Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, April 15, 2010

Umno-BN Melutut Kepada AS, Israel

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 15 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional berkaitan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat dan sokongan kepada Israel melalui khidmat rundingan oleh syarikat pro Zionis Israel, Apco Worldwide.
Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringakat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat hari.
Anwar bingkas bangun membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa pengaruh beliau di Amerika disebabkan peranan media.
"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel," ujar Anwar sambil disambut tepukan meja dari Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.
"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini.
"Kedua saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?
"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?" soal Anwar lagi.
Menurut Anwar, kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri bersikap berdiam diri terhadap pembunuhan Israel ke atas penduduk Islam.
"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?
"Ini bedanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Sumber : Suarakeadilan

1 ulasan:

  1. Semua penyokong pakatan tahu dok sape dia Mr Michael Danby MP, Member for Melbourne Ports Vic)
    Ala... yg menyokong Penasihat PKR tentang kesnya tu ler... nak kata org melutut kat ISRAEL,,, Tapi diri sendiri.... (kat sini sya bagi sikit biodata Mr Danby ni),,,,

    Danby was born in Melbourne, Victoria and was educated at Melbourne University. He was President of the Melbourne University Student Union as well as President of the Australasian Union of Jewish Students.

    Other Positions
    Deputy Chair, Australia/US Parliamentary Friendship Committee.
    Secretary, Australia/Israel Friendship Group.
    Chair, Parliamentary Friends of Tibet

    selebihnya tiap saje kat google search... jng buat2 tekejut lak...

    BalasPadam

Orang kito