Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Januari 29, 2010

Anwar dinafikan bahan bukti oleh mahkamah persekutuan, apa maksud sebenar?

Sebagaimana yang dijangka, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan peguam beliau menyediakan pembelaan tuntas untuk perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada Selasa depan.

Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di mana Saiful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .
Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.

Hakim Abdul Hamid Embong bagaimanapun mengumumkan bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar tidak berhak mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.

Keputusan itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.

Hakim Mahkaman Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar itu kerana berpendirian Ketua Pembangkang itu perlu diberikan ruang secukupnya untuk menyediakan pembelaan tuntas.

Namun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Anwar telah gagal dalam semua permohonan beliau di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pembelaan daripada tindakan-tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Gani Patail.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan sehari selepas beliau mengadakan pertemuan “sulit” dengan seorang pegawai polis kanan Rodwan Mohd Yusuf.

Rodwan adalah pegawai polis yang dilaporkan cuba memalsukan bukti DNA terhadap Anwar ketika perbicaraan beliau pada tahun 1999.

Tuduhan itu dibuat oleh Saiful ketika Najib sedang memimpin kempen Umno untuk menghalang Anwar daripada memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dan sekali gus diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tuduhan fitnah itu gagal mengalihkan sokongan untuk Anwar yang menang dengan majoriti besar dan mantan Timbalan Perdana Menteri itu kini menjadi seteru politik utama Najib.

sumber:tvselangor

Khamis, Januari 28, 2010

Gagasan 1Malaysia yang gagal tapi Anwar yang disalahkan...


Putar alam...bukan imej negara tapi imej umno


Isu Allah: Anwar Dibidas Burukkan Imej Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibidas kerana dikatakan memberi gambaran tidak tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya dalam akhbar luar negara bagi tujuan politik.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras, berkata Anwar juga sedang giat melobi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara untuk memburukkan imej kerajaan berhubung isu kalimah 'Allah'.

"Perbuatan beliau bersekongkol dengan negara luar termasuk media asing amat membimbangkan kerana apa yang sebenarnya berlaku di negara ini berhubung isu kalimah Allah telah diputarbelitkan," kata beliau dalam blognya.

Katanya Penasihat PKR itu menuduh kononnya kerajaan gagal menangani isu serangan ke atas beberapa gereja Kristian dan rumah ibadat agama lain tiga minggu lalu.

"Tindak-tanduk itu merupakan satu pengkhianatan dan memberi gambaran seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didokong UMNO telah menzalimi kaum minoriti di negara ini," tegasnya.

Beliau mengulas artikel Anwar dalam The Wall Street Journal yang bertajuk "Muslim Have No Monopoly over Allah" (Orang Islam Tidak Mempunyai Monopoli terhadap Allah) baru-baru ini.

Beliau juga kesal Anwar menuduh pemimpin UMNO dan akhbar arus perdana bertanggungjawab memperbesar-besarkan pelbagai isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politik.

sumber:BERNAMA

komen: Rampasan kuasa Perak, kepala lembu dan membawa ke hari ini. Sapa punya kerja, kalau bukan orang umno...umno memang tak buat tapi ahli dan pemimpin umno lah yang buat...lagipun kalau tak betul, orang tak mengata.

Hari ini rakyat Kelantan bangkit menuntut hak!!!


UMNO Selangor sarat dengan rasuah....

Penyelewengan Wang Rakyat Berlaku Sejak 50 Tahun Lalu

Panelis Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terkejut dengan penemuan sesi Selcat yang berlangsung hari ini.

Hasil soal-jawab dan penelitian dokumen kepenggunaan sumber oleh Dun- dun seluruh Selangor, Selcat mendapati Adun-Adun BN menggunakan ruang samar dalam peraturan dan tatacara urustadbir untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

“Saya rasa dari segi pembayaran kepada YB Dun Morib iaitu YB Hasiman Sidom pada ketika itu saya rasa bukan satu perkara yang luar biasa, sebab duit itu dimasukkan dalam akaun wakil rakyat berkenaan, jadi maknanya dalam Pekeliling Perbendaharaan pun tidak mengatakan bahawa tidak boleh dibayar kepada akaun wakil rakyat berkenaan itu satu, yang keduanya sama ada perkara pelik atau tidak bukanlah perkara yang pelik sebab memang perkara ini berlaku sejak sebelum ini pun memang berlaku, walaupun sekarang pun kita masih bayar kepada wakil rakyat penyandang pada ketika ini,” katanya.

Mengulas perkara ini, Panel Selcat Azmin Ali berkata amalan ini secara langsung menghakis keupayaan kerajaan negeri untuk berfungsi sebagai sebuah badan yang berintegriti.

Azmin memberi amaran bahawa amalan ini juga secara langsung membudayakan rasuah dalam operasi kerajaan negeri, lantas ia perlu dihentikan serta-merta.

“Dalam taklimat audit baru-baru ini yang dipimpin Dato Menteri Besar, kita diingatkan bahawa pembayaran kepada Adun itu merupakan satu sistem yang lemah dan tidak boleh dikira satu sistem yang baik kerana kemungkinan penyelewengan itu akan berlaku, yang hanya dibolehkan ialah pembayaran dibuat atas nama Adun sekiranya dalam kes-kes tertentu seperti pembayaran saguhati kepada anak-anak PMR, sudah tentu mereka belum ada akaun bank yang boleh dibayar,”jelasnya lagi. -TVS

Rabu, Januari 27, 2010

20 ribu untuk kamu, AUKU untuk Pro Mahasiswa



Habis camno...parti politik tak boleh masuk ke universiti kununnya........ni siap bagi duit pulak

Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja

lagi katak dikesan...kali ini di Pulau Pinang pula



MP PKR mungkin paling tadah?

Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.


Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

sumber:malaysiakini

Salahguna sekolah, yang ni SPRM tak nak siasat ke???


Pakatan bantah Umno anjur 'Juara Rakyat' di sekolah

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Desakan itu dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat bahagian Segambut dalam memorandum bantahan bersama yang diserahkan kepada jabatan itu pagi ini.

Ia ekoran penganjuran program Juara Rakyat Ekspo Pendidikan Jalinan Mesra 1Malaysia oleh Umno bahagian Segambut di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut pada 24 Januari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Segambut, Ishak Sidin, program itu jelas bermotifkan politik berdasarkan sepanduk dan logo parti yang tertera dalam program tersebut.

"Ini dapat dibuktikan melalui wujudnya Khemah Khas 'Jom masuk Puteri', promosi pada sepanduk program yang tertera logo 'Umno' dan 'BN 1Malaysia' serta kehadiran pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno - BN," katanya ketika memorandum bantahan tersebut, dalam satu sidang media.

"Kami memohon agar tindakan tegas dapat diambil sama ada memastikan keadaan ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Beliau berkata, sekiranya parti politik sememangnya dibenarkan menggunakan kawasan sekolah untuk mengadakan program seperti itu, peluang yang sama juga perlu diberikan kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat.

'Guru tak boleh berpolitik'

"Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Pelajaran melalui (timbalan menteri pada masa itu) Datuk Razali Ismail telah mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak berpolitik dan tidak membincangkan hal politik di sekolah," katanya lagi.

Program berkenaan dilaporkan telah dirasmikan oleh setiausaha politik kepada menteri Wilayah Persekutuan, M Sazali Kamilan dan turut disertai ketua Umno bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambak.

Dilaporkan, dalam program tersebut, 66 keluarga masing-masing menerima sumbangan RM100 dan juga kelengkapan sekolah.

"Lebih menyedihkan lagi, program ini telah mendapat sokongan daripada (antaranya) pihak PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) sekolah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBJK) dan Jabatan Penerangan Malaysia," kata Ishak lagi.

Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata anjuran program Juara Rakyat itu menunjukkan pihak sekolah mengamalkan 'pilih kasih' dalam memberi kebenaran kepada ahli politik untuk menjalankan aktiviti di dalam sekolah.

Katanya, beliau telah dihalang memasuki tiga sekolah di kawasan tersebut pada Oktober tahun lalu untuk mengedarkan topeng muka bagi mencegah jangkitan H1N1 kepada pelajar.

"Sebaliknya saya hanya dibenarkan mengedarnya di luar kawasan sekolah. Itulah layanan yang diberikan kepada saya sebagai ahli parlimen," katanya.

sumber:malaysiakini

Natijah yang kami terima sokong UMNO...rakyat didahulukan







Pada 25.O2 .10 Jam 11pagi satu sidang media bersama wakil penduduk Kg Desa Melayu dan Kg Belantik Johor Baharu,menuntut supaya campur tangan Kerajaan negeri mengenai isu perpindahan 8 buah Kg yang telah di ambil oleh pihak pemaju MRCB masih lagi belum ada kata putus walaupun pihak pemaju sudah arahkan ketua ketua caw Umno sebagai ajen yang suruh penduduk keluar dari kg halaman mereka tetapi yang menjadi persoalan Wakil Rakyat kata jangan keluar dari Kg selagi rumah yang dijanjikan belum siap...mana satu yang perlu kami ikut? Pemaju suruh kami keluar tapi wakil rakyat suruh kami kekal sedangkan tanah ini telah menjadi hak milik Pemaju .Bayangkan Kampung ini kami teroka hampir 62 tahun kini sudah jadi hak milik pemaju kalau dulu berbagai janji wakil rakyat kami nak bagi geran tapi hanya TOL sahaja yang di beri akhirnya kami di halau keluar..nasib kami sokong UMNO kuat sangat kata salah seorang Penduduk.

komen: kalau di Selangor, sibuk kununya juara rakyat tapi di Johor, umno jadi Barua cukong-cukong dan tokey-tokey

sumber:syed-othman.blogspot.com

Brahim ajak YB Zul melompat sama...jangan mati katak sudahlah yea


Disaran jadi wakil rakyat Bebas

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.

Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.

Katanya, semua tindakan atau 'hukuman' itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti.

"Kalau beliau dikenakan tindakan oleh PKR, saya mengalu-alukan beliau menyertai 'kelab' wakil rakyat Bebas malah saya bersedia memberi laluan kepadanya untuk berjuang bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Ini kerana perjuangan Perkasa dan Zulkifli mempunyai persamaan iaitu tiada kegentaran dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

sumber:utusan

Mac ini rakyat kelantan dapat sedekah ihsan RM20 juta dari umno haprak...


KOTA BAHARU, —Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.

“Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk “Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat” di sini, malam tadi.

Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum dengan anggota panel Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali manakala Pengarah Universiti Teknologi MARA cawangan Kelantan Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamad Ab Rahman sebagai pengerusi forum.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata tuntutan kerajaan Kelantan sebanyak RM11 bilion dalam bentuk royalti adalah sangat melampau sedangkan pengeluaran minyak tidak setinggi itu.

“Ingin kita jelaskan pengeluaran minyak di Blok PM302 pula seperti yang dituntut adalah hasil bersama dengan kerajaan Thailand melalui perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand pada 1979.

“Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan (bahawa) hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara,” katanya.

Mustapa mencabar kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan itu ke mahkamah jika mereka merasakan tindakan mereka itu betul.

“Tapi kerajaan negeri takut untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan telus bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu jawatankuasa khas.

“Kita kecewa (Menteri Besar Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) menolak pelawaan kita untuk menyertai jawatankuasa ini dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Mustapa berkata Umno perlu memperjelaskan secara terperinci isu itu agar rakyat mengetahui dengan jelas akan isu yang hanya dicipta bagi mengalih perhatian terhadap isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan isu Bazar Tok Guru.

“Isu ini untuk politik semata-mata dan kita tahu (ia) akan digunakan sebagai senjata untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan memberikan wang ehsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. — Bernama

komen: Hasil bumi sendiri tapi dapat sedekah aje oleh kerajaan umno haprak...

siapa yang mencemarkan? UMNO atau Pakatan Rakyat



IPOH 26 Jan.– Kerajaan negeri Perak menyifatkan spekulasi liar pembangkang bahawa jawatan Menteri Besar yang bakal diputuskan akan berpihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai mencemarkan imej institusi raja-raja dan kehakiman negara.

Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pembangkang sengaja memainkan isu itu bagi mewujudkan perang psikologi untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa menyedari ia juga mencemarkan institusi kesultanan negeri Perak.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Mohammad Nizar yang layak menjadi Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan

Komen: Sejak bila pulak spekulasi mencemarkan???

Prinsip Pakatan Rakyat seperti tertera dibawah....

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

kalau umno sendiri pun tak ikut prinsip seperti di atas ini janganlah pula pakatan rakyat dituduh begitu....

Selasa, Januari 26, 2010

kenapa? tak percaya ke...jangan biarkan diri anda diselubungi misteri


Tiada pegawai kanan terlibat, namun ia dirancang rapi

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberitahu, kehilangan dua enjit jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 telah dirancang dengan rapi tetapi tidak membabitkan pegawai atasan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi TUDM.

Ekoran itu, beliau mengesahkan, perletakan pegawai kanan TUDM berpangkat Brigedier Jeneral sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kes ini.

"Kami sedar ada semacam persepsi bahawa pegawai kanan tentera terlibat tetapi sebenarnya tidak," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau bagimanapun mengesahkan, ia berlaku secara terancang dan rapi.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Ini adalah pertemuan kedua PAC dengan kementerian dan TUDM.

Azmi juga berkata, harga enjin jet ini bukannya RM50 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi sekitar RM400,000 sahaja setiap satu.

Tidak puas hati

Sementara itu, salah seorang anggota PAC, Datuk Kamarudin Jaffar dari PAS ketika dihubungi berkata, beliau sendiri tidak berpuashati dengan keputusan penyiasatan ini kerana tidak banyak yang diperolehi dan masih banyak yang menjadi tandatanya.

"Bagaimanapun, pihak tentera telah berjanji untuk mempertingkatkan sistem penyimpanan alatan tentera mereka yang bagi saya amat strategik ini dan perlukan pegawai dan kakitangan yang tinggi disiplinnya," kata Kamarudin.

PAC mempunyai 11 anggota iaitu enam BN dan lima Pakatan Rakyat.

Pengerusinya adalah Azmi manakala timbalannya adalah Tan Seng Giaw anggota Parlimen Kepong dari DAP.

Menurut Kamarudin juga, pihak tentera memberitahu mereka, lebih dari seorang yang terlibat dari kalangan tentera namun Peguam Negara hanya mendakwa seorang sahaja iaitu seorang sarjan.

Sebelum ini, Sarjan TUDM N. Tharmendran dan pengarah syarikat, Rajandran Prasad telah didakwa ekoran kehilangan dua enjin jet ini.

Menurut Azmi Khalid, PAC dimaklumkan, senarai dua jet ini hilang dalam stor inventori TUDM Sungai Besi selepas dihantar dari Pulau Pinang ke situ.

Ia berlaku pada tahun 2007 tetapi hanya disedari kehiloangan itu setahun kemudian iaitu pada tahun 2008.

Malaysia membeli 14 jet F-5E pada tahun 1974 dan dilucutkan pentauliahannya pada tahun 1999. Namun enam darinya digunakan semula pada tahun 2003 sebagai pesawat latihan dan peninjau.

sumber:harakahdaily

Polis soal siasat Presiden PKR...kesnya???


Kes Anwar: Polis Soal Siasat Wan Azizah Selepas 2 Tahun

Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis.

Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini.

"Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan," Azizah memberitahu pemberita.

Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari.

sumber: tvselangor

daripada siasat pasir baiklah SPRM siasat mickey mouse....


Siasatan lawatan Khir Toyo ke Disneyland selesai:SPRM

SHAH ALAM, 26 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan kerja bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai perkara itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.
“Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua aspek perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua ‘lawatan teknikal’ ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.

sumber berita : selangorkini

Yang hebat di parlimen, akhir tersungkur juga...betul punya sosial


Contoh teladan pemimpin umno yang patut diteladani yang mulia, berhibur sambil bersedekah di malam hari, amalan untuk bekalan di akhirat...hmmm umno dulu kini dan selamanya....

Harga enjin hilang macam harga saham...kejap naik kejap turun kejap..apa da


PAC: Kehilangan enjin jet kecurian terancang

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah selesai menjalankan siasatannya mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 dan mendapati tiada pembabitan pegawai peringkat tertinggi.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan jawatankuasa itu mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, katanya, PAC mendapati ia merupakan satu kecurian yang terancang dan dilakukan dengan rapi.

Azmi juga menolak dakwaan dalam media bahawa kos enjin tersebut melebihi RM50 juta.

Sebaliknya, kata beliau, kadar pertukaran wang sekarang menunjukkan kos kedua-dua enjin tersebut ialah RM400,000 tiap satu.

sumber:malaysiakini

matlamat tak menghalalkan cara, berahim ali tak nak buat demo ke?


Ni bukan nak fitnah sesiapa, tengok sendiri, gambar menceritakan segala-galanya,
tepuk dada tanya iman, muhrim pun bukan, anak pun bukan...
pada pencacai umno di luar sana...renung-renungkanlah, bak kata pepatah melayu

YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.......
YANG BAIK JADIKAN TELADAN.......

Isnin, Januari 25, 2010

lagi berita dan gambar pembebasan Hussein Ahmad, Setiauasaha Kerja kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Yaakop Sapari


Hussein Ahmad, Setiauasaha Kerja kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Yaakop Sapari telah dibebaskan pada 3.10 petang tadi di ibupejabat SPRM Putrajaya dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM1,000.

Turut serta menyambut beliau ialah YB Yaakop Sapari, Azmizam Zaman Huri, Ketua AMK Kota Raja, Abdul Razak Bin Ismail, permbantu khas kepada Exco Dr. Xavier Jayakumar (merangkap Presiden Selproa) , kaum keluarga beliau serta beberapa pemimpin parti.

Kes pasir Selangor....tiada kes tapi media perdana canang satu malaysia macam dah bersalah




Haji Hussein Ahmad (Setiausaha Yaakob Sapari (EXCO negeri Selangor) dilepaskan oleh SPRM... SPRM cakap tak ada kes...apa da, siap gari-gari masuk utusan meloya, masuk berita hairan, masuk TV3 suku, tiba-tiba kata tiada kes.

Suka-suka tangkap, suka-suka gari...lain kali siasat dulu baru tuduh, bukan tuduh dulu baru siasat....

kalau dah tak sepakat eloklah keluar dari pakatan rakyat...


Zaid saran Zulklifi dipecat

Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim (bawah) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.

Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.

Zaid yang juga ahli majlis pimpinan PKR mengulas laporan polis yang difailkan ke atas ahli parlimen PAS, Khalid Samad yang mencadangkan enakmen agama Selangor dipinda.


Zaid juga memberi amaran imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi (kanan).

"Jika tidak 'Middle Malaysia' akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.

sumber : malaysiakini

tang ni, memang depa cekap...




Dihalang Berceramah Di Lembah Pantai

Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

Orang kito