Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, April 26, 2010

Siapa yang sebenarnya menang?

Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya sudah menang....

Majoriti = 1725 Undi

Undi Rosak = 731 Undi

Undi Pos = 767 Undi

Pengundi yang dikesan awal nama mereka hilang = 201 Undi

Pengundi hantu yang dapat dikesan tapi terlepas di IKBN Ampang Pecah = 20 kereta bersamaan 80 undi

Ikut perkiraan di atas, Datuk Zaid sebenar sudah menang dengan majoriti 80 Undi

Bilangan yang tidak dapat mengundi = Ada dan angka tidak dapat disahkan lagi

64 Juta, Samseng, Hantu Cuma Menang 958 Undi

Selepas pelbagai taktik kotor dan keji yang digunakan rejim Umno-BN, mereka sebenarnya hanya mampu menang dengan majoriti 958 undi. Ini selepas majoriti keseluruhan 1725 undi ditolak dengan undi Pos 767 undi.

Dengan kemasukkan pengundi hantu daripada seluruh pelosok Hulu Selangor yang tidak terdaya jentera Pakatan Rakyat untuk menahan dengan bantuan pihak berkuasa....kita akhirnya tersungkur.

Ditambah dengan kempen terakhir BN membeli undi FELDA dengan harga RM50,000
dan rasuah projek pembangunan sebanyak RM64 Juta menyebabkan undi untuk Pakatan menjadi lebih parah.

Samseng dan gengster melayu yang dibawa masuk untuk menakutkan pengundi serta Orang Asli yang ditekan.

Dan paling akhir sekali, SPR yang bersengkokol memindahkan pengundi serta nama pengundi yang hilang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas.

Must win at all cost atau taktik yang menghalalkan cara menyebabkan pakatan kalah.

Walau apa pun tahniah kepada pemimpin dan pekerja parti serta pengundi di Hulu Selangor kerana jika dikira undi kita telah menang 2 DUN dan kita kalah di Hulu Bernam dimana orang melayu Felda yang terpedaya dengan janji manis Umno BN.

Ahad, April 25, 2010

Tahu atau buat buat tidak tahu?

Bila pengerusi SPR kata, tiada pengundi hantu,
Petugas AMK menahan 10 biji bas di awal pagi.

Bila polis kata jangan gannggu pengundi,
Elizabeth wong membuat laporan polis ada kumpulan ugut pengundi orang Asli.

Apa sebenarnya rancangan mereka?

Pengundi Orang Asli diugut

YB Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini tentang ada kumpulan yang cuba mengugut pengundi Orang Asli agar tidak turun mengundi. Laporan penuh ada di dalam Malaysiakini.

BN memang sedang nazak. Budaya penjajah. Tak kira apa cara sekali pun untuk menang.
Memang gila kuasa.

Orang kito