Janganlah sampai blogger rasa terhina sudah....agak-agak kalau berharap pada media perdana yang dok ada sekarang ni...tak sampai kemana pun
Kalau yea pun para blogger tak diiktiraf tapi berilah peluang sikit. Para blogger yang dok memblog hari-hari ni pun bukan bergaji tapi ikhlas atas prinsip perjuangan ikhlas bersama rakyat.
Masing-masing ada peranan yang perlu dimainkan...bukannya mereka minta 'red carpet' atau wang berguni atau pangkat menjulang ke langit tapi cuma ruang bersama dalam apa-apa event yang dijalankan.
Para blogger bukan pengemis atau peminta sedekah atau meminta simpati macam dalam rancangan bersamamu TV3 cuma peranan blogger menyebarkan informasi atau berita secara telus dan benar.
Rata-rata media tempatan arus perdana cuma bekerja untuk memporak-perandakan pakatan dengan berita-berita yang mengelirukan dan cuma bertujuan memecah-belahkan sahaja.
Agak-agak korang la....siapalah yang dok ligat menyiarkan berita persidangan haram di Perak.
Kalau nak harapkan TV3..utusan meloya....berita hairan....rtm1...haram....sampai mati la rakyat tak tahu cerita.
Harap-harap pada mana-mana parti dalam pakatan lepas ni, janganlah terlepas pandang isu blogger nak buat liputan di tempat anda kerana tanpa anda siapalah blogger dan tanpa blogger siapalah anda.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
untuk berita, sila ke radenjowo. klik disini.
setuju..
BalasPadam