Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Ogos 15, 2009

Starbucks now in Bekenu, Miri, Sarawak







Kerusi jemputan sedang mendengar KJ berucap...hehehe






KHAIRY JAMALUDIN BERUCAP PANAS PADA KERUSI HEHEHE....

Khairy Jamaludin dengan marah lagi bengis telah memberi amaran kepada pengkhianat dan bakal pengkhianat.

Ucapan Khairy ini telah didengar dengan kyusuk lagi tawaduk oleh ratusan kerusi yang dibawa hadir. Dalam sesi ceramah politik bertajuk ' Pakatan Retak Menanti Belah' telah diadakan di Perkarangan Tadika Kemas, Jalan Rajawali 6/6 Seksyen 6 Shah Alam.

Dalam ucapannya Khairy telah memberi contoh bahawa orang yang khianat adalah orang yang bermimpi siang dan malam untuk mendapat kuasa.


Sumber:tukartiub.blogspot.com

10000 jadi 400...kah kah kah



Kesian dia kesian dia kesian dia...........

Jumaat, Ogos 14, 2009

7,6,5,6,7,5....setakat ni jumlah 56 orang mati akibat H1N1

Jumlah kematian telah melibatkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes.

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:

1.Seorang bayi lelaki berumur 2 bulan merupakan seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3/8/09 kerana demam, batuk, selsema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan telah diventilasi. Swab tekak telah diambil dan rawatan antiviral telah diberikan pada 6/8/2009. Bayi meninggal dunia pada 12/8/2009 dan ujian Influenza A(H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia.

2.Seorang lagi bayi berumur 2 bulan dimasukkan ke hospital pada 7/8/2009 setelah didapati berada dalam keadaan tidak memberikan tindakbalas serta pucat. Sebelum dari itu, bayi tersebut telah mula meragam dan kurang minum susu semenjak 5/8/2009 tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi adalah kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi. Keputusan ujian Influenza A(H1N1) didapati positif pada 8/8/2009, walaubagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada hari yang sama. Sebab Myocarditis, hepatitis and renal impairment related to H1N1.

3.Seorang wanita berumur 49 tahun, selain dari obes, beliau mempunyai diabetes dan dikesan juga mempunyai tuberkulosis. Beliau mula mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan bulan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29/7/2009 setelah tidak pulih walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia telah di benarkan pulang pada 3/8/2009, walaubagaimanapun dimasukkan semula ke wad pada 7/8/2009 untuk rawatan tuberculosis setelah dikesan mempunyai penyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dah telah diberi antiviral pada 8/8/2009. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009. Sebab kematian adalah pneumonia teruk. Walaubagaimanapun, keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1) yang diterima pada 11/8/2009 didapati positif.

4.Seorang lelaki berumur 57 tahun dan mempunyai diabetes. Mula mendapat simptom batuk dan selesema pada 2/7/2009 tetapi tidak sembuh setelah mendapatkan rawatan. Pada 3/8/2009, sekali lagi pesakit pergi mendapatkan rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dirujuk dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama di mana beliau telah diberikan rawatan anti-viral. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5/8/2009 dan beliau telah meninggal dunia pada 12/8/2009 akibat sepsis disebabkan pneumonia.

5.Seorang lelaki berumur 19 tahun, dimasukkan ke wad pada 7/8/2009 setelah demam dan batuk selama dua (2) hari dan telah diberikan rawatan antiviral. Ujian bagi Influenza A(H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau telah mendapat sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009 akibat pneumonia.

Contoh rakyat didahulukan.....

Macam mana kata pro aktif...sepatutnya mereka yang di klinik kesihatan ditambah jururawat dan doktor bukannya menghalau pesakit...

Andai kata betul positif H1N1 dan lambat dikenalpasti...melayang lagi nyawa-nyawa rakyat tak berdosa ini.

Ini rakyat dikuburkan.....bukan didahulukan

Patients rudely denied treatment

I would like to highlight a shocking incident which happened at Klinik Kesihatan Selayang in Sungai Tua.

The clinic was scheduled to close at 9.30pm but as patients arrived around 8.30pm, there was a sign placed at the counter saying there were no more numbers for patients.

With the high risk of the A (H1N1) flu, it shows great irresponsibility on the part of the clinic staff who rudely turned people away just because they had run out of numbers.

I personally saw the staff at the counter rudely telling a couple with a very sick-looking child to go to Selayang Hospital. I’m not aware of any ruling that allows clinics to turn away patients due to shortage of numbers.

I’m hopeful that action will be taken by the Health Ministry to rectify this situation.

SHOCKED PATIENT,
Selayang.

Letter copy from thestar.com.my

Mengarut dan tiada asas kata peguam.......



Teori Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada prosiding inkues yang menyimpulkan Teoh Beng Hock bunuh diri jelas tidak mempunyai asas dan mengarut.

Kesimpulan yang dibuat oleh Khairul Azman tersebut tidak disokong dengan sebarang ujian dan pemeriksaan asas justeru ia tidak dapat dipertahankan, kata peguam Gobind Singh Deo, peguam kepada mendiang Teoh.

Menurut Khairul Azman, ada kemungkinan teoh telah memanjat tingkap lalu terjun, namun telah dipersoalkan oleh peguam Gobind untuk beliau tunjukkan bagaimana hal tersebut boleh dilakukan TANPA mengabaikan faktor akan wujud kesan genggaman di tingkap jika Teoh memanjat lalu terjun.

Khairul mengakui tidak menemui sebarang kesan di kawasan tingkap.

Sebelum daripadanya, Khairul mengemukan tiga teori sebab-sebab kematian Teoh.

"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.

"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.

"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas beliau.

Kira-kira 10 minit sebelum itu beliau mengemukakan tiga kemungkinan mendiang mati iaitu jatuh dengan tidak sengaja, terjun sendiri atau ditolak.

Dr. Khairul yang menyambung keterangan pagi ini selepas 'berehat' dua hari berkata, "terdapat tiga cara kemungkinan si mati boleh mati."

Pertama Teoh mungkin terbunuh dengan jatuh secara tidak sengaja dan keduanya mungkin si mati terjun sendiri ataupun dengan perbuatan sendiri.

"Ketiganya ialah si mati mungkin dicampak atau ditolak," kata beliau.

Prosiding bermula hari ini dengan saksi ke-10, Pakar Perunding Kanan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim menyambung keterangan dan telah ditangguhkan pada hari Isnin.

Sumber:greenboc.blogspot.com

Angka kematian H1N1:Malaysia No 9 dalam dunia!!!

Influenza H1N1: PM enggan adakan sidang khas parlimen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini, ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.- azm _

Sumber:harakahdaily.net

SPRM dengan PR garang bukan main...dengan BN mandul

Sekali lagi terbukti kemandulan SPRM apabila gagal mengambil sebarang tindakan tegas dalam isu PKFZ (Port Klang Free Zone).

Datuk Tiong King Sing, daripada syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (yang juga Ketua Backbenchers Club Be End) dan pengarah urusannya Mohd. Faisal telah membuat tuduhan yang sangat serius terhadap seorang Menteri kabinet iaitu Dato Seri Ong Tee Keat. Tiong mendakwa telah memberikan sumbangan sebanyak RM10juta kepada OTK bagi kegunaan parti MCA. Manakala Faisal mendakwa OTK telah menggunakan khidmat jet peribadi milik Kuala Dimensi sebanyak empat kali.

Sudah tentu sekurang-kurangnya ada alasan kuat untuk siasatan segera dimulakan akan kemungkinan ujudnya elemen rasuah dan salahguna kuasa disini kerana Kuala Dimensi adalah syarikat yang diberikan tender untuk membina PKFZ, yang terletak dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan dimana OTK adalah Menterinya.

Kalau dalam kes 46 ekor lembu korban yang disedekahkan oleh sebuah GLC Selangor untuk sambutan 'Aidil Adha menyebabkan Ketua Pengarah SPRM Ahmad Said melompat-lompat tak sabar nak sembelih YAB Menteri Besar Selangor, bagaimana dengan kes PKFZ, Kuala Dimensi dan OTK ini!

Sudahlah kes pembinaan mahligai Khir Toyo yang bernilai berjuta itu pun langsung SPRM membisu, sedangkan Tun Mahathir sendiri pun ragu-ragu macam mana MB pencen dan doktor gigi boleh memiliki mahligai sebesar itu.

Apakah SPRM hanya sekadar "Sembelih Pakatan Rakyat Mampuih", sedangkan dengan Be End dan UMNO sepatah pun tak keluar?! Another double standard Mr Ahmad Said?

Saya mendesak supaya SPRM tidak lagi berlengah dan berdolak dalik dalam isu ini. Siasatan segera harus dibuat, dan pihak yang berkaitan mesti diheret ke muka pengadilan. Berbillion wang rakyat telah diselewengkan. Rakyat menuntut jawapan! It's a simple open & shut case-samada Tiong/ Faisal berbohong, atau OTK mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa! There's no two way about it, coz either way somebody did commit a wrong. And a wrong is a wrong, even if done, and especially if committed by the power that be!

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Sya'ban 1430
14 Ogos 2009

berbincanglah sehingga beribu lagi rakyat mati...

No Action Talk Only....bla bla bla bla

Pengumuman Kawasan Panas H1N1 Akan Dibincangkan, Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan kemungkinan mengumumkan kepada orang ramai kawasan atau lokasi panas di negara ini yang banyak mencatatkan kes Influenza A(H1N1).

Timbalan Perdana Menteri berkata negara kini pada peringkat mencari jalan menangani penularan virus wabak itu kerana tahap mengkuarantin telah dilaksanakan kira-kira sebulan lepas.

"Ia boleh dikatakan kita pada peringkat membimbangkan. Bagaimanapun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah ini. Kita tidak ada untuk disembunyikan dan maklumat diberikan kepada orang ramai setiap hari melalui media.

"Dari situ kita boleh tahu lokasi seperti jika sebuah sekolah ditutup di sesuatu kawasan. Sungguhpun peratus kes H1N1 di negara masih lagi rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk, kita tidak boleh ambil ringan dengan ancaman ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kemenetrian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata antara tindakan yang diambil kerajaan ialah memastikan semua hospital di negara ini termasuk hospital swasta menyediakan ubat H1N1, Tamiflu.

"Kesedaran orang ramai juga ditingkatkan. Kini semua hospital tahu langkah-langkah yang akan diambil untuk merawat mereka yang dijangkiti virus ini," kata Muhyiddin.

Beliau berkata sungguhpun mungkin ada sesetengah lokasi di negara ini yang belum lagi mencatatkan pesakit Influenza A(H1N1), ini tidak bermakna bahawa lokasi itu bebas daripada virus tersebut.

Katanya kerajaan tidak mengambil ringan dalam mengendalikan INFLUENZA A (H1N1) kerana ia membabitkan nyawa orang ramai dan tindakan penting diambil bagi membendung penyakit itu. "Mengenai kawasan panas, kita perlu tahu jika ia akan membantu membendung penularan penyakit itu. Jika Kementerian Kesihatan merasakan bahawa ia akan membantu, barulah kita akan teruskan dan memaklumkan lokasi-lokasi berkenaan."

"Ini berbeza dengan jerebu, kita siarkan kawasan panas. Jerebu boleh dilihat dengan mata kasar tetapi bukan H1N1. Jadi kita hendaklah berhati-hati," tambah beliau.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyimpan bekalan Tamiflu.

-- BERNAMA

Tengku Mahkota Pahang bengang sikap acuh tak acuh kerajaan tentang H1N1



Apa tahap bahaya? mungkin marah atau teguran. tapi perlu dipandang serius oleh kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

Semalam pun dalam berita TV, kementerian kesihatan menyatakan negara berada dalam keadaan selamat dan rakyat tidak perlu risau akan tahap penularan H1N1.

Dengan kenyataan sedemikian boleh menyebabkan rakyat tidak akan bersedia berhadapan dengan penularan selesema babi H1N1 ini. Konon peringkat penularan tidak berada dalam paras bahaya, jadi rakyat tidak akan menjaga kesihatan secara serius dan pencegahan pun tidak akan dilakukan dengan baik seperti tidak memakai topeng mulut dan hidung.

Ekoran itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Mahkota Pahang yang baru pulang dari London dua hari lalu, terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

Dalam laporan berita harian, Tengku Mahkota Pahang berkata "Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," ujarnya lagi.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.

"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?

"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini".

Sedar tidak sedar, kerajaan sedang mempertaruhkan nyawa rakyat sendiri. Usah berpolitik dengan kes ini. Ia merupakan penularan yang amat membimbangkan. Ikhlaskan diri demi rakyat yang tidak berdosa.
sumber:warkahdaily.blogspot.com

Rakyat didahulukan atau rakyat dikebumikan...

H1N1 semakin menakutkan, 51 sudah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Tujuh lagi meninggal dunia menjadikan jumlah mangsa demam H1N1 sudah melangkau angka 50 kini menjadikannya 51 orang dan wabak ini kini membimbangkan semua pihak.


Di samping kematian, wad-wad hospital dan pusat kesihatan penuh dengan mereka yang bimbang diserang virus yang sangat mudah tersebar ini.

Pusat penyebaran utama nampaknya asrama universiti dan sekolah di seluruh negara.

Beberapa kampus UITM di seluruh negara ditutup ekoran penularan wabak ini. Begitu juga sekolah-sekolah berasrama.

Ia ditutup apabila berpuluh-puluh pelajar mereka tiba-tiba demam dan pusat rawatan (sick bay) setiap asrama penuh dengan pelajar yang sakit.

Di Jengka, Pahang, kampus UITM Jengka penuh dengan pelajar yang sakit walaupun sebelum ini kampus itu ditutup seminggu akibat penularan wabak ini.

Sick bay dan pusat rawatan kampus itu penuh dengan pelajar yang demam.

Di pusat-pusat khidmat pelanggan pula, hampir kesemua petugasnya memakai topeng muka bimbang dijangkiti virus itu apabila berhubung dengan pelanggan mereka.

Antaranya pusat khidmat pelanggan Celcom di ibu negara. Di pusat khidmatnya di Jalan Pahang Barat, berhampiran dengan pejabat Harakahdaily, semua pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di kaunter memakai topeng muka.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Parlimen bersidang segera bagi membincangkan wabak ini.

Namun sehingga kini ia tidak mendapat respon positif dari pihak kerajaan.

Kerajaan negeri Kelantan pula akan menyambut permulaan puasa yang dijangka Sabtu ini dengan solat hajat khas bagi memohon kepada Allah agar dilindungi dari wabak ini.

Solat hajat itu akan diadakan awal pagi iaitu jam 4 pagi sebelum mereka bersahur beramai-ramai di hari pertama puasa itu.

Majlis ini dijangka akan dipimpin sendiri oleh Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sumber:harakahdaily.net

Pergi tak kembali...Al-Fatihah



PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Suatu kehilangan yang besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.

Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal.

"Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening.

"Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah.

"Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.

"Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat."

"Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu, lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok.

"Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.

Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua.

"Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..."

"Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.

Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya.

"Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir. Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat.

"Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata.

Haliza turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah selepas 16 tahun berkahwin.

"Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah.

"Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.

Diajukan soalan sama ada Haliza mempunyai perasaan cemburu sepanjang bersama suaminya, dia mengatakan dia sentiasa cemburu namun bersebab kerana ingin menjaga suaminya itu dengan baik dan mahu suaminya menjadi seorang ikon yang dihormati orang ramai.

"Cemburu saya bersebab, supaya dia menjadi ikon yang dihormati, saya tidak mahu suami saya jadi orang yang lupa daratan, sebab tu saya jaga dia sungguh-sungguh, bukan kerana cemburu tak tentu pasal tetapi saya nak orang hormat dia sebagai seorang ustaz yang baik, saya tidak mahu ada orang yang cakap belakang pasal sikap dia.

"Tapi kita hanya manusia biasa, kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Kita tiada kelebihan untuk mengetahui hari esok, kalau kita tahu hari esok, pasti kita akan lebih bersedia.

"Sebab itu, kita kena menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita, tak kira anak ke, suami ke kita kena cinta dengan sepenuh hati.

"Untuk arwah, saya memang cintakan dia sungguh-sungguh, sebab saya takut dia terpesong dalam dunia artis yang berbagai-bagai karenah ni," jelas Haliza yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah Ustaz Asri.

Bagaimanapun Haliza bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana memberinya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangganya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Allah kerana memberi saya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangga kerana ustaz sendiri banyak menghabiskan masa di luar dan selama itu saya sudah mula berdikari.

"Tapi lepas ini saya masih tidak tahu kerana saya hanya berserah pada keadaan dan ketentuan Allah," katanya.

Sempat ditemui ketika itu adik kepada Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim yang tidak menyangka abangnya akan pergi dengan begitu cepat dan mengatakan Ustaz Asri antara yang begitu rapat dengannya.

"Saya begitu tak sangka, pagi tadi sewaktu sedang memberi ceramah, saya ada menerima panggilan masuk, tapi tidak menjawabnya, bila selesai ceramah, saya baca mesej yang mengatakan abang saya pengsan.

"Tak lama lepas tu, saya terima panggilan mengatakan abang saya dah meninggal dunia. Arwah antara yang paling rapat dengan saya, saya tidak tahu dia ada sebarang penyakit melainkan gout dan kencing manis.

"Kali terakhir saya jumpa dia sebulan yang lalu, tapi empat atau lima hari lepas saya ada bercakap telefon dengannya, pada masa tu saya dengar suara dia macam tak berapa sihat, saya ingat mungkin dia letih dan tidak bertanya banyak pada masa itu.

Pastinya pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar buat keluarganya, ahli kumpulan Rabbani, sahabat handainya dan semua yang mengenalinya.

Perginya tidak kembali lagi dan pasti sukar untuk dicari pengganti buat arwah Ustaz Asri yang selama ini memperjuangkan irama nasyid sehingga ke akhir hayatnya.

sumber:mstar.com.my

Khamis, Ogos 13, 2009

Masalah arak di Selangor settle!!!


sumber:hanief.blogspot.com

Rancangan jahat umno gagal lagi....


Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai

(Harakah) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.
Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.

Angka meningkat dan terus meningkat.....

(H1N1): Tujuh lagi kematian dicatatkan, jumlah kematian kini 51

KUALA LUMPUR: Tujuh lagi kematian berkaitan dengan Influenza A(H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti yang rendah dan penyakit kongenital.

Katanya mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

"Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persatuan Bagi Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di sini hari ini.

Liow berkata pesakit dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI) dan masalah jantung, mereka yang demam kuat secara berterusan lebih dua hari dan sesiapa yang positif dengan Influenza A atau B melalui ujian pantas akan diberikan rawatan antiviral dengan segera.

Beliau berkata bagi kumpulan ini, mereka tidak perlu menunggu pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Sungai Buloh.

"Saya telah arahkan semua hospital dan klinik untuk merawat kumpulan pesakit ini dengan segera," katanya.

Liow turut meminta agar doktor memberi cuti sakit (MC) selama tujuh hari kepada mereka yang didapati mengalami selesema supaya mereka boleh meneruskan rawatan di rumah selain tidak mendedahkan diri kepada orang ramai.

Ketawa besar...jerung terlepas






Kasitah Gaddam Ikrar Setia Kepada Umno

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang dibebaskan Rabu daripada tuduhan rasuah dan menipu, berkata beliau akan kekal setia kepada Umno dan membantu mengukuhkan parti itu di kalangan anggota akar umbi di Sabah.

Katanya beliau akan menemui setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan kedudukannya dalam parti setelah keanggotaannya sebagai ketua Umno bahagian Ranau, Sabah digantung pada 2004.

"Saya telah menunggu lebih lima tahun untuk kembali kepada parti dan saya bersedia berkhidmat dengan parti dalam sebarang kapasiti walaupun sebagai anggota biasa," kata ahli politik berusia 62 tahun itu kepada Bernama di sini.

Menurutnya beliau tidak ada perasaan dendam terhadap sesetengah rakannya dalam kabinet dahulu, yang telah menjauhkan diri daripadanya semasa beliau menghadapi perbicaraan itu.

Kasitah berkata beliau dan keluarga sangat berterima kasih kepada penyokongnya kerana mengadakan solat hajat dan sokongan moral semasa beliau menghadapi perbicaraan tersebut.

"Saya sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di Ranau, dan saya sentiasa berterima kasih kepada mereka," kata Kasitah.

Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan beliau daripada tuduhan amalan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Beliau akan mengadakan temujanji dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, setelah kembali daripada menunaikan umrah dengan keluarganya.

"Saya sangat berminat untuk terus memberikan sumbangan kepada Umno dan penduduk Sabah dan berharap saya akan diberikan sedikit peranan setelah menemui presiden parti," tambah beliau.

Kasitah berharap akan bercuti ke luar negara setelah menghadapi perbicaraan lebih lima tahun itu.

-- BERNAMA

Jasa UMNO untuk orang melayu dan raja melayu....

[1]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

“[2]. Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

“[3]. Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

“[4]. Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

“[5]. Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

“[6]. Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

“[7]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

“[8]. Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?”

Dan soalan-soalan ini menurut Shamsul Iskandar yang mesra dengan panggilan Sam perlulah dijawab cuma dengan satu jawapan, iaitu UMNO.

sumber:tranungkite.net

pi mai pi mai...BN jugak

Ong Tee Keat - Presiden MCA/BN

Tiong king Sing - Presiden Kelab Penyokong BN

Aku tuduh kau....Kau tuduh aku...PI MAI PI MAI....BN JUGAK!!!

Ong: Dakwaan CEO Kuala Dimensi, timbalannya bertujuan alih isu PKFZ

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menyifatkan dakwaan terbaru terhadap beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimesi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing sebagai satu usaha untuk mememsongkan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Jika pun saya ada menerima manfaat kewangan bagi diri saya ataupun parti, sudah tentu ada lebih banyak sebab bagi saya untuk melindungi kepentingan pemberi berbanding tindakan mendedahkan kesalahan mereka.

"Dengan berbuat demikian saya mengambil risiko terhadap keselamatan diri saya dan keluarga saya, malah kredibiliti saya sendiri," kata Ong yang juga Presiden MCA dalam blognya.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan kempen memburukkan nama dan usaha memusnahkan karakter seumpama itu, yang semakin meningkat ekoran pendedahan isu PKFZ baru-baru ini.

Semalam Tiong mendakwa bahawa Ong ada menerima "pinjaman" berjumlah RM10 juta daripadanya untuk kegunaan bahagian-bahagian MCA manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Faizal Abdullah pula mendakwa kementerian Ong pernah menerima pesawat disewa khas daripada syarikatnya.

Kuala Dimensi merupakan pemaju utama projek PKFZ.

Sambil menyifatkan kempen memburukannya itu satu lagi halangan, Ong menambah, beliau akan berbincang dengan peguam-peguamnya dan mendapatkan khidmat nasihat perundangan terhadap kenyataan berunsur fitnah itu.

Ong juga menyangkal dakwaan Faizal bahawa beliau berhutang lebih daripada AS$40,000 kerana mendapatkan khidmat penerbangan daripada syarikatnya.

Kata Ong, pejabatnya sehingga kini belum menerima invois atas khidmat yang telah digunakan itu.

"Saya sudah pasti urusan perniagaan tidak akan mengeluarkan invois menerusi kenyataan akhbar," katanya lagi.

Sehubungan itu, Ong menekankan, dakwaan-dakwaan sedemikian tidak akan menghalang beliau daripada memastikan isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat.

sumber:mstar.com.my

Bongkar dan terus bongkar..........

Pada Pimpinan Pakatan Rakyat...bongkar dan terus bongkar ketidakadilan dan salahlaku
pimpinan UMNO BN....tunjukkan pada rakyat...siapa pengkhianat yan sebenar!!!

Rabu, Ogos 12, 2009

Panas...seorang timbalan menteri bakal hilang jawatan



Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Datuk M kayveas - dan bukannya bekas ketua Pemudanya, Datuk T Murugiah - sebagai presiden PPP yang sah.

ROS juga menyatakan bahawa mesyuarat agung tergempar yang diadakan oleh Murugiah yang memilihnya sebagai presiden, adalah tidak sah.

Di samping itu, ROS juga memutuskan bahawa pemecatan Murugiah dari PPP oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh kayveas adalah sah dan berkuatkuasa.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini .


sumber:malaysiakini.com

Tapi yang musykilnya...apa hal pulak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang buat pengumuman????

Mungkinkah ini titik mula MCA keluar dari BN..

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing – yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN – mendakwa beliau telah ‘menderma’ RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

sumber:malaysiakini.com

KDN berdalih...tapi tak mungkin rakyat ditipu dan terus ditipu



sumber:malaysiakini.com


Cuba nafikan tapi tak kan lah daripada perbezaan peratusan terlampau besar....
bandingkan perubahan pandangan rakyat berubah terlalu ketara

Pandangan tentang ISA berubah sebanyak 887 peratus dalam tempoh dua hari.

Pandangan ISA dimansuhkan berubah sebanyak 1067 peratus dalam tempoh dua hari.

Matlamat menghalalkan cara...cara apa? menipu dan terus menipu..........

semalam 6...hari ini 6 lagi...soalnya sampai bila???

H1N1: Enam lagi mati, jumlah 44 kematian setakat hari ini
Ogos 12, 09 4:33pm

Enam lagi menjadi korban terbaru wabak selesema A (H1N1), termasuk dua orang bayi, menjadikan jumlah kematian setakat ini 44 orang sejak kes pertama pada 23 Julai lalu.

Dua bayi itu seorang perempuan berumur 10 bulan dan seorang lagi lelaki berumur 12 bulan, lapor Bernama.

Seramai 21 orang lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Semalam enam kematian dilaporkan, sementara jumlah kes pula mencatatkan rekod tertinggi dalam satu hari - 270 kes, semuanya gejala jangkitan tempatan.

Kerajaan menganggap wabak ini sebagai ancaman serius terhadap negara dan bercadang mengadakan kempen penerangan besar-besaran bagi membendungnya.

sumber:malaysiakini.com

Beng Hock: disoal siasat tapi nota catatan tiada???

SHAH ALAM 12 Ogos – Prosiding inkues hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Insp. Mohd. Zulaimi Zubir, 29, dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata, perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM, Mohd. Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd. Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.

“Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat ’rumah/putrajaya/pejabat/tol RM’ sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat,” katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. – Bernama

Dulu Brahim Ali kata Muhyiddin lah pengkhianat!!!

wwww.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=2279&Itemid=50

Khairul Azlam Mohmad
Mon May 15, 06 1:46:04 pm MYT
KUALA NERUS, 15 Mei (Hrkh) – Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato’ Paduka Ibrahim Ali. Beliau mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

“Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini. Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar. Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

“Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,”jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.
Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Pejabat Ketua AMK

undang-undang penguatkuasaan persekutuan tentang arak

Undang2 Penguatkuasaan Persekutuan termaktub pada tahap alkohol yang melebihi 8.8%. Yang mana bawah dari 8.8% dianggap sebagai minuman coca cola atau sprite. Boleh dijual kat mana2 pun.

Apa dan bagaimana undang2 ini berfungsi ??? Kalau sebarang arak yang tahap alkohol melebihi 8.8%, pembekal dan penjual perlu memiliki lesen dan individu tersebut haruslah bukan Islam.

Premis atau lokasi penjualan mestilah di zone khas ( Isolated ) Tidak dibenarkan bersekedudukan dengan barang keperluan umum seperti makanan dan minuman yang halal.

Jadi tak heranlah kalau korang masuk ke 7-11 , bersepah-sepah tin arak dalam freezer tu. Pasai arak tu cuma 5% dan paling tinggi cuma 8.5%

Jadi tak heranlah ada tokey2 melayu dalam kilang Carlsberg sebab depa mengeluarkan arak tahap 5% hingga 8.5%. Tak salah dari segi undang2 dan hukum syarak ikut kepala otak orang umno BN.

Tapi sapa yang nak disalahkan...kerajaan pakatan rakyat sedangkan PR tidak ada kuasa untuk mengubalnya.

1Malaysia nak diperbodohkan.........

demo style umno, bukan setakat di mulut, banner pun mencarut jugak








confirm kat TV3,RTM,Utusan,Berita Hairan dan Sinar tak keluar......cantik sungguh bahasa

Kematian Akibat Selsema Babi di Malaysia luar biasa




Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian - termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini - dilaporkan.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan.


Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Dalam kenyataan rasminya, ketua pengarah kesihatan berkata enam kematian terbaru juga berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan dijangkiti H1N1 beberapa hari lalu.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi atau asma.

"Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut seperti berikut: 4 Ogos (seorang), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos (3)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Pada masa ini seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 11 kes di unit tersebut, empat mempunyai faktor berisiko iaitu penyakit kronik (dua orang), obesiti (1) dan selepas bersalin (1).

Disahkan hari ini

Sementara itu, Johor hari ini mencatatkan dua kematian terbaru akibat jangkitan wabak tersebut, lapor laman web Utusan Malaysia.

Exco kesihatan negeri Dr Robia Kosai dipetik berkata, dua kematian itu membabitkan berumur 43 dan 51 tahun di Batu Pahat yang kedua-duanya meninggal dunia semalam.

Menurutnya, walaupun dua mangsa meninggal dunia semalam, namun mereka hanya disahkan mati akibat H1N1 hari ini - rekod Kementerian Kesihatan setakat ini tidak memasukkan dua kematian berkenaan


sumber:pinkturtle2.wordpress.com dan malaysiakini.com

Pengundi hantu muncul di laman web pulak dah...

Keputusan 11/08/2009



Keputusan 10/08/2009



Dalam tempoh tak sampai beberapa jam....hampir 9000 undi hantu untuk menjustifikasikan akta drakonian.Cuba bayangkan kalau sini pun mereka sanggup menipu rakyat cuba bayangkan nanti taktk mereka di PRK Permatang Pasir.



Cuba bandingkan soalan 1 dan soalan 4 antara 10/08 dan 11/08...perbezaan yang terlalu ketara...tolonglah jangan perbodohkan rakyat 1 Malaysia...


Dulu kini dan selamanya penipu besar!!!

Selasa, Ogos 11, 2009

Serampang dua mata..tak paham bahasa jugak!!!

Kenyataan Dato Dr Hasan Mohd Ali wajar diterjemahkan bukan hanya di Selangor bahkan ke seluruh negara, maksudnya di kawasan bermajoriti orang melayu dan orang islam, arak haruslah diharamkan dijual.

Yang pemimpin umno dok terpekik terlolong kata PAS cakap tak serupa bikin, apa kata tengok sendiri di negeri yang diperintah umno BN, apa jadi dengan negeri ini.

Tak payah jauh...negeri sembilan, melaka dan johor bersepah kedai menjual arak, apa tindakan pemimpin umno islam di negeri tersebut. Habuk pun tarak...tong kosong jugak.


Haramkan jualan arak di kawasan penduduk Islam - Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - PAS Selangor mahu segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily memaklumkan bahawa isu jualan arak ini diharapkan tidak lagi dijadikan kontroversi dan diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut.

"PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini,"jelasnya.

Selain itu, dalam perkembangan lain beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang 'road show' bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah 'total ban' atau larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa PAS Selangor tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB Exco Kerajaan Tempatan Selangor,Ronnie Liu digugurkan dari barisan Exco kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Dato� Menteri Besar sendiri atau mana-mana EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

"Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau 'self regulation' terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya.

"Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini,"tegasnya.

sumber:harakahdaily.net

Jentolak masuk kampung...projek mee segera bermula

Penduduk Permatang Pasir telah terperanjat apabila melihat beberpa buah jentolak masuk ke kampong mereka pagi ini.

Adalah di fahamkan jentolak penggali ini yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Ipoh telah mendapat kontrek untuk menggali di Permatang Pasir.

Lebai Suffin Tok Menara 67 tahun, penduduk asal Permatang Pasir ketika ditanya telah memberitahu kemungkinan jentolak penggali ini adalah untuk bekerja meneruskan projek perumahan yang terbengkalai di Permatang Badak.

Tetapi menurut Cik Gu Faiz Arrifian 42 tahun yang juga bekas ahli JKK Permatang Pasir, jentolak ini telah dihantar atas arahan Muhyiddin Yassin. Tujuan jentolak ini ialah untuk menggali sebuah sungai di Permatang Pasir.

Menurut Cik Gu Faiz, Muhyiddin Yassin mahukan sebuah sungai disediakan di Permatang Pasir secepat munkin sebelum hari penamaan calon. Sungai ini amat-amat diperlukan.

Cik Gu Faiz yang juga telah dilantik sebagai sub kontrektor projek ini dengan bangganya telah menjelaskan bahawa dengan adanya sungai baru di Permatang Pasir maka Muhyiddin Yassin akan dapat sekali lagi menjanjikan sebuah jamban tan baru untuk para pengundi di Permatang Pasir. Janji jamban tan ini menurut Faiz telah berjaya memenangi hati para pengundi di Manek Urai kah kah kah.(TT)

sumber:tukartiub.blogspot.com

Pimpinan umnolah yang menghina raja melayu dan mengkhianati orang melayu

Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

Arak tidak akan dijual di kawasan majoriti melayu/islam, umno kecewa lagi

DSAI sokong arak tidak dijual di kawasan majoriti orang islam dan melayu. UMNO mati akal lagi...rancangan jahat nak perlaga pakatan rakyat buntu.



KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat.

"saya kata macamana Tan Sri Khalid? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),"ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.

Mentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.

Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.

Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri.

sumber:tranungkite.net

6 lagi mati sebab H1N1...sampai bila berita kematian ini!!!

Enam Lagi Kematian H1N1 Dalam Tempoh 24 Jam

Keseluruhan setakat ini sebanyak 38 kematian....dan bertambah esok...lusa...dan sampai bila??? berapa ramai lagi perlu mati baru kerajaan nak bertindak!!!

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

-- BERNAMA

Kenyataan berbaur hasutan...KPN sila ambil tindakan!!!



"Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada rakyat jelata bahawa 'sesuatu' bakal terjadi sekiranya BN kalah. "JANGAN MENYESAL!!".

Menurut kenyataannya semalam, kaum bukan Melayu sedang berpakat dengan pengkianat Melayu (*Muhyiddin sebelum ini menjelaskan bahawa pengkhianat tersebut ialah Anwar) dan hak-hak kaum Melayu sedang dirampas. Justeru, isyarat tajam Muhyiddin ini menunjukkan bahawa UMNO sedang bercadang hendak membuat huru-hara sekiranya UMNO dan BN kalah.

Kenyataan akhbar disertakan dan analisa mengapa Presiden MCA nyawanya dalam bahaya turut disertakan:

“KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing..

..Jangan menyesal jika berlaku sesuatu apabila BN kalah.

Virus H1N1 yang tak mengenal mangsa...

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.

Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.

sumber:bharian.com.my

Isytihar jer cuti seminggu bagi seluruh malaysia dan semua rakyat duduk rumah supaya wabak ini dapat dihalang penularannya...Jangan sampai beribu mati baru nak bertindak!!!

Yang hadir tak sebesar patung najib di batu caves

Isnin, Ogos 10, 2009

ali rustam perlu cermin diri dulu sebelum beri nasihat

lagi patung najib di batu caves...apa cerita???












Apa cerita??? tak nak berdemo ke puak-puak umno.......

90 peratus atau 12,592 mahu ISA dimansuhkan!!!


Setakat hari ini, seramai , 12592 daripada 13972 pengundi atau bersamaan 90 peratus yang mengundi di laman portal berita IKDN mahu ISA dimansuhkan........

Dalam masa tak sampai sebulan, 32 nyawa sudah melayang

Enam lagi korban H1N1 hari ini menjadikan 32 setakat hari ini. Jumlah kematian yang menakutkan dalam tempoh tidak sampai pun sebulan. Apa reaksi kerajaan...berapa banyak lagi nyawa yang perlu melayang sebelum wabak ini dibendung sepenuhnya oleh kerajaan dan kementerian kesihatan khususnya.


Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai.

Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

sumber:malaysiakini.com



A(H1N1): 6 lagi kematian dilaporkan, jumlah kematian kini 32

PUTRAJAYA: Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 32 orang di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, kecuali satu kes sahaja sahaja keempat-empat mangsa yang lain disahkan positif menghidap Influenza A (H1N1) selepas proses bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata, enam kematian yang dicatakan hari ini adalah antara 203 kes baru dilaporkan.

Setakat ini, Malaysia telah mencatatkan 1,983 kes.

Sebanyak 208,155 orang telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di seluruh dunia dengan 1,688 orang dilaporkan meninggal dunia di 174 buah negara,akibat virus berkenaan.

sumber:mstar.com.my

pemimpin umno kurang ajar, tak dengar cakap pemimpin sendiri



MELAKA – Perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan UMNO Johor dalam waktu terdekat bertujuan melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegaskan tidak mengikut cara sesiapa, termasuk pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan tidak mengganggu sesiapa pun, termasuk tidak merosakkan ekonomi peniaga.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kebebasan bersuara, boleh berbeza pendapat tetapi ditunjukkan dengan cara beradab.

“Kita tidak ingin merosakkan imej negara dan media asing melaporkan (perhimpunan desakan mansuh ISA) baru-baru ini seolah-olah menunjukkan Malaysia berkeadaan begitu.

"Politik harus diselesaikan dengan cara politik. Kalau selesai cara mahkamah, ini yang terjadi dalam sistem politik di Malaysia berikutan tidak berpegang kepada ideologi tetapi selesai cara perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin Kali Ke-6, 2009, di Dewan Alamanda, di sini, semalam.

Katanya, dahulu semasa dia (Anwar) memegang jawatan, perjuangan yang diutarakannya adalah untuk kepentingan agama dan bangsa, tetapi kini ia berbeza iaitu hanya demi kepentingan politik peribadi.

Menurutnya, perhimpunan itu juga mampu mengingatkan kembali Anwar mengenai prinsip yang diperjuangkannya dahulu.

Perhimpunan akan diadakan di Padang Merdeka, Batu Pahat untuk mencabar Anwar mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit’ terhadap peserta perhimpunan, selepas beliau bertindak ingin menyaman Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM100 juta dan sebuah akhbar arus perdana selepas Muhyiddin menggelar beliau pengkhianat perjuangan orang Melayu.


sumber:sinarharian.com.my

apa kata harussani dan mashitah tentang ini pula?



Tahun lepas ketika masyarakat India di Batu Caves memasang replika 2 dimensi YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, media perdana dan UMNO kecoh mengutuk amalan tersebut sebagai mengagung-agungkan Ketua Umum Keadilan tersebut. Akhirnya, selepas dinasihati ADUN Batu Caves YB Amiruddin Shari, masyarakat setempat telah akur dan menurunkan replika tersebut.

Tetapi kini replika yang lebih besar YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dipasang membelakangi berhala masyarakat Hindu bagi menyambut kedatangannya di sana pada petang ini.

Sekurang-kurangnya kejadian tahun lepas dibuat pertama kali dan peganjur menurunkannya selepas mendapat pelbagai reaksi.

Tetapi apakah komen pihak-pihak yang lantang mengutuk replika Anwar seperti Dato’ Seri Mohamed Ali Rustam dan Utusan Malaysia kali ini?

Adakah UMNO Bahagian Gombak akan mengadakan demonstrasi sebagaimana diancam tahun lepas? bodoh pemikiran pemimpin umno!


sumber:kerabubersuara.blogspot.com

terkini: Situasi semasa Influenza A(H1N1)

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 9 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 202
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 202
Kes Kematian: 8

Jumlah Kes di Malaysia: 1,780 dengan jumlah kematian 26 orang.


Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 63 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 13 lagi dirawat di ICU. Daripada 13 kes tersebut, yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), post -delivery (1) dan bayi (1).

Untuk makluman, 8 kematian yang dimaksudkan hanya satu(1) kematian yang berlaku pada 8 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 Ogos 2009 dan dilaporkan pada 8 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kesemua 8 kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar 8 kes tersebut adalah seperti berikut 3 Ogos(1), 5 Ogos(2), 6 Ogos(4) dan 8 Ogos(1).

Sumber: h1n1.moh.gov.my

26 kematian tak sampai dalam sebulan dua....kerajaan seharusnya melakukan tindakan proaktif lagi bagi menghalang penularan wabak bahaya ini.

Orang kito