Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 30, 2009

PKFZ-Gajah putih yang nazak

Hari ini di dalam akhbar sinar harian, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat melaporkan tidak mahu terlibat di dalam skandal PKFZ dan Lembaga Pelabuhan Klang sedangkan semua ini adalah di bawah portfolio beliau.

Apakah kerana terlibatnya BN Selangor di dalam isu ini maka tidak berhak beliau untuk mengambil tindakan. Mana mungkin tidak terlibat sedangkan Abdul Rahman Palil (ADUN Sementa) telah dilantik menjadi pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) iaitu pemilik tapak projek PKFZ.
Alasan-alasan dungu Khir Toyo ini mana mungkin boleh diterima awam sedangkan kita tahu projek gajah putih ini terletak di dalam negeri selangor dan mana mungkin kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan PKFZ.
Kalaulah alasan-alasan ini diterimapakai amatlah rugi rakyat dan negara kerana dana-dana awam ini digunapakai dengan secara tidak telus dan pembaziran berlaku melibatkan jumlah atau kos yang amat besar dan tindakan sewajarnya tidak diambil bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Skandal PKFZ yang melibatkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit ini seharusnya didedahkan dan diumumkan kepada orang ramai. Tindakan melindungi pihak-pihak tertentu ini adalah tindakan tidak tepat dalam memulihkan ekonomi negara dan seterusnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara dalam sistem birokrasi dan sistem perundangan negara.
Seharusnya pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan dan seterusnya pendakwaan dilakukan terhadap pelaku-pelaku kesalahan itu.
Nampaknya SPRM lembap dalam perkara melibatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya umno amnya.
Berbanding dengan Penanti, SPRM bertindak begitu cekap sedangkan tidak ada satu sen pun wang yang terlibat sedangkan skandal PKFZ sudah membazirkan ribuan jutaan ringgit dan masih tidak ada tindakan susulan yang pantas sedangkan laporan audit PrinceWaterHouseCoopers menunjukan secara jelas butir-butir transaksi yang melibatkan ribuan jutaan ringgit diselewengkan.
Maka benarlah kata Dato Seri Anwar Ibrahim. kalau dua tiga ringgit dikatakan rasuah dan kalau melibatkan ribuan atau jutaan ringgit dikatakan komisen.
Walaupun Perdana Menteri bertukar ganti tetapi keadaan tetap serupa, almaklumlah Bapak Borek, Anak Rintik. Dulu,Kini dan Selamanya umno tetap sama.
Wallahuaalam.
UNDILAH KEADILAN!!!
UNDILAH DR.MANSOR!!!
KEADILAN UNTUK SEMUA..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito