Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, November 07, 2009

hoben jang hoben VS gomo kelate gomo



VS

Dr Asri dan ahli PGSM akan kemuka saman pada pemimpin PGSM-Nafi ada perjanjian tidak bercakap kepada media

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.

Malah beliau juga kecewa kerana Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Oleh itu Mohd Asri berkata, beliau akan tetap meneruskan pendiriannya sebelum ini untuk mengheret PGSM ke mahkamah kerana mendakwa kandungan memorandum berkenaan mengandungi unsur fitnah.

"Saya kini sedang menunggu nasihat guaman berhubung perkara ini.

"Barisan peguam sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara, kita akan berusaha untuk memulakan proses ini secepat mungkin," katanya kepada mSatar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terbaru PGSM hari ini yang enggan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.

Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan semalam.

"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.

"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Asri yang juga pensyarah universiti Sains Malaysia (USM) berkata, beliau ada menerima beberapa panggilan daripada ahli PGSM yang menyatakan pendirian mereka terhadapnya.

"Ramai ahli-ahli PGSM menghubungi melahirkan kekesalan di atas tindakan pemimpin mereka.

"Saya minta supaya rakyat dapat menilai sikap mereka ini malah saya juga sedar bukan semua peguam syarie begitu kerana hanya beberapa kerat saja," katanya.

sumber :mstar

Jumaat, November 06, 2009

PAS iktiraf blogger...tapi PKR masih di takuk lama...itulah realiti



KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polemik besar parti itu yang dilihat berpunca daripada media baru.

Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi.

Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu.

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi.

Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan "cyber troopers" Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.

Menurut beliau lagi, konvensyen tersebut juga akan memberi pendedahan kepada para perwakilan yang hadir tentang etika kewartawanan dan kaedah penulisan yang betul.

Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibeliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan.

Namun ianya hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja.

Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya sebelum 13 November ini.

Selain nombor keahlian PAS, blogger yang mahu menyertai konvensyen tersebut perlu menyertakan sekali alamat blog masing-masing untuk tujuan pengesahan.

sumber:harakahdaily

Pertarungan akhir Sang Kijang dan Sang Kancil habis dijual............

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Habis Dijual

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata sebanyak 85,000 tiket dijual termasuk 10,000 tiket yang dijual dalam masa sejam sahaja di Stadium Nasional yang habis pagi Jumaat.

"Kita sebelum ini telah memberikan sebanyak 75,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) seperti yang ditempah untuk dijual di negeri masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 2,000 penyokong kedua-dua pasukan gagal mendapatkan tiket untuk perlawanan itu.

"Kita akan cuba berbincang dengan penaja untuk mendapatkan tayangan skrin gergasi di luar stadium," kata Azzuddin.

Perlawanan akhir edisi ke-84 piala yang paling berpestij di dalam saingan Liga Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 8.45 malam.

-- BERNAMA

lawan kes tanpa bahan bukti...ternyata DSAI dianiaya


Anwar gagal dapat bukti kes liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

sumber:malaysiakini

Dr Asri selar kenyataan Pengarah JAIS - Sifatkan kenyataan orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid adalah sempit



PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.

Beliau berkata pandangan sedemikian menunjukkan Islam mewujudkan permusuhan di kalangan orang bukan Islam.

"Jika pandangan yang seperti ini cuba diamalkan, ia menunjukkan seakan Islam itu wujudkan permusuhan dengan bukan Islam.

"Saya ingin menasihatkan kepada JAIS dan juga rakan-rakannya supaya janganlah memberi pandangan-pandangan yang sempit hingga akhirnya masyarakat bukan Islam akan melihat Islam dari sudut yang negatif," katanya kepada mStar Online.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Khusrin yang dilaporkan bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Kenyataan Mohamed Khusrin itu merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang Ogos lalu.

Justeru Mohamed Khusrin dilaporkan berkata bahawa ahli jawatankuasa masjid berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut.

Bagaimanapun jelas Mohd Asri, beliau tidak mahu memfokuskan kepada kandungan ucapan ADUN berkenaan asalkan institusi masjid tidak digunakan sebagai alat untuk menentang Islam.

"Saya tak mahu fokus kepada ADUN berkenaan ataupun kandungan ucapannya, saya bukan nak cakap kes dia, tapi kenyataan JAIS yang kata orang bukan Islam tak boleh masuk masjid itu yang lebih penting.

"Tetapi jika seseorang itu masuk dan tidak mengganggu masjid, tidak mencemar masjid, atau nak berbincang dengan orang Islam, menerangkan tentang kebajikan yang nak dibuat seperti penerangan tentang kesihatan, penyakit mereka boleh masuk... selagi bukan nak menentang Islam," katanya.

Tegas Mohd Asri, pandangan berhubung orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid tidak sesuai diamalkan dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

"Malah pandangan seperti ini akan menghalang minat kepada golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

"Ia akan menimbulkan salah sangka, mereka mungkin tidak tahu apa maksudnya, bagaimana mereka pula dianggap sebagai wanita haid.

"Pandangan sempit sesetengah golongan agama ini menimbulkan salah faham orang bukan Islam di Malaysia ini," katanya.

Ditanya sama ada kenyatan seperti ini menunjukkan kelemahan JAIS dalam menangani isu berkenaan dengan lebih terbuka dan sensitif, Mohd Asri berkata: "Ini adalah satu lagi masalah JAIS, jika ada orang beri pandangan yang berbeza seperti ini mereka akan kata orang itu Wahabi, padahal ini tidak ada kaitan dengan Wahabi.

"Ini soal melihat pandangan yang lebih terbuka, padahal jika mereka (orang bukan Islam) masuk ke dalam masjid, mungkin banyak perkara yang mereka dapat manfaat daripadanya."

Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan agar satu pembaharuan secara menyeluruh dilakukan terhadap JAIS bagi menunjukkan kematangan Islam.

"Saya fikir satu pembaharuan perlu dilakukan secara bersunguh-sungguh dalam JAIS, mereka perlu menunjukkan keluasan fikiran... mereka perlu mengamalkan pendekatan yang lebih memperlihatkan kematangan Islam di negara ini," katanya.

sumber:mstar

Betul tu...bila tangkap siap masuk tv..bila mintak maaf, pandai pulak senyap-senyap


Mohd Asri Mahu PGSM Minta Maaf Secara Terbuka

PULAU PINANG, 5 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji untuk menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Katanya dalam pertemuannya dengan persatuan itu di Kuala Lumpur tengah hari ini, persatuan telah bersetuju untuk melakukan kedua-dua perkara itu.

"Perkara ini telah dipersetujui dalam satu draf yang ditandatangai oleh pihak PGSM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, sebagai saksi," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan mengenai isu penahanannya yang bertajuk "Gelombang Fitnah" di sini, malam Khamis.

Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahad lalu kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Selangor.

Bekas mufti itu dilaporkan berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap PGSM kerana persatuan itu dikatakan membuat beberapa tuduhan terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Okt lepas kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mohd Asri berkata perkara itu dianggap selesai jika PGSM menunaikan janjinya menarik balik tuduhan terhadapnya dan memohon maaf secara terbuka.

"Saya tidak ada permusuhan dengan PGSM, jika mereka menunaikan permintaan saya, maka saya akan maafkan mereka," katanya.

-- BERNAMA

Khamis, November 05, 2009

'Swap Skim' proton tamat serta merta...kerajaan sudah tarak duit nak tampung subsidi


Mengikut sumber-sumber dari para penjual kereta, Proton sudah menamatkan 'swap skim' telah dihentikan  serta merta kerana proton menanggung hutang yang tinggi kepada wakil pengedar/penjual kereta proton.

Lagi sumber memberitahu kerajaan belum lagi menjelaskan subsidi RM5000 bagi sebuah kereta untuk pertukaran kereta baru. Hutang yang meningkat jutaan ringgit itu menyebabkan proton terpaksa menghentikan program 'swap skim' yang sebelum ini dilancarkan bagi membantu industri kereta tempatan terutama proton dan perodua.

Dan cakap-cakap dikalangan penjual dan pengedar perodua belum lagi mendapat arahan untuk menghentikan program 'swap skim' manakala proton menghentikan program tersebut hari ini dengan mengeluarkan pekeliling serta-merta.

Nampaknya polisi Dasar Automotif Negara bagi membantu pengeluar kereta tempatan gagal. Ini menunjukkan kerajaan tidak mempunyai dana lagi dan hutang subsidi kereta proton akan menyebabkan proton tersembab lagi.

Lagi polisi 1Malaysia gagal...proton merana...rakyat papa.....

Apakah ini petanda DS Nizar akan menang...

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili UMNO hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam UMNO cuma yang pasti ada kepentingan.

Keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah merekia sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti.

Bila bertanya secara jujur dengan hujjah yang dikemukakan oleh Peguam Hj. Sulaiman Abdullah dengan jelas membuktikan bahyawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah sehingga sekarang.

Apapun saya tidak selayaknya untuk mendahului keputusan mahkamah yang akan diumumkan mungkin pada hari ini atau setelah semua hujah kedua belah pihak didengar oleh 5 hakim yang ditetapkan.

Cina Islam

Asyik-asyik ikan bilis yang ditangkap.....


Pemimpin Umno dituduh sogok RM1,000

Bekas setiausaha Umno Wangsa Maju dituduh di Makamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada ketua cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.

Ramli Abdul Manan, 50, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang-kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ramli, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau kini tidak bekerja.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes. BERNAMA

PRU12...rakyat menentukan Nizar adalah MB Perak yang sah...hari ini mahkamah pula menjadi penentunya



Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan rayuan bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Mahkamah tertinggi di negara ini itu juga akan mentafsir kuasa raja-raja untuk membubarkan dewan undangan negeri serta pelantikan menteri besar.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Sumber:malaysiakini

Siapakah MB Perak ditentukan hari ini....



Hari ini genaplah 270 hari atau 9 bulan BN merampas kuasa di Negeri Perak. Semenjak rampasan kuasa dengan kudeta yang terancang oleh BN dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat, sejak itulah krisis perlembagaan dan pelanggaran undang-undang yang menyaksikan gelombang rakyat yang mahukan kepada kembalinya kesejahteraan dan keamanan di Perak dengan tuntutan pembubaran DUN Perak.

Selain itu harapan rakyat ialah untuk melihat satu keadilan dalam semua peringkat Kehakiman Negara berlaku untuk krisis di Perak. Kerana itu penghakiman pada hari ini yang akan bermula pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Persekutuan disini akan mencatat satu lembaran sejarah pada rakyat Perak, Malaysia malah untuk sistem Kehakiman Negara Komenwel.

Harapan rakyat Perak supaya sistem kehakiman memainkan peranan pada fungsi dan tempatnya dan melakukan penafsiran seterusnya keputusan tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

Semoga keputusan yang akan berlaku pada hari ini adalah keputusan yang mengembalikan kuasa Pakatan Rakyat yang telah dirampas itu. Dan sesudah itu MB Nizar akan segera memastikan satu pembubaran DUN Perak.

Walaupun keputusan mungkin saja berpihak kepada BN, yang diharapkan tidak lain, BN secara sedar dan matang juga mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih semula.

Sumber:Pinkturtle

Rabu, November 04, 2009

Pengarah JAIS disaran menghadap Sultan perjelas isu Dr Asri



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini tiada sebarang keputusan dicapai dalam kes penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Tan Sri Khalid berkata pihak kerajaan negeri telah mendengar penjelasan JAIS dan menyarankan Pengarah, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, ini kerana pentadbiran JAIS terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa Sultan, selaku ketua agama Islam Selangor.

Tambahnya, Pengarah JAIS dijangka mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat untuk membincangkan kes tersebut secara terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat Tuanku.

“Penguasaan pentadbiran agama Islam ini di bawah Tuanku Sultan, kita telah meminta pihak JAIS untuk berjumpa dengan Tuanku Sultan supaya membincangkan perkara-perkara yang telah kita bangkitkan dan mendapat persetujuan supaya beberapa perkara dapat kita laksanakan”, katanya.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Selangor di Shah Alam hari ini.

Datuk Khusrin Munawi yang dipanggil dalam mesyuarat Exco Selangor hari ini adalah untuk membantu siasatan berhubung penahanan bekas Mufti Perlis itu pada Ahad lepas.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan JAIS dalam sebarang operasi penguatkuasaan agama Islam di Selangor .

“Kita campur tangan walaupun JAIS ialah satu daripada jabatan bawah Kerajaan Negeri, tapi ia dari segi operasi, tapi dari segi kuasa untuk menguasai pentadbiran dan polisi-polisi mengenai agama Islam adalah di bawah naungan Tuanku Sultan”, tegasnya.

Mengikut Enakmen Islam Selangor, seseorang itu perlu mendapat tauliah daripada pihak JAIS terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menyampaikan sebarang ceramah di Selangor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Sumber:tvselangor

binatang apa yang sukakan umno dan kenapa belia benci umno...jawabnya


Ini adalah kenyataan yang sememang wakil rakyat katak aje yang suka umno dan kenapa belia benci umno kerana kelompok tua kutuk yang tak sendiri yang membolot jawatan dari bahagian, pemuda dan puteri semuanya milik anak beranak dan yang paling hebatnya dikuasai oleh golongan buncit hinggakan belia, pemuda dan pemudi menjauhkan diri dari umno. Sememang umno tidak lagi menjadi wadah belia profesional kerana sikap angkuh orang-orang tua yang menguasai umno dari turun temurun hingga tidak ada ruang dan peluang orang lain untuk menonjolkan diri.

Ubahlah apa pun selagi manusia berfikiran jumud menguasai parti tua itu sehingga itulah muda-mudi negara ini akan menjauhkan diri dari umno. Berfikirlah menggunakan kepala otak bukannya kepala lutut. Salam
Cawangan Umno sekat ahli baru

Kepimpinan Umno perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang
orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.

Mantan perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.

"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan Umno adalah kesedaran bahawa Umno semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai Umno.

"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara, namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana perdana ke-10 bertajuk 'Peranan Wanita dan Pemuda Dalam Pembangunan Negara' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Semasa sesi soal-jawab mengenai ucaptamanya, Dr Mahathir juga mengulas bahawa ia bukan kegagalan sistem tetapi salah guna pendekatan yang berlaku di peringkat bawahan.

Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang ahli Umno, seseorang itu terlebih dahulu perlu menyertai cawangan berbanding berdaftar secara langsung dengan parti.

Bagaimanapun, pemimpin peringkat bawahan mungkin melihat orang baru ini sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan berkomplot untuk menyingkirkan orang baru ini.

"Sistem ini bukan teruk tetapi pemimpin peringkat cawangan perlu memahami bahawa untuk Umno berjaya, Umno memerlukan lebih ramai pemimpin handal," katanya.

Dr Mahathir juga mengingatkan golongan muda supaya memberi lebih tumpuan kepada pendidikan dan menimba ilmu serta kemahiran supaya menjadi pemimpin yang berwibawa dan tidak membuang masa mengadakan demonstrasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata undang-undang dan peraturan yang dilihat mendiskriminasi golongan wanita perlu dikaji.

Katanya, dalam masyarakat Islam terdapat beberapa injunksi Islam yang perlu dikaji sama ada ia benar-benar Islam atau tidak yang mendiskriminasi wanita.

Bagaimanapun, katanya, negara ini bertuah kerana keadaan tidak begitu buruk di sini berbanding negara Islam lain.

"Kebebasan Islam di negara ini jauh lebih baik berbanding negara Islam lain dan dalam keadaan tertentu, negara bukan Islam juga," katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan seorang wakil kumpulan Sisters in Islam (SIS) yang bertanya sama ada undang-undang yang tidak mencerminkan perubahan peranan wanita dalam masyarakat perlu diubah di mana wanita kini menjadi rakan dan bukan didominasi. BERNAMA

Sengketa dan pergolakan MCA makin parah........



Liow tolak tawaran sertai pelan perpaduan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai, pernah ditawarkan menjadi sebahagian daripada pelan perdamaian lebih menyeluruh oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi beliau menolaknya, kata sumber dalaman parti itu.

Melalui pelan itu, Liow diberi ruang untuk mengekalkan kedudukan sebagai timbalan presiden, manakala Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula akan dilantik sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun, Liow menolak pelan itu pada saat-saat akhir dan mengambil keputusan untuk terus membuat desakan supaya pemilihan baru diadakan bagi merungkai kebuntuan yang timbul hasil daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 12 Oktober.



"Sejak beberapa hari lalu, Ong dan Liow mengadakan perbincangan melalui wakil masing-masing. Bagaimanapun, Liow tidak memberi sebarang keputusan.

"Ong menunggu di rumah beliau hingga tengah malam Isnin bersama wakilnya. Tapi, Liow tetap tidak muncul dan membuat keputusan untuk tidak menerima pelan perpaduan itu.

Sumber yang sama berkata, walaupun pelan perpaduan itu membabitkan semua pemimpin MCA, tetapi ditolak Liow dan kumpulannya.

Sumber yang sama, berkata dalam melaksanakan pelan itu dan bagi memenuhi selera kebanyakan kumpulan dalam parti berkenaan, tidak semua penyokong Dr Chua dilantik sebagai penyandang jawatan.

"Contohnya, tidak semua tiga ahli jawatankuasa pusat secara lantikan yang dilantik oleh Ong semalam adalah orang Dr Chua.

"Jika dilihat betul-betul, hanya anak lelakinya, Chua Tee Yong, adalah dari kem Dr Chua. Yang lain seperti Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya lebih condong kepada bekas setiausaha agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, manakala Datuk Donald Lim pula tidak memihak kepada sesiapa," kata sumber itu.

Bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, berkata walaupun tidak syak lagi keadaan yang wujud sekarang sungguh membimbangkan MCA, tetapi ahli parti itu perlu memberi peluang kepada Ong dan Dr Chua untuk bekerjasama dan melaksanakan pelan perpaduan yang lebih menyeluruh.

"Sama ada EGM diadakan atau tidak, yang penting, pelan itu perlu mendapat sokongan ahli perwakilan. Oleh itu, pada EGM akan datang, pelan itu perlu diluluskan oleh ahli perwakilan," katanya. - Bernama

Najib kata CUEPACS mintak bonus, takdak moral...kesiannnnnnnn


Kawan aku ramai yang baru masuk kerja gomen, cuba bayangkan bulan Januari ni dengan tiada bonus, nak tambah hutang di Bank Rakyat pun, Angkasa dah potong terlebih sampai tak boleh dah nak potong, Anak nak masuk sekolah, Macam-macam nak kena dibayar dan dibeli. Nak kesiankan...depa ni lah yang dok bagi menang UBN, tak kesian pulak....kawan. Swasta pun macam nak mampus, Silap-silap Ah Long kembali bermaharajalela memberikan hutang segera dan menyebabkan keadaan dari parah menjadi makin parah. Apa-apa pun tahniahlah...1Malaysia...rakyat dijerutkan....lu pikirlah sendiri...

Salah Di Segi Moral Untuk Meminta Bonus - Najib


KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

--BERNAMA

Orang 1Malaysia dah takde keje nak buat...bilang seluar dalam pompuan pulak dah



NGO marah iklan peraduan hitung seluar dalam wanita

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam.

Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut "tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam", kata presidennya SM Mohamed Idris.

"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita," katanya.

"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.

Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu menghendaki pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.

Hadiah itu pula dibayar dalam bentuk kredit panggilan telefon sama ada pascabayar atau prabayar.

Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.

sumber:malaysiakini

Batal perjanjian jika sekiranya royalti tidak diberikan...


Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sumber : malaysiakini

Apakah betul ini yang dato hassan ali cakapkan...


Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang - Cenangau

“(Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali
“(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

http://zainulfaqar.wordpress.com

Kelantan nak royalti bukan wang ehsan lah!!!


Inilah kalau bagi tak ikhlas....kalau wang ehsan dah tentu-tentu JKKK UMNO yang dapat bukannya kerajaan PAS negeri Kelantan.

Lagi 1Malaysia memperbodohkan rakyat kelantan....kaki putar alam betul

Najib Umum Wang Ehsan Kepada Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat pada hari Rabu.

-- BERNAMA

Krisis Dalaman MCA Makin Kusut, Kini Miliki 'Dua' Timbalan Presiden


Bukan sahaja MCA yang kusut, PPP kusut juga, MIC dah berserabai, GERAKAN dah hancur lebur, ada menteri pun yang masuk dari belakang, bukan pilihan rakyat pun.

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Krisis dalaman MCA semakin kusut setelah parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden parti itu Selasa.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, Selasa sebulat suara menerima keputusan ROS itu dengan alasan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Okt lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya Dr Chua dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua Soi Lek, dengan itu Datuk Seri Liow Tiong Lai akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya. Ong berkata parti itu tidak akan menghalang jika Liow mahu mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu selepas ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa mesyuarat itu juga menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru parti seperti yang didesak 16 anggota Jawatankuasa Pusat itu sebelum ini. Sementara itu, Dr Chua berkata beliau tidak terkejut apabila menerima surat keputusan ROS pukul 11.30 pagi Selasa.

"Setiap masa saya berasakan saya masih Timbalan Presiden jika merujuk kepada perlembagaan parti," katanya secara ringkas. Satu sidang media berasingan diadakan untuk Liow menyatakan pendirian mengenai keputusan terbaru itu. Liow secara sinis berkata MCA kini mempunyai Timbalan Presiden 'kembar' memandangkan beliau juga masih berhak untuk menduduki kerusi itu.

"Saya akan mencabar keputusan ROS, dan saya juga akan menggunakan hak saya untuk ke mahkamah untuk mencabar pengisytiharan ini," tegas Liow yang ditemani Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan Mesyurat Luar Biasa MCA pada 10 Okt lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua.

"Apabila Jawatankuasa Pusat menggunakan Perkara 174 bagi mentafsir dan mengenalpasti maksud Aturan EGM, ia tidak boleh dipersoalkan, dicabar, disemak semula atau ditolak olah mana-mana mahkamah perundangan. Kedudukan ini adalah dengan sokongan penuh Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," kata Liow. -- BERNAMA

Selasa, November 03, 2009

PR Selangor bakal lingkup Januari 2010....


Sinopsis ulasan artikel  dari Raja Petra di laman malaysia today bakal menyaksikan kerajaan pakatan rakyat selangor bakal lingkup selepas Perak jika tidak ditangani secara betul-betul.

Di ketika ini, amaran semboyan ditiupkan lagi selepas DSAI diberi amaran akan tumbangnya kerajaan PR Perak sebelum ini.

Dengan tidak mengambil kira dan mengambil akan hal ini, akhirnya Perak beralih tangan ke UBN. Bak kata pepatah, 'kalau nangis tak berlagu pun dah tak guna dah'.

Katalah apa sahaja...kritiklah siapa sahaja, launglah apa sahaja tetapi apakan daya....kederat tak kan kemana pun jika Pakatan Rakyat inginkan Perak dikembalikan kepada rakyat kerana jelasnya Najib dengan slogan 1Malaysia, 'by hook or by crook' inginkan kembali Perak ke tangan BN.

Nah sekarang puak-puak ini berusaha merampas Selangor, kalau nak kata lanun ke, samseng ke atau panggillah apa sahaja, tak kan dipedulikan pun oleh mereka. Apa yang penting, Selangor kembali segera ke tangan BN.

Bermacam permasalahan telah ditimbulkan oleh puak-puak umno BN yang masih berselindung di dalam kerajaan negeri tapi apalah mereka-mereka ini lakukan langsung tidak menjejaskan mereka.

Malahan berbagai sabotaj telah dilakukan oleh PBT dan jabatan negeri dalam memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dari insiden kuil, isu arak dan terbaru, bila Dr Asri ditangkap JAIS.

Apakah kerajaan PR masih lagi di dalam 'Denial State' atau sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan teguran-teguran diberikn.

Jika ya, mungkin Selangor akan senasib dengan Perak dan Terengganu dimana rakyat melihat kerajaan negeri yang berada keadaan 'half pass six' kerajaan yang tidak dapat melakukan apa-apa walaupun sudah berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor.

Apa patut dilakukan, tidak dilakukan, Januari menghampiri dan PRU13 akan menjelang tidak lama lagi, selagi nanah tidak dibuang, duri di dalam daging tidak dicabut, selagi itu rakyat akan melihat kerajaan PR Selangor sebagai satu kerajaan yang gah, yang kaya tetapi tidak satu pun memberi input kepada kemajuan rakyat.

Apa yang sekarang dilakukan dalam usaha mensabotaj kerajaan negeri selangor oleh umno bn yang bersarang di dalam kerajaan negeri nampaknya membuahkan hasil yang lumayan dan jika betul lah telahan mungkin selepas ini DSAI kembali ke sungai buloh, dan yang lain-lain mungkin kembali semula sebagai pembangkang yang hanya pandai cakap, bila diberi kuasa tidak pula pandai memerintah.

Jangan pandai cakap sahaja, tapi di kala waktu ini juga mestilah menjadi pendengar yang baik. Raja Petra telah memberikan amaran dan amaran ini bukan main-main dan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Terpulanglah pada yang empunya diri untuk menilai dan muhasabah diri. Janganlah sampai 'nasi dah jadi bubur', 'dah terhantuk baru terngadah'.

Bak kata Nabil....Lu Pikirlah Sendiri.......

artikel Raja Petra, klik disini.

JAIS dipanggil MB esok...beri penjelasan isu Dr.Asri



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penahanan dan siasatan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri besar Selangor juga mengundang mufti untuk memberi penjelasan isu tersebut kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam mesyuarat mingguannya esok.

Mohd Asri disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah selepas ditangkap tengah malam semalam di Hulu Kelang.

Beliau ditahan ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay.

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam menjelaskan, jabatan belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

Dr Mohd Asri mempertikaikan arahan Jais memintanya hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi semalam walaupun tidak mendakwanya.

Mohammed Khusrin kemudian berkata agamawan itu dibawa ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan.

Sumber:malaysiakini

Bila polis pun nak jadi jabatan agama bab tauliah mentauliahkan..

Polis dakwa wakil PAS ada 'rekod jenayah'

Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid menulis kepada IPK untuk mendapatkan butiran mengenai "jenayahnya" itu.

"Saya minta mereka jelaskan, apa rekod saya... Tetapi saya difahamkan mereka tidak dapat beri rekod untuk orang perseorangan, walaupun yang minta itu tuan punya badan sendiri," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Jais tidak meluluskan permohonannya untuk mendapatkan tauliah "terlalu berbau politik."

"Ini juga mengejutkan sebab (Jais) sebelum itu sudah akui kemampuan saya untuk mengajar agama," katanya lagi.

sumber:Malaysiakini

lagi-lagi kerajaan perpaduan..PAS for all atau PAS for melayu???


Adalah amat mustahil Najib akan melaungkan kerajaan perpaduan jika sekiranya tiada pihak yang akan membalas sahutannya...

Tak kan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan...mesti ada tangan-tangan ghaib yang menyambut tepukan Najib dengan isu kerajaan perpaduan.

Apakah tidak serik lagi dan tidak menjadi ingatan pada mereka ini dengan apa yang terjadi pada ADUN-ADUN yang melompat ini....

Di kala UMNO terkapai mencari talian hayat, ada juga manusia yang tidak ingat dah mudah lupa dengan perkara dan sejarah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin yang terdahulu.

Ingatan pada ADUN dan MP Pakatan Rakyat...jangan dilepaskan anjing yang tersepit tatkala terlepas nanti dibahamnya balik...habis lunyai semuanya

Maka...berhati-hatilah sebelum menunaikan permintaan sang saka ini...salam

Kerajaan Perpaduan Penuhi Tuntutan Agama, Bukan Politik: Kata Najib

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Umno sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik...sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" Pas.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan Pas.

"Saya tidak tahu apa pendirian Pas sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin Pas)," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

SPRM main wayang....PKFZ, BALKIS punya hal buat bodoh aje...


Ini bukan soal orang umno, orang pkr, orang pas atau mana-mana orang. Ini soal rasuah jadi kita persoalkan kenapa kes-kes terpilih sahaja digembar-gemburkan padahal kes PKFZ yang menelan berbillion ringgit langsung tidak disiasat, kes BALKIS berjuta ringgit ditelannya, Pembelian kapal selam dan jet pejuang MIG29 yang langsung SPRM buat tak nampak....

Janganlah hati nyamuk seberang laut nampak padahal gajah lalu di depan mata buat-buat tak nampak.....
Janganlah bermain wayang semata-mata....
Sedangkan SPRM sendiri bermasalah dengan kematian Teo Beng Hock yang masih lagi seperti tiada kesudahan....

Jangan buat kerja seperti melepas batuk di tangga....buat gelak dek orang ramai aje....apa-apa pun lu pikirlah sendiri SPRM....

PENDAKWAAN BESAR-BESARAN SPRM - malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.

Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir kira-kira jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000

Isnin, November 02, 2009

Apa hal yang takut sangat bila YB Tian Chua berucap....awatnya chek...

cara 1malaysia berniaga dengan rakyat miskin...


1. Kenapa MITI sejak dahulu tidak pernah mengkaji apakah sebabnya ada sebanyak 1 juta kenderaan yang berusia lebih daripada 15 tahun kenderaan di jalanraya dan 2.7 juta bagi kenderaan yang berusia melebihi 10 tahun sehingga Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi. Pernah atau tidak kerajaan terfikir?

2. Rakyat Malaysia bukan semuanya kaya. Mereka tidak ada duit untuk mereka membeli kereta baru bukan seperti taukey besar, pegawai tinggi ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana. Jadi itu sebabnya mereka menggunakan kereta lama. Nak beli kereta baru sehingga menyebabkan orang kerja gomen terpaksa buat loan sehingga 9 tahun. Yang pastinya pelaksanaan kali ini adalah tindakan secara halus kerajaan untuk merancakkan lagi pasaran kereta Nasional. Yang menjadi persoalannya, mengapa harga kereta dan tax di negara kita terlalu tinggi dibandingkan negara lain?

3. Pernah ker kerajaan Malaysia terfikir yang mana majoriti yang pakai kereta lama berumur lebih 15 tahun, kebanyakannya adalah dikalangan pakcik makcik yang tinggal di pedalaman dan felda, rakyat yang berpendapatan rendah, individu yang sudah pencen, orang-orang tua di kampung yang menggunakan kereta lama untuk tujuan pergi ke pekan yang mana sumber kewangan mereka-mereka adalah terhad. Ia pastinya akan membebankan mereka. Mereka ini sebenarnya tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang ketika ini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

4. Kerajaan perasan atau tidak kereta-kereta lama seperti honda accord CB2 yang tidak silap saya keluaran tahun 1992 dan model Nissan Sunny contohnya lebih elok daripada kereta Nasional yang ada sekarang ini. Jadi diminta berubahla…Proton. Jangan berada ditakuk lama. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya Proton perlu berdaya saing dan buat yang terbaik dalam setiap keluaran produk mereka.

5. Dengan kemudahan dan pusat Puspakom yang terhad, kasihan kepada golongan tuan yang berumur sekitar 55 tahun ke atas yang terpaksa beratur lama semasa pemeriksaan kenderaan di Puspakom.

6. Kenapa kerajaan perlu mewajibkan pemeriksaan Puspakom untuk setiap tahun? Alasan keselamatan? Tahukah kerajaan, kebanyakan kemalangan yang berlaku hari ini melibatkan kereta lama atau kereta baru? Bagaimana pula keadaan jalan berlubang dan banyak yang rosak. Ada tindakan drastik?

7. Pihak yang mahu melaksanakan arahan ini, adakah sudah turun pandang melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan oleh Puspakom, dan mendengar rungutan pengguna kenderaan yang sudah berpengalaman melalui pemeriksaan Puspakom selama ini? Mereka kena beratur berapa lama.

8. Kenapa kerajaan susah sangat mahu mengurangkan cukai import kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan arahan seperti ini, kemudiannya baru boleh boost perchasing power untuk kereta baru.

9. Dengan bilangan yang terhad, Puspakom hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar sahaja. Adakah Puspakom sudah mempunyai kemampuan untuk mengendalikan pemeriksaan pada skala besar sehingga pelanggan tidak perlu menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010

10. Kenapa kerajaan suka membandingkan polisi ini dengan negara-negara maju? Banyak faktor lain yang membolehkan negara-negara maju amalkan polisi ini seperti harga kereta yang lebih rendah, pendapatan/kuasa beli, kemudahan pengangkutan awam yang amat canggih. Kenapa faktor ini tidak dibandingkan? Wahai kerajaanku yang dikasihi, rakyat hari ini makin celik. Mesti ingat.

11. Adakah kerajaan sudah bersedia yang mana ada kemungkinan berlakunya peningkatan pengambilan rasuah dikalangan kakitangan Puspakom sendiri supaya pelanggan dapat melalui “prosedur dengan cara mudah dan cepat”.

12. Kerajaan adakah pernah terfikir prosedur ini amat merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala. Tetapi kalau tidak bernasib baik, pemeriksaan yang dilakukan Puspakom akan ada yang tak kena. Ini kerana Puspakom mahu memastikan standard kenderaan yang berusia lebih 15 tahun tip-top dan terbaik seperti kerta baru. Semuanya mesti PERFECT

13. Saya mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan negara kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?

SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM

Mamat Mongolia yang mudah lupa...


Tak kan tak ingat kot...siapa pengerusi umno Kedah...bukan Shafie Apdal ke...mana datang mamat ni...sabah la dol...apa ke halnya jaga Kedah...

Terengganu pun sama jugak....siapa pengerusi umno...bukan Hishamuddin Tun Hussien...ni bukan orang johor ke...

Nak tempelak orang lain....cermin-cerminlah diri sendiri dulu...

PKR hanya petah bercakap tetapi gagal urus parti - Najib

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya hanya petah bercakap tetapi gagal menyelesai dan mengendalikan pelbagai masalah dalam parti itu dengan baik.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, bukti terbaru ialah huru-hara yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Sabah apabila melantik pemimpin Semenanjung bagi menerajui negeri tersebut.

"Takkan pemimpin Semenanjung nak jadi pemimpin (ketua) di Sabah, ini tidak masuk akal, saya juga tidak tahu apa yang terjadi kepada sistem berparti mereka hinggakan Kabinet bayangan pun tidak reti nak buat, sampai ada beberapa orang akan pegang satu jawatan menteri.

"Malah ada juga di negeri (yang dimenangi) tidak mempunyai wakil daripada parti lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang yang mana wakil rakyat Pas tidak dilantik menganggotai kerajaan negeri.

"Berbeza dengan kita yang mewujudkan kerajaan di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya daripada Gerakan, UMNO tetap dilantik wakilnya," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini.

Najib turut mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang adakah mereka ini pejuang sejati kepada masyarakat berbilang kaum sama seperti yang dimainkan BN.

"Inilah tanggungjawab besar yang perlu dimainkan oleh parti komponen BN untuk menyedarkan rakyat supaya jangan hanya memilih parti berdasarkan faktor luaran," katanya.

Najib berkata, rakyat perlu disedarkan bahawa peri pentingnya menilai rekod cemerlang dan BN telah terbukti amat baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum lalu adalah kerana kita sudah hilang sentuhan dengan rakyat. Kita dah sedar, insaf dan faham, BN terima apa yang rakyat mahu dan kita akan berubah untuk lebih baik," katanya.

-Utusan Meloya

Orang kito