DANNII ditemu bual oleh Morgan berhubung kisah hidupnya di stesen televisyen ITV1, London baru-baru ini.
LONDON - Juri program realiti televisyen popular, The X Factor, Dannii Minogue mengakui dia pernah berbogel dalam sebuah majalah kerana dia mahu mendapat wang untuk membayar hutang, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi pop Australia dan adik kepada penyanyi, Kylie, 41, itu mendakwa, dia bertindak demikian bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah £150,000 (RM845,597) pada 1995.
Dannii, 38, ketika itu dalam proses perceraian dengan suaminya, seorang aktor terkenal, Julian McMahon.
Dia berbogel dalam sebuah majalah lucah edisi Australia pada Oktober 1995.
"Keluaran bulan itu paling laris dan pihak penerbit terpaksa mencetak lebih banyak naskhah," katanya.
Dia mendedahkan pengalaman sedih itu dalam satu rakaman wawancara bersama dengan pengacara Piers Morgan di stesen televisyen ITV1 yang akan disiarkan esok.
"Saya tidak menyesal tetapi berasa lega apabila ramai orang tahu kenapa saya nekad berbogel kerana saya memikul beban yang berat," kata Dannii. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan