Adalah amat mustahil Najib akan melaungkan kerajaan perpaduan jika sekiranya tiada pihak yang akan membalas sahutannya...
Tak kan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan...mesti ada tangan-tangan ghaib yang menyambut tepukan Najib dengan isu kerajaan perpaduan.
Apakah tidak serik lagi dan tidak menjadi ingatan pada mereka ini dengan apa yang terjadi pada ADUN-ADUN yang melompat ini....
Di kala UMNO terkapai mencari talian hayat, ada juga manusia yang tidak ingat dah mudah lupa dengan perkara dan sejarah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin yang terdahulu.
Ingatan pada ADUN dan MP Pakatan Rakyat...jangan dilepaskan anjing yang tersepit tatkala terlepas nanti dibahamnya balik...habis lunyai semuanya
Maka...berhati-hatilah sebelum menunaikan permintaan sang saka ini...salam
Kerajaan Perpaduan Penuhi Tuntutan Agama, Bukan Politik: Kata Najib
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Umno sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.
"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.
"Kita hendak cari sesuatu yang baik...sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" Pas.
Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan Pas.
"Saya tidak tahu apa pendirian Pas sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin Pas)," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan