Nampaknya isu APCO yang cukup hebat bakal menggugat kredibiliti UMNO dan BN di dalam pilihanraya umum di Hulu Selangor April ini.
Sudah seperti yang dijangka sebelum ini, kini sudah keluar amaran dari Ketua Polis Negara untuk tidak mengsensasikan isu tersebut di dalam tempoh berkempen. Pasti best ....
Baca laporan di utusan malaysia hari ini.
Jangan politikkan isu keselamatan negara - Musa
KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.
Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.
Sehubungan itu, Musa berkata siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas, Johari Ismail.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Mengenai Aktiviti Jenayah Malaysia-Thailand Ke-20 di Shah Alam, hari ini, Musa berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sumber maklumat yang diperoleh oleh Anwar.
Serentak itu, beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.
"Saya dah cakap sebelum ini bahawa benda (dakwaan) ini tidak ada. Bagaimanapun, kita akan siasat apabila seseorang telah mengatakan ada orang Israel 'masuk' ke Bukit Aman, ia adalah sesuatu yang serius.
"Saya dah arahkan pegawai untuk menyiasat dari mana dia (Anwar) dapat maklumat ini," katanya.
Kawan-kawan dan sahabat handai....
Jumaat, April 09, 2010
Persiapan Rapi Pakatan Rakyat Dalam Menghadapi PRK
Pakatan Rakyat kini telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil P94 di Hulu Selangor . Ini adalah disebabkan oleh kecekapan dan kredibiliti Pakatan Rakyat dalam mengurus sesuatu.
Hal ini dapat digambarkan apabila PKR berjaya menangkis segala tohmahan dan serangan pihak BN dengan begitu tenang sekali.
Barisan Nasional yang kini berkecamuk dengan penamaan calon untuk diletakkan supaya bertanding di Hulu Selangor. Persengketaan yang berlaku antara MIC dan UMNO dikatakan bakal mewujudkan satu fenomena yang membawa kepada kehancuran BN tidak lama lagi. Najib tidak dapat membuat keputusan yang jitu dalam memilih calon ini.
Mari kita perhatikan cara Najib membuat keputusan, kerana apa yang berlaku sebelum ini di pilihanraya kecil UMNO-BN kalah teruk bertanding dengan Pakatan Rakyat. Bagaimana seorang pemimpin seperti Najib ini mempunyai rekod yang teruk dalam berhadapan dengan PRK ini boleh dilantik sebagai pentadbir neara ini.
Lihat kembali kepada prestasi buruknya itu yang hanya membawa kepada kehancuran parti malahan kehancuran Negara Malaysia ini juga.
Pakatan Rakyat kini sudah bersiap sedia untuk menggempur dan bertanding habis-habisan di PRK ini demi uuntuk membuktikan penolakkan keras rakyat terhadap pimpinan BN.
sumber: prkhuluselangor

Khamis, April 08, 2010
Laporan terus dari Hulu Selangor
Penamaan calun P49 Hulu Selangor adalah pada 17hb April 2010. Tidak lama lah lagi. Jentera pilihanraya PKR sudah bersiap sedia dan ada yg sudah menetap di sana untuk memantapkan lagi usaha mengekalkan kerusi tersebut.
Rata-rata orang Hulu Selangor tidak sabar untuk menanti tibanya tempoh berkempen. Yang mahu dengar cerita tentang pelbagai isu yang bakal dibawa oleh pemimpin-pemimpin PR yang akan turun padang.
Pastinya isu seperti APCO dan berkaitan dengannya, bakal menjadi tajuk utama kempen-kempen yang bakal diadakan. Pasti menarik !
Kru anakmudashahalam.blogspot akan bersiaran terus menerus setiap hari bermula dari masa terdekat ini untuk memberikan gambaran jelas keadaan di Hulu Selangor.
Laporan yang akan dibuat nanti berakhir sehingga ke saat pengumuman keputusan itu nanti.
Pastikan anda bersama kami dan kami akan sertakan gambar gambar menarik sepanjang musim pilihanraya P49 ini.
Tunggggguuuuuuu.........!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Langgan:
Catatan (Atom)