Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Ogos 29, 2009

Misteri: penganjur demo usung kepala lembu buat konar baring

Kepala lembu itu mungkin jatuh dari langit...penganjur kata kepala lembu hadir secara misteri, mungkinkah kerajaan langit ayah pin yang bertanggungjawab.

Tak kan kepala lembu itu datang bergolek-golek ke SUK Selangor. Inilah kerja orang bangang, lain kali kalau nak berdemo pun, jagalah sensitiviti dan perasaan kaum lain.

Inilah lagak pemimpin umno di Shah Alam, berak tengah jalan ta nak mengaku...
Lain kali fikir sebelum buat...bukan buat lepas tu baru nak fikir


Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam


Sumber:Malaysiakini.com

Sempena merdeka...Rakyat Didahulukan


Gambar ehsan:cartoonkini.com

Pas tunggu kemenangan ke-8

SHAH ALAM - Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.

“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.

Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.

“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

Kalau ratus juta namanya komisen bukan rasuah...

SPRM yang sengaja membutakan mata dan hati....

Tahniah SPRM dan 1Malaysia...Rasuah Didahulukan...Rakyat dibodoh-bodohkan....

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong �berhutang� kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong

kalaulah lembu itu boleh berkata-kata...bodohnya manusia yang berhimpun ini

Politik Samseng UMNO...ini kot contoh-contoh yang ditunjukkan pada anak cucu cicit mereka nanti..menjahanamkan harta kerajaan dan maki hamun warisan pada gerombolan umno yang tinggal nanti. Masa akan menentukan. Akhirnya yang malu diri sendiri dan keluarga







Yang buat kerja bodoh ni lagi rendah martabatnya dari lembu. Conteng menconteng...merosakkan harta benda kerajaan...da penggunaan bahasa yang indah menambahkan lagi perisa betapa peritnya Najib dan 1 Malaysia.

Yang dibisingkan tak pula dihebohkan yang mati akibat H1N1...pergolakkan dalaman umno Terengganu...PKFZ yang mencekik duit rakyat tak pulak dihebohkan....

Setakat tanah sekangkang kera yang dihebohkan....Selama ini apa yang dilakukan BN???
Bertindak dari luar batasan manusia adalah....

Rumah setinggan orang melayu, india yang diranapkan tak pula dihebohkan di masa zaman anak toyo....Sudah-sudahlah....hentikanlah politik benci-membenci.

Ikut kata PM...Rakyat didahulukan bukan umno diutamakan...salam

kerja orang bodoh dan tak berfaedah umno di bulan puasa...

YANG TARIK KEPALA LEMBU BUKAN ORANG LAIN. ADIK KEPADA DATO NAWAWI SENDIRI.HARAP POLIS TANGKAP ORANG INI. MEMALUKAN UMNO JER. 1 MALAYSIA UMNO DI LABEL NGOOOOK....


Yang hairannya satu orang polis atau SB atau FRU pun yang datang untuk menghalang perhimpunan haram ni...agak-agaknya semua penat berpuasa tak sanggup layan kerja orang gila di tengah panas terik ini atau dah ada arahan supaya jangan diganggu kerja-kerja provokasi puak-puak umno ini.







Jumaat, Ogos 28, 2009

Bila pemuda umno kutuk umno shah alam...tangkap aje pengacau keamanan tu!!!



Pakatan Rakyat tak usah layan politik perkauman umno...saje nak memporak-perandakan keamanan rakyat malaysia...politik murahan umno


Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.

Boleh bangkit kemarahan

Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut barangkali akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?

"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?

"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy.


sumber:malaysiakini.com

Tak usah dilayan provokasi umno yang tak sudah...




TINDAKAN BACHUL DAN TIDAK BERTAMADUN MENGARAK KEPALA LEMBU KE BANGUNAN SUK SEBAGAI TANDA PROTES PEMBINAAN KUIL....MEREKA MEMANG BACUL DAN TIDAK BERTAMADUN...DIFAHAMKAN TINDAKAN KEPALABANGSAT INI DITERAJUI OLEH SEBUAH CAWANGAN UMNO DI SHAH ALAM.

Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat di selangor dan di Shah Alam kita tak payah layanlah kerja-kerja orang bodoh ini.

Alangkah lebih banyak amalan dan ibadat dilakukan daripada mengusung kepala lembu ke sana ke mari....Patutlah mahyuddin suruh orang umno gi sekolah sebab perangai hodoh macam nilah yang rakyat tak suka....umno yang tak berubah dan tak pernah insaf walau pun di dalam bulan ramadhan

berdolak-dalik...akhirnya Najib mengaku terengganu dilanda tsunami

Najib: "Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Terbaru, laporan sebuah portal turut menyatakan sembilan wakil rakyat Umno negeri itu bercadang meninggalkan parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh salah seorang ADUN, Datuk Rosol Wahid.

Sementara itu, Najib turut menafikan campur tangan kerajaan dalam isu penangguhan hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak.

"Kita tidak campur tangan. Itu hak Mahkamah Syariah untuk memutuskan.

"Itu budi bicara Mahkamah Syariah," katanya.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas Kartika selepas dia mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Kartika sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu Isnin lalu namun ia ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan...

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.

Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.

Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.

Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.

Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.

Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.

Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock

Sumber:Harakahdaily

Siapa itu Idris Jala...lantikan Najib Rosmah sebagai menteri

Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS July 31, 2008

Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Rights of Muslims.
Tags: Article 11 (4), Artikel 11, bantahan, Idris Jala, Kristian, laporan polis, Memurtadkan, Pramugari MAS trackback

Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.

Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.

Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada

Dato Idris Jala
Pengarah Urusan Malaysia Airlines
1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport
47200 Subang, Selangor DE
Fax: 03-78439400 Tel: 03-78404801

Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Article 11 (4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.

UMNO Terengganu semakin parah menanti belah...



(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.


KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.

Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.

“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.

“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.

“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.

Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.

Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.

Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.

Khamis, Ogos 27, 2009

ulasan Tok Guru Nik Aziz...

Kedai MESRA Petronas tak takut H1N1, bertentangan arahan kerajaan



Tindakan ini dikatakan kerana ada yang salah gunakan topeng untuk merompak..

Tapi berapa banyak yang mencuri mengunakan topeng??

Bagaimana dengan orang ramai yang datang untuk menbeli barang,apakah mereka tak layak memakai topeng muka untuk keselamatan diri mereka?

Jangan pentingkan diri sendiri..bertimbang rasalah..Kalau ada perompak yang sorok pistol dalam seluar ada kah kedai petronas akan letakkan iklan jangan pakai pakaian bila masuk kedai???

Perempuan yang tampal iklan itu ingin pulak cegah dari penyakit..selepas ini boikot je kedai petronas yang tak perikemanusian...ingat orang terhegah2 ke nak masuk kedai kamu...

Yang tukang tampal poster tu pandai pulak pakai topeng muka......

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.


Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Ucap takziah

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya melihat Dr Ismail sebagai seorang ikon yang berjaya walaupun dalam keadaan kurang upaya.

"Namun peranan serta semangat beliau melebihi daripada orang kebiasaan.

"DPP menghargai peranan beliau terutama dalam memperjuangkan nasib serta hak golongan orang kurang upaya di Malaysia dan berharap agar kerajaan melaksanakan segala usaha dan peranannya sebagai satu tanda penghargaan kepada beliau," tegas Nasrudin.

BN di ambang perpecahan...timbalan presiden MCA bakal dipecat

MCA disciplinary board recommends Soi Lek to be sacked

KUALA LUMPUR: The MCA’s disciplinary board has recommended that deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek be sacked from the party for tarnishing its image.

Revealing this on Wednesday night, Dr Chua said the recommendation did not come as a surprise.

“As a loyal party man, I have to abide by the decision of the disciplinary board and the presidential council,” he told reporters at Wisma MCA.

He had earlier attended the presidential council meeting but left midway.

The presidential council meeting is still going on.

Asked whether he would appeal against the decision, Dr Chua said he would consider doing that when the time came.

Asked if he would join another party, Dr Chua said 'no'.

On Aug 4, the MCA discipinary board had met following a complaint by Simpang Renggam MCA division chairman Eng Cheng Guan over a sex DVD involving Dr Chua.

The board went on with the inquiry despite Eng withdrawing the complaint because the party’s presidential council had adopted the complaint.

The board members were former party secretary-general Ng Cheng Kiat, Datuk Jimmy Low Boon Hong, Datuk Ng Soon Por, Lai Kuan Fook and Ng Chih Siang.

In late 2007, copies of DVDs were circulated in Johor, believed to be of a secret recording of Dr Chua and a woman engaging in sex.

The woman was allegedly one of his personal friends.

On Jan 1, 2008, Dr Chua admitted that he was the man featured in the sex DVD and resigned from all government and party posts.

He, however, won the MCA deputy president’s post in the party elections last October.

In May this year, he was appointed the Barisan Nasional’s co-ordinating committee chairman by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

sumber:thestar.com.my

Rabu, Ogos 26, 2009

Muhyiddin lah pengkhianat yang sebenar kata mahathir..

~Tan Sri Muhyiddin bercakap benar tentang saya memujuk beliau untuk membekalkan air ke Singapura. Tetapi Lee Kuan Yew tidak mengugut untuk memerangi Malaysia jika kita tidak membekalkan air ke Singapura, jika dia bertindak demikian saya fikir saya akan hentikan semua bekalan seterusnya.

Itu adalah terjemahan dari tulisan Tun Mahathir dalam blog beliau hari ini..

Maksud Tun disini ialah Lee Kuan Yew tidak pernah mengugut untuk memerangi Malaysia jika Malaysia tidak membekalkan air ke negaranya..

Atau dalam lain ayat Muhyiddin telah menipu 1Malaysia dengan mengatakan bahawa Singapura akan bertindak menyerang Malaysia jika Malaysia gagal membekalkan air kepada Republik itu...

umno bergolak...che det kata muhyiddin penipu!!!

Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water and I don't know about the sale of land to Singapore

Dr. Mahathir Mohamad

1. Tan Sri Muhyiddin spoke the truth about my persuading him to supply water to Singapore (read here). But Lee Kuan Yew did not threaten to go to war if we did not supply water. If he had done that, I think I would have stopped any further supply.

2. We were at that time trying to be friendly with Singapore in order to solve several problems. Although raw water would be supplied at 3 cent per 1000 gallons, the understanding was that in future only treated water would be supplied when our treatment plants would be ready. We would also not buy any more treated water from Singapore at 50 cent per thousand gallons when our new treatment plant in Johore is ready.

3. When we no longer needed to buy treated water from Singapore we could raise the price of raw water to Singapore without Singapore being able to raise the price of treated water to us.

4. However when we concluded the water supply agreement Singapore raised a lot of issues regarding our railway land, the CIQ (Customs, Immigration and Quarantine) at Tanjong Pagar, training flights by Singapore warplanes over Malaysia and the Central Provident Funds.

5. At that stage I realised that being friendly with Singapore did not pay.

6. I don't know about the sale of land to Singapore but as it was agreed that a treatment plant be built by Singapore in Johore, land would have to be made available.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/08/sound-bites-water-for-singapor.html

Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang

ADUN Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52, menewaskan calon BN Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya, sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut. BERNAMA

ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru

Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan.

"Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. Bernama

Selasa, Ogos 25, 2009

Pas menang semua peti undi kecuali undi pos

Peti undi PAS BN MAJORITI

samagagah 1397 594 803

pmtg ara 1397 1075 322

pmtg pauh 875 354 521

bkt.indera muda 1302 862 440

kg pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

cross street 938 300 638

pmtg tengah 1225 555 570

undi pos 2 6 -4

jumlah 9618 5067 4551
sumber mtd permatang pasir.

PAS MENANG BESAR...RAKYAT TETAP TOLAK BN!!!

PAS - 9618
BN - 5067
ROSAK - 83
MAJORITI - 4551

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Hampir 75% Keluar Mengundi, Dijangka Pas Menang Majoriti melebihi 5 ribu undi

Sehingga jam jam 5 petang tadi, dianggarkan 75 peratus atau 15 ribu telah keluar mengundi kurang dari sasaran SPR yang menanggarkan 80 peratus pemilih akan keluar mengundi. Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.
Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Hasil tinjauan dan risikan di beberapa kawasan di Dun Permatang Pasir, dapat dijangkakan Pas tiada masalah untuk mempertahankan kerusi berkenaan dan majoriti kali ini mungkin kurang daripada jumlah undian pada pilihanraya umum yang lalu dan hanya 5 ribu undi dijangkakan melebihi undian Barisan Nasional.

Lagi update dari permatang pasir...

5.05 petang : Di hadapan Markaz Induk, layar besar telah dipasang petugas IT untuk penyokong-penyokong PAS mengetahui keputusan terkini undian.

Laluan menuju ke IKBN kini mulai sesak dengan kenderaan penyokong dan petugas dari ke dua-dua parti.

5.03 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Markaz Induk PAS di Permatang Pasir.

5.00 petang : Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam ini. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR.

4.50 petang : Suasana 10 minit sebelum sebelum waktu mengundi berakhir, suasana di pusat-pusat pengundian sudah mulai lengang.

update dari permatang pasir....

4.30 petang : "Polling agent" dan "Counting agent" mula masuk ke dalam pusat mengundi kira-kira bermula jam 4 petang tadi

Calon PAS kini berada di SK Permatang Pauh

Suasana di sekitar pusat mengundi semakin susut. Para petugas yang keletihan sudah ramai yang balik

4.16 petang : Setakat jam 4 petang SPR mengumumkan peratus keluar mengundi 70.5 % bersamaan 14 300 pengundi.

3.53 petang : Setakat jam 3.30 petang ini, peratus keluar mengundi ialah lebih kurang 65% yang dikeluarkan oleh SPR.

***Daripada jam 4 hingga 5 petang ini, Semua petugas-petugas diminta membuat semakan terakhir tugas-tugas keselamatan, pengangkutan dan pihak UPU diminta mengawasi sesuatu yang pelik kemungkinan akan dilakukan oleh Barisan Nasional.

3.37 petang : Calon PAS sekarang berada di Sek. Ren Laew Keow (simpang empat Permatang Pauh) selepas itu, beliau dilapor akan menuju ke Sama Gagah pula.


3.31 petang : Dewan Ulama' tidak ketinggalan sama dalam hari membuang undi ini. Anjurkan - Solat hajat, bacaan Yaasin dari malam terakhir berkempen hingga ke waktu malam ini - pengumuman kemenangan.


3.25 petang : Cuaca mula panas terik. Sepanjang Permatang Ara, Permatang Pasir, Kg Pelek dan Tanah Liat para petugas semakin berkurangan terutamanya petugas-petugas BN. Di Kg Pelek Petugas BN sudah tidak kelihatan.

Wajah para petugas juga kelihatan semakin letih dan lemah dan suasana juga semakin tenang. Kelihatan beberapa orang pemuda UMNO kepala batas yang berbaju kuning kelihatan berehat di Jalan Penanti. Mereka kelihatan sangat lemah dan letih.

3.17 petang : Calon kini berada di Sekolah Rendah Islam Al-Masriyyah, Tanah Liat

2.50 petang : Timb. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama petugas Pakatan Rakyat di UPU Cross Street.

2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.

lagi cuba timbul kekacauan...puasa ke tidak budak budak ni

Pemuda UMNO Kepala Batas cuba cetuskan provokasi

Budak-budak sekolah yang digunakan dalam pilihanraya

Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kini berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.


Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak polis.



Penyokong BN sokong PAS...

Penyokong Umno pula bertakbir

Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.

Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.

Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.

Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.

Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.

Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.

Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.

Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.

Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

sumber:malaysiakini.com

update dari permatang pasir



Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Live Dari Permatang Pasir

10.20 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 10 pagi ialah 28.5% atau 5,775 orang.

10.15 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 9 pagi ialah 14% atau 2,966 orang

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau bangga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco-exco Kerajaan Negeri turut bersama beliau memberi sokongan.

9.50 pagi - Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.46 pagi - Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.45 pagi - Ketua MP DAP, Lim Kit Siang hadir di pusat pembuangan undi Sama Gagah untuk berikan sokongan moral kepada calon PAS

9.30 pagi - UMNO menaikkan banner menuduh PAS Izinkan DAP Hina Islam di unit peti Sama Gagah

9.01 pagi - Penyokong BN dari kalangan Pemuda UMNO enggan berganjak dari berkumpul di sebuah pusat pembuangan undi sekalipun diberikan amaran oleh polis.

9.00 pagi - Sesakan Trafik di jalan utama Kubang Semang.

8.45 pagi - Datuk Seri Anwar berharap SPR akan bertindak adil dan saksama dan berharap juga semua pengundi dapat keluar mengundi

8.40 pagi - Pengundi-pengundi di sebelah pagi terdiri dari warga emas dna mereka yang telah berumur.

8.30 pagi - Calon PAS, Mohd Salleh Man dilihat mengiringi Datuk Seri Anwar dan isteri.

8.25 pagi - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan isteri, Presiden PKR Wan Azizah tiba di SMK Penanti untuk membuang undi.

8.00 pagi - Gelanggang pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dibuka 8 pagi ini - bagi menentukan sama ada PAS berupaya mempertahankan kedudukannya ataupun Barisan Nasional (BN) pula boleh merampas semula kerusi yang terlepas tangan pada tahun 1999.

Isnin, Ogos 24, 2009

Amanat Presiden PAS pada pengundi permatang pasir


TAKBIR!!!

Sidang media N.11 Permatang pasir 24.08.09

Makin terdesak!!! kempen burukkan PAS...




Umno BN kian terdesak sehingga menaikkan sepanduk yang membuat lemparan fitnah yang bukan-bukan terhadap PAS. Ekoran dari gara-gara sepanduk yang keterlaluan, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dilaporkan sedikit tercemar Isnin dengan perbuatan Barisan Nasional (BN) yang melampau itu.

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan "Awas!!! Pengundi Hantu Pas" yang digantung BN di bilik gerakan itu yang menggunakan logo PAS.

Perang mulut yang mula tercetus kira-kira pukul 1 tengah hari itu menjadi semakin kecoh apabila pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3 petang dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk berkenaan.

Penyokong BN, yang tidak berpuasa hati, meminta sepanduk mereka dipulangkan tetapi tidak dilayani penyokong Pas dan kekecohan yang berlarutan itu reda apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.25 petang turun dari kenderaaanya dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk yang masih tergantung.

Kekecohan itu menyebabkan kesesakan lalulintas dari simpang tiga Sama Gagah ke Jalan Permatang Pauh.

tolak calon umno BN yang dayus!!!



lagi provokasi, hina dan ugutan oleh umno BN

Rais Yatim hina serban tok guru pula.........

PERMATANG PAUH, 24 Ogos: PAS melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim yang disifatkan menghina Islam.

Media melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palastin.

Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya."

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan, apa yang Nik Aziz kata adalah Islam Umno Islam plastik bukannya Palestin.

"Bagi kita ini adalah kenyataan yang menghina peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menghina Islam. Bagi kita serban adalah satu pakaian yang mulia di sisi Islam yang tak sepatutya di hina.

(Keratan laporan media)

"Sekiranya kenyataan itu betul, maka kita minta Rais meminta maaf kepada Tok Guru dan tarik balik kenyataan itu," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang juga peguam Nik Aziz.

Selain itu beliau meminta pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan terhadap Rais berkaitan kenyataannya.

"Perbuatan menghina serban yang juga pakaian Rasulullah ini bukan main-main. Kita tak pakai satu hal tapi menghina pakaian Rasulullah seperti boleh merosakkan keimanan.

"Kita berharap beliau menarik balik kentayaannya. Adalah hak Rais untuk untuk buat kenyataan, tapi buat apa kita nak kaitkan dengan serban?,"ujarnya

Kenyataan Rais dianggap senada dengan tema serangan Tun Dr Mahathir terhadap PAS sebelum ini iaitu mengaitkan serban, janggut dan sebagainya.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendakwa, Rasulullah tidak mencukur janggutnya kerana tidak pisau pencukur Gillet ketika itu.

Kenyataan sebegini disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Rasulluh menyebabkan serangan bertubi-tubi dihalakan kepada Dr Mahathir.

Kini, Rais datang dengan kenyataan seolah-olah menghina orang yang memakai serban sebagaimana Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu. _

ceramah atau cerita lucah....

Bapa Rafizah pula hilang di alam ghaib.......

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.

Dalam Malaysiakini semalam, bapa Rafizah, En. Mohd. Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat membuat pengakuan.Tetapi sebaik saja berita tersebut disiarkan, En. Mohd Ali telah dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali ke Kuantan.

http://perakexpress.com/www/2009/08/24/gempar-bapa-rafizah-pula-hilang/



ADUN Lunas memang bermasalah - Johari Abdul

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.

Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.

Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.

"Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.

Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah.

"Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari yang baru sahaja sampai daripada Padang Serai itu berkata, beliau telah berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan keluarnya Radzhi daripada PKR.

Hasil maklumat itu, Radzhi juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO,

"Saya katakan pada beliau kalau UMNO ada pemimpin mengapa ambil orang Sabah jadi Ketua perhubungan negeri?" soal Johari.

Takut disiasat SPRM, punca Radzhi keluar PKR

Beliau dalam ceramah di UPU Permatang Ara malam tadi menjelaskan bahawa Radzhi telah menerima terlalu banyak habuan daripada UMNO, sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tolak dan kemungkinan SPRM akan digunakan sekiranya beliau tidak mengisytiharan dirinya keluar daripada PKR.

Modus operandi dalam kes kali ini sama dengan usaha Najib dan UMNO perak sewaktu mereka merampas kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas, katanya.

"Sebelum merampas negeri Perak pada bulan Februari lepas, 2 orang daripada 3 orang exco yang mengisytiharkan keluar parti iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu"

Kedua-dua orang ADUN ini kata beliau, telah disiasat oleh SPRM sebelum keluar parti dan siasatan itu senyap selepas mereka mengistiharkan keluar parti menyokong Najib Tun Razak.

"UMNO sekarang ini dalam keadaan yang sangat lemah dan semakin mengecil, tetapi mereka telah menggunakan semua agensi kerajaan untuk merampas negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," kata Johari.

Kemungkinan pilihanraya kecil Lunas

Johari berkata kini rakyat di Lunas sangat marah kerana mereka tidak mahu diwakili oleh seorang wakil rakyat Bebas. Rakyat merasakan mereka telah diperbodohkan.

Usaha-usaha bagi menggerakkan rakyat sedang dijalankan dan akan mula lebih aktif selepas pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Beliau juga berkata bahawa rakyat akan membuat petisyen menuntut supaya Radzhi meletakkan jawatan sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh Arumugam, bekas ADUN Bukit selambau selepas beliau diugut dengan oleh BN dengan pelbagai ugutan.

Di akhir ucapannya itu, beliau mengajak seluruh jentera dan pengundi di Permatang Pasir bersama-sama menolak UMNO dan BN pada 25 Ogos ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang zalim.

http://prkn11penang.pas.org.my

Tawaran Lumayan Umno-BN Pilihan Radzhi

Sebab ADUN Lunas keluar Parti ????

Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...
DICATAT OLEH HALIMEY ABU BAKAR

Orang kito