Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, November 04, 2009

Krisis Dalaman MCA Makin Kusut, Kini Miliki 'Dua' Timbalan Presiden


Bukan sahaja MCA yang kusut, PPP kusut juga, MIC dah berserabai, GERAKAN dah hancur lebur, ada menteri pun yang masuk dari belakang, bukan pilihan rakyat pun.

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Krisis dalaman MCA semakin kusut setelah parti itu menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden parti itu Selasa.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, Selasa sebulat suara menerima keputusan ROS itu dengan alasan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Okt lepas tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya Dr Chua dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua Soi Lek, dengan itu Datuk Seri Liow Tiong Lai akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya. Ong berkata parti itu tidak akan menghalang jika Liow mahu mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu selepas ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa mesyuarat itu juga menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru parti seperti yang didesak 16 anggota Jawatankuasa Pusat itu sebelum ini. Sementara itu, Dr Chua berkata beliau tidak terkejut apabila menerima surat keputusan ROS pukul 11.30 pagi Selasa.

"Setiap masa saya berasakan saya masih Timbalan Presiden jika merujuk kepada perlembagaan parti," katanya secara ringkas. Satu sidang media berasingan diadakan untuk Liow menyatakan pendirian mengenai keputusan terbaru itu. Liow secara sinis berkata MCA kini mempunyai Timbalan Presiden 'kembar' memandangkan beliau juga masih berhak untuk menduduki kerusi itu.

"Saya akan mencabar keputusan ROS, dan saya juga akan menggunakan hak saya untuk ke mahkamah untuk mencabar pengisytiharan ini," tegas Liow yang ditemani Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Liow berkata keputusan ROS itu melanggar perlembagaan parti kerana ROS tidak mempunyai hak mencampuri keputusan Mesyurat Luar Biasa MCA pada 10 Okt lalu apabila menolak resolusi ketiga supaya mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua.

"Apabila Jawatankuasa Pusat menggunakan Perkara 174 bagi mentafsir dan mengenalpasti maksud Aturan EGM, ia tidak boleh dipersoalkan, dicabar, disemak semula atau ditolak olah mana-mana mahkamah perundangan. Kedudukan ini adalah dengan sokongan penuh Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," kata Liow. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito