Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Jun 13, 2009

Besarnya ketawa...suke betul dia ish ish ish!!!

Apa bezanya 1malaysia dan malaysia malaysian tajaan DAP....kenapa harus yang satu ditentang dan satu disokong sedangkan konsepnya sama cuma istilah berbeza.

Kenapa senyap apabila kerajaan perpaduan dihebohkan disana-sini. Apa perlunya hingga sokongan sampai perlu berjumpa Najib di putrajaya. Apakah ada katak disebalik kiambang yang bertaut.

Kalau ya pun suka...janganlah ketawa sampai masuk lalat...tutup sikit la mulut tu....cover-cover la sikit tahulah jenis spesis katak makan lalat.

Entah larrr....katak yang lagi tiga tak ikut ke...

maap pak berahim....udah dulu ya......
untuk lagi berita, sila klik disini.

Patut la adik ipar aku selalu komplen

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional.

Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong. Jika anda tidak percaya, sila rujuk video di bawah:-

http://hanief.blogspot.com/2009/05/berita-buruk-untuk-para-pengguna-tmnet.html

Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.

Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.

Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.

Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet.

Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

Jumaat, Jun 12, 2009

PPSMI tak selesai....datang MUET pulak...

Nampaknya Menteri Pendidikan yang baru nak mewajibkan pulak bahasa inggeris.
Kita bukan tak sokong idea ni tetapi janganlah sampaikan mengabaikan golongan pelajar terutama yang di kampung-kampung, felda dan luar bandar.

Kalau Bahasa Melayu pun tak boleh nak dimartabatkan janganlah pula Bahasa Inggeris diwajibkan. Tidak dinafikan Bahasa Inggeris menjadi keperluan pada lulusan universiti dan kehendak masakini tetapi jika perlaksanaan haruslah seimbang dengan keadaan sistem pembelajaran yang ada.

Dalam masa kita mengejar keperluan globalisasi janganlah sampai mengabai masa depan bahasa rasmi bahasa ibunda kita.

Masih lagi UBN dalam keadaan syok sendiri, tidak mengambil peduli langsung suara rakyat. Dalam keadaan sekarang apa yang boleh kita lihat adalah agenda tersembunyi mereka untuk melihat anak melayu menjadi keterbelakang dalam ilmu pengetahuan.

Tidak semestinya kita wajib menguasai Bahasa Inggeris untuk berjaya sedangkan nenek moyang kita sendiri pun bukanlah kerana Bahasa Inggeris mereka berjaya.

Tegasnya disini, tidaklah sampai BI diwajibkan barulah boleh menguasai dunia sedangkan Jepun, China dan Korea mendaulatkan bahasa ibunda mereka sahaja boleh menguasai separuh daripada ekonomi dunia.

Bahasa Melayu hendaklah diletakkan pada di tempat yang tertinggi dan dimartabatkan di mata dunia dimasa yang sama mekanisma atau kaedah yang sesuai hendaklah dikaji bagi rakyat malaysia menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam era dunia menuju globalisasi.

Hmm...berjerebu atau nampak macam berjerebu

Pemandangan jerebu di Kuala lumpur

It’s not haze that you see
2009/06/04
KUALA LUMPUR: It just looks hazy, but there’s no haze in Malaysia at the moment, according to the director-general of Environment, Datuk Rosnani Ibarahim.
“Since it is the dry season now, the air becomes dry and hazy but it doesn’t mean that haze is coming back,” she said.
Rosnani advised the public to refrain from all open burning because the fire would spread fast in the dry season. Rosnani said so far there were fewer than 10 hot spots in the country. — Bernama





Hmm..tipu orang buta bolehlah....berjerebu dan nampak macam berjerebu......

Apa punya turrrr......

Susahlah kalau orang ada master....ada ijazah mula nak mengkelentong keadaan semasa

Kalau zaman jepun atau zaman british bolehlah kelentong......

Apa nak jadilah dengan jerebu di Malaysia ni.....

Lepas ni mulalah tunding menunding jari....duit habis berjuta dah....hasil tetap sama

Tahun-tahun lepas cakap berdegar-degar, habuk pun tarak, dari zaman mahathir sampai la ke la ni....jerebu tetap berjerebu...janji tetap janji...tapi perlaksanaan....HAMPEH



Patut declare aje sebagai salah satu lagi musim di malaysia:-

Musim Hujan

Musim Kemarau

Musim Jerebu



P/S-lepas ni alasan yang mungkin timbul....cuaca panas la....asap rokok la....asap kenderaan la...asap kilang la....asap kemenyan tok bomoh pun nanti turut disalahkan kerana keadaan menjadi nampak berjerebu

Suka hati korang la....tak tahu lah nak komen lagi sebab jawapannya di tangan orang yang punya kuasa...komen atau komplen pun buat mengabihkan boreh yo.

Khamis, Jun 11, 2009

Selangor: Tolong ikut titah sultan, jangan politikkan masjid

Mutakhir ini setelah kehilangan kuasa di Selangor, UBN mula memainkan isu perlantikan pengerusi dan AJK masjid seluruh negeri.

Apa perlunya sehingga SPRM dan istana diheret ke kancah mempolitikkan masjid dan surau.
Masjid dan surau dan tempat beribadah dan masjid ilmu dan jika puak-puak UBN yang cuma mahu pangkat dan nama, tak payahlah nak kacau.

Bagilah pihak-pihak yang benar-benar ingin mengIMARAHkan masjid dan surau sahaja yang menguruskanya.

Cukuplah bagi yang bagi qariah yang belum cukup ilmu ini menjadi makmumnya.

Selamat beribadah dan beramal.

untuk link berita, sila klik disini.

Rabu, Jun 10, 2009

Selangor harus waspada selalu

Isu ini timbul kerana mengikut hasil risikan maklumat secara rambang terhadap pegawai PBT di seluruh negeri selangor.

Kebanyakkan mereka masih lagi penyokong tegar UBN sedangkan mereka ini semua berkhidmat kepada kerajaan yang sedia ada iaitu kerajaan pakatan rakyat.

Kebanyakannya masih lagi dalam usaha untuk mensabotaj dan cuba membuat onar serta mencari jalan untuk menimbulkan masalah serta melahirkan rasa tidak senang dan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat pimpinan Tan Sri Khalid.

Agenda mereka ini mungkin akan tercapai jika pimpinan sekarang tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Kalaulah keadaan ini berpanjangan dan berterusan kemungkinan besar cuma penggal ini sahajalah kerajaan pakatan memerintah.

Agen-agen UBN sedang bergerak secara halus dalam usaha menghancurkan kerajaan pakatan di Selangor.

Jangan dibiarkan makhluk perosak ini semua merayap dan merosakkan segala rancangan dan agenda rakyat yang sedang dan akan dilaksanakan.

Diharap ADUN dan MP pakatan rakyat dapat memantau PBT di tempat anda semua supaya agenda jahat mereka ini dapat dikekang dari merebak menjadi barah. Wallahualam

untuk artikel, bolehlah baca disini juga.

Perjuangan atas dasar islam atau bangsa???

Tolong orang nak tipu orang.....hidup umno...hidup pro muqabalah...hmmm orang melayu la sampai bila-bila kena jual dek bangsanya sendiri demi kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Parti islam semalaysia atau parti melayu semalaysia....
Perjuangan atas dasar islam atau dasar bangsa???
Yang ni bagi pro muqabalah jawab....
kalau rasa nak memperjuangkan melayu...baik keluar aje pas...biarkan pas dengan pakatan
Keadilan untuk semua atau keadilan untuk semua melayu umno sahaja.

Eksklusif from Ampangan to Putrajaya

Pendedahan eksklusif oleh ahli keluarga dan orang kampungnya sendiri....
kesianlah kek orang kampung....
ekau buek tak kona.....

Licik sungguh...sebijik macam lintah darat

Bijak betul cik nazri aziz sorang ni...dok pakatan sibuk dok bertelagah pasai kerajaan perpaduan kununnya.

Dia pun umumkan 30% kenaikan tambang bas ekspres.

Macam ni lah perangai UBN....dengan rakyat tengah dok susah isu kegawatan ekonomi, boleh pulak pi naikkan tambang bas ekspres seluruh negara.

Ni lah kalau orang tak pernah susah...nak menyelam di manik urai nak merasai kesusahan orang kampung.

Hmmm...memang boleh buat batu cincin la kepala otak mamat sorang ni. Mentang-mentanglah yang dok hunga bas ekspres ni rakyat biasa...so sesukahati dan sesedap rasa aje bermaharajalela pekena rakyat.

Alasannya mudah sebab dah janji nak naik tahun lepas...kalau macam ni adik ipar aku darjah 1 pun boleh jadi menteri.

Pikirlah sikit sekarang ni zaman susah...tolonglah rakyat dan jadi prihatin sikit pun jadilah.

Stakat orang-orang ameno pilih orang macam ni jadi menteri...hmm entahlah apa akan jadi pada malaysia dan rakyatnya kita pun tak tahulah lepas ni.

Nasib kita lah belalang..................

untuk berita, sila klik di sini.

Selasa, Jun 09, 2009

hishhh....takde displin sungguh....




Mungkin tertarik dengan keindahan hasil bina di terengganu jadilah ramai pelancong yang datang termasuk diorang ni, pasal tu runtuh...bikin kacau negeri orang aje...agak-agak la kalau nak berlawan pun.

Umno tak salah, derih jusoh tak salah, rosol wahid tak salah waima mat said pun tak salah
Yang salah cuma puak-puak ni aje

Isnin, Jun 08, 2009

memang dah agak dah....

Media perdana seperti sinar harian di selangor sudah memulakan kerja terkutuk dengan perlagakan presiden dan mursyidul am dengan tajuk utama akhbarnya hari ini.

Di dalamnya pula memuatkan kenyataan menteri wilayah, Raja Nong Chik mengucapkan tahniah kepada timbalan presidennya, terang-terang menyebut akan meneruskan rundingan, muzakarah kepada timbalan presiden yang terpilih.

Ameno bersukaria ibarat syaitan atau iblis bersukaria kerana berjaya menyesatkan umat nabi muhammad...begitulah gamaknya.

Dengan wajah TG Haji Hadi, TG Nik Aziz dan Najib terpampang di mukadepan akhbar sinar itu...apakah ertinya semua itu.

Tidak dapat tidak...hanya untuk memecah-belahkan pakatan rakyat. Di harap janganlah kita termakan dengan provokasi dan cucuk jarum mereka ini.

Ingatan kepada pemimpin pakatan supaya jangan termakan dengan umpan beracun yang cuba dihulurkan oleh gerombolan penyesat dan agen pemecahbelah ini.

Berhati-hati dan berwaspada setiap langkah yang mahu diambil dan janganlah ada lagi rundingan sulit lagi antara pemimpin pakatan rakyat lagi dengan ameno selepas ini, mintak-mintaklah dijauhkan. walahua'alam

Ahad, Jun 07, 2009

blogger = media baru = sokong pakatan


Janganlah sampai blogger rasa terhina sudah....agak-agak kalau berharap pada media perdana yang dok ada sekarang ni...tak sampai kemana pun


Kalau yea pun para blogger tak diiktiraf tapi berilah peluang sikit. Para blogger yang dok memblog hari-hari ni pun bukan bergaji tapi ikhlas atas prinsip perjuangan ikhlas bersama rakyat.


Masing-masing ada peranan yang perlu dimainkan...bukannya mereka minta 'red carpet' atau wang berguni atau pangkat menjulang ke langit tapi cuma ruang bersama dalam apa-apa event yang dijalankan.


Para blogger bukan pengemis atau peminta sedekah atau meminta simpati macam dalam rancangan bersamamu TV3 cuma peranan blogger menyebarkan informasi atau berita secara telus dan benar.


Rata-rata media tempatan arus perdana cuma bekerja untuk memporak-perandakan pakatan dengan berita-berita yang mengelirukan dan cuma bertujuan memecah-belahkan sahaja.


Agak-agak korang la....siapalah yang dok ligat menyiarkan berita persidangan haram di Perak.


Kalau nak harapkan TV3..utusan meloya....berita hairan....rtm1...haram....sampai mati la rakyat tak tahu cerita.


Harap-harap pada mana-mana parti dalam pakatan lepas ni, janganlah terlepas pandang isu blogger nak buat liputan di tempat anda kerana tanpa anda siapalah blogger dan tanpa blogger siapalah anda.


Renung-renungkanlah dan selamat beramal.


dipersilakan ke tong sampah

NIK AZIZ RUBBBISHES UNITY GOVERNMENT PROPOSAL – malaysian insider
SHAH ALAM, June 7 — PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz last night reiterated his disapproval of the unity government proposal, isolating the man behind the idea, party president Abdul Awang, and his pro-unity talk supporters.
Speaking at a ceramah held in conjunction with the party’s 55th muktamar (general assembly), Nik Aziz said those who speak of co-operation with Umno are apparently oblivious to the rivalry between these two arch-rivals throughout their existence.
“There is no need to talk to Umno about all this unity government nonsense, it is rubbish,” he told the 5,000 strong attendees who cheered upon hearing the statement.
Takbir!!!
sumber: malaysian insider

Orang kito