Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Ogos 08, 2009

isu arak untuk tutup isu gula, tambang dan minyak naik dan mansuh ISA!!!



Isu arak di Selangor cuma untuk menutup isu kematian Beng Hock, isu ISA, isu gula, isu tambang dan isu petrol yang akan naik september ini..........UMNO dulu kini dan selamanya penipu...

Selamat menjamu selera tengahari....

arak..apa kata umno haramkan seluruh negara??? ada berani...

Yang ni kutu mana pulak yang dok tonggang arak...
islam atau bukan islam???
melayu atau bukan melayu???
Apa kata kita lakukan seluruh negara arak diharamkan???

Beranikah pemimpin UMNO BN MELAYU ISLAM bertindak!!!!....apa kata haramkan seluruh negara.






Jangankan arak...mufti pun umno selangor pecat!!!

UMNO Pernah PECAT MUFTI Selangor Kerana ARAK !!

Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap Ronie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini,

Mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia yang telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam. Bila tersebar berita 3 wanita Melayu digari keluar kerana menyertai pertandingan ratu cantik, Umno pada ketika itu dari pemuda, MB , Menteri hinggalah Perdana Menteri Malaysia mengutuk tindakan penguatkuasa Jais, dan yang amat malang yang dihentam teruk oleh pemimpin Umno pada ketika itu ialah Mufti Selangor yang kita sayangi dan sanjungi kerana Ilmunya Almarhum TG Ishak Baharum.

Tidak cukup TG Ishak Baharum di hentam di media dan di dada dada akhbar, TG Ishak Baharum di pecat Kerajaan Umno pada tahun 1997.

Ingat !! yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO.

Kita imbas sekali berita tersebut melalui rekod wikipedia :

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah ‘dipecat’ daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah ‘tidak memperbaharui kontrak’ beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.
Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.
Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pertandingan ratu cantik
Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk “Mufti lawan Mahathir”. [2]

Islam dan Kefahaman

Dalam hal arak di Selangor saya tidak bersetuju kepada kedua dua pemimpin Pakatan, Pertama kepada Ronie Liu dan kedua Kepada Hassan Ali. Bagi saya Ronie harus diberi kesedaran terhadap “Hak Orang Islam” dalam kita melaksanakan Syariah, dan dalam hal Hassan Ali dia harus sedar dia juga tiada hak memutuskan Ronie mesti dipecat atau apa sahaja tindakan yang telah menjadi asas dalam PR untuk ia dibawa kedalam mesyuarat bersama. Dan menjadi tanggung jawab PAS menyampaikan ” kefahaman Islam ” kepada rakan bukan Islamnya. Bukan menghukum mereka. walaupun tindakan Ronie Liu itu salah, tetapi tidak menjadi kesalahan baginya mempertahankan arak dari kedai bangsanya kerana agamanya tidak meng”haram”kan arak. Sampaikan beer dan arak pun Pas tak dapat terangkan perbezaaanya, ia satu kegagalan mesej dakwah dan “kefahaman” kita kepada bukan Islam.

Saya melihat apa yang berlaku dalam pentadbiran PR di Selangor seolah olah PAS cuba menjauhkan diri dari “kebersamaan” dalam pentadbiran menyebabkan antara mereka kurang kefahaman. Diantara komponen dalam PR Selangor seolah oleh hanya merebutkan Ghanimah atau harta kemenangan setelah menang dalam peperangan, berbeza dengan PAS Perak , dimana Nizar berjaya menyampaikan kefahaman mereka sehingga mereka “respect” dan kenal serba sedikit berkenaan Islam.

Selain Nizar , keterbukaan bekas Pesuruhjaya Ust Ahmad Awang membawa satu dimensi baru Islam kepada bukan Islam, Nizar dan Ust Ahmad Awang boleh berceramah dan menerangkan maksud ayat Quran kepada bangsa lain tanpa rasa takut dan asing kepada bukan Islam. Itulah kejayaan terbesar Islam apabila kebaikan “Islam ” itu dapat difahami dan dilaksanakan.

*artikel akan datang saya akan dedahkan penyelewengan Pas Selangor dalam Muktamar baru baru ini…

Lawan Tetap Lawan

sumber Perakexpress.com

satu lagi laman Pro Pakatan Rakyat....undi mansuh ISA



Setakat jam 12.15 AM, hari sabtu, 08 Ogos 2009...90 peratus bersamaan 9343 orang menyokong mansuh ISA....

MANSUH ISA...ISA MANSUH!!!

Jumaat, Ogos 07, 2009

lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji








Jawapan dari Tengku Razaleigh Hamzah kepada YAB Menteri Besar Kelantan.

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)
sumber:tranungkite.net

bye bye cyberjaya...bye bye MSC...ribu juta akan rugi



Setelah bermacam-macam helah tak berjaya, sekarang dengan bangganya Rais anak Yatim nak meng'sensor'kan pulak website.

Kalau 'demo', umno kata rugi 10 juta atau 20 juta tetapi dengan dungu ini maka dengan ini, bukan puluh juta malah berbillion ringgit akan rugi akibat tindakan
menteri yang satu ini.

Macam ni bukan kata para pendemo jer lari, rakyat lari, pelabur lari, pemain-main industri IT semua lari, pelancong pun lari sebab tengok kerajaan pun tidak ada keyakinan diri untuk memerintah.

MSC merujuk pada dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Pelabur melihat ini adalah salah satu ciri sebagai sebuah negara terbuka dan mengamalkan demokrasi.

Jika ini dilaksanakan maka kita tidak ubahlah seperti China, Iran malahan serupalah seperti Korea Utara.

Maka dengan sendiri terhapuslah demokrasi maka bertapaklah fahaman komunis, kuku besi yang menidakkan hak rakyat serta memberikan gambaran betapa hodohnya kepimpinan yang ada untuk menidakkan kuasa dan suara rakyat.

Malaysia melangkah ke belakang lagi....sedang ekonomi tenat ditambah pula dengan pemikiran cara primitif kepimpinan umno yang ada, kita makin hanyut dan ketinggalan.

Maka bersorak gembiralah si pencacai apabila dibodohkan pemimpin manakala kita pula meratap sedih dengan semakin matinya demokrasi di era pemerintahan Najib Altanyuya


Rais: Internet filter to keep out porn - Malaysiakini

Information Communication and Culture Minister Rais Yatim today confirmed media reports that the government was considering imposing an Internet filter to block "undesirable" websites.

Source: www.malaysiakini.com

The government yesterday put out a tender for companies to help filter the Internet. Now, in places like China and Iran, this happens quite regularly. But in Malaysia — well, there’s a first that should go into the Malaysia Book of Records.

Najib cakap lain...mamak zambery cakap lain..apa da???

Najib cakap kalau berhimpun suruh mintak stadium...mamak zambry pulak cakap lain pulak...apa yang ko merepek ni lerrrrr.


Pas Mohon Guna Stadium Perak Untuk Berseronok: Dr Zambry a.k.a Mamak Pangkoq

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran itu di Stadium Perak.

Zambry berkata sebarang bentuk demonstrasi atau apa juga namanya perlu diadakan berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan, katanya selepas melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat negeri di kediaman rasminya di sini pada Khamis.

"Pembangkang dah buat macam-macam dah, merata-rata buat program (untuk mendesak bubar DUN)...sama ada (pihak berkuasa) bagi kebenaran atau tidak, mereka tetap buat juga," katanya.

-- BERNAMA

Khamis, Ogos 06, 2009

selagi namanya undi...tak satu pun yang sokong umno




Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.

Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."

Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.


sumber:www.malaysiakini.com

Dalam laman web sendiri pun rakyat tak sokong....macam mana kata 1 malaysia sokong...

umno melopong lagi...7-0 la jawabnye

Penduduk Kampung Buah Pala ditawarkan rumah dua tingkat sebagai pampasan.

Penduduk kampung tersangatlah berpuas hati kerana mengikut rata-rata kes seperti yang berlaku ini,pampasan yang diberikan cumalah dalam anggaran RM30,000 sahaja.

Yang penting win-win situation menjadikan UMNO melopong lagi di PRK permatang pasir.

Pada bakal calon PAS...selamat berusaha dan maju jaya....Takbir!!!



Penang Govt Job Done On Kampung Buah Pala
Posted by: conan_msia
It seems that most Penangites have considered the offer of a double-storey house as compensation to the villagers is Very, Very Good.
In fact, in most other cases, the offered were around RM30,000 only.
So, from today onwards we want YAB Lim Guan Eng and Penang govt to carry out their other important duties for the state. DON'T WORRY, WE SHALL CONTINUE TO SUPPORT YOU IN THE NEXT GENERAL ELECTION.

sian betul, cuma mereka dan kroni aje yang melatah






Kalau cuma 20 peratus yang kata demo mansuh ISA menyusahkan...maksudnya apabila mereka terpekik terlolong mengatakan rugi 200 juta...20 juta, semuanya auta belaka.

Cuma menjustifikasi tindakan luar batasan manusia, apabila majoriti 80 peratus rakyat malaysia mengatakan tidak menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Padahal apabila rakyat Malaysia berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, pendapatan penjaja dan peniaga bertambah.

Keuntungan berlipat ganda bagi peniaga dan tokey gedung-gedung perniagaan di Sogo, Masjid India dan KLCC.

Keuntungan operator pengangkutan awam pun bertambah......

Yang menjadikan rugi apabila yang mengganggu ketenteraman awam adalah mereka yang tidak mengerti dan buat-buat tak reti tentang hak berhimpun dan bukannya rakyat biasa yang keluar meluahkan perasaan tanpa menjejaskan kehidupan harian masyarakat di Kuala Lumpur.

Rabu, Ogos 05, 2009

korban H1N1 bertambah menjadi 12 kematian

Empat kematian hari menjadikan 12 orang setakat ini.........
Tiga kematian membabitkan kanak-kanak berumur 3 tahun, 12 tahun dan remaja berumu 20 tahun, kesemuanya mati di Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009.

Kematian yang keempat adalah kanak-kanak berusia 6 tahun di Hospital Batu Pahat pada rabu jam 2.30 pagi. Kematian yang kedua dicatatkan di Johor.

Rasanya keadaan semakin teruk ini boleh menyebabkan lebih ramai yang akan mati jika tiada tindakan pantas daripada kementerian kesihatan.


A(H1N1): Four more deaths, total at 12 (Update)


PETALING JAYA: The Influenza A(H1N1) virus claimed four more lives, bringing the total number of fatalities in Malaysia to 12.

Three patients were a three-year-old, a 12-year-old and a 20-year old who all died at the Malacca Hospital on Aug 3, Health Ministry director-general Tan Sri Ismail Merican said on Wednesday.

The fourth was a six-year-old boy who died at 2.30am Wednesday at the Batu Pahat Hospital, the second such death in Johor.


Overall, there were 16 new cases of A(H1N1) infection recorded over the past 24 hours, bringing the accumulated total in Malaysia to 1,476 since the outbreak.

In MIRI, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai warned those with even a mild case of flu to immediately isolate themselves from their family and the general public to curb the flu.

He added that the worsening haze in the country was going to make the A(H1N1) situation worse.

On Tuesday, the air quality in five areas reached unhealthy levels as the number of hotspots in Sumatra and Kalimantan increased drastically.
--thestar.com.my

11 kematian dicatatkan...kementerian kesihatan apa cerita?

Tiga Lagi Kematian Akibat H1N1 Menjadikan 11 Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2009
Sebanyak tiga lagi kematian akibat influenza A(H1N1) dilaporkan menjadi 11 kematian dengan 1,476 kes dilaporkan diseluruh negara setakat ini.
-- BERNAMA


A(H1N1): Three more deaths, total at 11

PETALING JAYA: The Influenza A(H1N1) virus claimed three more lives, bringing the total number of fatalities in Malaysia to 11.

The three patients were a three-year-old, a 12-year-old and a 20-year old who all died at the Malacca Hospital on Aug 3, Health Ministry director-general Tan Sri Ismail Merican said on Wednesday.

There were 16 new cases of A(H1N1) infection recorded over the past 24 hours, bringing the accumulated total in Malaysia to 1,476 since the outbreak.
--thestar.com.my

Gula oh gula....


ehsan:hanief.blogspot.com

Bila tiba ramadhan....gula pun menghilangkan diri...lepas ni tepung...lepas tu minyak masak...kemuncak ayam....skrip sama berulang kembali

Selasa, Ogos 04, 2009

Dalam dok menghasut...terlupa utusan melayu dah jadi utusan malaysia

Menghasut dan provokasi tapi satu tindakan pun tidak dikenakan terhadap lidah pembelit umno ini.

UTUSAN sepatutnya didakwa akta hasutan dan akta cetak.....


Siapa yang jadikan ITM UiTM???

Siapa yang mansuhkan kuota melayu???

Siapa yang jual saham PNB untuk orang melayu??

Siapa yang dipukul dan siapa yang memukul orang melayu dalam perhimpunan mansuh ISA??

Siapa yang mengadaikan batu putih di Johor???

Siapa yang jual pasir pada singapura???

Siapa yang jual air mentah pada singapura dengan harga yang teramat murah???

Siapa yang mengadaikan hak dan kepentingan orang melayu???

Kalau bukan UMNO siapa lagi????


>
Melayu jangan jadi bacul — Noor Azam

Jangan bicara perkauman jika bangsa sendiri pun mengkhianti bangsanya sendiri....
Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh Umno sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. “Ketuanan Melayu Tercabar” — 13 April 2008.

2. “Henti Guris Melayu — Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak” — 6 November 2008.

3. “Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan” — reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — 30 November 2008.

4. “Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan” — 15 April 2009.

5. “Peringatan Sultan Azlan — Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam” — 20 April 2009.

6. “Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM” — 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan — dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, “Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12.”

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun bangun juga.

Pertubuhan Melayu — yang lama dan baru — hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan “Kaki Dalam Kasut”. Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan Umno.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India — khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut “hak, keadilan dan demokrasi”.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.


Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.

Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah.

Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.

Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan “kemarahan dan kebencian” rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi “kemarahan dan kebencian” yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan “orang yang bacul, akan mati sebelum mati”.

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: “Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?”

Dalam artikel “Kaki Dalam Kasut”, Dr. Mahathir mengingatkan: “Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.


Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.”

Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi? — Utusan Malaysia

Kes Nurin tak berpenghujung..gi tangkap budak beli kasut pulak

Memang cekap...cepat dan betul...tangkap budak beli kasut sedangkan kes Beng Hock hingga kini senyap....altantuya senyap....Nurin senyap....Malaysia boleh



Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.

Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.

“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan dating ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.

“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.

Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.

Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.

“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.

“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA


sumber:wargamarhaen.blogspot.com

Pro ISA merusuh...Polis apa cerita? gi la tangkap

Ganas lar sangat....ramai-ramai jantan nak pukul seorang wanita...dimana polis????
kalau geng anti ISA korang sepak terajang....yang hamlau dok ramai-ramai pukul sorang je wanita...lupa pulak....1Malaysian punya angkara la ni



Isnin, Ogos 03, 2009

demo jalanan bukan cara kite......


sumber ehsan :hanief.blogspot.com

Abis tu yang dok terpekik terlolong atas bumbung kereta tu sapa pulak....tak kan firaun kot!!!

tak malu, dah la tak dapat sambutan...ngadu pulak!

Berapa orang pro-ISA???? 21 orang aje...isk isk isk ramai tu...campur polis campur FRU campur SB...ramai la tu.



Dah la tak dapat sambutan...machai-machai brahim ali siap dengan baju subsidi lagi .
Mancho la bang rambut karat tu isk isk isk....

Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat".

Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun berkata, demonstrasi penunjuk perasaan anti-ISA tidak mengikut arahan polis dan telah menyebabkan kesusahan kepada orang awam dan peniaga.


"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangannya membawa isu demonstrasi besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lepas kepada pihak Suhakam pada jam 3 petang ini.

Ditanya kenapa perkara itu diadukan kepada Suhakam, Rahimuddin berkata: "Tindakan GMI telah menggangu hak asasi orang awam".

Rahimuddin, beserta 20 exco Pewaris juga akan mengadukan kepada Suhakam mengenai penggunaan Masjid Negara sebagai tempat awal berkumpulnya penunjuk perasaan anti-ISA.

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI itu.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kumpulan pro-ISA pula - yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil - bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan

sumber:malaysiakini.com

sapa buat rugi 200 juta...rakyat atau polis???

Habis kuih-muih orang meniaga...apa punya turr...kan berniaga tu bangsa awak jugak....
kulit sawo matang, orang melayu...habis rugi teruk

kalau nak sembur pun...agak-agak la...sekarang yang buat rugi 200 juta tu, angkara siapa???

Ingat sikit siapa bagi rezeki tu....bukan najib...bukan umno tapi ALLAH.

Esok ditarik rezeki baru padan muka...tolonglah cari rezeki halal

cerita dua semenanjung.....

Tak serupa tapi sama...ZALIMMMMMMMM...Guna kekerasan keatasan rakyat marhaen
sama samseng sama ganas

SEMENANJUNG MALAYSIA









SEMENANJUNG GAZA






Ahad, Ogos 02, 2009

Panas!!! orang derih jusoh ditahan SPRM...

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama




Nama Rosli Bin Othman

No Kad Pengenalan 671124-11-5203

Tarikh Lahir 24hb November 1967

Alamat No 1207-1, Kg Gong Chengal,
24210 Kemasik Kemaman.
Terengganu.

Haram dan tidak haram...Mansuh ISA!!!

Sempena Mansuh ISA....HIDUP RAKYAT!!!REFORMASI.......





video ehsan hanief.blogspot.com

70,000 orang atau 70,000 ekor semut???












Kumpulan pro-ISA serah memorandum kepada Istana
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-ISA yang gagal himpunkan 70,000 orang yang disasarkan, menyerahkan memorandum kepada Istana Negara lewat petang semalam.

Ia diserahkan oleh Mohd Khairul Azamdin, penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, di pintu belakang Istana kira-kira pukul 5.30 petang.

Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online bahawa hanya seorang wakilnya pergi ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

"Oleh kerana pihak polis tidak akan benarkan ramai orang dan atas faktor keadaan hari ini, kami memutuskan untuk menghantar seorang sahaja dan menyerahkan memorandum telah berjaya diserahkan," katanya.

dulu, kini dan selamanya PENIPU!!!!!

Perhimpunan berjaya dihalang

Oleh wan noor hayati wan alias, tan ming wai dan ashriq fahmy ahmad
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dirancang berlangsung hari ini.

Tindakan pihak polis 'membendung' kemasukan penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Sekatan polis bermula sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.






15,000 banjiri ibu negara

KUALA LUMPUR- Lebih daripada 15,000 orang memenuhi ibu negara semalam bagi menyertai perhimpunan anti-akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan di beberapa lokasi utama Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang didakan di beberapa lokasi tumpuan seperti di Masjid Negara , Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka telah bertukar ‘medan perang’ apabila pihak polis telah menghalang daripada perarakan menuju ke Istana Negara. :

Bagi tujuan tersebut, Unit Pasukan Persekutuan (FRU) yang dihantar dari beberapa lokasi telah bertindak menggunakan gas pemedih mata serta meriam air untuk menyuraikan keadaan.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang hadir dalam perhimpunan termasuk ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.:

Turut kelihatan ialah dua Presiden Pas, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Bagaimanapun mereka tidak sempat menghabiskan ucapan di pejabat pekarangan Pas apabila pihak polis mula bertindak menyurai penyokong dengan menyembur gas pemedih mata.

sumber:sinarharian.com.my

Scores held after Malaysia protest

Witnesses estimated that as many as 20,000 demonstrators took to the streets for the protest against Malaysia's Internal Security Act (ISA) on Saturday.

The protesters, some wearing opposition T-shirts and headbands, massed at Kuala Lumpur's main mosque, a shopping mall and a train station.

Police repeatedly fired volleys of tear gas and water laced with stinging chemicals to disperse the crowds after they began marching toward the national palace.

Organisers said they intended to present a 10-point memo to the king, including demands for the abolition of ISA and the closure of a camp in northern Perak state where detainees are held.

Over 580 people were arrested, according to the police, but most were later released.

If those remaining in custody are charged with illegal assembly, they could face up to a year in prison and a fine if convicted.

Source: Al Jazeera and agencies

Muslimah memimpin ummah....Takbir!!!



Ehsan dari malaysiakini TV

MANSUH ISA: 526 sudah bebas; 63 lagi ditahan



PETALING JAYA: Seramai 526 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

sumber:mstar.com.my


Thousands of people have demonstrated in the Malaysian capital, Kuala Lumpur, against a controversial, decades-old law allowing detention without trial.

Police fired tear gas at protesters as they began a march towards the national palace calling for reform. Government officials had warned they would crack down on protests.

Security forces made dozens of arrests. Prime Minister Najib Razak said he had already agreed to review the controversial Internal Security Act.

sumber:BBC

Berjaya....koleksi video mansuh ISA 1/8/2009







Orang kito