Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Ogos 25, 2009

update dari permatang pasir



Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Live Dari Permatang Pasir

10.20 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 10 pagi ialah 28.5% atau 5,775 orang.

10.15 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 9 pagi ialah 14% atau 2,966 orang

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau bangga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco-exco Kerajaan Negeri turut bersama beliau memberi sokongan.

9.50 pagi - Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.46 pagi - Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.45 pagi - Ketua MP DAP, Lim Kit Siang hadir di pusat pembuangan undi Sama Gagah untuk berikan sokongan moral kepada calon PAS

9.30 pagi - UMNO menaikkan banner menuduh PAS Izinkan DAP Hina Islam di unit peti Sama Gagah

9.01 pagi - Penyokong BN dari kalangan Pemuda UMNO enggan berganjak dari berkumpul di sebuah pusat pembuangan undi sekalipun diberikan amaran oleh polis.

9.00 pagi - Sesakan Trafik di jalan utama Kubang Semang.

8.45 pagi - Datuk Seri Anwar berharap SPR akan bertindak adil dan saksama dan berharap juga semua pengundi dapat keluar mengundi

8.40 pagi - Pengundi-pengundi di sebelah pagi terdiri dari warga emas dna mereka yang telah berumur.

8.30 pagi - Calon PAS, Mohd Salleh Man dilihat mengiringi Datuk Seri Anwar dan isteri.

8.25 pagi - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan isteri, Presiden PKR Wan Azizah tiba di SMK Penanti untuk membuang undi.

8.00 pagi - Gelanggang pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dibuka 8 pagi ini - bagi menentukan sama ada PAS berupaya mempertahankan kedudukannya ataupun Barisan Nasional (BN) pula boleh merampas semula kerusi yang terlepas tangan pada tahun 1999.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito