Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Mei 27, 2009

Parah yang menjadi semakin parah



Ini Pandangan mahathir



KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut.

Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi.

Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa adan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.

Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global
"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," kata bekas Perdana Menteri.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.

Najib juga, katanya, lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Apa yang berlaku keadaan sekarang
Ekonomi merosot bawah -6 peratus
May 27, 09 5:35pm

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.

Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju.



Jadi kesimpulannya, apa yang diramalkan oleh che det adalah apa yang berlaku sekarang di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Nampaknya tiada jalan keluar atau tindakan drastik dari kerajaan pusat.

Apa yang ada cumalah menutup ruang demokrasi, melaksanakan undang-undang rimba dan akta drakonian dan menindas pembangkang dan bukannya memikirkan cara-cara untuk memulihkan ekonomi negara yang semakin parah dan mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk datang melabur ke sini.

Amat jelas ekonomi malaysia semakin parah apabila peralihan kuasa pucuk pimpinan dari Pak Lah ke Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito