Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, April 13, 2010

Speaker Beri Amaran Kepada Anggota Parlimen Pasir Salak

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak
Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak
lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada
DAP.

Katanya beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk
memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis
lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam
untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota
Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan
tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah
dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa
pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua
Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti
Parlimen.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Anggota Parlimen Ipoh Barat yang
menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya
bersetuju supaya tidak mendesak agar Anggota Parlimen Pasir Salak
dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata beliau menerima surat daripada Datuk
Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution
Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat
dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan
judi.

"Saya belum memanggil kedua-dua Anggota Parlimen terbabit untuk
tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta
kerjasama semua Anggota Parlimen supaya bila berhujah, kawallah
sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan,"
katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito