Sinopsis ulasan artikel dari Raja Petra di laman malaysia today bakal menyaksikan kerajaan pakatan rakyat selangor bakal lingkup selepas Perak jika tidak ditangani secara betul-betul.
Di ketika ini, amaran semboyan ditiupkan lagi selepas DSAI diberi amaran akan tumbangnya kerajaan PR Perak sebelum ini.
Dengan tidak mengambil kira dan mengambil akan hal ini, akhirnya Perak beralih tangan ke UBN. Bak kata pepatah, 'kalau nangis tak berlagu pun dah tak guna dah'.
Katalah apa sahaja...kritiklah siapa sahaja, launglah apa sahaja tetapi apakan daya....kederat tak kan kemana pun jika Pakatan Rakyat inginkan Perak dikembalikan kepada rakyat kerana jelasnya Najib dengan slogan 1Malaysia, 'by hook or by crook' inginkan kembali Perak ke tangan BN.
Nah sekarang puak-puak ini berusaha merampas Selangor, kalau nak kata lanun ke, samseng ke atau panggillah apa sahaja, tak kan dipedulikan pun oleh mereka. Apa yang penting, Selangor kembali segera ke tangan BN.
Bermacam permasalahan telah ditimbulkan oleh puak-puak umno BN yang masih berselindung di dalam kerajaan negeri tapi apalah mereka-mereka ini lakukan langsung tidak menjejaskan mereka.
Malahan berbagai sabotaj telah dilakukan oleh PBT dan jabatan negeri dalam memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dari insiden kuil, isu arak dan terbaru, bila Dr Asri ditangkap JAIS.
Apakah kerajaan PR masih lagi di dalam 'Denial State' atau sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan teguran-teguran diberikn.
Jika ya, mungkin Selangor akan senasib dengan Perak dan Terengganu dimana rakyat melihat kerajaan negeri yang berada keadaan 'half pass six' kerajaan yang tidak dapat melakukan apa-apa walaupun sudah berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor.
Apa patut dilakukan, tidak dilakukan, Januari menghampiri dan PRU13 akan menjelang tidak lama lagi, selagi nanah tidak dibuang, duri di dalam daging tidak dicabut, selagi itu rakyat akan melihat kerajaan PR Selangor sebagai satu kerajaan yang gah, yang kaya tetapi tidak satu pun memberi input kepada kemajuan rakyat.
Apa yang sekarang dilakukan dalam usaha mensabotaj kerajaan negeri selangor oleh umno bn yang bersarang di dalam kerajaan negeri nampaknya membuahkan hasil yang lumayan dan jika betul lah telahan mungkin selepas ini DSAI kembali ke sungai buloh, dan yang lain-lain mungkin kembali semula sebagai pembangkang yang hanya pandai cakap, bila diberi kuasa tidak pula pandai memerintah.
Jangan pandai cakap sahaja, tapi di kala waktu ini juga mestilah menjadi pendengar yang baik. Raja Petra telah memberikan amaran dan amaran ini bukan main-main dan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Terpulanglah pada yang empunya diri untuk menilai dan muhasabah diri. Janganlah sampai 'nasi dah jadi bubur', 'dah terhantuk baru terngadah'.
Bak kata Nabil....Lu Pikirlah Sendiri.......
artikel Raja Petra, klik disini.
apabila pakatan rakyat ambil alih kuasa tempohari sepatutnya semua kepala pbt ditendang keluar dulu,lantiklah dikalangan orang yg bolih dipercayai dari pakatan,tapi masa masih belum terlambat,buatlah sesuatu.
BalasPadamTidak perlu pertimbangan....lucutkan semua anggota pbt yang bermasalah yang menjadi musang berbulu ayam....biar mereka pergi kepada tuan mereka untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air.
BalasPadamnekajiscelaka:
BalasPadambodoh la Pembanngang ni. dulu tuduh umno macam2. sekarang pembangang lagi teruk. PADAN LA MUKA.
aik...belum PRU 13 dah kecut.
hahahaha.....pergi mampus la sama PEMBANGANG...