KUALA LUMPUR 15 Apr - Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak supaya semua lesen perjudian yang baru dikeluarkan kerajaan dibatalkan dengan serta merta.
Memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP juga mendesak kerajaan mengawal dengan ketat penggunaan lesen perjudian sedia ada kepada masyarakat bukan Islam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata memorandum tersebut akan diedarkan kepada semua Ahli Parlimen sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional serta eminta mereka menandatangi dokumen itu tanda sokongan mengekang gejala sosial yang dilihat semakin berleluasa sekarang.
"Kita akan minta semua Ahli Parlimen menandatanginya kerana memandang berat tentang isu perjudian yang semakin banyak diluluskan .Perjudian semakin berleluasa di kalangan umat Islam dan kesan dari kelulusan baru kerajaan yang akan burukkan masalah sosial di negara kita.
"Dua perkara diminta supaya kerajaan membatalkan semua cabutan khas yang berjumlah 20 kali untuk 2010 yang diluluskan kepada operator perjudian oleh Kementerian Kewangan dan kedua mengurangkan hari pertaruhan dari tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu.
"Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah persetujui pimpinan ketiga parti untuk menandatangi kenyataan dan memorandum ini kerana masalah perjudian telah berakar umbi dan merebak tanpa kawalan dan ditambah oleh pentadbiran Najib sekarang," kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam.
Sumber: Suarakeadilan
Kawan-kawan dan sahabat handai....
Khamis, April 15, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan