Gambar ehsan:cartoonkini.com
Pas tunggu kemenangan ke-8
SHAH ALAM - Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.
“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.
“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.
Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.
Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.
“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan