Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 27, 2009

muhyiddin suruh tok guru minta ampun???hehehe

Umno nak cerita apa ni??? Hari-hari semua orang lepas sembahyang berdoa supaya diampunkan dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Hebat orang umno....memang maksum...tak ada dosa langsung ke....sampai tahap langsung tak mau dah minta keampunan dari Allah.

Setahu kitalah yang maksum ni cuma nabi muhammad SAW....selain dari tu...rasanya bertimbun dosa-dosa kita atas muka bumi Allah ni.

Tok Guru ni Ulama....Tok Guru ni lah yang bersungguh-sungguh menjadikan Islam itu sebagai cara hidup....Membangun bersama Islam...Umno...membangun bersama apa???

Kalau nak mengata...atau suruh bertaubat...baik periksa dulu orang yang di sekelilin dulu.

Kalau diri kita ni pun sembahyang lima waktu pun tak cukup...bab agama pun tahu suku suku aje...baiklah muhasabah diri tu dulu....sebelum muhyiddin nak suruh tok guru bertaubat dan minta ampun. Wassalam


Nik Aziz perlu minta ampun dengan Tuhan, kata Muhyiddin

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lepas.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang yang dikatakan tokoh agama disegani, Menteri Besar Kelantan itu mengetahui apa yang diperkatakannya itu adalah amat berdosa di sisi agama Islam.

"Beliau (Nik Aziz) tidak perlu meminta maaf kepada UMNO, kerana ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, tetapi dia perlu meminta ampun kepada Tuhan kerana ia adalah tuduhan yang amat berdosa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bersama Pewaris Muda Negara 2009 (Pewaris) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Universiti Sains Malaysia di Kampung Jayor, Jorak, di sini.

Muhyiddin ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz pada satu majlis ceramah politik di Manik Urai, Kelantan, pada 21 Jun lepas yang menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata PAS tidak mengenepikan agama Islam hanya disebabkan ia mempunyai fahaman politik yang berlainan.

Menurutnya, UMNO lebih lama berjuang dalam menegakkan syiar Islam berbanding dengan parti pembangkang itu dan perkara itu sendiri diperakui oleh umat Islam di negara ini.

"UMNO adalah jauh lebih Islam daripada PAS dan salah satu daripada perjuangan parti kita adalah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Perkara ini tercatat dalam perjuangan UMNO," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu turut berkata, para ulamak boleh memainkan peranan dengan menegur tindakan parti politik yang bertentangan, tanpa dituduh sebagai mencampuri urusan dalaman parti.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya pada petang esok. BERNAMA

Kenyataan ketua pemuda PAS pusat

1. Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa UMNO adalah seperti komunis dan merupakan sebuah parti yang sesat .

2. Saya lihat laporan polis itu tidak banyak menyelesaikan masaalah ini , namun itu hak Pemuda UMNO untuk mempertahankan diri mereka .

3. Menangani isu ini , Pemuda PAS sedia menganjurkan muzakarah terbuka dengan pemuda UMNO jika pemuda UMNO mendakwa atau mempertahankan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi syariat sepaerti apa yang didakwa oleh al Mursyidul Am PAS.

4. Pemuda PAS mencabar supaya pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik menerima surat rasmi dari kami kelak dalam masa terdekat insyaallah .

5. Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar .

Jumaat, Jun 26, 2009

UMNO dilemma???

Begitulah UMNO...setelah Pakatan Rakyat menolak sebulat suara dan PAS dengan tegasnya tidak mahu berbicara lagi isu kerajaan perpaduan, ada pula yang ada hati mahu membuka lagi episod yang mungkin tidak terjadi.

Di ambang pilihanraya kecil manik urai, masih lagi menyimpan perasaan untuk bersama PAS tetapi yang ironiknya....UMNO masih membuka pintu untuk PAS....untuk apa???

Kepentingan melayu???

Kepentingan islam????

kepentingan umno???

Air dan minyak...masakan boleh bercampur...renung-renungkanlah.


UMNO masih buka pintu

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

imbasan:konspirasi 1998

Adakah berulang kembali???

KRONOLOGI PENGHAKIMAN ANWAR 1998

September 1998 -Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ditangkap.

April 1999 -Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun berkaitan dengan rasuah tetapi tidak mengaku salah.

Julai 2000 -Didakwa terlibat dengan kes sodomi dan hubungan seks dengan lima lelaki. Hukuman boleh membawa sembilan tahun penjara.

Julai 2002 -Didapati bersalah dalam kes rasuah.

September 2004 -Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar tidak bersalah dalam kes sodomi. Pada masa yang sama, Anwar dibebaskan dari tahanan.

Ogos 2005 -Ketua Polis Negara bersetuju untuk meminta maaf secara terbuka kerana memukulnya dalam tahanan.

Ogos 2005 -Mahkamah Tinggi mengarahkan penulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' membayar gantirugi sebanyak RM4.5 juta.

Sumber: Chegubard.blogspot.com

Khamis, Jun 25, 2009

Anwar:bersiap sedia ke sungai buloh

Nampaknya keputusan berat sebelah akan menyebabkan Anwar ke penjara sungai buloh,
Adegan 1998 berulang kembali.....

Anwar: Ready to be jailed
Posted by admin
Thursday, 25 June 2009 18:40
MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim said on Thursday he is prepared to be jailed for sodomy in a trial next month, but warned his conviction could unleash a groundswell of public support to rout the government in the next elections.

Mr Anwar denies the charge and said he does not expect a fair trial.

It's the second time in his political career that he has been charged with sodomy. Both cases have been politically motivated to stop him from challenging the people in power, he said. But just like the first case, 'there will be a huge outcry here and internationally', Mr Anwar told The Associated Press.

'The worst-case scenario for me personally would be great for the opposition and the worst-case scenario for the government' in the next elections in 2013, he said.

Mr Anwar, 61, was charged last August with sodomising a 23-year-old male former aide, Mr Saiful Bukhari Azlan. Sodomy, a crime in this Muslim-majority country, is punishable by up to 20 years in jail even if it is consensual.

The trial starts July 8 and is seen as a test of credibility for Malaysia's judiciary, which has been tainted by allegations that many judges are corrupt and easily influenced by the government. The trial will also reflect on new Prime Minister Najib Razak's promises to create a more open and free society.

'My chances, given a free fair trial, are 100 per cent, but under the current circumstances the chances go down fast,' Mr Anwar said.

'Nobody likes to go to jail, but I will do it if forced to ... and hopefully (come) out like a hero.' He said a government hospital's July 13 medical report of a rectal examination of Mr Saiful found no evidence of anal penetration.

He also claimed that his defence team has evidence to show that he was framed and that Mr Saiful has become exceedingly wealthy in recent months. He implied Mr Saiful was bribed by the government.

The government denies it is persecuting Mr Anwar, and says it has nothing to do with what it describes as a personal case between two individuals. -- AP

Sumber: malaysia today

Tiba-tiba umno jadi 'concern' isu PPSMI...

Tiba-tiba UMNO jadi 'concern' tentang PPSMI, bukan sebab apa pun...ini pun gara-gara pilihanraya di manik urai.

Kalau tak sebabkan pilihanraya kecil ni rasanya tak siapa pun yang ambil peduli. Penat lah sasterawan negara, Pak Samad Said dan yang lain-lain dok terpekik terlolong supaya PPSMI ini dihapuskan....apa tindakan umno selama ni...hmmm buat bodoh aje...semua buat muka sardin.

Bila pembangkang dan tokoh-tokoh bahasa buat 'demo' dan piket, dihantarnya polis dan FRU hambat kita. Bila tiba pilihanraya...semuanya pakat terbalik kot pulak.

Kata orang....kalau dah umno....umnolah jugak...pe'el perangai memang tak boleh nak ubah.

UnDiLah PASti Selamat dunia dan akhirat. KeAdilan Untuk Semua


MT Umno mahu PPSMI diperhalusi
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno mahu Kementerian Pelajaran memperhalusi beberapa cadangan dan pandangan mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum sebarang keputusan muktamad dicapai.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata MT yang bermesyuarat semalam telah mengemukakan pandangan itu selepas Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran membentangkan mengenai pilihan yang boleh diambil berkaitan dasar berkenaan.

"Kita telah mendengar apakah opsyen-opsyen yang terbuka, dan MT mengambil maklum tentang pelaksanaan PPSMI dan kesannya dari segi pencapaian Sains dan Matematik.

"MT juga telah memberi sedikit pandangan dan cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk diperhalusi secara lebih mendalam... kita juga memberi opsyen yang terbuka untuk ditentukan sama ada dasar ini nak diteruskan ataupun nak dilakukan rombakan dan kajian semula," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Najib menegaskan pendirian kerajaan berhubung dasar berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun jelasnya, hasil kajian tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diumumkan.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata hasil kajian secara menyeluruh mengenai dasar PPSMI akan diumum awal bulan depan.

