Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Ogos 02, 2009

MANSUH ISA: 526 sudah bebas; 63 lagi ditahan



PETALING JAYA: Seramai 526 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa.

sumber:mstar.com.my


Thousands of people have demonstrated in the Malaysian capital, Kuala Lumpur, against a controversial, decades-old law allowing detention without trial.

Police fired tear gas at protesters as they began a march towards the national palace calling for reform. Government officials had warned they would crack down on protests.

Security forces made dozens of arrests. Prime Minister Najib Razak said he had already agreed to review the controversial Internal Security Act.

sumber:BBC

2 ulasan:

  1. 589 ditahan polis termasuk 44 remaja bawah umur.ada media totok umno laporkan sebagai kanak-kanak.

    aneh dalam media pengampu dilaporkan hanya 438 yang ditahan.
    demo dipersalahkan kerana menganggu ketenteraman dan merosakkan bisnes padahal sesiapa yang hadir tambah dengan info wartawan antarabangsa,polis yang mencetuskan huru-hara dengan semburan gas pemedih mata dan air gatal yang telah dilepaskan oleh trak FRU.

    Ada juga pendemo yang dipukul FRU atau SB.Paling menyedihkan orang ramai yang hendak bersembahyang di masjid negara dan masjid jamek tidak dibenarkan berbuat demikian.ada pulak mereka ini yang menyuruh sembahyang di masjid india.

    inilah sikap tak profesional polis.kenapa hendak ditahan mereka yang hendak bersembahyang.lainlah kalau selepas itu mereka berdemo.barulah boleh ditahan.akhirnya polis akur kerana jumlah yang hendak bersembahyang terlalu ramai dan tidak mampu dihalang lagi.

    tok tak tahulah polis sembahyang ke tidak hari tu.sebelum masuk ke dalam masjid negara,pemeriksaan dilakukan oleh polis.ada yang ditahan kerana gagal melepasi pemeriksaan.pintu pagar depan masjid negara telah ditutup dan orang ramai dibenarkan masuk ikut pagar belakang.

    boleh dianggarkan 95% pendemo adalah Melayu dan sikap polis terhadap bangsa sendiri amatlah dikesali.dr hatta ramli menjadi mangsa belasahan FRU dan bajunya koyak rabak sampai nampak dada
    .Mujurlah beliau telah diselamatkan orang ramai.kekejaman polis tidak dilaporkan dalam media totok umno.tidak mengapa kerana media antarabangsa termasuk al jazeera,bbc dan cnn telah melaporkannya.

    Pakatan rakyat wajar menghantar bantahan kepada SUHAKAM dan PBB kerana kekejaman kerajaan BN memperalatkan polis menghalang demonstrasi aman anti ISA.

    Tok ingin bertanya sedikit mengapa tidak ramai bukan melayu yang hadir semalam.bukankah perjuangan memansuhkan ISA tanggungjawab semua rakyat Malaysia.Politik bukan sekadar berkata-kata dan memainkan orang ramai.itu politik ibrahim ali yang kelibatnya tidak kelihatan semalam walaupun dengan berlagaknya berkata akan menghadiri demo pro ISA.

    Perjuangan memansuhkan ISA tanggungjawab bersama.Sudah sampai masanya Bukan Melayu mengerti perkara ini dan berjuang bahu membahu bersama rakan-rakan Melayu dalam Pakatan Rakyat.

    Segala kekejaman polis itu eloklah dipaparkan dalam You Tube agar mereka malu sendiri melihat kebodohan mereka ditayangkan pada khalayak umum serata dunia.

    Pakatan rakyat perlu mendesak KPN dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekejaman semalam.

    BalasPadam
  2. demo anti isa semalam berjaya kerana bukan sahaja berjuta-juta rakyat malaysia melihat kekejaman polis tetapi seluruh dunia sendiri telah menyaksikan polis menggunakan cara primitif dengan bertindak kejam terhadap pendemo.kini,jelaslah persepsi malaysia kini menjadi sebuah negara polis

    BalasPadam

Orang kito