Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Januari 27, 2010

Mac ini rakyat kelantan dapat sedekah ihsan RM20 juta dari umno haprak...


KOTA BAHARU, —Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.

“Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk “Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat” di sini, malam tadi.

Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum dengan anggota panel Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali manakala Pengarah Universiti Teknologi MARA cawangan Kelantan Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamad Ab Rahman sebagai pengerusi forum.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata tuntutan kerajaan Kelantan sebanyak RM11 bilion dalam bentuk royalti adalah sangat melampau sedangkan pengeluaran minyak tidak setinggi itu.

“Ingin kita jelaskan pengeluaran minyak di Blok PM302 pula seperti yang dituntut adalah hasil bersama dengan kerajaan Thailand melalui perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand pada 1979.

“Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan (bahawa) hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara,” katanya.

Mustapa mencabar kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan itu ke mahkamah jika mereka merasakan tindakan mereka itu betul.

“Tapi kerajaan negeri takut untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan telus bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu jawatankuasa khas.

“Kita kecewa (Menteri Besar Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) menolak pelawaan kita untuk menyertai jawatankuasa ini dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Mustapa berkata Umno perlu memperjelaskan secara terperinci isu itu agar rakyat mengetahui dengan jelas akan isu yang hanya dicipta bagi mengalih perhatian terhadap isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan isu Bazar Tok Guru.

“Isu ini untuk politik semata-mata dan kita tahu (ia) akan digunakan sebagai senjata untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan memberikan wang ehsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. — Bernama

komen: Hasil bumi sendiri tapi dapat sedekah aje oleh kerajaan umno haprak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito