Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, April 26, 2010

64 Juta, Samseng, Hantu Cuma Menang 958 Undi

Selepas pelbagai taktik kotor dan keji yang digunakan rejim Umno-BN, mereka sebenarnya hanya mampu menang dengan majoriti 958 undi. Ini selepas majoriti keseluruhan 1725 undi ditolak dengan undi Pos 767 undi.

Dengan kemasukkan pengundi hantu daripada seluruh pelosok Hulu Selangor yang tidak terdaya jentera Pakatan Rakyat untuk menahan dengan bantuan pihak berkuasa....kita akhirnya tersungkur.

Ditambah dengan kempen terakhir BN membeli undi FELDA dengan harga RM50,000
dan rasuah projek pembangunan sebanyak RM64 Juta menyebabkan undi untuk Pakatan menjadi lebih parah.

Samseng dan gengster melayu yang dibawa masuk untuk menakutkan pengundi serta Orang Asli yang ditekan.

Dan paling akhir sekali, SPR yang bersengkokol memindahkan pengundi serta nama pengundi yang hilang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas.

Must win at all cost atau taktik yang menghalalkan cara menyebabkan pakatan kalah.

Walau apa pun tahniah kepada pemimpin dan pekerja parti serta pengundi di Hulu Selangor kerana jika dikira undi kita telah menang 2 DUN dan kita kalah di Hulu Bernam dimana orang melayu Felda yang terpedaya dengan janji manis Umno BN.

1 ulasan:

  1. demi undi bn/umno rakyat hidup dalam kemiskinan.apakan tidak bayangkan jika jumlah sebanyak itu rm64 juta digunakan untok kebajikan rakyat miskin serta susah di-1malaysia.bayangkan lagi rm64juta dijadikan dana untok rakyat miskin mendapat pelajaran percuma.bayangkan rm64juta dijadikan dana untok merawat orang miskin yang tidak ada kemampuan.adakah kita berhadapan dengan rm64juta ini sahaja?ada lagikah bayangan hitam berjuta juta yang rakyat masih dimamaikan?

    BalasPadam

Orang kito