Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Ogos 10, 2009

pemimpin umno kurang ajar, tak dengar cakap pemimpin sendiri



MELAKA – Perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan UMNO Johor dalam waktu terdekat bertujuan melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegaskan tidak mengikut cara sesiapa, termasuk pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan tidak mengganggu sesiapa pun, termasuk tidak merosakkan ekonomi peniaga.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kebebasan bersuara, boleh berbeza pendapat tetapi ditunjukkan dengan cara beradab.

“Kita tidak ingin merosakkan imej negara dan media asing melaporkan (perhimpunan desakan mansuh ISA) baru-baru ini seolah-olah menunjukkan Malaysia berkeadaan begitu.

"Politik harus diselesaikan dengan cara politik. Kalau selesai cara mahkamah, ini yang terjadi dalam sistem politik di Malaysia berikutan tidak berpegang kepada ideologi tetapi selesai cara perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin Kali Ke-6, 2009, di Dewan Alamanda, di sini, semalam.

Katanya, dahulu semasa dia (Anwar) memegang jawatan, perjuangan yang diutarakannya adalah untuk kepentingan agama dan bangsa, tetapi kini ia berbeza iaitu hanya demi kepentingan politik peribadi.

Menurutnya, perhimpunan itu juga mampu mengingatkan kembali Anwar mengenai prinsip yang diperjuangkannya dahulu.

Perhimpunan akan diadakan di Padang Merdeka, Batu Pahat untuk mencabar Anwar mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit’ terhadap peserta perhimpunan, selepas beliau bertindak ingin menyaman Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM100 juta dan sebuah akhbar arus perdana selepas Muhyiddin menggelar beliau pengkhianat perjuangan orang Melayu.


sumber:sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito