Paling aman dan paling tenteram, itulah yang boleh diulas semasa penamaan calon di Penanti semalam. Catatan semalam menunjukkan bahawasanya yang selalu membuat kecoh dan onar ialah umno sendiri dan bukan pakatan rakyat.
Kerana takutkan aspirasi rakyat lalu buat pertama kali dalam sejarah selepas penubuhan malaysia, BN tidak bertanding dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.
Pilihanraya DUN Penanti adalah pentas untuk pakatan rakyat menyingkap salah laku umno selama ini walaupun si bacul itu tidak bertanding.
Pada pendapat umum, adalah baik untuk calon kita, Dr.Mansur mendekati rakyat di DUN penanti, berdialog bersama penduduk, memahami kehendak dan kemahuan masyarakt tempatan dan memberikan informasi-informasi terkini berkaitan polisi-polisi baru kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bagi kepimpinan peringkat parlimen, mungkin isu-isu berkaitan PPSMI, MECD, ISA dan berbagai lagi kelaku hodoh umno bn di peringkat pusat.
Secara keseluruhannya, pakatan rakyat harus turun ke bawah ke segenap lapisan masyarakat dalam menerangkan dan melihat serta membantu rakyat di dun Penanti dalam menepis dan mengelak isu-isu sensitif yang cuba dimainkan oleh umno nanti kerana seperti diketahui umno suka bermain dengan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan