Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Oktober 31, 2009

Pakatan semakin berpecah belah....



Nampaknya semakin berpeca-belah pakatan mereka....Ini bukan gambar Pakatan Rakyat...ini GERAKAN mempertahankan menteri bukan pilihan rakyatnya...

Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras - tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad.

Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri.

Ditemui media selepas demonstrasi itu, Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu.

“Umno dan Gerakan sama-sama parti komponen dalam BN. Mohamad tidak patut mengguris perasaan rakan sendiri.

“Kami harap dewan tertinggi BN dalam mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan sayap Gerakan itu, timbalan presiden parti itu, Datuk Chang Ko Youn meminta ahli parti itu supaya tidak terlalu memikirkan kenyataan Mohamad kerana banyak lagi isu lain yang perlu ditangani.

Bercakap dalam sesi yang sama, ketua wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe pula mengingatkan supaya semua ahli dalam komponen BN tidak mewujudkan persengketaan terbuka sesama parti dalam BN.

“Apa terjadi dalam parti komponen BN akan jejaskan parti lain. Sebagai keluarga besar, tindak-tanduk harus dijaja. Jangan berkelahi secara terbuka,” katanya

Hebatnya dia, sampaikan pengedar dadah pun terlepas...



Misteri cuti pegawai penyiasat

SHAH ALAM - Polis Selangor terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebaskan tanpa melepaskan tiga orang tertuduh yang didakwa dalam kes dadah selepas dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu tidak dapat hadir perbicaraan di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sebelum perbicaraan semua saksi di kalangan anggota polis, kecuali pegawai penyiasat Inspektor Chong Voon Loong, hadir di mahkamah menunggu giliran untuk memberi keterangan.

Malah, katanya, semua bahan bukti iaitu dadah yang dirampas telah dibawa ke mahkamah.

"Barang bukti yang gagal dibawa hanyalah sebuah beg yang digunakan ketiga-tiga suspek untuk menyimpan dadah yang dirampas.

"Beg tersebut disimpan oleh Voon Loong di dalam peti besi di pejabatnya," jelas beliau.

Dalam perbicaraan di mahkamah Tinggi di sini kelmarin, menurut beliau, pegawai dari Jabatan kimia telah memberikan keterangan sebelum diikuti keterangan saksi-saksi polis.

"Bagaimanapun, saksi-saksi polis terpinga-pinga apabila melihat ketiga-tiga suspek bertempiaran melarikan diri dari kamar mahkamah sebelum mereka dapat memberi keterangan," katanya.

Melihat ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ekoran keputusan Mohtarudin, saksi-saksi yang menunggu di luar kamar mahkamah mengejar dan dapat menahan seorang daripada tertuduh.

Mat kotak melalut lagi....mulut buntut ayam



SHAH ALAM – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal memikul tanggungjawabnya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menangani kemelut yang melanda parti itu.

Katanya, kegagalan Dr Wan Azizah memberi penjelasan mengenai beberapa perkara berhubung kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi asas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Katanya, keputusan Badrul meninggalkan PKR mempunyai asas yang sama seperti tindakannya meninggalkan parti itu tahun lalu.

“Jika kita meragui moral pemimpin kita, sudah semestinya kita kena buat keputusan yang sukar. Tindakan keluar parti adalah salah satu daripadanya. Itulah juga asas keputusan saya keluar dari PKR dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ezam berkata, sebagai presiden parti dan orang paling dekat dengan Anwar, Dr Wan Azizah patut menjelaskan kepada Badrul mengenai persoalan berhubung skandal suaminya.

“Memang kita faham beliau ada tanggungjawab melindungi suaminya, tetapi sebagai presiden, beliau juga perlu bertanggungjawab kepada ahli parti dan memberi penjelasan kepada ahli mengenai beberapa isu yang meragukan,” katanya.

Ditanya sama ada selepas ini akan ada lebih ramai ‘rakannya’ atau wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu, Ezam berkata, beliau akan terus berdoa kerana kesedaran ini membabitkan asas prinsip moral dan Islam yang seharusnya menunjangi perjuangan setiap pemimpin.

“Saya berharap Allah SWT akan membuka hati lebih ramai lagi untuk meletakkan asas moral dan Islam sebagai keutamaan nombor satu. Jangan sesekali kerana kepentingan politik kita menyisihkan moral dan Islam, kerana dakwaan terhadap Anwar amat berat dan sudah semestinya pemimpin PKR yang lain juga menuntut penjelasan,” katanya.

Beliau juga membidas dakwaan pihak yang mengaitkan pengaruhnya atas keputusan Badrul yang dikatakan mengikut jejak langkahnya dan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, keputusan tersebut adalah atas pertimbangan Badrul sendiri dan beliau berharap semua pihak menghormati tindakan Badrul itu.

“Sebelum ini memang Badrul pernah minta pandangan saya, tetapi ini keputusan beliau sendiri dan ia amat besar maknanya,” katanya.

Kelmarin, pada sidang medianya Badrul berkata, kes liwat membabitkan Anwar adalah antara sebab beliau keluar PKR termasuk meragui tindakan Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sri Gading kata, ini menteri bukan pilihan rakyat...

Ahli Parlimen Umno suruh Presiden MCA dan Gerakan Berundur dari Kabinet Sri Gading mengatakan Senator-senator yang masuk Kabinet, masuk pintu belakang. 29 October 2009 Parlimen Malaysia

Jumaat, Oktober 30, 2009

berbogel untuk bayar hutang...isk macam ni pun ada



DANNII ditemu bual oleh Morgan berhubung kisah hidupnya di stesen televisyen ITV1, London baru-baru ini.



LONDON - Juri program realiti televisyen popular, The X Factor, Dannii Minogue mengakui dia pernah berbogel dalam sebuah majalah kerana dia mahu mendapat wang untuk membayar hutang, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi pop Australia dan adik kepada penyanyi, Kylie, 41, itu mendakwa, dia bertindak demikian bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah £150,000 (RM845,597) pada 1995.

Dannii, 38, ketika itu dalam proses perceraian dengan suaminya, seorang aktor terkenal, Julian McMahon.

Dia berbogel dalam sebuah majalah lucah edisi Australia pada Oktober 1995.

"Keluaran bulan itu paling laris dan pihak penerbit terpaksa mencetak lebih banyak naskhah," katanya.

Dia mendedahkan pengalaman sedih itu dalam satu rakaman wawancara bersama dengan pengacara Piers Morgan di stesen televisyen ITV1 yang akan disiarkan esok.

"Saya tidak menyesal tetapi berasa lega apabila ramai orang tahu kenapa saya nekad berbogel kerana saya memikul beban yang berat," kata Dannii. - Agensi

Tiba-tiba ameno jadi prihatin pada adun bebas...


BN bantu ADUN bebas: Muhyiddin

Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri yang juga timbalan pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wail rakyat Bebas tersebut.

Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di Putrajaya.

Ketika diminta menggulas mengenai ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang."

Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.

Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.

Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, timbalan perdana menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan. BERNAMA

Tok Guru Nik Aziz - Yang penting mesejnya berjaya disampaikan


Walaupun jawatankuasa pusat PAS malam tadi bersetuju mengadakan satu seminar politik pada 7 Nov ini dan bukannya muktamar khas bagi membincangkan kedudukan "dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah", namun isu sebenar tentang puak ini telah dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan bukan Melayu.

"Beliau tahu PAS berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada PAS," katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan mursyidul am itu akan menyebabkan PAS berpecah.

"Sejarah menunjukkan PAS tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai," katanya.

Khamis, Oktober 29, 2009

Penyakit PKR dah dinyah keluar....Penyakit hidup PAS bila lagi???



Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS - alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh "Setiausaha Agung PAS" - Perisik rakyat


Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok…

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Kita ikuti serba sedikit apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas semalam.

1 – Hampir 75% dari 40 orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat semalam BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin iaitu DIGUGURKAN dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

2 – Persetujuan dibuat setelah para perwakilan MELIHAT SENDIRI bukti-bukti, visual dan rakaman rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO/Beer eNd dengan Dr Hasan Ali sendiri.

3 – Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS – alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh “Setiausaha Agung PAS”.

4 – Mustafa Ali mencadangkan supaya suatu jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh AJK Pas Pusat Abu Bakar Chik dibentuk untuk menyiasat setiap dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada individu-individu terbabit padahal dalam mesyuarat khas semalam, berbagai bahan bukti telah dibawa untuk memperkukuhkan dakwaan-dakwaan tersebut dan bahan-bahan bukti tersebutlah yang membawa kepada persetujuan hampir 75% perwakilan supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan serta-merta.

5 – Cadangan Mustafa Ali supaya jawatankuasa disiplin dibentuk BUKAN KERANA MAHU MENCARI KEBENARAN sebaliknya bagi MEREDAKAN KETEGANGAN banyak pihak. ternyata Mustafa Ali tidak jujur sewaktu melontarkan idea tersebut.

6 – Berikutan dari cadangan itu, majoriti perwakilan yang hadir, bersetuju supaya Jawatankuasa tersebut dibentuk TETAPI HENDAKLAH dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

7 – Mesyuarat Khas tersebut juga melantik AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin bagi mengetuai 1 lagi Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Siasatan dan misi Jawatankuasa Siasatan ialah – menyiasat siapa lagi pemimpin PAS yang berkonspirasi dengan UMNO dan bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

8 – Mustafa Ali, di luar mesyuarat telah meminta supaya Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak memaklumkan pembentukan Jawatankuasa Siasatan itu kepada wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas tersebut dan akhirnya wartawan hanya diberitahu akan pembentukan Jawatankuasa Disiplin sahaja.Perisik Rakyat

Bila katak johor memberi komen..padahal dulu hijau sekarang karat biru


PUTRAJAYA, Okt 29 — Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia segera adalah antara beberapa faktor berlakunya konflik dan kecamuk dalaman serius kepada barisan kepemimpinan PAS sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan krisis dalaman PAS yang semakin celaru ini telah memberi ruang kepada Anwar untuk menguasai sesetengah barisan kepemimpinan parti ini.

“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu menggguna dan menyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.

“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idelisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, PAS dan barisan kepemimpinan parti sedang menghadapi gelombang dengan konflik pendekatan politik masakini di Malaysia.

“PAS tertekan sebagai sebuah parti Islam kerana idealisme ini dianggap kekuatan dan sokongan padu dari orang-orang Melayu tetapi pelbagai cabaran dan realiti politik masakini telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka,” katanya.

“Ini ditambah dengan realiti politik masakini yang melibatkan faktor bukan Melayu yang sedikit sebanyak menambahkan lagi gelombang konflik kepemimpinan sekarang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya lagi, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mendesak supaya diadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan konflik yang semakin serius ini.

Krisis matlamat perjuangan dan strategi parti telah menjadi masalah utama kepada parti ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu berikutan pelbagai kenyataan berbeza dari kepemimpinan PAS.

Keadaan semakin serius menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang lalu apabila wujudnya pertembungan antara ulama dan kumpulan yang dikenali sebagai Erdogan sehingga menimbulkan keliru dan kecewa sesetengah ahli.

Pada satu ketika, Musryidul Am PAS, Nik Aziz dilihat secara terbuka memberi sokongan kepada individu tertentu yang turut dikaitkan antara pemimpin dari kumpulan Erdogan.

Mengulas isu ini, Mohd Puad memberitahu, krisis kepemimpinan PAS sudah berlaku sejak dari dahulu antara kumpulan ulama dan profesional Melayu yang pernah mengikuti pelbagai gerakan termasuk IRC ( kini Jim).

“Gelombang konflik ini berterusan sehingga sekarang seperti membabitkan perbalahan kenyataan antara Ahli Parlimen PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen PAS Baling yang berkaitan nama Allah."

Sehubungan itu, Mohd Puad mengakui barisan pemimpin Umno lebih ke hadapan dalam menentukan corak kepemimpinan masa hadapan dengan mansuhkan kouta kuasa perwakilan yang disifatkan sebagai satu pengorbanan besar.

Komen: Dulu mamat ni PAS sekarang dah dacing karat tapi sekarang dok sibuk
jaga rumahtangga orang, tak pasal-pasal Anwar jugak yang dapat nama...apa
punya turrr la mamat ni sorang

akhirnya keluar juga taik ini setelah sekian lama sembelit...



PETALING JAYA: ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka akan membuat pengumuman untuk menyertai sebuah parti politik lain hari ini.

Beliau adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan perkembangan terbaru hari ini yang memperlihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi meminta adun berkenaan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar itu mendakwa, pada 20 Ogos lalu, Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan.

MStar Online difahamkan, beliau akan bertindak keluar daripada PKR bersama-sama beberapa penyokongnya dan juga pemimpin PKR dari Negeri Selangor.

Episod terbaru ini menambah satu lagi bebanan kepada PKR yang baru sahaja menikmati tampuk kekuasaan di Selangor dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan buat seketika di Perak selepas pilihan raya umum yang lalu.

Malah dalam tempoh dua minggu ini sahaja, PKR telah diuji dengan pelbagai isu dalaman yang kelihatan seperti satu krisis.

Berikut adalah kronologi krisis kepimpinan yang melanda PKR:

* 16 Oktober - Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

* 18 Oktober - Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

* 18 Oktober - Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

* 27 Oktober - Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

* 28 Oktober - Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

* 28 Oktober - Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

* 29 Oktober - Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

Lagi-lagi...kambing jadi mangsa


PAS CUBA JADIKAN UMNO KAMBING HITAM- melayau

Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pas kerana cuba menjadikan UMNO dan idea kerajaan perpaduan sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman membabitkan pimpinan tertinggi mereka.

Dia berkata, berdasarkan perkembangan semasa sebenarnya berlaku pertembungan kepentingan antara Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

“Sebab itu sekarang mereka nak bersilat dalam gelanggang, tepis sana tepis sini supaya mereka dapat atasi masalah mereka.

“Dia cari ‘kambing hitam’, ‘kambing hitam’ ini UMNOlah, sedangkan kita berniat baik dan ikhlas,’’ katanya.

Kalau dah tak berguna...eloklah bungkus kain baju tu


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.


"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Belanjawan 2010 belanjawan mencekik rakyat


Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.

Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.


Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.

Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.

Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.

Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.

Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?
Bagaiamana kualiti bas awam ?
Bagaiamana kualiti teksi ?
Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?
Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?
Bagaimana tol boleh dihapuskan ?

Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.

Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.

Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.

Contoh dalam Belanjawan 2010 :

Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?

Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

Orang kito