Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, April 16, 2010

PAS Anjur Demo Bantah Syarikat Israel Zionis

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengadakan tunjuk perasaan di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur hari ini bagi membantah kerjasana kerajaan umno-Barisan nasional dengan syarikat zionis Apco world wide.

Syarikat itu diupah untuk memulihkan imej kerajaan dan dikatakan dibayar sehingga RM77 juta.

Pembabitan kerajaan dengan APCO didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Puluhan ahli Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru sebagai tanda solidariti membantah tindakan kerajaan Malaysia bekerjasama dengan APCO dan kekejaman Israel-zionis ke atas rakyat Palestin.

“ Perhimpunan ini diadakan untuk membantah penglibatan APCO dan juga syarikat-syarikat dari negera itu seperti Asia Soft yang mereka ini terlibat secara langsung dan mereka ini boleh akses ke bilik pejabat Perdana Menteri dan mereka ini mempunyai akses yang sangat mudah kepada semua maklumat penting, maklumat strategik negara” katanya.

Selepas pendedahan dibuat oleh Anwar, seluruh Dewan Pemuda PAS negeri membuat laporan polis secara serentak pada Rabu lalu.

Malah menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohammad, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan sekiranya kerajaan masih berdegil mahu meneruskan kontrak APCO.

“ Insya-Allah satu himpunan besar-besaran akan kita adakan sekiranya respon yang tidak baik kita terima dari pihak kerajaan. Kita mahu seluruh rakyat Malaysia sensitive terhadap isu sensitiviti kita di bumi Palestin” tambahnya lagi.

Di Seremban tunjuk perasaan sama dianjurkan oleh sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan perkarangan Masjid Negeri Seremban.

Bercakap kepada Tv Selangor, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda bantahan keras terhadap tindakan kerajaan bersubahat dengan syarikat zionis.

“ Kita memberikan wang yang banyak untuk membantu umat Islam di Palestin, untuk membantu mereka supaya mereka dapat hidup dengan aman dan harmoni, dalam masa yang sama kita memberi wang kepada Israel, syarikat yang mempunyai kepentingan zionis. Yang lebih menduka citakan kita, di kalangan kumpulan ini ada yang dekat dengan kepimpinan zionis”.

Malah beliau menyeru rakyat Malaysia di seluruh negara untuk bersama-sama menghalau syarikat Israel-zionis yang mula bertapak di negara ini sejak 4 Ogos tahun lalu.

“ Kita mengharapkan rakyat Malaysia bangkit bersama kita membantah usaha yang tidak menilai erti kemanusiaan ini yang memberi peluang kepada zionis untuk bertapak dalam negara kita yang mereka ini bukan sahaja musuh kepada umat Islam tetapi umat manusia sejagat”

APCO merupakan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan konsep 1 Malaysia dan One Israel.

Sumber : TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito