukan yang terbaik kepada masyarakat India dan tidak pernah takut untuk menyuarakan pendapatnya ketika berada dalam Kabinet.

‘‘Dr. Mahathir pernah menghadiri Persidangan MIC Kebangsaan sebanyak 28 kali, kami pernah meminta beberapa peruntukan dan permintaan untuk kesejahteraan kaum India.

‘‘Tetapi satu pun tidak pernah diambil kira atau dipertimbangkan olehnya, ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri,’’ dakwanya.


Saya ada 'bom nuklear' - Subramaniam


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.

Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.

''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.

''Tetapi ini bukan cara saya. Saya suka keamanan tetapi beliau mengamalkan cara kekerasan dan keganasan dalam memerintah partinya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Samy Vellu hari ini yang mendakwa Subramaniam telah menyediakan beberapa butir 'bom' untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

Bagaimanapun, kata Samy Vellu, setakat ini satu 'bom' pun tidak pernah meletup.

Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai sebutir 'bom hidrogen' yang boleh membongkarkan rahsia Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

Subramaniam adalah salah seorang calon yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti Sabtu ini.

Tambah Subramaniam, Samy Vellu mengamalkan beberapa taktik untuk mencemarkan nama baiknya serta menakutkan perwakilan.

''Saya tidak akan takut. Saya juga berharap perwakilan tidak akan 'tertarik' dengan taktik beliau itu,'' katanya.

Gerak senyap ADUN Batu Burok N16, YB Dr Syed telah dikesan


KUALA TERENGGANU: Gerak senyap ADUN Batu Burok N16, YB Dr Syed telah dikesan perisik SinarHairan. YB Dr Syed Azman dikesan telah bergerak secara senyap bersama pembantunya dari rumah ke rumah di DUN Batu Burok untuk menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada warga miskin yang kurang bernasib baik untuk meringankan beban dan memeriahkan sambutan hariraya mereka.

Rata-rata penduduk yang menerima bantuan peribadi yang disampaikan sendiri dari rumah ke rumah ini yang rata-ratanya tidak mendapat wang ehsan yang hanya diberikan kepada segelintir rakyat Terengganu oleh kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said.

Bantuan yang disampaikan YB Dr Syed Azman ini walau pun menurut katanya "tak payah war-war" patut dipuji kerana kebelakangan ini, sesetengah wakil rakyat kita bila dah berjawatan wakil rakyat, kadang-kadang telefon pun susah nak diangkat.

Syed Azman juga sebelum ini pada setiap malam yang bebeza disetiap masjid dan surau telah membawa penceramah daripada Palestine untuk menyampaikan tazkirah mereka mengenai penderitaan yang mereka alami dalam menempuh hidup berhadapan dengan maut sepanjang masa. rakyat tem,apatan juga turut sama menyumbangkan wang bantuan untuk meringankan beban mereka di Palestine.

Syabas diucapkan kepada YB Dr Syed Azman yang secara peribadi bersemuka menyampaikan bantuan untuk warga tempatan. Semuga langkah ini dituruti YB yang lain kerana bila mengundi nanti orang-orang inilah juga yang kita nak mintak satu undi setiap seorang. Luangkanlah sedikit masa untuk mereka kerana kelak mereka akan luangkan juga masa mereka untuk mengundi kita nanti.
sumber :muslimeen-united

NAJIB CIPTA AQIDAH BARU UNTUK UMNO : NIK AZIZ


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.

Menurutnya, kenyataan Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.

Kata beliau 'aqidah Umno' yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.

"Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu.

"Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya.
-harakahdaily

Khamis, September 10, 2009

umno adalah parti islam, kata mulut manis najib...

Contoh-contoh mulia umno parti islam...iyo lah tu....




SIK, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan.

-- BERNAMA

Samy vellu cacing kepanasan...che det sokong subra pulak dah


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mempersoalkan motif calon timbalan presiden Datuk S Subramaniam mendapatkan bantuan pemimpin parti politik lain berkempen untuknya.

Katanya, Subramaniam telah mengaibkan MIC dengan mendapatkan bantuan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan tindakannya sebagai "sengaja membawa masuk campur tangan luar", Samy Vellu berkata, banyak cawangan dan bahagian MIC menghubunginya untuk menyuarakan rasa marah mereka terhadap tindakan Subramaniam itu.

Presiden MIC itu mengulas laporan muka depan Makkal Osai, akhbar Tamil yang dikaitkan dengan Subramaniam, menyiarkan wawancara dengan Dr Mahathir sebagai berita muka depan di mana mantan perdana menteri itu memuji Subramaniam sebagai seorang pemimpn yang baik, dan mengkritik kepimpinan Samy Vellu.

Antara lain, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerana marahkan Samy Vellu, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, Samy Vellu sudah terlalu lama dan tidak pernah memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui parti itu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Difahamkan, wawancara dengan Dr Mahathir itu dibuat sebulan lalu.

Mantan perdana menteri itu bercakap mengenai banyak isu mengenai masyarakat India, tetapi akhbar berkenaan menyimpan ulasannya mengenai perkara Subramanian dan Samy Vellu sehingga hari ini.

Laporan Makkal Osai hari ini disiarkan sehari selepas Samy Vellu memberitahu Malaysiakini bahawa pihak luar, termasuk Umno, tidak seharusnya campur tangan dalam hal-ehwal MIC.

Subramaniam akan bertanding jawatan timbalan presiden MIC, Sabtu ini.

Manakala pasukan Presiden 2009 pula terdiri daripada timbalan presiden Datuk G Palanivel, yang mempertahankan jawatan itu, dan gandingan tiga serangkai Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S K Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan, yang akan bersaing bagi tiga jawatan Naib Presiden.

Samy Vellu turut merestui 27 daripada 63 calon yang akan berentap bagi mengisi 23 tempat dalam jawatankuasa kerja pusat parti.

Seorang lagi calon timbalan presiden ialah Datuk S Sothinathan.
sumber: malaysiakini

Rakyat didahulukan cuma RM250 aje....siapa yang cuba dilembukan sekarang

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama

Tapi harga minyak yang tak naik pulak melambung naik....bukti kera jaan prihatin

Harga emas 1 aun = 1000 dollar tapi tahukah anda???


BN ROMPAK RIZAB EMAS NEGARA KEPUNYAAN RAKYAT

– www.anwaribrahimblog.com

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar.

Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu “dipinjamkan” kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.

Langkah “meminjamkan” rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

“Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,’ kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.

“Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja,” kata beliau.

Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu.

Jadual di bawah menunjukkan perubahan harga emas dipasaran antarabangsa berbanding nilai rizab emas antara Jan 2006 dan September 2008.

USD Juta Harga Emas (USD/aun) Aun emas Tan emas Tarikh penilaian

293.10 870 344827.5862 10.71873571 30-Sep-08
293.30 780 384615.3846 11.9555129 29-Aug-08
293.30 930 322580.6452 10.02720437 30-Jun-08
294.60 500 600000 18.65060013 27-Jan-06

Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.

Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.

Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa.

Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.

RPK release video terbaru pendedahan altantunya

Rabu, September 09, 2009

Tak perlu berunding dengan Umno - Nik Aziz

katak bantu lembu-lembu yang berjihad di seksyen 23 shah alam


Menghina binatang seperti ini adakah ini jihad.....cuba letak katak...apa kata berahim ali pulak nanti


Berjihad cara brahim ali al-kataki...mempermain-mainkan agama ISLAM

NGO melayu, PERKASA akan memberikan pertolongan pada lembu-lembu yang didakwa di mahkamah kerana hasutan dan perhimpunan haram di mahkamah seksyen Shah Alam hari ini.

Presiden PERKASA, brahim al-kataki berkata, ramai loyar-loyar dalam PERKASA sedia mengambil kes ini dan menganggap kes ini sebagai 'jihad' atau perang di atas nama ISLAM. kepala hotak kau lah brahim.

Brahim Al-Kataki juga berkata, akan cuba mencari derma dan bantuan kewangan untuk lembu-lembu dalam mereka menghadapi perbicaraan kelak.

Berahim berkata lagi yang tindakannya bukan kerana karier politiknya atau politik 'mileage' tetapi atas dasar kesedaran ummah (kononnya) dan membela agama ALLAH (bohong lagi) di dalam sidang akhbar siang tadi.

Brahim al-kataki adalah MP bebas untuk Pasir Mas (pakai lambang PAS, ptui tak malu punya katak) dan mengutuk pada pemegang tampuk kuasa sebagai penakut untuk mempertahankan islam kununnya....

Tetapi malangnya ramai orang islam dan ketua-ketua parti politik mengutuk kejadian lembu-lembu ini memijak kepala lembunya sendiri.

Pada 28 ogos, sekumpulan 50 orang yang mengaku penduduk seksyen 23, shah alam berarak
dari masjid negeri ke pintu pagar SUK Selangor memprotes tindakan memindahkan kuil Sri Mahariamman dari seksyen 19 ke seksyen 21.

lembu-lembu mengheret kepala lembu dan memijak serta meludah ke kepala kawan mereka sendiri. kesian lembu-lembu ni.

Serta memberi amaran pertumpahan darah sekiranya kuil itu dipindahkan juga, janji ketua lembu berkenaan.

alihbahasa dari thestar.

Wajah lembu dua kaki dari jarak dekat lubang hidung




6 lelaki didakwa insiden kepala lembu

SHAH ALAM: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

gambar wirawan lembu...senyum girang happy sungguh



Tengok gambar lembu tu tengok yang kena tuduh...sama tak senyuman diorang...betul la sama tapi tak serupa

Berikut senarai nama-nama lembu yang ditangkap dalam perhimpunan dan didakwa atas akta hasutan:-

1.Mohd Azmir Mohd Zain,
2.Ahmad Suhairy Zakaria
3.Mohd Hilmi Ni
4.Ibrahim Sabri
5.Ahmad Mahayuddin Abd Manaf
6.Eyzva Ezhar Ramly.

Lagi enam ekor lembu yang dituduh dengan tuduhan berhimpun secara haram di depan SUK

1.Jainudin Md Yusuff
2.Mohd Jurit Ramli
3.Mohammad Nordin Zakaria
4.Jamil Mohamad Isa
5.Rahimuddin Md Harun a
6.Azhari Shaari.

Mari kita periksa tengok samada diorang ni orang PAS, orang PKR atau lembu UMNO.
Bangga dengan perangai setan di bulan puasa bulan mulia ini.

12 ekor lembu didakwa...20 ekor lagi datang menyokong


Kes kepala lembu: Penduduk hadir beri sokongan

Kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula.

Mereka memberitahu media "kami bersalah" dan kami datang dengan satu hati".

Dua belas orang tersebut akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram,

Mereka diwakili oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi.

http://www.malaysiakini.com/news/112444

Dokumen bongkar dakwaan presiden MCA terima RM10 juta


Dokumen bongkar dakwaan presiden MCA terima RM10 juta

Dakwaan wujudnya pemberian wang RM10 juta daripada seorang ahli parlimen BN kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat – yang menjadi pertikaian besar baru-baru ini – kini muncul di Internet.

Berdasarkan dokumen yang ditandatangani 22 Ogos lalu oleh seorang pembantu ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, wang tunai itu dibawa kepada Ong beberapa kali pada 2008.


Dihubungi hari ini, Tiong mengesahkan dokumen itu tetapi bertegas beliau tidak tahu-menahu bagaimana ia dibocorkan kepada umum.

Tambahnya, selain peguam-peguamnya, agensi-agensi kerajaan tertentu turut memiliki dokumen tersebut.

Tiong juga berkata pembantu politiknya itu menyaksikan pemberian wang tersebut dan kini dalam persembunyian kerana bimbang keselamatan dirinya.

Dokumen tiga halaman itu lebih kurang sama dengan satu laporan polis Tiong terhadap Ong, yang juga menteri pengangkutan, pada 26 Ogos lalu tetapi mengandungi butiran-butiran lebih terperinci.

Ong, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menafikan menerima wang RM10 juta daripada Tiong dan memulakan tindakan saman sejumlah RM500 juta terhadap pengerusi kumpulan penyokong BN di Parlimen.

Malaysiakini

Selasa, September 08, 2009

alhamdullillah...akhirnya berjaya jugak

Polis tahan 4 daripada 12 peserta demo kepala lembu
Kesemua mereka akan didakwa esok

PETALING JAYA: Polis telah menahan empat daripada 12 orang yang menyertai demonstrasi membawa kepala lembu di Shah Alam pada 29 Ogos lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Sementara itu katanya, baki lapan orang lagi telah diminta datang ke balai polis hari ini, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan polis bertindak menahan mereka.

Khalid berkata, mereka akan didakwa di mahkamah esok.

"Sebahagian mereka akan didakwa kerana mengadakan perhimpunan haram, sebahagian lagi di bawah Akta Hasutan dan ada yang kedua-duanya sekali," katanya.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kesemua penunjuk perasaan terbabit akan didakwa setelah beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Pada 28 Ogos lepas, sekumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam telah berarak kira-kira 300 meter dari masjid negeri ke pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah pemindahan kuil Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Mereka membawa kepala lembu dan memijaknya ketika demonstrasi itu.

Tindakan itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan yang menghina sensitiviti agama memandangkan lembu dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu.

tapi yang lain-lain mana...apa-apa pun tahniahlah walaupun terlambat

lepas kapal selam...kapal perang pulak...habis jahanam!!!

Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang


Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

Dakwaan paling sopan-santun terhadap geng kepala lembu




SHAH ALAM 8 Sept. - Seramai 11 penunjuk perasaan yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka akan dihadapkan Mahkamah Seksyen Shah Alam, esok.

Kesemua mereka adalah penduduk Seksyen 23 termasuk pemimpin badan bertindak penduduk kawasan itu. - Utusan

Mengapa tidak diumumkan kepada pembaca setia anda penunjuk perasaan tidak dapat didakwa hari ini kerana 'hilang' secara tiba2??!! Polis Raja diMalaysia juga gagal mencari kedudukan mereka sehingga kini..!!

Menurut Ketua Polis Selangor,'suspek-suspek' ini masih gagal dijejaki tetapi pihak polis sedang bertungkus lumus mencari mereka dan 'mungkin' akan dihadapkan ke mahkahmah esok!!

Tengok logik ke tak logik...dah lah tangkap dengan lemah gemalai...lepas tu boleh pulak tak jumpa cari pulak dah

Tak tahulah apa nak jadi dengan pasukan polis kita ni, kalau tang pembangkang cepat dan tangkas, tang pemimpin umno/BN macam siput buat keje, lepas tu result takde apa apa

uncut...lagi video amukan lembu gila berkaki dua di seksyen 23 Shah Alam



LEMBU UMNO OH LEMBU UMNO...

Kalaulah kepala lembu itu boleh berkata-kata....mujurlah aku mati dulu, malu tengok kawan-kawan sama spesis...terpekik terlolong terkinja kinja macam orang tak sedar diri...kalahkan tengok bola...

sesi berdialog bersama sekawan lembu...macam ni lah jadinya...

kesian ke orang lain yang datang dengan cara baik disebabkan tindakan beberapa ekor lembu yang sememang tiada otak ini.

Perlantikan Idris Jala yang meragukan

Singapura turunkan harga petrol....Malaysia pula terbalik kot


8 September 2009
SINGAPURA - Harga petrol dan diesel turun

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.

Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.

Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.

Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.

Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.

Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.

Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.

satu lagi parti samseng dalam BN...

SHAH ALAM 8 Sept. — Seorang calon Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang berikutan panggilan telefon ancaman bunuh ke atasnya yang diterima oleh isterinya, P.Thanaletchumy.
Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan dibuat oleh calon itu, K.P. Samy pada pukul 3.30 petang.

Mohamad berkata, panggilan itu mengancam bunuh jika Samy yang akan bertanding pada pemilihan MIC 12 Sept. ini tidak menutup mulut.

Suspek belum dapat dikenal pasti kerana panggilan itu dibuat ke telefon rumahnya 03 33711913, katanya.

Samy dalam satu kenyataan di sini berkata, panggilan diterima selepas berita mengenai sidang akhbarnya semalam disiarkan di stesen televisyen Bernama News, NTV7, Awani, TV3 dan RTM.

Pada sidang akhbar itu, Samy mencadangkan satu perdebatan diadakan di antara Datuk Seri S.Samy Vellu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Datuk S.Subramaniam bagi memberikan peluang kepada Subramaniam membuat penjelasan untuk membersihkan namanya. - Bernama

Isnin, September 07, 2009

Mana GENG LEMBU semasa rumah Allah disita dan diroboh dulu?


Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

checkmate untuk umno...umno pembohong besar!!!





kepala lembu atas dasar agama atau kaum kunun nya.......
Insiden kepala lembu dan dialog bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam menjurus ke arah meniup api perkauman dan bukannya kerana pegangan agama semata.

UMNO Selangor dengan tindakan penyokongnya dan pemimpin umno setempat pada mulanya bermain dengan atas semangat islam kununnya tetapi apabila sesi dialog yang diadakan nyata sebenarnya mereka bermain dengan isu sensitif untuk menyelamatkan survival politik umno atas dasar perkauman bukannya ISLAM.

Dengan landskap politik yang tenyata menyebelahi Pakatan Rakyat. UMNO mencuba mencari survival menyelamatkan kepentingan diri masing-masing.

Ternyata UMNO bukanlah berkehendak kepada ISLAM tapi lebih untuk memecah belah perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Demo dengan memijak kepala lembu dan di akhirnya penyokong UMNO bertindak dengan kurang ajar mengencing ke atas poster tok guru nampaknya menunjukkan kebodohan sendiri dan amalan politik perkauman yang sempit.

TOLAK UMNO...TOLAK BN...


1MALAYSIA HOTAK KAU LAH...........

poster tok guru haji hadi, tok guru nik aziz dihina dikencing pemuda umno yang kurang ajar

Beginikah pemimpin yang dimahukan rakyat, agama orang dipermainkan, tok guru ulama dihina dikencing sedemikian rupa....

Inikah warisan pemimpin UMNO BN....jijik...hina...dan memualkan

Mintak tuhan bagi bala pada manusia perangai iblis macam ni....nauzubillah!!!


Gelombang Perubahan Rakyat Johor...umno semakin ketakutan

Gelombang Perubahan Rakyat Johor
REFORMASI REFORMASI REFORMASI



Insyallah akan ramai orang melayu diJohor dan pimpinan Melayu(yg bersish ) diJohor akan menyertai PKR utk menyokong perjuangan DSAI.

DSAI perlukan sokongan Melayu Johor seramai yg mungkin sebelum PRU13 nanti.

Kita tidak mahu terjadi perjuangan DSAI menempa kejayaan suatu hari nanti tetapi tidak ramai pemimpin Melayu berbakat disekeliling yg bleh beliau sandarkan. Penyertaan orang melayu terutama di Johor adalah penting bagi mengimbangi kaum bukan Melayu supaya PKR menjadi parti yg komposisi kaumnya seimbang.

Harap sejarah Parti Gerakan tidak berulang lagi kepada PKR. Gerakan yg ditubuhkan oleh gagasan pelbagai kaum bertulangbelakangkan Melayu selaras dengan perlembagaan malaysia pada mulanya tetapi sikap Melayu menyegani parti baru itu selain UMNO akhirnya hari ini tidak mempunyai komposisi kaum yg seimbang lagi.

Sultan Selangor restui tindakan Hassan Ali...takbir!!!

MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN SYIAR ISLAM

umno dengan kepala lembu bolehlah nak tunjuk hero

Lembu pun tertekan dengan perangai orang umno...bukan kata orang aje

1. Program puteri umno (kena kejar dengan lembu)


2. Program korban Annuar Musa (lembu mengamuk)


Ahad, September 06, 2009

kemungkinan PRK lagi di Pulau Pinang...


Gempaq oh gempaq...2 ADUN BN dah nak letak jawatan. Betul ka? Khabar angin bahawa Dato' Seri Haji Hilmi (N40, Telok Bahang) dan Dato' Haji Jasmin (N5, Sungai Dua) akan melepaskan jawatan mereka kerana masalah dalaman UMNO. Masalah apa belum diketahui. Jika benar, maka sekali lagi pilihan raya kecil akan berlaku di Pulau Pinang.

Dengar kata peruntukan pusat tak turun ke negeri-negeri pakatan rakyat jadinya YB-YB ni dah berjanji macam-macam dan satu tak dapat ditunaikan....lagi pun dah menyampah dengan slogan 1Malaysia tapi habuk pun tarak

Sumber:paspenang.blogspot.com

Isa Doremon tangkas melobi anak menjadi calon...isk isk isk


(Gambar: Isa datang bersama anaknya, Mohd Najib (kanan sekali) ke tanah perkuburan Azman. Berita angin Isa sedang lobi agar anaknya itu menjadi calon tersebar luas).

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.


Zulkifli Sulong, Harakah

PAS yakin, jika calonnya berjaya mengalahkan calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini, Umno akan jatuh pra matang atau sebelum masa ia akan jatuh sebagaimana yang sepatutnya.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Ini kerana, jika Umno kalah di kawasan yang dimenanginya dengan majoriti lebih 2,000 undi ini bermakna Umno benar-benar ditolak rakyat.

Husam menyertai para pemimpin kanan PAS Negeri Sembilan menziarahi jenazah Allahyarham Azman Mohd Nor, Adun Bagan Pinang yang meninggal Jumaat lepas. Antaranya Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefli Mohd Omar dan Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang yang juga calon PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Ramli Ismai.

Husam bergegas dari Kuala Lumpur hanya berbuka di atas kereta sebelum terus ke tanah perkuburan Islam Bagan Pinang. Ketika beliau dan rombongannya sampai kira-kira jam 7.50 malam, jenazah Azman belum sampai lagi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan anaknya, Mohd Najib tiba selepas itu iaitu sejurus sebelum kereta jenazah tiba. Isa adalah Ketua Cawangan Umno di situ di samping Ketua Umno Bahagian itu.


Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 5,000 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Dalam pilihan raya 2008, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi berdaftar di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Jika Pakatan Rakyat mengekalkan persefahamannya, calon PAS akan diletakkan dalam pilihan raya kecil ini bagi mewakili mereka. Bagaimana, Ketua Angkatan Muda PKR Telok Kemang dalam kenyataannya menuntut agar kerusi itu ditandingi oleh PKR.

Bagan Pinang mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu empat majoriti India, empat kawasan Melayu dan campuran Cina serta undi pos.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.

PAS kalah paling teruk undi undi pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

PAS paling banyak menang di Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.

Berdasarkan rekod pilihan raya kecil sebelum ini, PAS dijangka akan meningkatkan undinya di kalangan orang India. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku di Selangor baru-baru ini apabila sekumpulan penyokong Umno mengarakkan kepala lembu berdarah ke Pejabat MB Selangor.

Namun kebimbangan terhadap undi pos menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri membangkitkan perkara ini.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau ketika ditemui semasa pertemuan dengan pemimpin PAS Perak di Ipoh.

Bagaimanapun sebagaimana kata Husam, adalah tidak mustahil untuk PAS menang dalam pilihan raya kecil ini dan jika PAS menang bererti nyawa Umno benar-benar di hujung tanduk.

correct...correct dan Pengarak kepala lembu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan berhubung dua video tentang protes kepala lembu, dengan mengambil kenyataan rasmi daripada ketua pengarang portal berita independen, Malaysiakini.

Pegawai SKMM datang ke pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama pada jam 2 petang untuk menyoal ketua pengarangnya, Steven Gan, yang semalam menegaskan video tersebut tidak akan dibuang dari lamanweb itu sepertimana yang diminta oleh SKMM.

Suruhanjaya itu telah menghantar surat meminta Malaysiakini membunag video tersebut yang menurutnya berunsur 'provokatif', termasuk klip kumpulan yang membantah kuil Hindu dipindah ke Seksyen 23 Shah Alam dengan mengarak kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor.

Dalam suratnya kepada Malaysiakini, SKMM berkata video tersebut mengandungi kandungan yang ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pertemuan selama 45 minit hari ini, Gan memberitahu pegawai penyiasat SKMM, Mohd Shukri Jamaluddin bahawa Malaysiakini menjalankan tugasnya sebagai sebuah organisasi media dalam melaporkan berita-berita penting.

"Saya beritahu mereka bahawa kami tidak melanggar Akta tersebut kerana kami tidak berniat untuk menimbul 'kemarahan' sesiapa pun dengan menyiarkan video tersebut, tetapi menyiarkan protes kepala lembu itu untuk pengetahuan awam," katanya.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.

YANG BERSALAH ADALAH YANG MERAKAM VIDEO BUKANNYA PENGUSUNG KEPALA LEMBU ATAU PEMAKAN RASUAH...
SIAPAKAH LEMBU SEKARANG NI??? UMNO atau SKMM atau KEDUA-DUANYA PUN SAMA BODOH DAN SAMA BANGANG.....1MALAYSIA DIBODOHKAN...
Terima kasih pada Najib-Rosemah

Orang kito