Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Jun 24, 2009

Kera di hutan disusukan..Anak di rumah mati tak makan


Begitulah nasib rakyat yang mempunyai pemimpin yang ada sekarang ini. Kebanyakan untuk kehebatan dan lambang kemegahan sahaja. Sedang rakyat merintih memikirkan mencari nafkah dalam keadaan ekonomi yang masih tidak kebah-kebah lagi, ada pula yang menerima habuan besar walau pun sudah berstatus jutawan.

Apa hebatnya manusia ini, apa kepentingannya sehinggakan diberikan ganjaran yang begitu lumayan. Ditambah lagi dukanya...manusia ini pun bukannya warganegara malaysia sedangkan masih lagi ramai lagi rakyat malaysia yang hebat-hebat yang tidak menerima pengiktirafan sebegini rupa.

Masih ramai lagi rakyat malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan...ramai lagi rakyat malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam waktu perit ini, kita tidak memerlukan duta yang mahal seperti ini, kita tak perlukan Formula one Sepang atau masjid kristal.
Yang rakyat perlukan adalah pemimpin yang bersama mereka, tika senang dan susah. Di kala ekonomi negara merudum, nasib rakyat hendaklah di jaga dan diberi perhatian. Bila kata rakyat didahulukan maka cumalah ungkapan retorik semata menarik perhatian rakyat marhain.

Jangan jadi seperti kata bidalan lama, 'Kera Di Hutan Disusukan,Anak di rumah mati tak makan'. Sekian

Untuk link berita, sila klik di sini.
"Azmin: Jean Todt dibayar RM900,000, diberi tanah di Terengganu "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito