Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, September 07, 2009

Mana GENG LEMBU semasa rumah Allah disita dan diroboh dulu?


Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

4 ulasan:

  1. tak tahu la bro...puak yang mencarut dah memaki nie pi masjid ke....dengar tazkirah????

    BalasPadam
  2. Satu lagi bro...Surau ArRafiq Kota Damansara pernah di serbu oleh Jais dalam bulan Ramadhan ketika itu kami sedang mengadakan "Majlis Menghayati Ramadhan" bersama Ustaz Nasarudin At Tantawi.Kami juga menerima berita mesyuarat UMNO Cawangan Kota Damansara juga mengambil keputusan akan merobohkan surau tersebut sekiranya memenangi PR12 dulu...Alhamdullah harapan mereka berkecai...

    BalasPadam
  3. Hairan bin ajaib gak gua nengok spesis ni bertakbir kat MBSA ari tu. Hai ! Baru PR memerintah setahun lebih dah dapat hidayah kot ...

    BalasPadam
  4. dapat hidayah konon. puasa pun tidak buat. kalau tak caya tanya mak jah pemilik restoran MAKAN PALACE di seksyen 23. geng kepala lembu tu selalu beli tapau masa tengahari. waktu berbuka diorang ikut azan zohor....

    BalasPadam

Orang kito