Malah beliau berkata akan turut mengumumkan langkah-langkah mengatasi masalah ekoran pelaksanaan PPSMI, antaranya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kawasan bandar dan luar bandar.

Sumber berita: mstar.com.my

Rabu, Jun 24, 2009

MP Pasir Salak cuba baca dalil...err...err...err...

Lain kali kalau nak tunjuk diri hebat biarlah kena pada tempatnya...tapi kalau setakat kuliah subuh atau ceramah di masjid pun tak pergi...hmmm hentikanlah.

Mujurlah anak bini tak ada dalam sidang...kalau tak, malu besarlah deme yobbb...

Malulah sikit dengan orang bukan islam...kalau setakat main tibai aje tapi ilmu di dada pun cukup-cukup makan, janganlah dok cuba tunjuk diri tu handal bab-bab agama.

Suatu hari nanti...bila Allah bagi jalan dan hijab terbuka luas di depan mata mungkin MP Salak pun join PAS sebagai wadah perjuangan dunia dan akhirat. Insya'allah....

Antara skrip perbahasan MP Salak hari ini:-

UMNO Pasir Salak : Inilah perangai Ipoh Timur, dia ni tak layak jadi pemimpin, dia ni penghasut! Saya nak bawa cerita kisah iblis dan Nabi Adam....bla bla bla!

PAS Kuala Selangor : Minta penjelasan, boleh namakan siapa iblis yg dimaksudkan, dan siapa pula yg dihasut...?

Pasir Salak : Kuala Selangor ni memang bijak-pandai, ada PHD, tapi jgn PHD Perangai Hasad Dengki...inilah masalahnya, di sebelah sana ramai sangat pakar, pakar itulah, pakar inilah, doktor pun nak jadi pakar ekonomi....doktor pun nak cakap pasal ekonomi, apa ni....?

DAP PJ Utara : Pasir Salak pakar apa????

Pasir Salak : er..er...saya mengaku saya bukan pakar apa-apa...!!! Ini Kuala Selangor buat-buat tak faham, saya bawak kisah dari Quran berkenaan iblis, nak saya bacakan ayatnya....?

(PJ Utara terus berdiri minta laluan, tapi tidak diendahkan oleh Pasir Salak. Akhirnya speaker mengarahkan PJ Utara keluar dewan)

Kuala Selangor : hah...cuba baca nak dengar sikit, Surah berapa, Ayat berapa...bacalah kalau pandai sangat!

Pasir Salak : er...ucapan saya ni panjang, saya takut tak cukup masa! Saya tidak marahkan PAS, tapi PAS telah dihasut oleh DAP.....PAS takut pada DAP...!

Kuala Selangor : Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dulu tidak dapat melaksanakan syariat Islam...bukan DAP yg halang, tapi UMNO yg halang, betul atau tidak, tlg jawab sikit!

Pasir Salak : Saya nak tanya DAP, betul tak kamu tidak bersetuju PAS melaksanakan Hukum Hudud, betul tak? Kuala Selangor tolong jawab!

Kera di hutan disusukan..Anak di rumah mati tak makan


Begitulah nasib rakyat yang mempunyai pemimpin yang ada sekarang ini. Kebanyakan untuk kehebatan dan lambang kemegahan sahaja. Sedang rakyat merintih memikirkan mencari nafkah dalam keadaan ekonomi yang masih tidak kebah-kebah lagi, ada pula yang menerima habuan besar walau pun sudah berstatus jutawan.

Apa hebatnya manusia ini, apa kepentingannya sehinggakan diberikan ganjaran yang begitu lumayan. Ditambah lagi dukanya...manusia ini pun bukannya warganegara malaysia sedangkan masih lagi ramai lagi rakyat malaysia yang hebat-hebat yang tidak menerima pengiktirafan sebegini rupa.

Masih ramai lagi rakyat malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan...ramai lagi rakyat malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam waktu perit ini, kita tidak memerlukan duta yang mahal seperti ini, kita tak perlukan Formula one Sepang atau masjid kristal.
Yang rakyat perlukan adalah pemimpin yang bersama mereka, tika senang dan susah. Di kala ekonomi negara merudum, nasib rakyat hendaklah di jaga dan diberi perhatian. Bila kata rakyat didahulukan maka cumalah ungkapan retorik semata menarik perhatian rakyat marhain.

Jangan jadi seperti kata bidalan lama, 'Kera Di Hutan Disusukan,Anak di rumah mati tak makan'. Sekian

Untuk link berita, sila klik di sini.
"Azmin: Jean Todt dibayar RM900,000, diberi tanah di Terengganu "

PAS rebut peluang 12 juta pengguna internet

PAS mesti merebut peluang yang terdedah dengan sejumlah 12 juta rakyat negara ini mengakses internet sekali gus mendekatikan parti itu dengan hubungan yang lebih luas, pantas dan berpengaruh.

Mantan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang kini Naib Presiden PAS berkata, pendekatan dan pencambahan teknologi maklumat dalam era globalisasi, kini memberi peluang kepada PAS untuk berada di sisi segenap lapisan masyarakat dalam negara ini.
Katanya, fenomena-fenomena seperi Facebook dan blog seharusnya dimanfaatkan oleh PAS bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan dan pengajian tetapi dalam konteks lebih luas termasuklah panyaluran maklumat dalam bidang politik.

Dalam satu majlis ringkas penyerahan tugas, Mahfuz turut menyerahkan beberapa dokumen dan cakera padat yang mengandungi maklumat Lujnah Penerangan kepada pengerusi yang baru iaitu Ustaz Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 22 Jun lalu.

Mahfuz juga mengharapkan Lujnah Penerangan dapat mewujudkan kumpulan pembaca dan penulis media utama sebagai usaha membentuk pemikiran dan fikrah rakyat terhadap persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga yakin di bawah kepimpinan penggantinya, Idris Ahmad akan membentuk kumpulan penonton dan pemanggil khususnya dalam siri program realiti yang bersifat wacana intelektual.

"Kita memanfaatkan pendekatan ini supaya ada kumpulan penonton dan pemanggilan terus membuat panggilan terhadap rancangan yang disiarkan siaran langsung yang banyak membincangkan isu-isu semasa.

"PAS harus mengambil kesempatan ini dalam pelbagai bentuk strategi untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu," katanya.

Bahkan Mahfuz juga percaya dengan pendekatan ini PAS mampu menguasai pemikiran masyarakat walaupun tidak boleh memonopoli media.

"Kalaupun kita tidak boleh menguasai media arus perdana ini tetapi kita boleh menguasai pendekatan kumpulan pembaca," katanya yang mengharapkan pendekatan ini akan memberi lonjakan lebih besar untuk PAS mencipta kemenangan dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Idris optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka.

"Inilah tanggungjawab besar Lujnah Penerangan untuk memberi pemahaman kepada rakyat," katanya.

Idris tidak menafikan masyarakat luar bandar lebih mempercayai medium penyiaran yang dianggap paling berkesan mempengaruhi mereka, bagaimanapun PAS akan memastikan maklumat akan sampai ke akar umbi.

Bagaimanapun, katanya dengan wujudnya akhbar alternatif dan blog-blog di dalam internet sekali gus, maklumat itu disampaikan kepada ahli keluarga yang berada di luar bandar. "Kita akan bekalkan maklumat ini kepada jentera penerangan di peringkat kawasan kita bekalkan isu peringkat nasional serta pendirian parti serta dasar," katanya.

Sumber: Harakah

Ah Long POLONG


Antara Bank di Malaysia dan Ah Long tiadalah berbeza cuma satu pinjaman berlesen dan satu lagi tidak berlesen, yang satu haram dan satu halal dan yang satu guna undang-undang dan satu lagi tak kenal undang-undang.


Tetapi apa yang menyebabkan mereka membuat pinjaman dengan ah long lintah darat ini.

Jawapannya pun sudah ada cuma pihak-pihak tertentu cuma buat-buat tak paham.


Rasanya berbuih dah mulut kementerian menasihatkan puak-puak pemodal ni supaya membantu mereka yang memerlukan pinjaman tetapi arahan tinggal arahan...tiada satu bank waima mengelarkan mereka ini islamik yang membantu saudara-saudara yang mereka berugama islam.


Rintihan pekerja swasta ini apabila mereka mengadap 'bank officer' adalah seperti berikut. Antara alasannya mereka pada orang yang memerlukan ini:-
  1. Kompeni you public listed dalam bursa malaysia? kalau tak, mintak maaf

  2. Kompeni you...sdn bhd atau berhad? kalau tak...hmm mintak maaf jugak

  3. Kompeni you ni...GLC atau tak? kalau tak...lupakanlah aje lah

  4. kpmpeni you ni...ada tak potongan ANGKASA? kalau tak jugak...sorrylah kita tak boleh bagi pinjaman

Kalau nak disenaraikan rasanya 1001 alasan diberi kalau kita ni pekerja swasta...tapi bayangkanlah kalau pekerja sektor awam...rasanya gaji RM750 pun boleh pinjam.

Sebab tu lah ramai rakyat malaysia terjebak dengan pemiutang seperti ah long ini dengan slogan mereka....'KITA AH LONG, KITA CUMA MAU TOLONG"....tolong apa? tolong memufliskan dan mempapa kedana kan rakyat.

Rasa kalau setakat membentras kegiatan ah long dengan menggunakan pihak berkuasa cuma tindakan sementara sahaja.

Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah memikirkan bagaimana untuk menyakinkan saudagar bank yang pada masakini cuma membantu orang kaya menjadi kaya dan yang miskin menjadi papa kedana.

Rasanya pandangan dan idea dilontarkan yang dibawa oleh Yanu Dipertua ANGKASA mungkin boleh menjadi alternatif pada penularan kegiatan Ah Long yang semakin tidak terkawal ini.


Pekerja swasta harus diberi pinjaman Angkasa



REMBAU - Pekerja swasta wajar diberikan kemudahan pemotongan gaji melalui Biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memudahkan mereka membuat pinjaman bank.


Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar berkata, kemudahan itu juga diharap dapat mengurangkan masalah membuat pinjaman daripada ah long.


“Kita faham ramai kakitangan swasta sukar membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi kerana mereka ini tidak ada kemudahan pemotongan gaji melalui Angkasa seperti kakitangan kerajaan,” katanya kepada media selepas Program Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009 di Sekolah Menengah Teknik Datuk Lela Maharaja, semalam.


Menurutnya, Angkasa melalui pucuk pimpinannya sebelum ini ada mengemukakan kertas cadangan untuk memasukkan sektor swasta sebagai pelanggannya tetapi ini ditolak kerajaan,” katanya.


Bagaimanapun, beliau akan mengusahakannya semula memandangkan pekerja swasta seolah-olah dianaktirikan daripada mendapat pinjaman peribadi yang mungkin mampu meringankan masalah mereka ketika itu.


“Pada masa sekarang pelanggan kita terdiri dari kakitangan kerajaan, badan berkanun dan pekerja syarikat-syarikat milik kerajaan, ada juga satu dua syarikat swasta bekerjasama dengan Angkasa,” katanya.


Sumber: sinarharian.com.my

Selasa, Jun 23, 2009

Beruk masuk kampung...


ketua pemuda, Khairy Jamaluddin mengetuai gerombolannya ke manik urai dengan harapan untuk mendekati golongan muda.

Tapi satu hal....khairy kena ingat, PRU12...apa yang khairy dah buat masa tu....apa yang khairy kata pada tok guru...

Khairy kena ingat juga....dia pernah melukakan hati rakyat kelantan dan ameno kena fikir panjang kalau nak berkempen di Kelantan.

Rezeki yang datang adalah dari yang maha Esa bukannya dari ameno...walau jutaan ringgit ditaburkan tetapi hakikatnya cuma keikhlasan dan kebijaksanaan memimpin yang dicari rakyat.
Wang ringgit cuma di dunia.....tapi di akhirat nanti amalan yang akan dihitung dan dalam mengejar kekayaan dunia, bekalan ke akhirat juga penting.

ISLAM UNTUK SEMUA. UNDILAH PAS.


Khairy ketuai program "Pemuda Masuk Kampung" di Manik Urai
23/06/2009 10:36am

KUALA KRAI 23 Jun — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal,” katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi.

Mohamad Zaidan berkata selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. - Bernama


Sumber : utusan malaysia

Isnin, Jun 22, 2009

Umno BN buat uturn 180 darjah.....


Hmmm...jauh memusing bang....kenapa? tak percaya ke.....

Minggu lepas berdegar-degar cerita pasal kerajaan perpaduan

Hari ini bila lamaran ditolak....lain pula ceritanya.

Lagipun dulu dah pernah kawin lepas tu cerai...lepas tu nak kawin balik...kena pulak cerai talak tiga...agak-agak la kalau orang yang dah kena tipu sekali lepas tu nak ditipunya lagi.

Tiba-tiba hari ni....ada pulak yang kata tak memerlukan kerajaan perpaduan..

Orang sama jugak la yang memberi cadangan tu....dia cadang lepas tu dia sendiri yang bangkang...

Lagipun apa jasa umno yang boleh membuatkan pas menerima kembali umno sebagai kawan.

Jasa Tiada.....Azab bermacam....tapi kalau nak diungkitkan pun...sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis. Sekian.

klik disini untuk berita selanjutnya.

Sumber berita: thestar.com.my

Berahim Ali Politik Lalang....

Apa masalah lah dengan Pak Brahim Ali ni...kenapa pulak DSAI nak disalahkan pulak?
Kan DSAI sekarang bersama Pakatan dan bersama rakyat sekarang ni.

Cubalah cermin diri dulu...kalau bukan Tok Guru yang bagi peluang bertanding guna lambang PAS, tak jadi jugak mu ahli parlimen.

Sekurang-kurangnya DSAI bukan mengutuk dan mengeji orang kelantan bahkan sekarang, meminta supaya kerajaan UBN ni bertolak ansur dan bertimbang rasa kerana majoriti rakyat kelantan adalah orang MELAYU dan orang ISLAM.

Daripada mengata macam-macam ke DSAI, cuba fikir apa yang diri sendiri tu boleh buat dan bantu rakyat kelantan dari segi ekonomi.

Apa kata cuba desak supaya kerajaan UBN ni pulangkan wang royalti minyak yang disedut dari kelantan.

Cuba fikir supaya macam mana wang peruntukan negeri disalurkan semula dengan betul ke kelantan daripada dok hentam tak tentu pasal.

Kalau betul nak membantu menolong orang melayulah. Setakat untuk pangkat dan harta dengan harapan UMNO boleh terima balik...rasanya susahlah sebab orang UMNO pun sendiri pun kurang percaya jenis golongan orang macam ni...golongan lidah bercabang. Macam lalang pun ada...lalang jenis low class...lembu pun tak lalu nak makan.

Kesimpulannya....Dulu DSAI BN....Kini sudah PR tetapi Berahim Ali...Dulu BN....lepas tu Semangat 46...lepas tu BEBAS...lepas tu BN....lepas tu BEBAS...lepas tu BN...lepas ni....entahlah,
Kalau ikut mu ni confirm sesat jalan....tak tahu arah mana nak dituju...lost....


'Jangan ajar rakyat Kelantan'
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD

KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan,'' katanya.

Sumber berita :utusan meloya

Ahad, Jun 21, 2009

Rilek minda pagi ahad

video

Sekadar menenangkan minda di Pagi ahad. Selamat beristirehat bersama keluarga dan selamat hari Bapa 2009.

Che Det terdengar sesuatu....

Berkemungkinan besar, CEO Petronas (Hassan Merican) akan ditamatkan kontrak dan diganti dengan yang baru.

Rasanya setelah ditanya kepada beberapa staff Petronas yang bekerja di KLCC, mereka berpendapat Tan Sri adalah boss yang amanah, berdedikasi dan bijak mengatur serta disenangi staff dari semua peringkat.

Dalam keadaan dunia yang berada keadaan ekonomi tenat rasanya kita memerlukan seseorang yang berpengalaman luas dan mempunyai track record yang cantik dan bersih.

Mungkin yang paling bagus kita mengekalkan Tan Sri untuk mengemudi Petronas dalam keadaan ekonomi yang bergelora untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Dr M: I’ve heard talk of a new Petronas chief

IPOH: Tun Dr Mahathir Mohamad acknowledged that he had heard talk of Tan Sri Hassan Merican being replaced as Petronas chairman, but he did not know how far it was true.

As Petronas advisor, Dr Mahathir said he was without executive powers and such appointments came under the purview of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asked for his opinion whether it was right to replace Hassan who had proven his capabilities, he said:

“Maybe the new candidate is better and is capable in reaping more profits for the company. How do we know?”

Speaking to reporters yesterday after opening the annual general meeting of Gagasan Melayu Perak, Dr Mahathir took a swipe at Minister Mentor Lee Kuan Yew’s recent eight-day visit to Malaysia.

“Why should we entertain him? Do you think he will entertain us when we go to Singapore?” he asked, adding that Lee could meet “two or three people by the roadside.”
Sumber Berita :thestar.com.my

Orang kito