Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, November 02, 2009

cara 1malaysia berniaga dengan rakyat miskin...


1. Kenapa MITI sejak dahulu tidak pernah mengkaji apakah sebabnya ada sebanyak 1 juta kenderaan yang berusia lebih daripada 15 tahun kenderaan di jalanraya dan 2.7 juta bagi kenderaan yang berusia melebihi 10 tahun sehingga Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi. Pernah atau tidak kerajaan terfikir?

2. Rakyat Malaysia bukan semuanya kaya. Mereka tidak ada duit untuk mereka membeli kereta baru bukan seperti taukey besar, pegawai tinggi ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana. Jadi itu sebabnya mereka menggunakan kereta lama. Nak beli kereta baru sehingga menyebabkan orang kerja gomen terpaksa buat loan sehingga 9 tahun. Yang pastinya pelaksanaan kali ini adalah tindakan secara halus kerajaan untuk merancakkan lagi pasaran kereta Nasional. Yang menjadi persoalannya, mengapa harga kereta dan tax di negara kita terlalu tinggi dibandingkan negara lain?

3. Pernah ker kerajaan Malaysia terfikir yang mana majoriti yang pakai kereta lama berumur lebih 15 tahun, kebanyakannya adalah dikalangan pakcik makcik yang tinggal di pedalaman dan felda, rakyat yang berpendapatan rendah, individu yang sudah pencen, orang-orang tua di kampung yang menggunakan kereta lama untuk tujuan pergi ke pekan yang mana sumber kewangan mereka-mereka adalah terhad. Ia pastinya akan membebankan mereka. Mereka ini sebenarnya tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang ketika ini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

4. Kerajaan perasan atau tidak kereta-kereta lama seperti honda accord CB2 yang tidak silap saya keluaran tahun 1992 dan model Nissan Sunny contohnya lebih elok daripada kereta Nasional yang ada sekarang ini. Jadi diminta berubahla…Proton. Jangan berada ditakuk lama. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya Proton perlu berdaya saing dan buat yang terbaik dalam setiap keluaran produk mereka.

5. Dengan kemudahan dan pusat Puspakom yang terhad, kasihan kepada golongan tuan yang berumur sekitar 55 tahun ke atas yang terpaksa beratur lama semasa pemeriksaan kenderaan di Puspakom.

6. Kenapa kerajaan perlu mewajibkan pemeriksaan Puspakom untuk setiap tahun? Alasan keselamatan? Tahukah kerajaan, kebanyakan kemalangan yang berlaku hari ini melibatkan kereta lama atau kereta baru? Bagaimana pula keadaan jalan berlubang dan banyak yang rosak. Ada tindakan drastik?

7. Pihak yang mahu melaksanakan arahan ini, adakah sudah turun pandang melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan oleh Puspakom, dan mendengar rungutan pengguna kenderaan yang sudah berpengalaman melalui pemeriksaan Puspakom selama ini? Mereka kena beratur berapa lama.

8. Kenapa kerajaan susah sangat mahu mengurangkan cukai import kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan arahan seperti ini, kemudiannya baru boleh boost perchasing power untuk kereta baru.

9. Dengan bilangan yang terhad, Puspakom hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar sahaja. Adakah Puspakom sudah mempunyai kemampuan untuk mengendalikan pemeriksaan pada skala besar sehingga pelanggan tidak perlu menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010

10. Kenapa kerajaan suka membandingkan polisi ini dengan negara-negara maju? Banyak faktor lain yang membolehkan negara-negara maju amalkan polisi ini seperti harga kereta yang lebih rendah, pendapatan/kuasa beli, kemudahan pengangkutan awam yang amat canggih. Kenapa faktor ini tidak dibandingkan? Wahai kerajaanku yang dikasihi, rakyat hari ini makin celik. Mesti ingat.

11. Adakah kerajaan sudah bersedia yang mana ada kemungkinan berlakunya peningkatan pengambilan rasuah dikalangan kakitangan Puspakom sendiri supaya pelanggan dapat melalui “prosedur dengan cara mudah dan cepat”.

12. Kerajaan adakah pernah terfikir prosedur ini amat merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala. Tetapi kalau tidak bernasib baik, pemeriksaan yang dilakukan Puspakom akan ada yang tak kena. Ini kerana Puspakom mahu memastikan standard kenderaan yang berusia lebih 15 tahun tip-top dan terbaik seperti kerta baru. Semuanya mesti PERFECT

13. Saya mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan negara kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?

1 ulasan:

  1. Great ! Suara saudara seharusnya bergema di Parlimen.

    BalasPadam

Orang kito