Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Ogos 04, 2009

Dalam dok menghasut...terlupa utusan melayu dah jadi utusan malaysia

Menghasut dan provokasi tapi satu tindakan pun tidak dikenakan terhadap lidah pembelit umno ini.

UTUSAN sepatutnya didakwa akta hasutan dan akta cetak.....


Siapa yang jadikan ITM UiTM???

Siapa yang mansuhkan kuota melayu???

Siapa yang jual saham PNB untuk orang melayu??

Siapa yang dipukul dan siapa yang memukul orang melayu dalam perhimpunan mansuh ISA??

Siapa yang mengadaikan batu putih di Johor???

Siapa yang jual pasir pada singapura???

Siapa yang jual air mentah pada singapura dengan harga yang teramat murah???

Siapa yang mengadaikan hak dan kepentingan orang melayu???

Kalau bukan UMNO siapa lagi????


>
Melayu jangan jadi bacul — Noor Azam

Jangan bicara perkauman jika bangsa sendiri pun mengkhianti bangsanya sendiri....
Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh Umno sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. “Ketuanan Melayu Tercabar” — 13 April 2008.

2. “Henti Guris Melayu — Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak” — 6 November 2008.

3. “Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan” — reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — 30 November 2008.

4. “Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan” — 15 April 2009.

5. “Peringatan Sultan Azlan — Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam” — 20 April 2009.

6. “Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM” — 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan — dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, “Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12.”

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun bangun juga.

Pertubuhan Melayu — yang lama dan baru — hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan “Kaki Dalam Kasut”. Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan Umno.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India — khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut “hak, keadilan dan demokrasi”.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.


Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.

Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah.

Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.

Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan “kemarahan dan kebencian” rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi “kemarahan dan kebencian” yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan “orang yang bacul, akan mati sebelum mati”.

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: “Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?”

Dalam artikel “Kaki Dalam Kasut”, Dr. Mahathir mengingatkan: “Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.


Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.”

Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi? — Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito