Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 17, 2010

Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Perancis Ambil Tindakan

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur  rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia  semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.


Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sebuah syarikat yang dikaitkan kepada sekutu Najib di bayar komisyen lebih RM 500 juta ringgit telah lama membelenggui Perdana Menteri.


Malah pembayaran komisyen itu turut dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.


Menurut Malaysiakini, dua hakim Perancis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.


Dakwaan itu membabitkan pembayaran komisyen RM534.8 juta kepada Perimekar yang mempunyai kaitan dengan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda. Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian penjualan kapal selam itu dibuat.

Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.


Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.


Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.


Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama Tony Pua berharap pihak berkuasa Perancis akan dapat membongkar penyelewengan yang berlaku di sebalik penjualan kapal selam kepada Malaysia.


"Saya berharap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci  dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnya," kata beliau.


Sumber: TVSelangor


Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di negara ini kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa.

Ini kerana AFP melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengarahkan syarikat petroleum negara, Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran.

Sehubungan itu,tegasnya Perdana Menteri mestilah membuat penafian berhubung perkara itu sekiranya laporan yang dipetik daripada sumber berita AFP itu adalah benar.

Beliau juga mempersoalkan langkah terbaru kerajaan yang turut sama terikut dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat yang berterusan mengenakan sikap 'double standard' dalam menguruskan isu pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang disimpulkan dari Nuclear Summit 2010 yang dianjurkan oleh pentadbiran Washington.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Malaysia seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Tambahnya, apa yang paling dikesalkan ialah regim zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuklear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington.

"Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini.

"Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada regim zionis Israel dalam persidangan di Washington itu," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Haiyaa...!

Penyokong PKR dengan gaya tersendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini: Sudah ramai

Imej ini menggambarkan keadaan sekarang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini: Perarakan kumpulan Orang Asli

Kelihatan sekurang-kurangnya 50 orang kumpulan Orang Asli dengan pakaian tradisional berarak di sekitar dewan.

Yang menariknya, mereka membawa bersama bendera PKR. Syabas !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sarapan di Kuala Kubu

Pagi ni pekena nasi lemak. Kedudukan lebih kurang 200 meter dari Dewan pencalunan. Jalan sesak. Bendera parti berkibar-kibar diusung kenderaan dan motor.

Pihak berkuasa sedang berkawal dimerata tempat untuk pastikan majlis ini berjalan lancar.

Tunggu laporan seterusnya dari ground zero. Ho .. Cakap orang putih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, April 16, 2010

KDN Tidak Serius Siasat Dakwaan Ejen Zionis Israel dalam PDRM

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 16 Apr - CheGuBard yang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Seremban Rabu lalu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah membentangkan bukti di dalam Parlimen dan Menteri Kementerian Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara telah mengakui kewujudan syarikat dan agen Israel tersebut tetapi tiada tindakan diambil terhadap individu terbabit.

"Saya telah membuat laporan polis terhadap syarikat Asiasoft Sdn Bhd dan apabila Anwar dedahkan perkara ini di Parlimen, Menteri terbabit dan Ketua Polis Negara telah mengakui tentang kewujudan syarikat tersebut dan sertaindividu terbabit telah dihalang memasuki PDRM Bukit Aman.

"Persoalan yang penting ialah isu keselamatan negara, ini bukan perkhidmatan cuci tandas di Bukit Aman tetapi sistem maklumat IT yang dibangunkan oleh agen Israel.

"Saya gesa Menteri dan Ketua Polis mohon maaf dan pihak yang bertanggungjawab harus membayar gantirugi, jika tidak Menteri dan Ketua Polis Negara seharusnya meletak jawatan," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Setakat ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengumumkan minggu lalu bahawa empat abdan bebas akan dilantik untuk menyiasat dakwaan Anwar.

Walau bagaimanapun sehingga kini tidak ada laporan perkembangan mengenai siasatan yang dicadangkan mahupun mekanisma siasatan yang digunapakai.

Sumber: Suarakeadilan

4 Cawangan MIC Bubar, 1,200 Ahli Sertai KEADILAN, 13 Lagi Menyusul

Oleh Fazli Othman

BUKIT SENTOSA 16 Apr - Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional petang semalam.

Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.

"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.

"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.

"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.

Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.


Sumber: Suarakeadilan

Rasuah Kapal Selam, Pendakwaraya Perancis Ambil Tindakan

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur  rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia  semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.
Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri.
Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Menurut Malaysiakini, dua hakim Peranchis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.
Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.
Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsure rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.
Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.
Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.
Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua ketika dihubungi Tv Selangor berkata, beliau berharap pihak Perancis berjaya menyelesaikan perkara tersebut.
"Saya harap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci  dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnyalah".

Sumber: TVSelangor

PAS Anjur Demo Bantah Syarikat Israel Zionis

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengadakan tunjuk perasaan di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur hari ini bagi membantah kerjasana kerajaan umno-Barisan nasional dengan syarikat zionis Apco world wide.

Syarikat itu diupah untuk memulihkan imej kerajaan dan dikatakan dibayar sehingga RM77 juta.

Pembabitan kerajaan dengan APCO didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Puluhan ahli Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru sebagai tanda solidariti membantah tindakan kerajaan Malaysia bekerjasama dengan APCO dan kekejaman Israel-zionis ke atas rakyat Palestin.

“ Perhimpunan ini diadakan untuk membantah penglibatan APCO dan juga syarikat-syarikat dari negera itu seperti Asia Soft yang mereka ini terlibat secara langsung dan mereka ini boleh akses ke bilik pejabat Perdana Menteri dan mereka ini mempunyai akses yang sangat mudah kepada semua maklumat penting, maklumat strategik negara” katanya.

Selepas pendedahan dibuat oleh Anwar, seluruh Dewan Pemuda PAS negeri membuat laporan polis secara serentak pada Rabu lalu.

Malah menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohammad, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan sekiranya kerajaan masih berdegil mahu meneruskan kontrak APCO.

“ Insya-Allah satu himpunan besar-besaran akan kita adakan sekiranya respon yang tidak baik kita terima dari pihak kerajaan. Kita mahu seluruh rakyat Malaysia sensitive terhadap isu sensitiviti kita di bumi Palestin” tambahnya lagi.

Di Seremban tunjuk perasaan sama dianjurkan oleh sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan perkarangan Masjid Negeri Seremban.

Bercakap kepada Tv Selangor, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda bantahan keras terhadap tindakan kerajaan bersubahat dengan syarikat zionis.

“ Kita memberikan wang yang banyak untuk membantu umat Islam di Palestin, untuk membantu mereka supaya mereka dapat hidup dengan aman dan harmoni, dalam masa yang sama kita memberi wang kepada Israel, syarikat yang mempunyai kepentingan zionis. Yang lebih menduka citakan kita, di kalangan kumpulan ini ada yang dekat dengan kepimpinan zionis”.

Malah beliau menyeru rakyat Malaysia di seluruh negara untuk bersama-sama menghalau syarikat Israel-zionis yang mula bertapak di negara ini sejak 4 Ogos tahun lalu.

“ Kita mengharapkan rakyat Malaysia bangkit bersama kita membantah usaha yang tidak menilai erti kemanusiaan ini yang memberi peluang kepada zionis untuk bertapak dalam negara kita yang mereka ini bukan sahaja musuh kepada umat Islam tetapi umat manusia sejagat”

APCO merupakan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan konsep 1 Malaysia dan One Israel.

Sumber : TVSelangor

Khamis, April 15, 2010

Calun BN Hulu Selangor bukan anak tempatan

Hari ni kami meninjau kawasan Hulu Selangor untuk mendapatkan laporan dan komen penduduk tempatan tentang calun BN yang baru. Sempat juga singgah sebentar di kedai kopi dan memasang telinga. Sungguh hebat kerana penduduk setempat sudah pandai berpolitik dan melahirkan pendapat masing masing, walaupun hanya di kedai kopi.

Yang menarik, komen dari pelanggan kedai kopi bahawa calun BN yang terpilih adalah bukan anak tempatan, tidak seperti yang di war-warkan oleh TPM pada awalnya.

Muhyiddin nampaknya perlu menjawab. Dimana Palaniviel, dimana Mugilan?
Baca laporan dari Harakahdaily

PR Hantar Memorandum Desak Najib Batal Semua Lesen Judi Baru

KUALA LUMPUR 15 Apr - Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak supaya semua lesen perjudian yang baru dikeluarkan kerajaan dibatalkan dengan serta merta.
Memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP juga mendesak kerajaan mengawal dengan ketat penggunaan lesen perjudian sedia ada kepada masyarakat bukan Islam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata memorandum tersebut akan diedarkan kepada semua Ahli Parlimen sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional serta eminta mereka menandatangi dokumen itu tanda sokongan mengekang gejala sosial yang dilihat semakin berleluasa sekarang.
"Kita akan minta semua Ahli Parlimen menandatanginya kerana memandang berat tentang isu perjudian yang semakin banyak diluluskan .Perjudian semakin berleluasa di kalangan umat Islam dan kesan dari kelulusan baru kerajaan yang akan burukkan masalah sosial di negara kita.
"Dua perkara diminta supaya kerajaan membatalkan semua cabutan khas yang berjumlah 20 kali untuk 2010 yang diluluskan kepada operator perjudian oleh Kementerian Kewangan dan kedua mengurangkan hari pertaruhan dari tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu.
"Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah persetujui pimpinan ketiga parti untuk menandatangi kenyataan dan memorandum ini kerana masalah perjudian telah berakar umbi dan merebak tanpa kawalan dan ditambah oleh pentadbiran Najib sekarang," kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam.

Sumber: Suarakeadilan

Umno-BN Melutut Kepada AS, Israel

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 15 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional berkaitan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat dan sokongan kepada Israel melalui khidmat rundingan oleh syarikat pro Zionis Israel, Apco Worldwide.
Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringakat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat hari.
Anwar bingkas bangun membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa pengaruh beliau di Amerika disebabkan peranan media.
"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel," ujar Anwar sambil disambut tepukan meja dari Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.
"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini.
"Kedua saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?
"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?" soal Anwar lagi.
Menurut Anwar, kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri bersikap berdiam diri terhadap pembunuhan Israel ke atas penduduk Islam.
"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?
"Ini bedanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Sumber : Suarakeadilan

Bau masam ketiak sapa busuk?

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus, ai, jalan belok-belok
Aku dah penat, terbatuk-batuk
Bau asem Hai ketiak siapa busuk
La. . la. . la. . la. . la. . la. . la. . la.

Remaja India sudah mula pakai T-Shirt Penyokong Pas

Di Hulu Selangor sudah kelihatan kelibat remaja India memakai TShirt Penyokong Pas dan bergerak ke sana kemari beramai-ramai.

Fenomena ini yang kelihatan pada PRU12 dua tahun lepas sudah mula kelihatan kembali.

Apa petandanya tu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umno Perlis Bergolak, Jentera Umno Hulu Selangor kucar-kacir

Umno Perlis terus dilanda krisis berterusan apabila mantan Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengutuk Pengerusi Umno Perlis ketika ini iaitu Mohd Isa Sabu.

Shahidan Kasim bukan sahaja mengutuk bosnya di negeri itu sebagai penipu, tetapi turut melabelkannya sebagai penzalim dan Otak Selut kerana mensabotaj kehadirannya sempena lawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam.

Berikut ialah antara kenyataan Shahidan yang boleh dilihat secara jelas di laman sosial facebook.com. di sini.

1. "Depa (mereka), kerajaan negeri suruh saya tunggu disimpang 4, untuk menyambut tpm (Muhyiddin Yassin) .Tiba2 mereka ubah laluan dan tpm turun ditempat lain..saya tak tau arahan siapa..tak mungkin tpm, tak mungkin polis..tapi bertanggung jawab..rakyat benci penipuan dan mungkir janji macam ini..Tapi benda besar mereka bolih tipu,tentula benda yg kecil ini perkara biasa saja..PENIPU"

2. "Orang2 Umno dan BN tunggu tempat lain,tapi puak Md Isa bawa Tpm turun tempat lain..Saya bawa juga Tpm ketempat org ramai yg sedang menunggu..mereka adalah orang umno,bn dan rakyat, beribu yg menunggu..Tpm hanya jumpa separuh saja..Sian org2 umno dan bn ..saya pohon maaf kepada rakyat semua sebab semua usaha baik saya tidak dapat diterima olih puak2 penipu dan penzalim.."

3. "kerajaan negeri juga tidak sediakan jamuan dlm gerai untuk tpm..tiada ada meja,kerusi..maka saya tergesa gesa minta tolong kawan2,sediakan tempat makan ..p beli makanan serta merta di gerai gerai berdekatan..saya tanya mb kenapa buat macam ni kat saya..jawapan mudah..tak tau.. laluan ditipu, makanan tak disediakan..akhirnya kita sediakan juga untuk rakyat jelata..saya halalkan...mereka harus jawab kenapa SABOTAJ"

4. "Saya tanya polis traffic, kenapa ubah laluan, mereka pun dapat arahan dari atas..kalau saya tau nak tipu rakyat macam ini, maka saya tak perlu ajak org ramai datang...takut kalau ada banner2 yg tak sokong kepinpinan..maka siapakah yg berhak buat keputusan tukar laluan? saya akan tanya dato Hishamuddin, mengenai perkara ini kerana menipu rakyat dilarang olih ds.najib..."

5. "Majlis dgn bn tengah hari tadi ramai yang bukan jawatankuasa hadir terutama dri bhagian kangar"

6. "Otak selut sungguh, ketua bahagian Arau mereka tipu tapi mereka dengar pandangan dari seorang yg bukan jawatankuasa bahagian..ts muh..menyeru perpaduan diujudkan..adakah atas dasar kezaliman ?"

7. "Tpm kena tau perkara ini..harap2 tpm tak "makan sebelah"..kalau dia makan sebelah, dengar cakap md isa saja ,maka sianlah kat puak2 umno..sudah jatuh ditimpa tangga"

8. "pemandu kereta ts muh. memang nak pergi ketempat yg ditentukan, tetapi bodyguard mb minta ubah tempat...Arahan siapa? siapakah yg kurang adat menipu rakyat?siapa?"

-ikutsukaakuisa

PERKASA jadi PEKASAM

Mana perginya 'Pejuang Melayu Tulen' Perkasam di saat kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor diperkotak katik oleh pemimpin melayu Umno.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor yang sewajibnya ditandingi oleh Orang Melayu digadaikan oleh Pemimpin MElayu Umno kepada MIC. Mengapa Presiden Perkasam, Ibrahim Ali mendiam diri sunyi sepi tanpa sepatah perkataan pun mencaci tindakan pemimpin Melayu Umno yang terang-terang menggadaikan kepentingan Melayu.

Terbukti Perkasam menjadi kuda tunggangan Umno. Apa sahaja perbuatan pemimpin Umno dipersetujui oleh Perkasam walaupun kepentingan Melayu digadai.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor ini tidak pernah ditandingi oleh orang Melayu sejak PRU pertama walaupun orang melayu adalah pengundi majoriti di sana.

Saya cadangkan mulai sekarang Perkasa ditukar nama menjadi PERKASAM sebab pengecut dan penakut untuk membela kepentingan Melayu di Hulu Selangor

mutaligat

1Malaysia tapi khairy cakap lain, Muhyiddin cakap lain, Samy cakap lain

Khairy kata pilih calon muda

Muhyiddin kata tempatan

Samy kata pilih calon tua

Noh Omar kata orang india kena terima kasih dengan orang melayu

Umno kata pilih Mat Taib

Jentera wanita kucar-kacir sebab ketua wanita MCA letak jawatan

Jentera MIC akan dibubar, maknanya semuanya jadi kalut

BN mula tabur janji manis tapi yang peliknya yang bukan menteri pun boleh janji projek juta-juta tapi habis pilihanraya semua hilang tah ke mana

Manik Urai dan Bagan Pinang jadi saksi....semua janji jadi Janji Tinggal Janji....

Yang Pasti Bee End Penipu Rakyat


Isu Nuklear Iran: Amerika Cucuk Hidung Najib

KUALA LUMPUR 15 Apr - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tercemar imejnya kerana dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat begitu terdesak untuk menagih simpati Presiden Barack Obama sehingga tergamak membelakangkan pendirian negara-negara Islam yang mendahulukan pendekatan dialog dalam isu nuklear Iran.

Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini meminta ketegasan kerajaan berhubung isu itu.

"Tetapi apa yang berlaku ialah Iran membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas.

"Saya harap kerajaan Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki, sikap yang konsisten tidak 'double standard', yang berani serta tegas untuk memberi hak kepada negara Iran," kata Abdul Hadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempertikai sikap kerajaan Malaysia yang seolah-olah tunduk kepada kuasa besar itu.

"Amerika Syarikat menentang pembangunan sektor nuklear oleh Iran, tetapi Malaysia seolah-olah setuju pendirian itu. Ini adalah satu pendirian yang berat sebelah dan sekali lagi kita telah berkompromi dalam pendirian tegas kita menentang kuasa besar dalam menekan negara Islam dan dunia ketiga.

"Amerika Syarikat tidak percaya dan berterusan menekan Iran tanpa menghormati kedaulatan Iran. Melebihi isu keamanan dunia. Seperti alasan 'weapon of mass destruction', kita mempercepatkan undang-undang untuk memuaskan hati Amerika Syarikat. Amerika pernah menggunakan alasan ini untuk mencerobohi Afghanistan dan Iraq.

"Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini," tegas Tian.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyatakan Perdana Menteri bersetuju dengan usaha Amerika mengecam Iran berhubung projek tenaga nuklear negara itu.

"Presiden dan Perdana Menteri bersetuju pentingnya Iran akur dengan kewajipannya di bawah rejim pengawalan senjata nuklear antarabangsa," ujar satu kenyataan Rumah Putih.

Usaha Amerika itu dibantah keras oleh kuasa besar seperti China, Russian Amerika Latin dan Turki.

Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Brazil, Turki dan Lebanon dijangka menentang langkah seterusnya ke atas Iran.

Kenyataan itu juga menyatakan Najib bersetuju supaya Iran dihantar satu mesej yang jelas serta menyatakan kerajaan Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika di Afghanistan melalui latihan polis, ketenteraan dan pengurusan sivil.

suara-keadilan

Zaid Ibrahim Pemimpin Bersih, Berprinsip dan Berintegriti

HULU SELANGOR 14 APR: Datuk Zaid Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang memiliki latar belakang bersih dan berintegriti serta tidak tergugat dengan kepentingan politik.

Tokoh Melayu ini dilihat sebagai kepentingan bagi dirinya hanyalah naluri yang bersih, yang hanya mampu diterbitkan dari pautan erat kepada nilai-nilai kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan.

Sehubungan itu, pimpinan Pakatan Rakyat menganggap pemilihan bekas Menteri Undang-Undang berkenaan sebagai calon adalah pilihan paling tepat.

“Saya kata Zaid manusia yang aneh di Malaysia. Dalam Umno memang tidak ada. Sebab itu, beliau tunjuk semangat berkorban untuk rakyat. Bila sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia jelajah seluruh negara.

"Dia (Zaid) kata pada saya, dia sedia bekerja jika dipilih. Jika tidak dipilih pun dia akan bekerja. Itu janji dia pada saya,” kata Ketua Umum PKR itu.

Anwar berkata, rakyat tidak perlu gusar dengan kemampuan Zaid melaksanakan tugasnya, kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bahru, peguam dan Menteri Undang-Undang.

“Saya tahu rekod dia. Semasa jadi Ahli Parlimen Kota Baharu, dia jaga parlimen dia. Saya yakin beliau dan kawan- kawan akan pastikan khidmat yang jauh lebih baik untuk rakyat Hulu Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung.

“Pemilihan calon adalah yang terbaik. Di Hulu selangor, ada Melayu, Cina, India, Minang dan Orang asal. Kami yakin Zaid calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor," kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR itu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap Zaid mampu menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor.

“Saya kenal Zaid sebagai seorang punya prinsip dan ketegasan. Seorang yang punya ketajaman dan daya intelektual yang luar biasa. Dia (Zaid) aset Pakatan Rakyat yang luar biasa. Penampilannya, mudahnya didekati dalam memberi pandangan memang terserlah,” katanya.

tvselangor

Rabu, April 14, 2010

Pengundi perlu pandang serius isu APCO

KEPALA BATAS, 14 April: Isu APCO Worldwide yang mencalarkan nama Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya dipandang serius oleh para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi satu penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, maka rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.

"Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi.

Katanya, penglibatan sebuah syarikat yang ternyata bersekongkol dengan Israel adalah satu pengkhianatan yang dilakukan Umno/BN terhadap umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan aktiviti APCO Worldwide membuktikan mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam.

"Sekiranya mereka serius bagi menentang zionis dan tindakan Israel yang sekian lama menzalimi dan menindas umat Islam, maka sepatutnya dengan segera mereka harus memutuskan hubungan dengan syarikat yang berkiblatkan Israel itu,” katanya.

Ini, katanya melambangkan bahawa kepimpinan Umno dan BN yang menerajui negara adalah sebuah kerajaan yang tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di Palestin.

"Mereka bukan saja tidak peka dengan apa yang berlaku, malah tidak mempedulikan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara Islam di sana.

“Sekiranya mereka prihatin maka mereka mampu untuk menolak hubungan ini diteruskan setelah sekian lama menjadikan syarikat APCO Worldwide ini sebagai satu gandingan yang memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Sumber : harakah

SPR Tukar Pilihan Raya Di Malaysia Macam Sarkis

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 14 Apr - Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengiktiraf Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) selepas tercabar dengan teguran badan pemantau bebas itu.

"Apa yang SPR takutkan, sudahlah kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mengizinkan 'international observer' dan Malaysia cuma hanya ada satu badan bebas pemantau pilihan raya, itu pun SPR nak batalkan juga.

"Adalah mustahil bagi SPR bagi mereka menutup ketidakadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia kepada dunia," ujar Fuziah apabila ditanya berhubung tindakan SPR tersebut.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berasa kesal berhubung tindakan SPR yang membatasi ruang demokrasi semata-mata tunduk dengan tekanan Umno-BN itu.

SPR memutuskan untuk tidak lagi melantik Mafrel kononnya atas alasan ia telah melanggar syarat pelantikan kerana gagal mengemukakan laporan kerja pemantauan yang dilakukan semasa kesemua sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa SPR supaya mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau bebas pilihan raya yang mendakwa ia tidak bebas apabila menegur Perdana Menteri dan Timbalannya turun ke Hulu Selangor dan menjanjikan projek dan wang jutaan ringgit kepada penduduk di situ.

Sumber : Suarakeadilan

Sokong Palanivel, MIC tolak calon 'pintu belakang

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya.

MIC mempunyai 22 bahagian di Selangor. Palanivel, yang juga ketua MIC bahagian Hulu Selangor, tidak hadir.
Saktivel yang juga anggota jawatankuasa kerja pusat MIC berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana calon yang tidak dipilih oleh presiden parti, diletak bertanding.
Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN esok.

Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan.

Difahamkan sewaktu mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN Isnin lalu, para pemimpin MIC telah menyuara bantahan mereka dan bertegas supaya Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan bertanding di Hulu Selangor.

Difahamkan juga, timbul kebimbangan sekirannya berlaku sebaliknya, ia akan menjadi ikutan di mana Umno sebagai parti tunggak BN, akan terus campurtangan dalam halehwal parti komponen yang lain.Tolak calon pintu belakang

Saktivel berkata, sidang akhbar hari ini diadakan ekoran khabar angin yang semakin kuat bahawa Palanivel mungkin tidak dicalonkan.

Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'.

Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti.

Saktivel kemudiannya mengemukakan salinan surat beranak Mugilan dan mendakwa timbalan ketua pemuda MIC itu bukan 'anak tempatan' kerana dokumen itu menyatakan dia dilahirkan di Pantai Remis, Perak.

Sebaliknya, kata Saktivel, Palanivel sudah menetapkan di Hulu Selangor sejak 18 lalu.

Sumber : malaysiakini

MIC beri kata dua kepada BN

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

Sumber : Malaysiakini

Hulu Selangor malam tadi


Wajah yakin pemimpin PR. Keputusan sudah dibuat, kini menanti, siapa kah calun dari BN.
Adakah mereka masih ragu ragu?

Selasa, April 13, 2010

Terkini: Confirm Zaid Ibrahim Calun PKR di Hulu Selangor

Perhimpunan malam ini sudah selesai.
Kenyataan sudah dibuat oleh DS Anwar Ibrahim bahawa Zaid Ibrahim adalah calun. Orang ramai sedang meninggalkan dewan. Sebelum ucapan dari DS Anwar, TG Hadi Awang turut berucap.

Pemimpin PR yang lain yang turut membuat ucapan adalah YB Zuraidah, En Shamsul Iskandar, MP Kepong dan lain lain lagi.

Kami sedang cuba untuk mengupload gambar gambar. Keadaan broadband di Hulu Selangor pada malam ini, memang seperti zaman Jepun dulu. Sungguh mengecewakan.

Laporan terkini Dari Serendah

Ketika ini DS Anwar Ibrahim sedang berucap. Keadaan di dalam dewan sesak, di luar ramai orang masih berpusu - pusu memenuhi padang. Di jalan amat sesak.

Nama calun untuk waktu ini masih belum di nyatakan lagi.
Sedang menanti perkembangan.

Malaysia Tanggung Risiko Keselamatan Walaupun Khidmat Asiasoft Tamat

HULU SELANGOR 13 APR: Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.

Secara tegas dan lantang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehadiran pakar Zionis dari syarikat Asiasoft Ltd untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman sepatutnya tidak berlaku sama sekali.

Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mengapa Asiasoft yang berpangkalan di Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu.

“Asiasoft yang diambil membantu komunikasi polis di ibu pejabat PDRM, buat server komputer. Di mana syarikat Asisoft? Di Singapura. Di mana pangkalannya? Di Tel Aviv, Israel.

Apabila sudah heboh, dia (kerajaan Umno-BN) hentikan khidmat Asiasoft. Tapi, kita kena ingat, mereka sudah masuk dalam sistem kita. Kalau mereka hentikan pun, sebenarnya mereka sudah masuk dah,” katanya.

Anwar berucap demikian pada majlis penerangan di Kampung Selisik di Parlimen Hulu Selangor dengan merujuk tindakan polis menggunakan khidmat Asiasoft untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman.

Susulan pendedahan berkenaan, KDN bingkas mengeluarkan kenyataan yang pihaknya sudah menamatkan khidmat Asiasoft tetapi mereka tetap mahu menyiasat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat akan terus lantang membantah tindakan umno—BN berurus dengan elemen Zionis yang melakukan pelbagai kekejaman ke atas rakyat Palestin.

"Saudara ingat tidak ada risiko? Saya bukan sekadar serang Israel tapi saya bongkar risikan Israel di Asia Tenggara. Ingat tidak ada risiko? Saya makan pun kena jaga. Saya buat perjalanan, kena jaga.

"Sebab, Israel ini boleh cari orang Hamas di hotel di Dubai. Mereka boleh tembak di negeri orang," kata Anwar dengan nada tegas.

Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, Anwar berharap pengundi menilai kesungguhan Pakatan Rakyat dalam mengagihkan khazanah negeri secara adil berbanding sepanjang 50 tahun pemerintahan BN.

“Pasal apa dua tahun kita perintah, boleh cari wang RM20 juta. (Elaun) guru agama naik kepada RM60,000. Pinjaman kecil orang berniaga RM50 juta. Ini usaha kerajaan Selangor, saya tidak cakap lagi pasal kerajaan Persekutuan," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut menyingkap hubungan persaudaraan yang semakin erat antara PKR, DAP dan PAS dalam mendukung perjuangan rakyat.

Beliau berkata, isu yang dibawa pimpinan parti berkenaan dalam Parlimen akan disokong oleh parti komponen lain.

“Ahli Parlimen Machang persoal kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tambah ruang judi. Kita ingat kita akan bergaduh sama-sama PKR dengan PAS. Tiba-tiba bangun Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook bantah pertambahan lesen judi.

"Saya kata, aihhh, ini sudah terbalik," kata Anwar seakan-akan bernyanyi.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar berkata beliau akan tetap tabah menghadapi cubaan untuk dikenakan tindakan displin berikutan membuat pelbagai pendedahan di Parlimen.

Sumber: TV Selangor

YBK cagar tanah orang miskin untuk komersial

SHAH ALAM, 13 April: Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada bank, selain tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati Pengerusi YBK, adalah Datuk Zainal Sakom sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau pula adalah pemegang amanah YBK, lapor laman web TV Selangor.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.

Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan negeri tidak dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semakan audit turut mendapati :-

-16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terlibat dalam lima cagaran itu, membabitkan RM102 juta.

-Cagaran itu menyebabkan tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk membantu orang miskin beralih ke tangan pihak ketiga.

-YBK dan anak syarikatnya diberikan hampir 2,000 ekar tanah namun tidak membayar tunggakan cukai tanah RM7.36 juta kepada kerajaan negeri.

Dalam pada itu sumber-sumber memberitahu YBK menjalin kerjasama dengan tujuh syarikat termasuk empat anak syarikat – PYBK Usahasama, PYBK Resort and Spa, Servecare dan Serendah Heights yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2 dan RM3.

-Zainal mempunyai saham dalam syarikat PYBK Usahasama, Prihatin Ehsan,PYBK Usahasama, Servecare dan Serendah Sdn Bhd yang menjalankan projek-projek YBK.

- Tanah untuk aktiviti membasmi kemiskinan disalah guna untuk projek komersil. Contohnya di Gombak, “Projek Penempatan Rakyat Termiskin” dibatalkan dan tanah hampir sembilan ekar dibangunkan untuk tujuan komersil.

- Apabila pasukan audit dalaman cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset YBK di pejabat tanah hulu selangor, mereka diberitahu fail berkaitan sudah tiada lagi dalam simpan.

Pegawai pejabat berkenaan melaporkan bahawa fail-fail berhubung urusan tanah YBK telah diambil oleh pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan juga sedang menyiasat kes yang sama.

Dalam pada itu sumber-sumber kerajaan negeri memberitahu Akaun YBK tidak telus dan tersasar daripada pelembagaan badan itu.

- Contohnya, undang-undang tubuh YBK mensyaratkan badan itu harus membelanjakan 70 peratus pendapatan untuk melaksanakan projek membantu orang miskin, tetapi ini tidak dilakukan.

- Pada 1996, hanya 15 peratus daripada pendapatan RM23juta dibelanjakan untuk projek.

- Pada tahun 2007, YBK mempunyai aset atau harta bernilai RM20 juta. Ini juga tidak dimanfaatkan mengikut garis panduan YBK untuk membantu golongan miskin.

Laporan audit juga mendapati Penyata Kewangan 2008 yang disiarkan dalam laman YBK tidak telus, tidak mempunyai pecahan atau nota terperinchi sebagaimana seharusnya.

Kerajaan Selangor mengarahkan siasatan audit ini diadakan selepas YBK enggan bersikap telus dan menolak keperluan Menteri Besar dan barisan exco mengambil peranan langsung dalam menguruskan YBK.

Ini untuk memastikan segala sumbangan kerajaan negeri di manfaatkan sepenuhnya untuk golongan miskin dan tidak dibolot oleh pemimpin tertentu.

Khalid berkata kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji laporan audit berkenaan dan mengatur langkah untuk memastikan tidak ada lagi penyelewengan atas tanah-tanah yang disumbangkan kepada yayasan tertentu untuk tujuan amal.--Tvselangor.

Lebih 2,000 ikuti pengumuman calon Pakatan

HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.

Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.

Sumber: harakah

Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan
Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati
penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa
pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran -
itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di
beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang
laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan
tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan
berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan
membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam
sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor -
sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada
penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap"
sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis
YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang
usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti
majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk
menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan,
tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di
Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada
agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat
perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada
golongan miskin. - malaysiakini

Speaker Beri Amaran Kepada Anggota Parlimen Pasir Salak

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak
Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak
lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada
DAP.

Katanya beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk
memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis
lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam
untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota
Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan
tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah
dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa
pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua
Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti
Parlimen.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Anggota Parlimen Ipoh Barat yang
menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya
bersetuju supaya tidak mendesak agar Anggota Parlimen Pasir Salak
dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata beliau menerima surat daripada Datuk
Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution
Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat
dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan
judi.

"Saya belum memanggil kedua-dua Anggota Parlimen terbabit untuk
tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta
kerjasama semua Anggota Parlimen supaya bila berhujah, kawallah
sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan,"
katanya. - BERNAMA

Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor?

Berita tergempar!! Dato' Seri Najib telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan di Selangor akibat daripada kegagalan misi beliau iaitu untuk merampas semula Selangor.

Sebelum ini Najib dikatakan sudah berkali-kali menyerang Pakatan Rakyat di Selangor, namun ternyata setiap percubaannya itu gagal.

Peletakkan jawatan ini akan diumumkan oleh Dato Noh Omar selaku timbalannya dalam jangka masa terdekat ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini supaya jentera-jentera MIC tidak terganggu emosi dengan peletakan jawatan Najib.

Noh dikatakan akan mengambil tempat Najib sebaik sahaja pengumuman tergempar ini di keudarakan. Berita tergempar ini disahkan oleh beberapa sumber terdekat demi untuk mendapatkan kepastian yang jitu. Menurut suumber-sumber tersebut, Najib dikatakan membuat kenyataan drastik itu ekoran daripada kegagalan konvensyen BN baru-baru ini.

Sumber: prkhuluselangor_2010.blogspot.com

Pakatan Rakyat Tidak Rela Wang Rakyat Dibayar Kepada Israel-Zionis

AMPANG 12 APR: Pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan merelakan wang rakyatdigunakan untuk membayar sebuah firma yang terang-terangan didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Taman Chempaka Perdana di sini, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan latar belakang dan modus operandi APCO Worldwide jelas diragui.

"Lembaga Pengarah APCO ini merencanakan One Israel. Ini bukan kebetulan sebab itu, kita tidak mengizinkan duit rakyat dibayar kepada manusia Israel-Zionis," katanya dengan lantang.

Beliau kesal kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel sebaliknya kerajaan Umno-Barisan Nasional melantik APCO Worldwide sekaligus bersahabat dengan segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Dalam masa sama, kerajaan Umno BN mengambil APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi, maknanya APCO dibayar dalam membantu gerak kerja negara.

"Satu tangan kita serang bermati-matian (isu melibatkan kekejaman Israel) di peringkat antarabangsa, satu tangan kita angkat mereka menjadi penasihat negara," kata Abdullah Sani lagi.

Turut berucap ialah Datuk Seri Nizar Jalaludin yang terkilan kerana pimpinan Umno BN menggunakan wang rakyat yang majoriti beragama Islam untuk disalur kepada dana Israel-Zionis.

"Umno tahu mereka berinteraksi dengan syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv. Mereka turut mengesa kerajaan Malaysia dan Parlimen meluluskan bayaran lebih RM20 juta kepada Asiasoft," katanya.

Sumber: TV Selaangor

Nazri Enggan Ulas Lanjut Siasatan Adik PM, Deepak

KUALA LUMPUR 12 APR: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nazim Razak dan pengusaha karpet, Deepak Jaikishan sudah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara ini disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di lobi Parlimen hari ini.

Mengikut Nazri, siasatan dibuat berikutan pendedahan penyiasat persendirian, P Balasubramniam mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu pada 2006 tetapi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, enggan mengulas lebih lanjut.

“Sudah, sudah, cukuplah” katanya kepada pengamal media yang mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Balasubramaniam kini berada di luar negara selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai pembunuhan wanita Mongolia itu, selepas menafikan akuan sumpah pertama yang dibuat sehari sebelum.

Balasubramanian kemudian membuat kemunculan semula selepass setahun menghilangkan diri dan mengesahkan akuan bersumpah pertama sahih manakala yang kedua dibuat atas desakan pihak tertentu.

Pada 4 Disember lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan ke SPRM untuk menyiasat berhubung akuan bersumpah Bala.

Beliau turut menyerahkan rakaman temu bual yang memuatkan pengakuan penyiasat persendirian itu yang menyebut nama adik Perdana Menteri sebagai individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam membuat pengakuan tersebut apabila diwawancara tiga peguam dari Singapura.

sumber: TVSelangor

BN/MIC gagal bantu kaum India

Isnin, April 12, 2010

Ds Anwar isytihar calun Hulu Selangor esok !

Majlis Pengisytiharan Calon PRK Hulu Sgor akan diadakan esok pada 13 April 2010, 9mlm di Dewan Komuniti Serendah, Pekan Serendah, Hulu Sgor

Temui DSAI & pimpinan PR yang lain. Datang beramai-ramai !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, April 11, 2010

Hulu Selangor: Pemimpin PR perihatin kesihatan rakyat

Hulu Selangor : Jadual lawatan YB

Berikut adalah lawatan YB YB ke kawasan di Hulu Selangor.
Kami akan terus membuat liputan ke lawatan lawatan tersebut untuk disiarkan di dalam blog

Klik imej untuk lebih jelas.

Hulu Selangor; Laporan terkini

Pihak kami telah memperolehi jadual kerja dan tugas Pemimpin bersama
rakyat di Hulu Selangor.
Ianya akan disiarkan di dalam tempoh beberapa jam dari sekarang.

Dalam pada itu anggota serta kakitangan kempen penyokong PR sudah
berada dilokasi sejak beberapa hari lepas. Masing-masing sedang dan
telah menyiapkan tugasan masing-masing. Cuma menantikan lampu hijau
untuk mulakan tugas.
Langkah-langkah waspada turut diingatkan kepada semua pihak yang
terlibat kerana dijangkakan, PRK kali ini dijangka amat sengit sekali.
Macam-macam boleh jadi.

Pihak kami sedang cuba untuk mengupload gambar serta jadual yg telah
diserahkan kepada kami.
Nantikan posting seterusnya .......

Orang kito