SHAH ALAM 8 Sept. — Seorang calon Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang berikutan panggilan telefon ancaman bunuh ke atasnya yang diterima oleh isterinya, P.Thanaletchumy.
Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan dibuat oleh calon itu, K.P. Samy pada pukul 3.30 petang.
Mohamad berkata, panggilan itu mengancam bunuh jika Samy yang akan bertanding pada pemilihan MIC 12 Sept. ini tidak menutup mulut.
Suspek belum dapat dikenal pasti kerana panggilan itu dibuat ke telefon rumahnya 03 33711913, katanya.
Samy dalam satu kenyataan di sini berkata, panggilan diterima selepas berita mengenai sidang akhbarnya semalam disiarkan di stesen televisyen Bernama News, NTV7, Awani, TV3 dan RTM.
Pada sidang akhbar itu, Samy mencadangkan satu perdebatan diadakan di antara Datuk Seri S.Samy Vellu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Datuk S.Subramaniam bagi memberikan peluang kepada Subramaniam membuat penjelasan untuk membersihkan namanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan