Apa masalah lah dengan Pak Brahim Ali ni...kenapa pulak DSAI nak disalahkan pulak?
Kan DSAI sekarang bersama Pakatan dan bersama rakyat sekarang ni.
Cubalah cermin diri dulu...kalau bukan Tok Guru yang bagi peluang bertanding guna lambang PAS, tak jadi jugak mu ahli parlimen.
Sekurang-kurangnya DSAI bukan mengutuk dan mengeji orang kelantan bahkan sekarang, meminta supaya kerajaan UBN ni bertolak ansur dan bertimbang rasa kerana majoriti rakyat kelantan adalah orang MELAYU dan orang ISLAM.
Daripada mengata macam-macam ke DSAI, cuba fikir apa yang diri sendiri tu boleh buat dan bantu rakyat kelantan dari segi ekonomi.
Apa kata cuba desak supaya kerajaan UBN ni pulangkan wang royalti minyak yang disedut dari kelantan.
Cuba fikir supaya macam mana wang peruntukan negeri disalurkan semula dengan betul ke kelantan daripada dok hentam tak tentu pasal.
Kalau betul nak membantu menolong orang melayulah. Setakat untuk pangkat dan harta dengan harapan UMNO boleh terima balik...rasanya susahlah sebab orang UMNO pun sendiri pun kurang percaya jenis golongan orang macam ni...golongan lidah bercabang. Macam lalang pun ada...lalang jenis low class...lembu pun tak lalu nak makan.
Kesimpulannya....Dulu DSAI BN....Kini sudah PR tetapi Berahim Ali...Dulu BN....lepas tu Semangat 46...lepas tu BEBAS...lepas tu BN....lepas tu BEBAS...lepas tu BN...lepas ni....entahlah,
Kalau ikut mu ni confirm sesat jalan....tak tahu arah mana nak dituju...lost....
'Jangan ajar rakyat Kelantan'
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.
Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.
"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?
"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.
"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.
"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?
"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan,'' katanya.
Sumber berita :utusan meloya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan