Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, November 21, 2009

UMNO tak perlu bising Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor...


Oleh: Tok Janggut

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara.

patut la SPRM ni rakyat pandang sinis aje....



6 PEMUDA UMNO KOTA TINGGI DITAHAN DISYAKI RASUAH - malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Jumaat, November 20, 2009

Tok Guru Nik Aziz dan DSAI antara tokoh muslim paling berpengaruh



Dari Khairul Hidayat

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

berjaya tapi berduka angkara sistem pendidikan percuma 1malaysia


Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..


Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia.

Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kemneterian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...

Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.


Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

sumber:angkasanuri

Ini bukan dari jemapoh ke machester tapi dari bangkok ke kathmandu


Dalam bahagian keempat wawancara misteri dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Malaysia Today, dia menceritakan kesukaran yang dihadapinya apabila dipaksa tinggal di luar negara.

Balasubramaniam – individu kontroversi berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu – juga mendedahkan, dia pulang ke Malaysia beberapa kali tahun ini tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

Di bawah adalah petikan wawancara tersebut:

Mengapa kamu tidak memberitahu mereka perkara sebenarnya mengenai cara akuan bersumpah kedua dibuat memandangkan anggota keluarga anda berada bersama anda dan mereka semuanya dalam keadaan selamat?

Saya masih lagi dalam keadaan keliru dan masih bimbangkan keselamatan keluarga saya. Saya dimaklumkan bahawa Deepak ada hubungan yang amat berpengaruh, terutama selepas pertemuan dengan seorang Datuk VIP Melayu di The Curve beberapa malam sebelumnya dan nasihatnya masih segar di kepala saya.

Saya juga hairan mengenai hubungan Deepak itu kerana dia nampaknya boleh menganjurkan sesuatu di negara-negara berlainan dan malah telah meminta seorang wanita Thai memohon visa India kami di Bangkok.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi saya rasa perlu mendengar nasihat mereka sehingga saya dapat berfikir dengan lebih jelas kerana saya perlu mengambil kira keluarga kerana saya tidak mahu apa-apa berlaku kepada mereka.

Saya dan keluarga juga sedang berada di negara asing tanpa sumber kewangan.

Adakah kamu menghubungi sesiapa selepas itu?

A. Ya, ASP Suresh menghubungi saya dari KL dan menasihat saya supaya berpindah hotel agar pegawai polis dari KL tidak dapat mengesan saya lagi sekiranya mereka perlu mengambil kenyataan lanjut.

Dia juga memberitahu saya supaya menghubungi anak saudara saya di KL dan memintanya berhenti bercakap dengan media dan jangan mengadakan lagi protes nyalaan lilin kerana tindakan itu membuatkan Deepak berasa tidak senang. Saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya itu dan memintanya berhenti menjalankan aktiviti-aktivi tersebut dan dia bersetuju (lihat video di sini:)

Adakah kamu berpindah hotel?

Ya, kami berpindah ke Hotel Beverly Hills. Semasa kami di hotel baru itulah saya menerima berita daripada Rajesh bahawa visa kami tidak sempat disiapkan kerana ia memerlukan tempoh sekurang-kurangnya lima hari bekerja untuk diproses.

Deepak kemudiannya meminta seorang pengurup wang, yang dikenalinya, membayar 100,000 Baht untuk perbelanjaan saya. Saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya di hotel tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu?

Pada kira-kira jam 2.30 petang 11 Julai, Rajesh menghubungi saya dan meminta ke lapangan terbang untuk mengutip e-tiket yang telah ditempahnya untuk saya dan keluarga berlepas ke Kathmandu, jadi kami bersiap dan pergi ke lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, bila kami sampai di lapangan terbang, Rajesh menghubungi saya dan memberitahu bahawa penerbangan hanya akan berlepas jam 10 pagi keesokannya. Kami kemudiannya menaiki teksi balik semula ke bandar dan menginap di hotel lain.

Keesokan paginya kami pergi semula ke lapangan terbang, mengutip tiket kami dan terbang dengan pesat Thai Airways ke Kathmandu.

Apa berlaku bila kamu mendarat di Kathmandu?

Kami disambut di lapangan terbang oleh seorang wakil dari Hotel Yak & Yeti yang membawa kami ke hotel tersebut.

Apa perlunya anda ke Kathmandu?

Sebelum kami boleh masuk ke India, kami perlu memohon visa yang kami gagal perolehi di Bangkok.

ASP Suresh memberitahu saya bahawa Deepak tidak mahu lagi kami berada di Bangkok kerana polis sudah tahu yang kami berada di sana dan itulah sebabnya dia mahu kamu berlepas ke Kathmandu supaya dapat memohon visa kami di sana.

Berapa lama kamu berada di Kathmandu?

Kami membuat permohonan visa kami di Kedutaan India di Kathmandu. Selepas kami memperolehi visa untuk tempoh sebulan berada di India, kami berlepas dari Kathmandu ke New Delhi. Tarikhnya 22 Julai. Kami tinggal kira-kira 10 hari di Kathmandu.

Berapa lama kamu berada di Delhi

Kami tinggal di sebuah hotel di Delhi selama dua malam sebelum terbang ke Madurai untuk ke Madras.

Bagaimana kamu dapat melanjutkan tempoh visa satu bulan itu?

Visa kami tamat pada 21 Ogos 2008. Orang Deepak telah berjanji untuk mendapat lanjutan tempoh selama setahun untuk kami tetapi tidak jadi apa-apa. Jadi saya terpaksa mendapatkan sendiri lanjutan sebulan untuk saya dan keluarga saya sehingga 20 September 2008.

Saya kemudiannya menghantar isteri dan anak-anak pulang ke KL untuk tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.

Saya terus tinggal di Madras dan mencuba untuk melanjutkan tempoh visa saya. Ejen Deepak yang dikenali sebagai Kumar cuba membantu saya tetapi selepas 5 bulan ia belum berhasil. Saya mengadu mengenainya kepada Deepak dan ASP Suresh ketika mereka datang melawat saya di Chennai. Deepak memanggil Kumar yang memulang pasport kepada saya bersama sijil sakit, dengan berkata saya tidak boleh keluar dari negara ini disebab satu penyakit yang saya hidapi. Ini terpaksa dilakukan kerana saya berada di India secara haram kerana tempoh visa saya sudah tamat.

Saya kemudiannya meminta bantuan bapa saudara isteri saya yang merupakan exco negeri bagi daerah Karaikal. Dia berjaya mendapatkan lanjutan tempoh bagi visa saya sehingga 5 September 2009.

Adakah kamu ada pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tersebut?

Ya, saya pulang beberapa kali untuk menyelesaikan beberapa urusan peribadi saya. Setiap kali saya pulang, saya masuk melalui Thailand di sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam dan keluar semula melalui cara yang sama. Saya tidak melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.

Saya tidak menghubungi sesiapa setiap kali saya pulang kerana saya takut Deepak dapat tahu. Satu-satunya orang yang tahu saya pulang ke Malaysia ialah ASP Suresh tetapi dia tidak beritahu pada Deepak. Dia marah dengan saya kerana membiarkan isteri dan anak-anak saya pulang ke Malaysia, tetapi saya menjelaskan kepadanya bahawa anak-anak saya perlu bersekolah dan mereka tidak dapat masuk sekolah di Chennai.

Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya tinggal dengan isteri saya dan ibu mertua saya di Segambut.

Di mana isteri kamu tinggal selama dia berada di Malaysia?

Dia tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan dapat menyekolahkan anak-anak saya di sebuah sekolah di Sentul. Dia (isterinya) pernah datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk menemui saya.

Di mana isteri dan anak-anak kamu sekarang?

Mereka kini berada di Chennai. Saya dapat memasukkan dua anak besar saya di sebuah sekolah di sana. Isteri saya mungkin akan pulang ke KL supaya anak lelaki bongsu saya dapat bersekolah di sana. Saya perlu tinggal bersama dua anak saya di Chennai.

Bolehkah kamu ingat tarikh-tarikh anda pulang ke Malaysia?

A. Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh tersebut, saya menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi. Dia sangat bimbang saya pulang ke Malaysia dan meminta saya balik semula ke Chennai dengan segera. Dia memberi amaran kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal lebih lama.

Kali kedua saya pulang ke Malaysia ialah dari 11.04.2009 hingga 02.05.2009.

Kali ketiga saya pulang ke malaysia ialah pada akhir Julai 2009.

Apa yang kamu buat bila pulang pada akhir bulan Julai?

A. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi peguam saya Americk Sidhu dan menjelaskan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku kepada saya sepanjang tempoh satu tahun lalu kerana saya tidak gembira dengan keadaan yang sedang saya lalui kini.

sumber:malaysiakini

Siapa sebenar tak pandai urus kewangan negara?

Isu IMF. Siapa sebenarnya yang kemaruk ingin meminjam wang IMF? Menteri2 UMNO diam seribu bahasa. Jangan jadi beruk terjerit2 menyokong fitnah kalau tidak tahu fakta sebenar.

Khamis, November 19, 2009

Tanda BN sudah hancur................





60 ahli MCA bantah pelan damai

Kira-kira 60 ahli MCA hari ini berkumpul di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana membantah kepimpinan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Mereka yang dipercayai ahli-ahli yang bersimpati dengan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendakwa pelan damai telah menjejaskan proses demokrasi dalam parti itu.

Kumpulan itu, yang sebahagian besarnya memakai baju berwarna hitam, memulakan bantahan pada jam 7.30 malam dengan berdoa untuk parti.

Mereka kemudiannya menyanyi lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan ikrar parti untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti.

Pada jam 8 malam, mereka mengadakan bantahan sambil duduk di pintu masuk bangunan MCA.

Wakil-wakil mereka kemudian menyampaikan ucapan yang menggesa supaya parti diselamatkan daripada pelan damai yang dicadangkan oleh Ong dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Kumpulan itu kemudian bersurai pada kira-kira jam 8.17 malam.

Kehadiran kumpulan itu dipantau oleh kira-kira 30 anggota polis, yang sebelum itu, meminta mereka supaya menyelesaikan perhimpunan tersebut pada jam 8.20 malam.

Polis turut merampas dua kain rentang yang cuba dinaikkan oleh kumpulan tersebut.

Kain rentang itu menunjukkan gambar Ong dan Chua, sambil mengkritik mereka kerana membuat keputusan sendiri mengenai urusan parti tanpa menghiraukan ahli parti.

SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

tangisan sang buaya....





Mintak tolong jangan percaya dengan tangisan para aristrokrat negara

Rabu, November 18, 2009

Royalti tetap royalti...bukan wang ehsan atau sedekah...



Ku Li Timbang Pelawaan Jadi Pengerusi Kaukus Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut.

"Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya. Jadi mungkin saya boleh membantu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Anwar baru-baru ini untuk mempengerusikan kaukus mengenai royalti minyak di Kelantan.

Mengenai pertikaian wang ihsan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak perlu timbul kerana ia adalah hak rakyat, iaitu tempat di mana minyak itu dijumpai.

-BERNAMA

lee kuan yew versi malaysia in the making...hmmmmm



Cadangan 'Menteri Kanan' Beri Tun Mahathir Suara Pandangan Di Kabinet

KUALA LUMPUR: Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada Kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma RISDA, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara dunia ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog/, yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA

gelak-gelak jugak...berbillion yang disebat buat tak nampak, duit RM1 yang nak dikecohkannya


Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion buat pekak

Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.

Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?

Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.

Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!

sumber:angkasanuri

BPR = SPRM = Merudum...ikan bilis ditanguk, ikan jerung bolos.........


Faktanya..

Kejatuhan merudum paling teruk dalam indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.

Pada tahun 1995 (zaman Anwar Ibrahim), Tranparency International (TI), diman Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28.

Tetapi dalam laporan TI yang terkini meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya.

punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.

TI Malaysia juga memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.

Hebatkan...satu masa dahulu disegani tetapi sekarang seperti menjadi satu lagi parti komponen BN yang menjadikan pimpinan pakatan dan ikan bilis sebagai mangsa sedangkan jerung yang sebenar terlepas dan bebas sebebas bebasnya.

1995 = Anwar sebagai TPM - BPR disegani                                                                  
2008 = Pak Lah sebagai PM - BPR hidup segan mati tak mahu.......                                
2009 = Najib sebagai PM - SPRM masih lagi segan-segan dan terus menerus merudum

52 tahun umno selangor cuma 1 aje tahfiz...isk tak tau la nak cakap


Hanya Satu Tahfiz sepanjang 52 Tahun UMNO Perintah

SHAH ALAM 17 NOV – Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa UMNO hanya menubuhkan sebuah Tahfiz sepanjang 52 tahun pemerintahannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, UMNO hanya membangunkan sebuah Pusat Pengajian Al-Quran (Tahfiz) yang hanya mempunyai 50 pelajar pada dua tahun terakhir pemerintahannya.

“Sepanjang 52 tahun pemerintahannya itu, UMNO hanya membina sebuah Tahfiz di Jugra dengan mempunyai 50 pelajar sahaja.

“Bayangkan selama 52 tahun hanya satu Tahfiz manakala pelajarnya pula seramai 50 orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut oleh ADUN Dusun Tua, Ismail Sani berhubung peruntukan Kerajaan Negeri kepada institusi Tahfiz, dalam Sidang Dewan Negeri (DUN), semalam.

Hassan Ali menjelaskan bahawa tiada sebarang peruntukan diterima oleh institusi Tahfiz daripada Kerajaan Negeri tetapi terdapat bantuan kepada pelajar di institusi yang berdaftar.

“Tahfiz ini tidak menerima sebarang peruntukan tetapi terdapat bantuan sebanyak RM150 seorang bagi setiap sebulan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Bantuan ini diberikan kepada sebahagian besar pelajar di institut Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

Selain itu katanya, setakat ini jumlah keseluruhan bilangan Tahfiz di Selangor adalah sebanyak 76 iaitu 43 daripadanya telah membuat pendaftaran di Jais manakala selebihnya masih belum mendaftar.

“Di Petaling sahaja terdapat 16 Tahfiz iaitu enam daripadanya telah pun berdaftar.

“Manakala hanya terdapat tiga Tahfiz di Sepang manakala di Hulu Selangor terdapat enam Tahfiz,” katanya.

Dari mahkamah syariah nak ke mahkamah tinggi,...ni kes sivil atau kes syariah???


Hakim tolak kes Dr. Asri dibawa ke Mahkamah Tinggi

GOMBAK, 18 Nov: Hari ini merupakan kejayaan moral pertama buat Bekat Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk membawa kes beliau ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pendengaran kes itu hari ini, Hakim Wan Mahyudin Wan Mohammad menyatakan bahawa alasan-alasan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut adalah tidak munasabah.

Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.

Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.

Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.

Permohonan memindahkan kes tersebut diserah pihak pendakwaraya hanya 10 minit sebelum perbicaraan hari ini bermula.

Dalam Pada itu, Dr. Mohd Asri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang tengah malam 1 November lalu berhubung siasatan bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Hadir sama memberi sokongan pada perbicaraan hari ini bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin, anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir dan selebriti Azwan Ali.

sumber:harakahdaily

Selasa, November 17, 2009

alamak!! si anu saran si anu jadi menteri kanan...recycle dan recycle dan recycle


Saran Mahathir dilantik menteri kanan

Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pengalaman luas Dr Mahathir sebagai perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain.

"Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalamannya dari semasa ke semasa.

"Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun (Mahathir) bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan NGO di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata sumbangan idea Dr Mahathir ini juga sebenarnya amat diharapkan oleh negara Dunia Ketiga dan negara Islam dan ia juga dapat meningkatkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Dalam pada itu Abdul Rahim berkata pengagihan buku Amanat Perdana Menteri yang menjilidkan ucapan-ucapan dasar perdana menteri-perdana menteri Malaysia merupakan inisiatif Risda bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan pegawai sekaligus dapat menangkis sikap perkauman yang semakin menular dewasa ini.

"Semangat patriotik sangat penting kerana keadaan masyarakat majmuk sekarang ini, kita perlu satu penghayatan patriotisme nasional dan ia benteng kepada usaha kita untuk menolak sikap perkauman yang sempit.

"Oleh itu kita kemukakan usaha ini untuk tingkatkan semangat itu kepada pemimpin-pemimpin supaya tidak menerima perjuangan perkauman yang sempit itu," katanya.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada Risda akan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh ini, beliau berkata Risda melalui pegawainya di setiap negeri akan menimbang untuk memberi bantuan terutama di kawasan yang dilanda banjir seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan .

P/S-Betul-betul lepas Pak Lah lepas jawatan...orang tua tu masih kemaruk nak jawatan..umno recycle dan terus recycle dan terus mam@#$

Sumber:Malaysiakini

Sempena piala monsoon Terengganu, lawat-lawatlah

KUALA TERENGGANU, 17 Nov: Kerajaan negeri Terengganu dicadangkan agar menjadikan pelbagai jenis bangunan runtuh di Terengganu sebagai produk pelancongan.

Ini kerana, ramai orang luar yang datang ke Terengganu mahu melawat tempat-tempat menarik tersebut.



(Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang runtuh)

Cadangan ini diberikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau kesal kerana tiada tindakan diambil terhadap penyelewengan sehingga bangunan yang dibina boleh runtuh.

Namun, apabila berlaku sedikit sahaja kekeliruan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berlari menyiasatnya.

"Sebab itu kita syor kepada Zaabar, Exco Pelancong (Terengganu) dia buat ‘trip’ mari melancong ke Terengganu melawat tempat-tempat runtuh di Terengganu ini,”tegas beliau.

14 November lalu, Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu, runtuh satu bahagian yang dipercayai sebagai penghadang alat pendingin ataupun balkoni di tingkat lapan bangunannnya.


(Masjid Kampung Puteh yang runtuh)

Yang paling popular adalah Stadium Tuanku Mizan di Gong Badak, Terengganu yang runtuh pada 2 Jun lalu. Ia menjadi tumpuan pengunjung khasnya di musim cuti sekolah.

Yang menariknya pula, kebanyakan projek yang runtuh ini dibuat dengan menggunakan wang ehsan iaitu wang yang dianugerahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Terengganu selepas royalti minyak di rampas dari kerajaan negeri.

Selain itu, Pusat Akuatik bocor di Batu Burok, siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud, menara

SPR ni pengurus/pengadil pilihanraya atau sebuah lagi parti komponen BN???macam buang tebiat pun ada



Kota Siputeh: SPR aka BN, Akan Minta Nasihat Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.

"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 Sept lepas memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan bajet DUN Kedah yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.

"Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 Nov ini," kata Ahmad Bashah semasa dihubungi Bernama.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan kerajaan negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.

Katanya Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai Adun ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.

"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Bernama.

-- BERNAMA

CEO Wilayah Pembangunan Iskandar, Harun Johari letak jawatan, sah ada yang tak kena dengan 1Malaysia


Irda CEO quits, new CEO appointed

JOHOR BARU: The Iskandar Regional Development Authority (Irda) board of directors has accepted the resignation of chief executive officer Harun Johari and appointed Ismail Ibrahim as his replacement.

Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman announced that Ismail, who is the director of the National Physical Planning division of the Rural and Urban Planning Department, would be assuming the post next January.

“We reached the decision during the board of directors’ meeting in Putrajaya last week.

“The board was unanimous in its decision to appoint Ismail as he was one of the individuals responsible for the formation of Irda,” he told a press conference after launching the closing ceremony of the Komuniti Bestari Convention here on Tuesday.

Abdul Ghani, who is Irda co-chairman, refused to comment when asked on the reasons for Harun’s resignation.

He said that Harun would still perform his duties as CEO until the end of the year.

Harun becomes the second CEO to quit Irda since it was set up in November 2006, following the footsteps of Datuk Ikmal Hijaz.

He was the Irda executive director from Dec 13 2008 before becoming CEO in March this year.

Harun was also the Port of Tanjung Pelepas CEO since Oct 2005 before joining Irda.

sumber:thestar

Katak Klang buat lawak bangang....



ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan membuka satu pusat khidmat wakil rakyat baru di kawasannya untuk menyambung tugas sebagai "wakil rakyat yang baru."

Katanya, beliau tidak akan menggunakan logo mana-mana parti untuk pusat khidmat baru itu walau telah mengumumkan menyokong BN apabila keluar PKR akhir bulan lalu.

"Saya sokong sebagai platform sahaja. Sebab pemimpinnya Melayu dan memperjuangkan Islam," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ditemui di luar DUN Selangor hari ini, Badrul turut mengelak daripada mengulas desas-desus berkaitan pertemuannya dengan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo minggu lalu.

Katanya lagi, beliau kini akan menumpukan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Pelabuhan Klang

"Semua orang bebas untuk bertemu saya, bebas untuk kritik saya," tambahnya.

P/S - Jelas nampak kebangangan ADUN yang sorang ni, masa jadi kerajaan, haram apa pun tak nak buat, pusat khidmat ada, bantuan kerajaan negeri, peruntukan dan macam-macam lagi kemudahan. Tiba-tiba bila melompat jadi rajin tahap melampau pulak. Apa-apa pun good luck diucapkan sebab kita tahu katak ni dibela sampai PRU 13, lepas tu disepak ler keluar...so adios

Orang kito